Baru-baru ini ramai di antara "pengkhianat agama" yang naik angin apabila dikatakan mereka itu pengkhianat agama...
Mudah-mudahan ini bermaksud mereka (para pengkhianat) masih ada ruang untuk diperbaiki, disedarkan dan kembali ke pangkal jalan...
Cuma jangan mereka ini mengikuti resam orang gila, yang tak mengaku diri mereka gila. Kalau macam tu susah... Tak ada harapan nak sembuh...
Penulis ucapkan syabas kepada Tuan Mufti Muda, Dr Juandajaya ini dan semoga beliau akan terus menyatakan perkara yang hak di dalam usaha untuk menjadi "Ulamak Jantan", ulamak perwaris para nabi.
Pastinya jalan meniti kebenaran dan jalan untuk mencari redha Allah s.w.t adalah jalan yang penuh berliku dan tidak lekang daripada berbagai cabaran dan rintangan.
Seruan penulis kepada mereka yang tidak mahu dilebel sebagai "pengkhianat Islam" cerminlah diri sendiri....Bermuhasabah lah... Jika masih yakin apa yang mereka kerjakan itu diredhai Allah s.w.t. teruskanlah..... Jika tidak kembalilah kepangkal jalan...Perpeganglah kepada tali Allah s.w.t.
Menjadi adat manusia kita memang seringmembuat kesilapan, tetapi apa yang penting kita perlu berani mengakui kesilapan diri dan kembali ke landasan y ang benar..