Khamis, 4 September 2008

YA'JUJ DAN MA'JUJ SERTA DAJJAL

Sedang hangat dengan bahang politik semasa negara, teringat kawan al-kisah semasa di zaman Iskandar Dzulkarnain sekitar tahun 580-529 BC, semasa Aulia Allah ini melalui sebuah wilayah ketika expedisi penaklukan bagi meluaskan pengaruh dan jajahan.


Semasa di wilayah tersebut, mengadulah Ketua Wilayah tersebut kepada Iskandar Dzulkarnain bahawa mereka tidak lagi dapat beramal kerana diganggui oleh kaum Ya’juj dan Ma’juj. Mereka berkata, ‘Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj merusak di bumi. Maka tolong engkau buatkan tembok pembatas antara kami dan mereka’ (Al Kahfi 18: 94)

Iskandar Dzulkarnain amat terharu dengan peristiwa tersebut lalu telah memerintahkan tenteranya agar mendirikan sebuah tembok besi yang amat besar, tinggi lagi kukuh di antara dua buah bukit bagi menyekat laluan kaum Ya’juj dan Ma’juj dari masuk ke wilayah penduduk Islam tersebut.

Setelah selesai mendirikan tembok tersebut maka beliau dan tenteranya pun meneruskan expidisi penaklukan beliau. Maka tinggalah bangsa yang beragama Islam tadi dengan aman damai dan seterusnya dapat melaksanakan ibadat kepada Allah tanpa ada halangan lagi.

Bangsa Ya’juj dan Ma’juj pula adalah bangsa yang kuat dan rajin berusaha. dan mereka tidak mengenal erti berputus asa. Setiap-hari mereka mengali dan cuba membuat lubang untuk menyeberangi tembok besi tersebut.

Berkurun lamanya mereka cuba, tetapi tidak pernah berhasil kerana tembok besi tersebut amat tegap, kuat dan besar maklumlah tembok tersebut didirikah oleh aulia Allah dengan kehendaknya tentu ada keberkatannya.

Setiap kali mereka menebuk lubang ditembok tersebut dan setiap kali hampir berjaya dengan kuasa Allah setiap kali itu jugalah lubang tersebut itu tertutup semula.

Sebagai mana yang dikatakan mereka tidak kenal erti putus asa maka setiap kali lubang tersebut tetutup semula maka besok pagi-pagi lagi mereka sudah memulakan kerja pengalian semula dan begitulah berterusan sehingga berkurun-kurun lamanya.

Pada satu hari setelah petang hari setelah hampir selesai kerja pengalian maka bertanyalah ketua kaum kepada semua kaumnya yang berada disitu ”Kita telah berusaha mengali lubang di tembok ni berkurun-kurun lamanya, malangnya setiap kali hampir berjaya lubang yang digali akan tertutup semula”. “Jadi aku nak minta pendapat kaum ku bagaimanakah cara untuk membuat agar lubang tersebut tidak tertutup”

Maka nak dijadikan cerita, bersuaralah salah seorang kaum tersebut…”wahai ketua ku, aku diajar oleh seorang yang beragama Islam, sekiranya kita hendak berjaya di dalam apa-apa usaha maka kita hendaklah menyebut “INSHAALLAH’ yang bermadsud dengan kehendak dan izin Allah iaitu tuhan mereka” katanya.

Ketua tersebut yang telah habis usaha berkata “baiklah besok pagi-pagi lagi kita akan mulakan kerja pengalian lubang tersebut dengan menyebut perkataan InshaAllah”. Maka besoknya ketua tersebut sebelum memulakan pengalian berkata di hadapan kaumnya “INSHAALH, HARI INI KITA AKAN BERJAYA MENGALI LUBANG DITEMBOK YANG DI DIRIKAN OLEH ISKANDAR DZULKARNAIN INI DENGAN JAYANYA”

Maka kerja pengalian tersebut pun dimulakan dan sehingga petang tembok besi yang besar dan kukuh tersebut telah pun berlubang dan berjaya ditembusi maka berlumba-lumbalah kaum Ya’juj dan Ma’juj masuk ke wilayah tersebut mencari orang yang beragama Islam, meratah daging dan tulang mereka, maka ramailah orang Islam yang kecundang.

Al-Koran ada menyebut tentang Iskandar Dzulkarnain Aulia Allah. Mungkin benar ujudnya tembok yang diperbuat dari besi di wilayah sekitar Negara Armenia, kerana pengembara dari Negara Cina pada abad ketujuh telah membuat catitan berkenaan penemuan saki-baki kerangka besi berbentuk tembok yang amat besar diantara dua buah bukit, Allahualam.

Moralnya, setelah kawan berfikir dan membuat penganalisaan keatas apa yang terjadi kepada semua umat islam didunia kebelakangan ini tiba-tiba kawan terkaitkan bertapa Ya’juj dan Ma’juj serta Dajjal dizaman sekarang ni adalah mereka yang hendak memusnahkan umat Islam.

Kawan nak bertanya kepada para pembaca semuanya, siapa yang membantu Amerika menceroboh Irak, orang Islam bukan. Orang Islam jugalah bersama-sama dengan askar Amerika menyebut INSHALLAH memusnahkan Negara Irak. Begitu juga Afganistan, orang Islam juga bersama-sama askar Amerika menyebut INSYALLAH sehingga hancur negara tersebut diserang tanpa hentinya.

Jadi, diharap di negara ini jangan ada orang yang mengaku Islam bersama-sama bersekutu dengan Ya' juj dan Ma'juj serta Dajjal menyebut INSHAALAH bagi memusnahkan bangsa dan ugama sendiri.

AL KORAN adalah kitab yang penuh dengan mujizat, petunjuk, pengajaran dan kisah untuk dijadikan tauladan. Tembok besi yang kukuh, kuat dan besar tersebut melambangkan bertapa kuatnya Iman umat Islam Afgannistan dimana beribu-ribu tahun cuba ditakluk oleh bangsa kafir harbi tetapi gagal. Amat kuat sungguh iman mereka.

Begitu jugalah Irak, negara yang di penuhi oleh alim ulamak,dan tempat berkembangnya budaya kegemilangan islam akhirnya hancur di tangan Amerika dan yang amat menyedihkan adalah umat islam sendiri tertipu dengan cerita syorga palsu yang di bawa oleh Dajjal dan Yajud dan Ma’juj sehingga mereka sanggup membantu mereka memusnahkan Islam itu sendiri.

Negara-negara Islam seperti Iran, Syria, Pakistan dan Malaysia mungkin tidak akan terlepas dari penaklukan atau kemusnahan yang di bawa oleh Ya’juj dan Ma’juj serta Dajjal ini, cuma menunggu masanya dan gilirannya sahaja. Jadi sebagai peringatan untuk kaum ku, sedarilah dan berhati-hatilah, mungkin musuh kita telah terlalu hampir di seberang tembok sana.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online