Rabu, 17 April 2013

Parti bertelagah tidak mampu tadbir negara




Parti-parti pembangkang yang tidak sepakat dan sering bertelagah dalam pelbagai perkara tidak mungkin mampu mentadbir negara dengan baik.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pertelagahan sebegitu sebaliknya hanya akan menyebabkan pentadbiran negara menjadi kucar-kacir.

"Parti-parti ini tidak sepakat dalam banyak perkara termasuk pembahagian kerusi yang hendak ditandingi kerana masing-masing mahu menang dengan banyak dan seterusnya menjadi parti paling dominan.

"Bagaimana mereka hendak bekerja bersama-sama mentadbir negara dengan baik kalau perkara macam ini pun sudah kelam kabut, tidak sepakat dan tidak bersatu hati," katanya kepada pemberita di sini semalam.



0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online