Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik
Mat disifatkan sebagai seorang yang takbur dan taksub dengan fahaman parti
sendiri sehingga sanggup mengeluarkan pelbagai fatwa yang jelas menyimpang jauh
daripada ajaran Islam sebenar.
Penasihat Minda Pondok, Abdullah
Saamah berkata, sesiapa sahaja yang taksub dengan fahaman parti sendiri, tidak
akan diakui sebagai umat Nabi Muhammad SAW.
"Nik Abdul Aziz ini takbur dan
taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad
tak mengaku umat.
"Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab Nik Abdul Aziz setuju dengan pluralisme agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Harvard di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika
diminta mengulas fatwa-fatwa Nik Abdul Aziz antaranya solat orang UMNO tidak
mendapat pahala, undi UMNO tidak masuk syurga serta yang terbaru menuduh UMNO
membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.
Menurut Abdullah Saamah, fatwa-fatwa
Nik Abdul Aziz itu seratus peratus menyimpang daripada ajaran al-Quran dan
sunah serta wajib untuk semua umat Islam menolak fatwa Menteri Besar Kelantan
itu.
Katanya, semua fatwa itu juga akan
membawa mudarat bagi umat Islam jika diikuti dan Pas boleh diibaratkan sebagai
sebuah parti yang sesat lagi menyesatkan.
"Apa yang saya nampak sekarang
ialah Nik Abdul Aziz keluarkan fatwa-fatwa tersebut untuk menyekat orang Islam
daripada mendekati UMNO, ini sasaran Nik Aziz sekarang," jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan
Minda Pondok, Harun Yahya berkata, pihaknya bukan mahu menyerang peribadi Nik
Aziz atau pemimpin Pas lain namun mereka mahu menyangkal ideologi sesat yang
dibawa oleh parti itu.
"Kalau mengikut nas-nas yang saya jumpa di dalam kitab Imam Al-Ghazali, Nabi Muhammad ada menyebut bahawa kalau ulama ini jahat, dia lebih jahat dari dajal, orang macam ini memang susah nak dibetulkan sebab dia rasa dirinya orang yang baik.
"Memang sukar kita nak betulkan
mereka, marilah kita sama berdoa agar mereka sedar penyelewengan yang mereka
telah lakukan selama ini," ujarnya.
Tambahnya, selama 50 tahun umat Islam di negara ini tertipu dengan Pas yang kononnya mahu memperjuangkan agama Islam.
''Penyelewengan Pas ini bukan hanya
sekarang tetapi sudah lama Pas mempropaganda dia parti Islam, kalau orang tak
ikut Pas, tak Islam.
''Habis itu sebelum tubuh Pas semua kafirlah kalau ikut dia punya fatwa," katanya.
Sumber copy paste dari: utusan
0 Comments:
Post a Comment