Rabu, 21 September 2011

KAMI SERU AGAR KELANTAN MENJADI NEGERI PERTAMA MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD.


DEI...KICIK..KASI LANGKAH MAYAT SAYA DULU..??

TANJUNG MALIM 21Sept. — Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar, Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za”ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr. Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.

Dr. Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008. — Bernama

WELL...NIK AZIZ  APA LAGI TUNGGU...TUN DAH TAK MARAH LAGI...MALAH BELIAU DAH PUN BAGI GREEN LIGHT.

SO..KAMI SERU AGAR KELANTAN MENJADI NEGERI PERTAMA MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD.

HEHEHE....JANGAN TAK JADI LAK...DAN JANGAN PULA BAGI BERBAGAI ALASAN LAGI...TAKUT TOK NAJIBLAH....TAKUT DAPLAH...KEH..KEH..KEH..

PERPATAH HARI NI...

KATA ITU KOTA.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online