MARAN
8 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan durian runtuh berjumlah
RM1.69 bilion kepada kira-kira 112,000 peneroka di seluruh negara iaitu
RM15,000 bagi setiap keluarga berikutan penyenaraian Felda Global Ventures
Holdings (FGVH).
Menurut
Perdana Menteri, RM5,000 akan diberi kepada peneroka dan masing-masing RM5,000
lagi kepada isteri dan generasi kedua dengan agihan akan dibuat dalam tiga
fasa.
Katanya,
fasa pertama agihan akan dibuat sebaik sahaja pengumuman dibuat.
“Peneroka dapat, isteri peneroka dapat, anak
peneroka pun dapat dalam durian runtuh penyenaraian FGVH.
“Satu lagi ialah `durian gugur’ iaitu sebanyak
20 peratus saham kita masukkan dalam tabung amanah yang dividennya kita bagi
kepada keluarga peneroka," katanya pada majlis himpunan bersama
warga peneroka di Felda Jengka 8 hari ini. – UTUSAN
KOMENTAR
PENULIS…
WELL…DARI
BRIM…KE ONE OFF BANTUAN PELAJAR RM100 SEORANG…SEKARANG RM15000 UNTUK 112000
PENEROKA.
TENTU
SEMUA HERAN…
PUAKJUAK
PEMBANGKANG LAGI MELOPONG TERNGANGGA KEHERANAN…
WELL…AGAK-AGAK
DARI MANA KERAJAAN DATO SERI NAJIB DAPAT WANG SEBANYAK TU…
FIKIR
CUBA FIKIR…
JAWAPANNYA
SENANG AJE…
BIJAK…
YA…..KEBIJAKSANAAN
KERAJAAN MELIPATGANDAKAN WANG NEGARA…
DARI
SATU BILLION DILIPAT GANDAKAN JADI 10 BILLION…
DARI
10 BILLION DILIPAT GANDAKAN JADI 100 BILLION…HINGGA KE TRILLION RINGGIT.
MEREKA
TAK BERHENTI BERKERJA KERAS..
ITULAH
DIA KERAJAAN BARISAN NASIONAL…
YANG
MEMPUNYAI BARISAN KEPIMPINAN YANG HEBAT LAGI BIJAKSANA..
BUKAN
MACAM PEMIMPIN PUAKJUAK…
ASHIK
DENGAN JANJI KOSONG DAN AKTIBITI CERAMAH BANGGANG DAN PERHIMPUNAN BERSHIT…
SO...TERIMAKASIH KERAJAAN BERKEBAJIKAN UMNO/BN...ANDA TELAH BERJAYA MENAWAN HATI RAKYAT..
6 Comments:
Pengumuman yang dibuat Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.
KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.
Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.
Ini berikutan urusniaga berikut:
1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru
2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru
3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65
4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion
5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion
30% saja?
Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.
Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato’ Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.
Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.
RM50k bukan RM15k
Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:
1. Dato’ Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan
2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.
Ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.
MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN
WONG CHEN, PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
batHutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!
Peneroka tahu bahawa wang tersebut adalah wang yang datangnya daripada titik peluh mereka sejak puluhan tahun dahulu, bukannya wang saku pucuk pimpinan kita itu. Hanya pihak kerajaan cuba untuk menunjukkan bahawa pemberian ini seolah-olah datangnya dari kantung kerajaan untuk digunakan sebagai bahan ungkitan dalam masa menunggu PRU yang akan datang ini.
Lain-lain perkataan, peneroka dituntut untuk berterima kasih walaupun apa yang mereka terima itu adalah wang mereka sendiri. Hanya mungkin peneroka belum lagi mengetahui bahawa kantung Felda telah kekeringan kerana disalahgunakan oleh pimpinan negara hari ini.
ITULAH JAWAPAN DARI PERTANYAANMU ABG TUAH. NASIHAT AKU JANGAN ASYIK KENA KENCING AJE.
salam abg tuah... kita prnh jmpa di Ipoh tmph hari... mohon link kan blog teman nih..
http://mynameblackpanther.blogspot.com/
blog abg tlh saya link di blog saya..
Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob berkata, durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8, dekat Jerantut semalam adalah hasil dari titik peluh para peneroka sendiri yang dijana semula.
Oleh itu katanya, wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya. “Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri,” kata beliau dalam blognya hari ini.
Artikel diatas telah diolah oleh penulis dan dikreditkan dari sumber asal seperti Malaysia Kini, Harakah Daily, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Harian Metro, Bernama, dan lain-lain lagi. Saksikan juga video siaran langsung dari Parlimen Malaysia.
Waalaikum salam blackpanter...nanti abgtuah linkkan.
Yang benar
abangtuah
Post a Comment