Selasa, 3 Ogos 2010

Ikut telunjuk Dap ibarat ‘lembu dicucuk hidung.’..?


TUMPAT 2 Ogos – Tokoh agama Kelantan, ‘Tuan Guru Hj Lah Pondok Geting’ menyeru agar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kepimpinan Pas yang lain agar bermuhasabah dan mengenepikan ego berhubung perpaduan Melayu dan umat Islam di negara ini.

Pada masa yang sama guru agama itu kesal Pas mengikut telunjuk Dap ibarat ‘lembu dicucuk hidung.’

Pengasas Madrasah An-Najmiyyah, Geting atau nama sebenarnya Tuan Guru Hj Abdullah Hj Saamah An-Najmi, berkata tindakan golongan yang menolak perpaduan Melayu dan umat Islam merupakan satu perbuatan yang menyalahi apa yang diseru oleh Allah s.w.t.

Malah bagi beliau, golongan berkenaan boleh menyebabkan sekurang-kurangnya menjadi fasik dan bidaah ‘dolalah’ serta boleh menjadi kafir.

“Ini kerana Allah s.w.t menyuruh kita bergerak ke arah perpaduan, dan Rasulullah s.a.w menyeru kita ke arah yang sama khususnya dalam keadaan kita (umat Islam) hari ini yang menuntut kita bersatu padu.

“Tetapi Pas adalah sebaliknya dengan menolak perkara itu dan mengadakan perpaduan bersama Dap yang secara terang-terangan menentang Islam. Kalau menang mereka (Pakatan pembangkang), bukan sahaja UMNO hancur, malah Pas pun akan hancur.

“Perpaduan macammana jika hasilnya sedemikian rupa. Apa untungnya kita. Bak kata pepatah, rugi sekarung tetapi untung hanya seguni bahkan tidak ada untung langsung,” katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau yang sebelum ini bergiat aktif di dalam Pas seterusnya menambah, Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud tidak boleh berpecah belah khususnya untuk mempertahankan kedaulatan Islam dan sebagainya.

“Maknanya Allah S.W.T suruh kita mempertahankan kedaulatan dan keistimewaan orang Islam. Malah manfaatnya perpaduan Pas dengan UMNO ini cukup besar. Apabila Pas dengan berpadu dengan persetujuan yang baik ianya akan memberi kekuatan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia dan kita boleh membantu kekuatan orang Islam lain di dunia luar yang lain seperti di Palestin, Bosnia dan sebagainya.

“Sekiranya kita tidak bersatu, ekonomi pun tidak akan bersatu. Perkataan sendiri pun (cakap saja) tidak akan jadi perpaduan serta kelakuan pun tidak menjurus ke arah perpaduan. Tetapi apabila kita bersatu padu, ekonomi pun akan menjadi kuat dan mantap.

“Sebenarnya hasil daripada perpaduan itu, orang-orang bukan Islam pun akan terkena tempias dengan manfaat yang sangat baik. Tidak akan wujud perkauman malah kaum lain akan mendapat nikmat yang baik termasuklah memberi satu rahmat kepada pembangunan bangsa dan negara Malaysia secara menyeluruh. Kesimpulannya selamat di dunia dan selamat di akhirat,” katanya.

Beliau seterusnya mengajak umat Melayu di negara ini melihat kedaulatan Melayu dan kedaulatan di negara jiran terdekat Singapura.

“Inilah yang kita perlu khuatirkan. Dan saya setuju jika mengatakan Dap adalah penasihat kepada Nik Aziz. Malah lebih daripada itu. Menjadi tuan kepada Pas dan Pas menjadi lembu yang dicucuk hidung,” katanya.

Beliau seterusnya menambah, orang UMNO dan orang Pas semuanya umat Nabi Muhammad S.A.W.

“Allah menyeru perpaduan untuk mempertahankan keistimewaan Islam, mempertahankan ahli sunnah wal jamaah, kita kena taat perpaduan berkenaan. Orang yang berpecah belah azab yang amat besar menanti mereka dia akhirat.

“Hadis Nabi ada menyebut siapa yang bercerai akan dia jamaah perhimpunan perpaduan, tinggal perpaduan sesama Islam dengan imam al-Azam (Datuk Seri Najib) dan mahukan perpaduan dengan mereka yang secara terang-terangan menentang Islam, Dap umpamanya maka sesungguhnya telah mencabutlah ia akan simpulan Islam daripada batang tengkuknya,” katanya. - MediaUMNO (sumber klik sini)

KOMEN PENULIS.
 
PAS...PAS...MENGAPA SAMPAI JADI BEGITU....SEHINGGA DIGELAR LEMBU CUCUK HIDUNG..
 
KAH..KAH..KAH...TULAH...NASIB BAIK BUKAN KERBAU BAJAK SAWAH ...!!

8 Comments:

sangtukangkata said...

abislah ustaz ni karang kene hentam pulak dengan puak2 bastard pas.. diorang mana boleh di tegur.. bukan kiasu lagi, kayu.. kalau ada yg dah insaf, baguih la.. pikirkan nasib islam dan melayu semua.. kawan dengan kapiaq, kapiaq pijak kapla..

Tanpa Nama said...

nak dapt sesuatu ,jangan kata cucuk hidung cucuk mata pun ..cucuk lah..

JEBAT said...

PUAK JUAK UMNOAPCOWAHABIBARANGNAIK KEH..KEH..KEH NAK AKU KATAKAN BODOH TAPI LEBIH PADA BODOH SEBAB ITULAH PUAK-PUAK NI MUDAH SANGAT DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN MEREKA. IBARAT KATA LEMBU DICUCUK HIDUNG AKHIRNYA DISEMBELIH.

