Rabu, 1 September 2010

20 Tahun Memerintah Kelantan - Pas Gagal Untuk Mencontohi Pemerintahan Umar Abd Aziz???

Banyak sekali yang perlu dipelajari oleh pimpinan Pas di Kelantan daripada gaya dan cara pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Suatu yang jelas telah gagal dicapai oleh kerajaan Pas di Kelantan ialah untuk membawa pembangunan dan kemakmuran kepada rakyaatnya.

Bercakap tentang Islam dan mendakwa diri sendiri lebih Islam dari orang lain sememangnya mudah, tetapi untuk mempraktikkan dan mencapai kejayaan yang sepatutnya, bukan setakat perlu pandai bercakap dan "mengkafirkan" orang lain tetapi ia perlukan iltizam dan juga ilmu. Untuk menjadi pemerintah yang baik, selain ilmu agama, ilmu pentadbiran, ekonomi, sasiah dan lain-lain ilmu juga sama pentingnya.

Jika di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang hanya sepanjang 2 tahun 10 bulan, baginda telah berjaya "menghapuskan" fakir dan miskin di dalam jajahan takluknya, sehingga ke Afrika Utara, tetapi pemerintahan Pas di Kelantan yang telah menjangkau ke usia 20 tahun, jangankan masalah kemiskinan dapat diatasi, masalah keperluan asas seperti bekalan air bersih buat rakyaat Kelantan pun, masih gagal mereka tangani.

Bukannya bertujuan untuk mencari salah pemerintahan "ulamak" tetapi sebagai manusia dan saudara seagama kita wajib nasihat-menasihati dan kita tidak boleh hidup berseorangan kerana manusia sememangnya saling perlu-memerlukan. Kita perlu banyak bermuhasabah diri. Pas juga perlu bertanya kepada diri sendiri, apa kesilapan mereka selama 20 tahun lalu. Jangan terlalu gemar menunding jari dan sentiasa menyalahkan orang lain.

Cabaran umat sekarang telah semakin mencabar, bila kita bercerita berkenaan nasib orang Islam terutamanya di Malaysia, kita tidak boleh ketepikan bercakap pasal orang Melayu kerana di tanah bertuah ini tidak keterlaluan jika kita katakan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Ini adalah kerana orang Melayu mewakili 90% penduduk Islam Malaysia.

Jika dahulu Umno boleh hidup tanpa Pas dan begitu juga sebaliknya, "kemewahan" itu tidak lagi kita perolehi sekarang. Jestru Umno dan Pas perlu bersatu!!! Lupakan sengketa lama dan dendam kesumat, ingatlah, "sesungguhnya solatku, ibadat ku, hidup dan matiku semata-mata kerana mahu mendapat keredhaan dariNya (Allah s.w.t.)"... Itulah "akujanji" yang kita ikrarkan dihadapan Allah s.w.t, lima kali sehari, jika maksudnya dapat difahami dan diyakini, perkara yang lain sudah tidak penting buat kita....

Jangan "tipu" minda rakyaat Malaysia bahawa pemerintahan Pas di Kelantan mencontohi gaya pemerintahan Rasulullah s.a.w. maupun cara Khalifah Umar Abdul Aziz!!! Posting asal http://bumiyang.blogspot.com/2010/08/20-tahun-pas-memerintah-kelantan-apa.html.

8 Comments:

ISAC said...

Kita sayangkan Kelantan, kerana mejoriti anak negeri ini adalah Melayu/Islam... Bangunlah anak negeri Kelantan!!!

"Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak berusaha untuk merubahnya!!!"

hilbert said...

Salam Merdeka AbgTuah,

jangankan cara pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz PAS mampu nak ikut...sedang cara pemerintahan Barisan Nasional lagi PAS/DAP/PKR gagal nak contohi...

Yang PR mampu buat cuma tabur fitnah..buat janji2 kosong..tu jer..

Tanpa Nama said...

tanyalah saiapakah wakil rakyat yang palinG LAMA MAKE GAJI BUTA DENGAN MENIPU RAKYAT KELATE???? TAPI UNTUK ANAKA MENATU DAN KELAURGA SEMUANYA DIHIDANGKAN DENGAN JAWATAN HEBAT..ITULAH NIK NAJIS HIPOKRIT....

Tanpa Nama said...

porahhhhh

akukatadah said...

bukan kelantan saja ada majoriti anak melayu..tapi cuma majoriti anak melayu kelantan aje yg telah jadi bodoh kena jampi dengan toknikajis tuu...aku dah tengok sendiri dlm setiap majlis yg nikajis gi..lepas aje dia bangun maka pakat-pakat berebut ambil bekas minum nikajis tu ada yg sempat jilat pun jilatlah, ada yg sempat minum bekas mulut dia pun minumlah dah tu kalau kertas tisu bekas lap mulut nikajis pun ada yang kutip bawa balik, nak rendam air bagi nak cucu minum...ambik berkat katanya.punyalah fanatik..melayu ni..

Tanpa Nama said...

53 tahun umno perintah Johor dan mencontohi pemerintahan Umar Abd Aziz, tak caya tanya Ghani.

Tanpa Nama said...

aku dok tunggu-tunggu gak kot ada ilmuan dari al azhar nak buat kajian mengenai pemerintahan islam yg paling gemilang abad nie di kelante, tapi sedihnya hanya sepanduk dan poster jer yg nampak gah tapi yg lain sama jer macam negeri lain. maksiat dan kemugkaran pun banyak gak, cakap jer segala macam kemungkaran kat negeri lain semuanya pun ada disini..jadi jgnlah mencemarkan kesucian pemerintahan islam yg sebenarnya jika anda sendiri pun tak boleh nak mengamalkannya...masa jadi pembankang mudah nak mengata dan mengutuk kerajaan tapi bila dah diberi kuasa lebih kurang sama malah lebih teruk daripada orang yg dikutuknya....

ISAC said...

Bab orang semua X betul...X Isle...

Kawe parti Isle... Lebih Isle...

Takkan Islam setakat pergi surau dan masjid aje... Itupun orang lain yang buatkan...Masjid dan surau...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online