Isnin, 22 April 2013

PAS TERUS LENA DIBUAI DAP KAH ?..KH..KAH..KAH...





Akhirnya DAP Terbukti Menguasai PAS 

Nik Aziz dalam kenyataan rasminya mengulas penggunaan simbol PAS bagi semua calon-calon DAP di Semenanjung Malaysia dalam PRU 13 tanda ‘akhirnya roket mendarat ke bulan’.

Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan! (di sini)

Apa sebenarnya yang berlaku ialah bukti penguasaan DAP di dalam PAS dan ia merupakan satu rampasan kuasa terhadap PAS oleh strategis DAP. DAP sudah pasti akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS di dalam PRU Mei 13 ini. Di dalam PRU ke 12 dulupun DAP menang lebih daripada PAS.

Apa yang akan terjadi selepas ini ialah ahli-ahli parlimen cina (DAP) yang menang bertanding dibawah tiket PAS akan mengatasi jumlah ahli-ahli Parlimen Islam PAS. Bahkan mereka ada pilihan untuk terus kekal dibawah logo PAS di Parlimen dan seterusnya membuat pemimpin-pemimpin Islam yang menang dibawah simbol PAS adalah kumpulan minoriti.

PAS tidak ada kuasa untuk membuang mereka kerana mereka bukan ahli PAS. PAS juga tidak ada kuasa untuk menafikan mereka mewakili PAS di Parlimen dan DUN kerana mereka menang atas tiket PAS dan diwartakan sebagai pemenang bagi Parti PAS.

Inilah kes klasik menang sorak kampung tergadai. DAP akhirnya berjaya menguasai sepenuhnya Pakatan Rakyat. Bagaimana ulama di dalam PAS boleh biarkan ini berlaku?

Ternyata pakar strategis DAP ibarat cerita dongeng Portugis minta tanah. Diriwayatkan orang Portugis meminta tanah seluas belulang seekor lembu dan pemimpin tempatan segera memberikannya kerana berpendapat orang portugis itu bodoh. Apalah yang boleh dibuat dengan tanah seluas satu belulang lembu. Rupa-rupanya setelah perjanjian dimeterai, orang Portugis itu memotong belulang itu dan dibuat benang yang amat panjang. Akhirnya kerana angkuh dan buta hati pemimpin tempatan, habis semuanya menjadi milik Portugis.

 Itu kisah dongeng, tetapi nampaknya hari ini, kisah dongeng itu akan menjadi sejarah. Kebodohan dan keangkuhan PAS akhirnya akan menggadai segala-galanya.







0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online