Sabtu, 7 Ogos 2010

SAYANG MELAYU..LEBIH TAKUTKAN DAP.

PRESIDEN PAS MAHU HAK KEISTIMEWAAN MELAYU DI PERTAHANKAN

Hak dan keistimewaan Bumiputera khususnya orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, realiti pada masa ini ialah golongan Bumiputera majoritinya masih miskin dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "(Beri) kepada siapa yang berhak, majoritinya adalah Bumiputera yang miskin, yang bukan Bumiputera tidak seramai Bumiputera," katanya selepas melancarkan buku karyanya bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, sempena Jubli Perak Maahad Darul Al-Quran di Rusila di sini hari iniBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP, agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Abdul Hadi berkata bahawa kaum lain yang miskin juga wajib mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Katanya tindakan Pua itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau turut menganggap kenyataan Tony lebih bersifat peribadi

Sumber di sini

KOMENTAR PENULIS -

KAH..KAH..KAH..

TAKUT JUGA HJ HADI JIKA HAK-HAK MELAYU HILANG.

TAPI APALAK KATA GOLONGAN PAS TOTOK NANTI..TIDAKKAH HJ HADI TAKUT AKAN DICOP DI DAHI SEBAGAI PENYOKONG ASSOBIYAH KERANA MEMBELA DAN MENGUTAMAKAN BANGSA…

MACAM JUGA BEBERAPA PEMIMPIN PAS SEPERTI HASSAN ALI, HARUN DIN DAN NASARUDDIN..YANG MUNGKIN DAH DICOP SEBAGAI UMNO BERSARUNG PAS HANYA KERANA MEMPERTAHANKAN SESUATU PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK PAS.

WELL, MUNGKIN HJ HADI NI DAH TAK TAKUT LAGI DENGAN GELARAN ASSOBIYAH DAN DAH TAK GENTAR DENGAN PROJEK LANGGAR YANG HEBOH-HEBOHKAN OLEH GOLONGAN PAS TOTOK TU.

YA…HJ HADI NI SEBENARNYA TELAH MULAI SEDAR DAN FAHAM BAHAWA MEMBELA KEPENTINGAN HAK DAN EKONOMI MELAYU SECARA LANGSUNGNYA JUGA AKAN MENJAGA KEPENTINGAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA

........KERANA DI MALAYSIA…….MELAYU ITU …LAZIMNYA ISLAM…DAN TIDAK DAPAT DINAFIKAN BAHAWA MELAYU MAJORITINYA BERAGAMA ISLAM ..99.99999999999999999999999999999999999999999999999999 %

TAPI SATU AJE YANG NAK TERGELAK DISINI…DALAM KENYATAAN SAYANGKAN MELAYU...TERSELIT JUGA PERASAAN SERAM SEJUK...MEREKA PADA DAP..

JIKA ADA AJE KENYATAAN DARI PEMIMPIN DAP YANG TIDAK MENYENANGKAN HATI PUAK PAS..PASTI MEREKA KELIHATAN AKAN CEPAT-CEPAT MENEUTRALKAN DENGAN MENGANGGAPNYA HANYA SEBAGAI KENYATAAN PERI BADI....BUKAN DARI PARTAI DAP.

APALAH..OTAK TAK PAKAI KE..?

KAN KE DAH NAMANYA PEMIMPIN TERTINGGI PARTAI DAP, TENTULAH MEREKA INI GERUP ELIT YANG TERDIDIK KUAT DENGAN DASAR DAN IDELOGI-IDELOGI PARTAI. MEREKA INI JUGA AMAT TEGAS SERTA BANGGA MEMPERTAHANKANNYA DAN TAK KETERLALUAN JUGA BOLEH DIIBARATKAN, HIDUP-MATI, MAKAN-MINUM, JERIT-PEKIK MEREKA SEMUANYA UNTUK PARTAI MEREKA DAP.

JADI WAHAI HJ HADI...MANA ORANG NAK PERCAYA JIKA NAK DIKATAKAN KENYATAAN TERBUKA PEMIMPIN DAP NI BUKAN BERSUMBER DARI PENGARUH DAN BERKAPASITI KEPARTIAN...LAINLAH KALAU MEREKA MAIN BISIK-BISIK DALAM KELAMBU..

