Penjelasan YAB Perdana Menteri Rasional Subsidi Dikurangkan
Today at 9:50am
Pejabat Perdana Menteri
1. Sejak Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.
2. Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini.
3. Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.
4. Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.
5. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
6. Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:
a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.
b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.
c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.
7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.
8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.
9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.
10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.
11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.
12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.
sumber : http://www.pmo.gov.my/
Artikel yang sama boleh dibaca di blog PanglimaPerangCyber
9 Comments:
Salam bro,
Maaf lari tajuk sket,
Minta tolong kepada bloggers kawasan Sabak Bernam/Kuala Selangor.
Besok 18/07/2010 pukul 10.00 - DS Khir Toyo akan berada di Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) Bagan Terap Sg Besar,Sabak Bernam untuk berbincang menentukan nasib dan masa depan pelajar-pelajar Melayu yang diarahkan pindah keluar dari situ.
IKYS merupakan Institut Kemahiran yang menampung pelajar-pelajar Melayu tercicir yang ingin meneruskan pendidikan dibidang kemahiran. IKYS menerima semua pelajar walaupun mereka tidak mempunyai sijil, tidak menghabiskan persekolahan menengah mereka atas sebab tidak mampu atau disiplin.
Diharap bloggers yang berhampiran dapat membuat liputan di sana termasuk video.
harapan si bingai
YAHOO , BARANG NAIK LAGI,
BN = BARANG NAIK.
MENYALAKLAH ABG TUAH DAN KUNCU-KUNCUNYA KERANA BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
Hai..itu aje ke yg JEBAT boleh tulis..
ALUUUUU BEWAK DOK DALAM GUA......
ADA KAYU BULIH WAT TITI.....BULIH LA CAGHI ALASAN WALAU PON NAMPAK TAK CEREDIK. SEJAK BILA BEWAK2 NI MULA DOK UNGKIT PASAI SUBSIDI......
JAWAPAN AKU SEJAK KERAJAAN BEWAK DAH TADAK PITIH NAK URUS NEGARA. DULU, MASA EKONOMI STABIL TADAK AIH DOK UNGKIT2 MENDE2 LAGU TU.
BETUI LA IDRIS JALA DAH HABAQ EKONOMI MALAYSIA MAMPUIH 2019 IAITU SETAUN SEBELUM MALAYSIA JADI NEGAGHA MAJU. BERMULA TAUN LEPAIH.....BONUS TADAK....DIGANTI NGAN BANTUAN HAGHI GHAYA 5 RATUIH DAN DIBAYAQ SAMPAI DUA KALI. SYUKUR JUGAK.....KALU 5 RATUIH TU BAYAQ 100 KALI....
JUMLAHNYA 5 RATUIH JUGAK.
TAUN NI KENEIKKAN GAJI TAHUNAN SEPATUTNYA BAYAQ AKHIR JANUARI....BAYAQ TUNGGAKAN AKHIR BULAN JUN. BANYAK PROJEK DAN SIAP......KOTRAKTOR TERLOPONG DOK NUNGGU PAYMENT SAMPAI STAUN PON ADA YANG TAKLEH.
SABIK TU BILA KITA HABAQ SAMAN EKOQ NAK CAGHI PITIH ....BLOGGER BEWAK NI AUTAR MACAM2 NAK COVERLINE.
BIAQ PI LA.......KESIAN JUGAK LA KAT KETUA BEWAK
TU NAK NEIKKAH REGA MINYAK TU. BEWAK2 PON PM KITA JUGAK. LAGI PON PRU 13 NANTI PARTI BEWAK DAH BUNGKUIH DAH.
he he he
henjaq sampai mampuih.
YAHOO , BARANG NAIK LAGI,
MENYALAKLAH ABG TUAH DAN KUNCU-KUNCUNYA KERANA BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
KEH..KEH..ALANGKAH BODOHNYA DAN DUNGUNYA, PUAK JUAK, UMNO. MACAM KERBAU DICUCUK HIDUNG.
