Selasa, 31 Januari 2012

DATO HASSAN ALI NAK HAPUSKAN PARASIT PARTI...?


 'HAPUSKAN PARASIT DALAM PARTI ANDA DENGAN RACUN PARASIT'



Diberitakan Dato Hassan Ali sudah berkelana ke 4 road-show dan Partai Pas sudah mulai terasa panasnya. Ialah, mana taknya, agaknya segala top secret Partai Pas yang sekian lama kemas terbungkus dalam Pakatan Pembangkang dileraikannya satu-satu.


Mungkin terdapat juga puak juak finatik Pas yang tidak senang duduk dalam hal ni. Tentu mereka akan berusaha untuk membantutkan usaha Dato Hassan di dalam edisi kembaranya bagi membongkar kepincangan Partai Pas. Well...macam-macam label yang kedengaran telah dilemparkan oleh puak juak finatik ni terhadap beliau sebelum ini....PENCACAI UMNOLAH dan BONEKA UMNOLAH.. Tetapi Dato Hassan ni nampaknya bukanlah sebarangan hero, belum ada tomahan liar yang mampu mematahkan semangat juang beliau untuk menegakkan kebenaran.

Mungkin juga terdapat kepimpinan tertinggi Partai Pas yang acuh tak acuh dengan sikap dan tindakan Dato Hassan Ali ini. Mungkin mereka berpendapat serangan Dato Hassan Ali ni bagai gigitan nyamok petang aje.

Tetapi hari ini Dato Hasaan Ali yang sebelum ini terkenal sebagai wira di Selangor sekali lagi telah memberikan kejutan baru pada puak juak yang melabel atau yang cuba meperlekehkan beliau apabila berhasrat akan menubuhkan NGO baru yang diberikan nama 'JATI'. Diberitakan tujuan penubuhan 'JATI' kerana beliau berazam untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu dan kabarnya akan dilancarkan pada 21 Feb ini. Hmm..bagus tu...TABIK DATO.!!

Sungguh pun begitu penulis rasa Dato Hassan Ali ni masih sayang pada Partai Pas kerana beliau juga dikatakan berazam untuk menghapuskan golongan PARASIT-PARASIT dalam Pas. Entahlah sapalah agaknya jadi parasit dalam Pas ni...Well anyway penulis sokong Dato Hassan Ali...teruskan Dato...hapuskan parasit-parasit dalaman tu termasuk ibu pelesitnya sekali...hehe.

So...penulis setuju dan menyokong sangat Dato Hassan Ali terus berjuang dari luar Partai Pas dan berhasrat untuk menghapuskan segala parasit dan pelesit ini. Penulis harap Dato dedahkan bagaimana dahsyatnya ketaksuban mainan politik yang diamalkan oleh Partai Pas selama ini sehingga sanggup mengadaikan apa saja termasuk agama dan bangsa demi mencapai cita-cita untuk ke Putrajaya dan kuasa politik.

Dedahkan juga bagaimana Partai Pas sudah menjadi PARASIT AKIDAH apabila tidak menyokong Himpunan Sejuta Umat demi menjaga hati rakan sekubrnya.

Sebenarnya penulis memang raspek dengan Dato Hassan Ali dari dulu lagi. Sikap tegas dan keberaniannya untuk menghapuskan arak dan maksiat di Selangor amat terpuji. Disamping itu tindakan dan kesungguhnya dalam usaha mengekang murtad satu lagi sikap kepewiraan perjuang Islam sejati. Tapi....yang membuat beliau sedih ialah, segala tindakan baiknya itu tidak pula mendapat respon mengalakan dari kepimpinan atasan Partai Pas. Ialah....mungkin Partai Pas melihat dari sudut hubungan baik dengan rakan kongsi mereka DAP dan PKR itu lebih penting dari isu arak, maksiat dan murtad yang sering ditimbulkan oleh Dato Hassan Ali ni.

Hmm...entahlah PAS...PAS...Kesian sungguh...sebuah Partai Melayu kedua kuat dah nak hancus nampaknya..

Well, habis dengan Dato Hassan Ali. Tapi yang heran..kenapa Hj Hadi menyuarakan hasrat tidak mahu bertanding dalam PRU 13 sejurus aje Dato Hassan Ali dipecat. Well, penulis beranggapan tentu Dato Hj Hadi ni sayangkan Dato Hassan Ali...dan kalau tak silap penulis ada bermimpi....
 Dato Hj. Hadi menangis terisak-isak dengan nasib yang telah menimpa Dato Hassan Ali...

2 Comments:

Tanpa Nama said...

BRO..KASI ANUWAR MINUM RIDSECT SEGELAS JEK KEHKEHKEH

JAKA said...

hassan ali gila meroyan nk jadi MB...masuk umno la senang...baru dia kena lanyak dgn pemimpin umno lain

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online