ITULAH MASALAH PUAK-JUAK AMPEH SAMSENG KAMPUNG NI...TAK MAHU KALAH DAN JAUH SEKALI DARI MAHU MENGAKU SALAH.

AGAKNYA KERANA UJUD PUAK JUAK SEBEGINI DI DUNIA NI TU SEBABLAH ADA PERPATAH BERBUNYI BEGINI......SOMBONG BODOH...!!

KEH..KEH..KEH..!!

MADSUDNYA BODOH TAHAP GABANLAH TU...

4 Comments:

Godisuno said...

Apa akan jadi agaknya sekiranya PR berjaya memerintah Malaysia pada pilihanraya umum nanti? Suara Melayu dan Islam dalam PR nampaknya tenggelam dalam lautan fahaman anti Islam dan anti Melayu. Dalam keadaan sekarang pun Melayu Islam PR sudah hilang punca. Mungkin ini akibatnya jika mereka terlalu bergantung kepada bukan Islam.

PAS harus melihat ke negara China dan India dan buat analisa apa yang berlaku di sana. Orang-orang Islam di sana adalh rakyat kelas ketiga yang diberi layanan yang tidak adil. Kalau mereka sanggup melayan rakyat sebangsa dengan mereka sebegitu hanya kerana mereka Islam, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kepada orang Islam Melayu di sini yang berbeza bangsa dan agama dengan mereka. Jangan hanyut dengan keinginan berkuasa kerana bila ada kuasa anda akan terlalu sayang kepada kuasa dan akan sanggup menggadai apa sahaja demi kuasa itu. Orang-orang melayu Islam dalam PR harus sedar dengan masa depan mereka, jadikan sejarah sebagai asas pertimbangan. Mereka patut buka mata mereka dan lihat apa yang berlaku dinegara-negara lain apabila bangsa-bangsa berlainan terlibat. Lihat apa yang berlaku diSingapura, apa yang berlaku di Thailand. Apa yang tinggal pada kaum asal negara-negara tersebut? Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

http://maharajablogger.blogspot.com/2010/08/menteri-kdn-masih-asyik-hisap-puting.html

BACA BLOG DI ATAS

KALU BETUL CAM NI MAKA KEMPEN SETIA TOK MAT RAHMAT WAJIB JADI ROH DAN JIWA GTP N 1MALAYSIA DS NAJIB !

August 7, 2010 7:41 AM

JEBAT said...

SAYANG KUASA, PENGECUT KEPADA MCA DAN MIC SANGGUB GADAI ISLAM :

BUKTINYA KENYATAAN BERANI PENGERUSI MCA TENTANG UMNO BERHUBUNG DENGAN ISLAM.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun.

"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini.

Ciri-ciri itu termasuk kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak; mengamalkan monarki mutlak; dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

Beliau juga bagaimanapun memuji kepimpinan BN yang lebih mementingkan pembangunan negara berbanding kepentingan agama.

Lazimnya juga pendapatan rakyat di negara-negara Islam itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists.

"Walaupun Malaysia adalah negara majoriti penduduknya beragama Islam, kita bernasib baik kerana dasar-dasar sederhana dan pragmatik yang dilakasanakan oleh kerajaan BN,” katanya.

Chua berucap kepada kira-kira 300 ahlinya yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin kanannya - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Tan Chai Ho, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Donald Lim - dan beberapa pemimpin Pulau Pinang lain seperti Lau Chiek Tuan dan Tan Cheng Liang.

KOMEN HAMBA :

UMNO YANG SEBENAR TAKUT KEPADA MCA DAN MIC DAN MENGIKUT TELUNJUK MEREKA. KEH..KEH..KEH. SEBAB ITULAH UMNO TIDAK PERNAH BERCITA-CITA UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM DIBUMI YANG TERCINTA INI.

PERIBAHASA MINGGU INI:

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG.

TUAH OH TUAH PENULISAN TUAN HAMBA SEMAKIN HARI SEMAKIN KELIHATAN JAHIL MURAKKAB.

Kuda Perang said...

Setuju Benar ambo dengan komen Jebat...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online