Isnin, 23 April 2012

EMPAT ALASAN - ANUWAR HARUS DILUCUTKAN..

SHAH ALAM 23 April – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini sebulat suara mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kerana didakwa mengamalkan seks bebas dan biseksual.

Desakan itu dinyatakan oleh Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin yang mendakwa bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam amalan itu tidak bermoral itu sekaligus tidak melayakkannya untuk menduduki jawatan berkenaan.

Beliau memberikan empat alasan mengapa Anwar itu harus dilucutkan jawatan Ketua Pembangkang antaranya ialah penghakiman kes liwat.

Pertama, membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

Jelasnya, berdasarkan penghakiman tersebut yang dipetik menerusi Malayan Law Journal, Hakim Mahkamah Persekutuan secara jelas tidak menafikan bukti bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual.

“Begitu juga dengan kes liwat kedua melibatkan Anwar dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mana Hakim Mahkamah Tinggi tidak menyatakan kejadian liwat tidak berlaku, cumanya bukti tercemar ketika proses siasatan. Dia (Anwar) dilepaskan atas sebab-sebab teknikal.

“Begitu juga dengan pendedahan video seks ‘China Doll’ membabitkan Anwar sebelum ini yang jelas menunjukkan Ketua Pembangkang seorang biseksual dan mengamalkan seks bebas.

“Selain itu, kita juga merujuk kepada pendedahan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan sebelum ini yang mendakwa Anwar menjalin hubungan sulit dengan isteri orang yang membuktikan aktiviti salah laku moral Ahli Parlimen Permatang Pauh itu,” katanya  di sini hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Merdeka Melayu Malaysia , Abdul Ghani Haroon dan Timbalan Presiden Kelab Perpaduan Insan Malaysia, K. Arumugam.

Pada masa yang sama, Hamidzun turut menyatakan bahawa Parlimen Malaysia tidak sepatutnya diwakili oleh mana-mana individu yang mengamalkan seks bebas dan songsang apatah lagi jika ia melibatkan Ketua Kerajaan atau Ketua Pembangkang.

“Justeru, kita mahu Parlimen Malaysia sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara ‘dibersihkan’ daripada unsur-unsur tidak bermoral ini. Dalam hal ini, kita kita desak Anwar dilucutkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang,” tegasnya.

Dalam pada itu, Hamidzun turut menyatakan pendirian pihaknya termasuk NGO-NGO lain yang mahu agar Dewan Rakyat mengemukakan usul melucutkan Anwar daripada jawatan Ketua Pembangkang.
Ini kerana, usul sedemikian dilihat penting bagi memastikan keanggotaan, kredibiliti serta imej Parlimen itu dapat dipertahankan.

“Jika isu ini tidak diambil perhatian yang sewajarnya, apakah kita mahu sistem pentadbiran negara ketika ini mempunyai individu yang mengamalkan homoseks dan sebagainya,” ujarnya. MediaUMNO

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online