Khamis, 2 Februari 2012

Hasan Basri Mohd. meminta umat Islam tidak memandang ringan pendedahan beliau....


Fahaman Anwarisme ancaman paling bahaya - Hasan Basri

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. meminta umat Islam tidak memandang ringan pendedahan beliau berhubung 'fahaman Anwarisme'.
Ia kerana, dakwa beliau, sejak kebelakangan ini, satu demi satu bukti mengesahkan bahawa fahaman Anwarisme yang diperjuang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahaya kepada umat Islam di Malaysia.

"Tiba-tiba kita dikejutkan kononnya untuk menyokong keselamatan Israel, kenyataan itu jelas bertentangan dengan peringatan Allah bahawa Yahudi adalah ancaman yang nyata kepada umat Islam.
''Kenapa sanggup mengiktirafkan Israel, satu bangsa yang dilaknat Allah dan saya hairan dalam keadaan itu pun kita (Pas) boleh menerima, sedangkan dahulu kita juara menentang kebiadaban Israel," dakwanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah bertajuk Masa Depan Politik Malaysia-Demi Kedaulatan Agama Islam, Bangsa Melayu & Institusi Raja di Balai Pahlawan, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Hasan Basri melontarkan pertanyaan kepada Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, apakah Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut menganggap kenyataan Anwar mengenai Israel bukan ancaman kepada Islam?

Sambil mengimbau kejadian pada pertengahan tahun 1990-an, yang mana Mahfuz sanggup meringkuk dalam penjara selama setahun kerana menentang kehadiran pasukan kriket remaja Israel, beliau bertanya di mana prinsip itu kini.

"Apakah Mahfuz lupa? Mereka berarak, menentang dan akhirnya dipenjara kerana mempertahankan Islam daripada pencerobohan Israel, tetapi hari ini ikon mereka yang menyata akan menyokong keselamatan Israel.
"Mana suara-suara yang dahulu menjadi juara menentang Israel? Apakah ini bukan ancaman kepada masa depan Islam? Kenapa semua mereka berdiam diri apabila kenyataan itu dikeluarkan Anwar," katanya.

 Utusan online

KOMEN PENULIS,


HUHHH...SEBIJIK KENA TEPAT DI BATANG IDUNG PAS. 

YELAH...DULU PUAK JUAK TU JUARA SANGAT DALAM PENENTANGAN TERHADAP ISRAEL. ADA AJE ISU  KEJAHATAN ISRAEL..PASTI HERO-HERO DARI PUAK JUAK MELENTING-LENTING....TAPI SEKARANG BILA NUAR TERSEPIT DALAM ISU MENYOKONG KESELAMATAN ISRAEL...TETIBA PUAK JUAK TU BERPUTAR-PUTAR DAN BERPUSING-PUSING MENCARI ALASAN BAGI MEMPERTAHANKAN SI NUAR.

5 Comments:

Tanpa Nama said...

SLM BRO..SELAGI ANUWAR X DPT PROJEK DGN POMPAN YAHUDI SELAGI TU LER DIA TERUS MEROYAN DALAM CERAMAH KEHKEHKEHKEH

TEKOKOPI said...

salam perjuangan...sy telahpun linkkan blog tuanhamda di blog sy...sy ingin memohon linkkan blog sy di blog tuanhamba...

Tanpa Nama said...

anwar who?
najib who?
.... who cares. People power will teach them.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Dah dibuang link berkenaan

Seketeriat Hari Belia said...

salam satu malaysia...

Saya mewakili pihak Himpunan Hari Jutaan Belia ingin meminta emel / nama blog / no telefon dan nama empunya blog..harap dapat disegerakan dan dihantar terus ke emel saya seketeriat2012@gmail.com

harap maklum..sekian terima kasih...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online