Selasa, 19 Ogos 2008

PERASAAN HATI KU

Salam semua..

Tergerak juga hati kawan untuk mengulas sumpah laknat oleh saudara Saiful. Bukanlah tujuan kawan untuk menetukan siapa yang benar atau siapa bersalah. Tetapi tujuan adalah untuk mengambarkan perasaan dan kefahaman kawan terhadap perasaan saudara Saiful Buhari.

Semasa kawan ikuti siaran sumpah laknat tersebut, terasa meremang bulu roma ditubuh, terasa amat gerun dan gementar dihati. Barulah kawan dapat fahami akan pepatah melayu berkata ‘Berat mata yang memandang, maka berat lagilah bahu yang memikul’ Kerana kawan beranggapan tentu beliau terpaksa mengumpul segenap tenaga yang ada untuk menenangkan gegaran jiwa yang gementar serta ditambah berat lagi dengan aib yang terpaksa ditanggung disaksikan seluruh rakyat Malaysia.

Maka justeru itu, dapatlah kawan fahami bahawa bukannya mudah untuk kita hamba yang kerdil membuat pengakuan bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar lagi Maha Pencipta serta disaksikan berjuta.

Ketika itu terfikir juga bahawa kita sepatutnya menghargai keberanian anak muda yang berusia 23 tahun ini berjuang dan berusaha untuk membela nama baik dan maruah beliau serta keluarga dari cemuhan, kejian dan tomahan masyarakat sekeliling yang tidak langsung mengetahui akan kebenaran sesuatu.

Pada pandangan kawan apa yang diharungi oleh beliau ketika itu adalah seberat-berat perkara untuk dilaksanakan bagi saorang yang beragama Islam.

Jadi, usahlah kita bebani lagi anak muda ini dan keluarganya, usahlah kita seksa lagi beliau, usahlah kita berlaku zalim lagi kepada beliau.dan usahlah kita aibkan lagi beliau dengan kejian, cemuhan, makian, dan hamunan. Cukuplah, rentikanlah segalanya, kerana beliau dengan beraninya, dengan segala kemampuannya, dengan relanya berusaha membersihkan nama baik beliau dan keluarga.

Janganlah kita terus-menerus menekan beliau dan keluarga kerana sekiranya beliau di pihak yang benar maka fikirkan lah bertapa hebatnya dugaan hidup yang sedang ditempuhi dan cubalah kita selami hati beliau yang hancur-luluh menghadapi penginayaan yang amat berat dan aib untuk selamanya.

Tak perlu jugalah kita ungkitkan lagi prosedur melaksanakan sumpah laknat tersebut kerana tentu beliau telah mendapatkan segala keterangan serta nasihat secukupnya dari pakar-pakar agama yang ada.
Mungkin tersilap prosidurnya tetapi tidak silap kebenaran dan kesahihan bersumpahnya.

Had kita sekarang sebagai insan yang lemah tidak jua mengetahui kebenaran sesuatu adalah berserah sahaja kepada yang Maha Mengetahui bagi menetukan sebagai mana juga anak muda ini telah berserah kepadanya.

Wassalam…

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online