KEBENARAN DARI ULASAN INI:

“Ini kerana Allah s.w.t menyuruh kita bergerak ke arah perpaduan, dan Rasulullah s.a.w menyeru kita ke arah yang sama khususnya dalam keadaan kita (umat Islam) hari ini yang menuntut kita bersatu padu.

KEBATHILANNYA :

tindakan golongan yang menolak perpaduan Melayu dan umat Islam merupakan satu perbuatan yang menyalahi apa yang diseru oleh Allah s.w.t.

TUAH CUBA TUAN HAMBA SEBUTKAN DALIL SAMAADA DALAM AL QURAN ATAU HADIS YANG MENGATAKAN MENOLAK PERPADUAN MELAYU ADALAH MENYALAHI KERANA TAK MELAYU SEMUA ISLAM.LAHANA ORANG MELAYU HANYALAH SATU KELOMPOK KECIL ORANG ISLAM DIDUNIA. KEH..KEH..KEH. LAGI PUN UMNO YANG MENGAKU ISLAM LAGI TERUK DARI DAP KERANA MENOLAK HUKUM HAKAM ISLAM.CUKUB HINA DAN KEJI BERBANDING DENGAN DAP KERANA DAP RATA-RATA BUKAN ISLAM.CONTOH MUDAH ORANG ISLAM MINUM ARAK LEBIH HINA DAN KEJI BERBANDING DENGAN ORANG BUKAN ISLAM MINUM ARAK. PERPADUAN KONON KEH..KEH..KEH.. TAK PAYAH NAK SIBUK DENGAN PERPADUANLAH, LAKSANAKAN PERUNDANGAN ISLAM,SEMUA ISLAM TAK KIRA BANGSA DEKAT MALAYSIA NI AKAN BERSATU. CONTOHILAH APA YANG DILAKUKAN OLEH RASULLAH DIMADINAH.

PERIBAHASA BIASA :

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIJADIKAN SEPERTI LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG.

KAH..KAH..KAH.. KETAWA SAMPAI KELUAR MATA KU MEMBAYANGKAN MEMBACA PUAK JUAK ......... DICUCUK HIDUNGNI APABILA BERBICARA.

kuntakinte said...

Salam, kesian aku tengok si jebat aldajjal tum ni..... kesian mak bapak beranak kan dia didunia ni...

DAPig jugak yang diagungnya....aku nasihat jangan kau ikut makan babi sudahla....

Dalam kubur esok kau jawab dgn malaikat saudara kau cina DAPig.

otak babi.

Tanpa Nama said...

Kita sering mengatakan PAS kena cocok hidung dengan DAP. Tapi kita tak pernah mahu mengakui UMNO juga kena cocok hidung dengan MCA dan Gerakan selama ini. Kenapa ya? Kenalah tanya pada diri masing2!

Terima kasih.

JEBAT said...

HAMBA ADA JAWAPANNYA WAHAI TANPA NAMA 10.06 :

UMNO SAMPAI SEKARANG TAK BERANI NAK TUBUHKAN NEGARA ISLAM SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN DALAM AL QURAN. BUKAN SETAKAT NAK TUBUH , NAK SEBUT PUN TAK BERANI. KEH..KEH..KEH...
HAMBA PUN HAIRAN:
1.KENAPA UMNO TAKUT SANGAT NAK JALANKAN HUKUMAN SEBAT KEPADA PENZINA MENGIKUT SEPERTI MANA YANG DINYATAKAN DALAM AL QURAN.
2. KENAPA PUAK UMNO TAKUT SANGAT NAK MENJALANKAN HUKUMAN POTONG TANGAN KEPADA PENCURI SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN DALAM AL QURAN.
3. KENAPA UMNO TAK MAHU MENGHUKUM PEMINUM ARAK MENGIKUT AL QURAN.
4. KENAPA UMNO TERLALU TAKUT DENGAN NEGARA ISLAM.

ALASAN YANG PALIN BODOH YANG BERIKAN OLEH PUAK LEMBU DICUCUK HIDUNG IALAH :

1. KITA BELUM BERSEDIA.
SAMPAI BILA AGAKNYA UMNO AKAN BERSEDIA. KEH..KEH..KEH.
2. JAWAPAN YANG PALING DUNGU IALAH KITA TAK BOLEH BUAT KERANA KITA MASYARAKAT MAJMUK. ITU JAWAPAN TOLOL BIN BAHLUL YANG TERIMA DARI PUAK INI.
3.JAWAPAN BERTARAF KELDAI OLEH PEMIMPIN MEREKA IALAH KITA TUBUH NEGARA ISLAM MENGIKUT CARA KITA. YANG PASTINYA MEREKA INGAT CARA MEREKA YANG TERBAIK BUKANNYA CARA YANG DIAJAR OLEH RASULLAH.

KESIMPULANNYA UMNOAPCOWAHABIBARANGNAIK BUKAN SETAKAT IKUT TELUNJUK TETAPI PENGECUT. KEH..KEH..KEH.

PERIBAHASA BIASA :

WAHAI PUAK UMNOAPCOWAHABIBARANGNAIK JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI SEEKOR LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG.

Gerakan Timur said...

Salam Bro,

Terima kasih atas sokongan anda... Aku tak akan patah semangat walaupun blog aku kene flag dgn fuckatan haram..

formerly known as KALAM TIMUR

WARIS said...

umno silap nak memerentah join ngan kapiq.kena cucuk idung.patut pas belajarlah dari kesilapan umno tu.binalah kekuatan bangsa sendiri kalau nak memerentah.mca tu 10 kali x ikhlas nya ngan umno dap tu 100 kali lagi x ikhlas ngan pas

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online