Isnin, 26 September 2011

RATA-RATA MELAYU INGINKAN HUDUD

 TAK PERLULAH AGGRESIF SANGAT...
 
PAS DAN ISU HUDUDNYA, DI SINI PENULIS SIARKAN PENDAPAT BERNAS SEORANG HAMBA ALLAH BERKAITAN ISU INI.
 
shamshul anuar said... 
 
Saudara tuah, Masalah utama yang membelenggu PAS sejak zaman berzaman ialah sikap 'RIAK" . PAS dari dulu sampai sekarang sentiasa merasakan hanya PAS boleh bercakap pasal Islam. Bagi PAS, orang PAS lebih beriman berbanding ahli UMNO.     Bagi saya PAS satu parti munafik. Islam hanya dibir saja. Tidak lebih dari itu. PAS gagal mentarbiah ahlinya tentang Islam. Melihat perangai ahli PAS, kita tak dapat lihat keindahan Islam. Sebab itu kita tak boleh salahkan orang Melayu apatah lagi yang bukan Islam jika mereka menolak Hukum Hudud. Bukan bermakna orang melayu menolak hukum hudud. Hanya rata rata tidak yakin PAS mampu melaksanakan apatah lagi melihat sikap pemimpin PAS yang banyak berlakon .     PAs gagal memahami satu perkara asa iaitu jika mahu tegakkan Islam di Malaysia, maka PAS perlu kerjasama UMNO. Kenapa? Kerana UMNO mempunyai saham terbesar pengundi Melayu. Ini satu kenyataan. Malangnya PAS lebih suka berperang dengan UMNO. Pemimpin UMNO dibantai sesuka hati. Berita yang tidak sahih mengenai UMNO disebarkan( fitnah). Islm dilaungkan tetapi PAS jarang mahu ambil pendekatan Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam. Bak kata orang putih "do not have to reinvent thre wheel". Ikut saja pendekatan Nabi. Tunjukkan akhlak terpuji yang membuatkan orang terpaut hati kalaupun tak percaya pada kebolehan PAS. Tetapi tentu sukar. Dengan Mohd Sabu sebagai pemimpin, maka bertambahlah ceramah memaki hamu pemimpin UMNO. Ini bukan bermakna UMNO itu tiada salah. Banyak juga. Namun UMNO tak sehipokrit PAS.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online