mohdasron.mustapha@utusan.com.my
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
--- " MELAYU HANYA BOLEH SELAMAT APABILA KUAT DAN KUAT APABILA BERSATU PADU " --- " MELAYU PERLU BANGKIT KEMBALI, BANGKIT BUKAN UNTUK MENYERANG, TAPI BANGKIT UNTUK MENCARI JATIDIRI, YANG TELAH SEKIAN LAMA HILANG" ---"JAUHI PUAK JUAK MELAYU YANG SANGGUP MENGADAI APA SAHAJA DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT"
Anwar melenting pasal isu Israel
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 28 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi hilang punca apabila kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel dibangkitkan di Parlimen.
Anwar yang berang apabila kenyataannya itu ditafsir sebagai menyokong keganasan Israel ke atas penduduk Palestin oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem mengugut akan mengambil tindakan jika terus 'difitnah'.
Bagaimanapun, ketika dicabar Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mengapa tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas The Wall Street Journal (WSJ) jika benar kenyataannya menyokong keselamatan Israel adalah fitnah, Anwar membisu.
Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu berterusan cuba untuk menegak benang basah apabila berkata, kenyataan beliau telah diputar belit oleh media arus perdana demi tujuan politik.
"Jangan gunakan ini (kenyataan kepada WSJ) untuk melabel saya menyokong keganasan Israel, ini perbuatan biadab dan melanggar tatasusila, kenyataan saya bersyarat, bagaimana boleh tuduh saya sokong keganasan Israel?
"Saya menyokong aspirasi rakyat Palestin begitu juga kerajaan, saya akan mempertahan perkara ini. Saya akan bertindak jika terus difitnah, ini satu tafsiran yang kejam dan tidak bermoral," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Melihat Ketua Pembangkang itu berterusan menyalahkan pihak lain, Abdul Rahman sekali lagi tampil mempersoalkan Anwar mengapa beliau tidak menuntut akhbar antarabangsa itu memperbetulkan kembali kenyataan jika 'tidak sampai hati' hendak saman.
"Kita dengar penjelasan Permatang Pauh kononnya beliau mendokong aspirasi Palestin tetapi mengapa tidak minta WSJ buat kenyataan baru? Sedangkan ini jalan paling mudah, saman susah dan minta maaf pun janganlah," katanya sinis.
Dalam pada itu, melihat ketua mereka tertekan dalam isu Israel, beberapa pemimpin pembangkang antaranya, Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang), Tian Chua (PKR-Batu) dan Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) tampil mempertahankan Anwar.
Paling menarik tindakan Khalid Samad (Pas-Shah Alam), satu-satunya pemimpin Pas yang bermati-matian mempertahankan Anwar dengan berkata: "Jangan baca hanya satu ayat seperti Kota Belud, kamu tidak akan faham,""Jangan memfitnah Permatang Pauh, apa perasaan Ketua Pembangkang bila dilabel beliau sokong atau reda dengan pembunuhan rakyat Palestin oleh Israel? Kota Belud hanya tafsir ikut selera politik dia," katanya.Terdahulu, Richard berkata, dakwaan Anwar kononnya beliau meletakkan syarat ketika mengeluarkan kenyataan itu hanya satu helah untuk mengaburi mata rakyat selepas dikritik hebat pelbagai pihak termasuk wakil Hamas.
Katanya, Anwar tidak meletakkan apa-apa syarat ketika menyatakan sokongan beliau terhadap segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sebaliknya, hanya berbuat demikian ketika ditanya mengenai hubungan diplomatik dengan Israel.
"Saya amat terkilan dengan cara Ketua Pembangkang memutar belit kenyataan beliau sendiri dalam WSJ, tiada syarat yang ditetapkan dalam menyokong keselamatan Israel, beliau hanya berbuat demikian dalam soal diplomatik," katanya.
KOMENTAR PENULIS
WELL...PENULIS DAN DUNIA ISLAM TAK MAHU FAHAM TENTANG SYARAT-SYARAT TU...YANG KAMI FAHAM SIAPA AJE SEBUT PERKATAAN
“MENYOKONG KESELAMATAN ISRAEL”
MAKA ITU SUDAH CUKUP UNTUK MEMBUAT KAMI MEMBENCI...!!!
NAK TAHU LEBIH LANJUT BACALAH DIBAWAH..
rahsia.org32 Rahsia Israel Yang Patut Korang Tahu 1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel? 2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi w ...
Posted by AbgTuah at 10:26 PTG
0 Comments:
Post a Comment