PUTRAJAYA,
27 Mei 2012 – Golongan belia memberikan reaksi positif bagi menyatakan sokongan
penuh mereka terhadap kepimpinan Perdana Mentari, Datuk Seri Najib Tun Razak
atas semua usaha yang telah beliau lakukan kepada golongan itu.
Reaksi tersebut sempat dirakamkan
oleh jurukamera KL POS selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya
semasa Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012.
Wakil Belia Sabah, Zyee mengatakan
penganjuran Himpunan Jutaan Belia tahun ini merupakan salah satu tindakan bijak
kerajaan bagi meraikan para belia dari seluruh negeri sekaligus memberi peluang
kepada mereka untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah.
Sementara itu, Ahmad Syawal wakil
belia 4 Malays berkata kepimpinan beliau tidak dapat diragui lagi kerana beliau
sentiasa berusaha dalam menjadikan Malaysia kearah negara maju.
“Beliau (Najib) berjaya mengumpulkan
golongan belia seramai dua juta orang dan itu membuktikan beliau begitu
bersungguh-sungguh untuk memajukan belia.
Saya berharap program seperti ini
dapat dianjurkan setiap tahun kerana ia dapat memberi peluang kepada belia
melakukan aktiviti yang berfaedah,” katanya.
Norsyafina Md. Nor yang datang
bersama rakan-rakan lain daripada Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Perdana Mentari kerana telah membuat pelbagai usaha terhadap pembangunan masa
depan para belia.
Wakil Belia Manjung, Khairil Azuan
Ariffin menegaskan bahawa tiada lagi pemimpin yang terbaik selain Perdana
Menteri dan kerajaa sedia ada kerana mereka sentiasa berinovasi dalam
menjayakan program yang berkaitan dengan belia.
“Belia seharusnya memberikan
komitmen yang baik kepada kepimpinan beliau kerana kita sudah hidup di dalam
negara yang aman dan beliau sentiasa melakukan yang terbaik untuk keamanan
negara ini, “ katanya yang juga merupakan Pengerusi Belia Lumut.
Sementara itu, wakil belia Kapar, Amirul
Faez Samiran berkata, perhimpunan seperti inilah yang diinginkan oleh belia
kerana mereka dapat merasai yang diri mereka dihargai oleh pihak kepimpinan
tertinggi Malaysia.
“Terima kasih kepada pucuk pimpinan
negara dan kementerian yang terlibat menganjurkan HBN dan kami (belia Kapar)
berharap beliau akan terus berjuang untuk kemajuan negara ini,” ujarnya.
Wakil Belia Pulau Pinang, Mohd.
Hafiz Mohd. Ali berkata kepimpinan beliau sungguh bermakna dan berharap semua
belia khususnya di Pulau Pinang akan sentiasa maju dengan kepimpinan beliau.
“ Kami sangat yakin dengan
kepimpinan beliau dan kerana itulah kami wujudkan ‘Najib Adalah Jaguh Aspirasi
Belia’ sempena dengan huruf pertama daripada nama beliau.
“Harapan kami agar program seperti
ini dapat diteruskan kerana secara tidak langsung belia dapat menimba ilmu dan
melakukan aktiviti yang berfaedah,” katanya disertai dengan sorakan menyokong
Perdana Menteri.
YOUTUBE
0 Comments:
Post a Comment