Meletakkan masalah kekurangan wang kerajaan kebahu setiap rakyat..
salam 1 untuk semua,
mengurangkan subsidi adalah cara yang paling mudah utk krjaan menyelesaikan masalah..beliau meletakkan masalah kekurangan wang krjaan kebahu setiap rakyatnya..kesian rakyat yg miskin.
masalah ini sepatutnya ditanggung oleh menteri2 yg bebal yg berada di PJaya yg tidak tahu apa kerjanya selain dari membolot harta kekayaan, mengkayakan
kroni yg sememangnya dah kaya.
menteri2 yg dianugerahkan bengong ini yg tidak tahu buat kerja telah merugikan negara sepatutnya DIPECAT saja..knp rakyat harus menerima menteri2 yg bodoh spt ini utk bekerja.. PM harus memandang serious akan perkara ini, PM harus tegas dan berani.
kalau benar slogan ‘rakyat didahulukan’
tapi kenapa rakyat dibebankan???????
jangan jadikan rakyat sbg mangsa…..
masih ramai lagi diluar sana yg boleh diangkat menjadi pemimpin dan boleh diberi tjawb dan sy amat bersetuju utk mengubah cara umno mencorakkan kepinpinan dan krjaan adalah dgn diserap masuk ahli2 marhean dari kalangan pas/umno yg tidak mempunyai kepentingan sendiri tetapi sanggup berkhimat utk agama, bangsa dan negara.
menyelinap masuk demi untuk majoriti yang memihak kepada rakyat dan yg mengutamakan rakyat…..
‘kita buang menteri2 yg salahgunakan kuasa’
Salam, tak ada dalam dunia barang harga turun akhirnya jadi kosong sen, Kabinet menolak cadangan Idris Jala agar subsidi ditarik balik, tetapi kabinet memutuskan untuk minimakan bebanan dan mendidik rakyat sikit demi sedikit agar tidak bergantung kepada kerajaan maka minyak naik sedikit 0,5sen, sebelum ni diturunkan puak haprak tak berbunyi pun memuji, bila naik sikit macam beruk kena belacan, kalau hero sangat nak tolong rakyat BUKTIKAN DI SELANGOR, PENANG DAN KELANTAN, KERAJAAN PEMBANGKANG BAGI SUBSIDI PADA RAKYAT MASING2 AGAR HARGA BARANG TETAP HARGA LAMA APA BARANGAN YANG DINAIKKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN, BARU BOLEH JADI HERO, KALAU NAK BALUN BALAK DAN PASIR UNTUK DIRI SENDIRI ELOK PUAK2 HAPRAK DIAM DAN TUTUP MULUT.
Kenapa nak bising sedangkan banyaklagi barangan yang disubsidikan oleh kerajaan untuk rakyat nikmati, kenapa tak di puji kerajaan persekutuan.
Pertemuan dgn NGO mengenai harga barangan, mereka setuju subsidi gula dipotong untuk mengelak puak2 haprak yang tua2 dapat penyakit kecing manis, agar tak mampussss awal, jadi kurangkan penggunaan gula, apa masalah nya??????
Jangan jadi kacang lupakan kulit.... setakat tahu cari duit hentam pasir, hentam balajk, hentam tanah housing, malah disokong oleh puak2 haprak eloklah pergi sekolah perdagangan balik, belajar sampai tamat.termasuk lah si JEBAT MUSANG BERJANGGUT.
KUNTAKINTEI AKU SOKONG BARANG NAIK PUN DIA MARAH.
MENURUT PAK MENTERI BARANG NAIK PUN KERANA AMBIL KIRA PERSETUJUAN RAKYAT TERMASUKLAH AKU SORANG. YAHOOOO BARANG NAIK LAGI.
YAHOOOO BARANG NAIK LAGI.
YAHOOOO BARANG NAIK LAGI.
YAHOOOO BARANG NAIK LAGI.
YAHOOOO BARANG NAIK LAGI.
YAHOOOO BARANG NAIK LAGI.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
BN = BARANG NAIK.
KUNTAKINTE JOMLAH JOIN SEKALI KEGEMBIRAAN INI.
ALOO PEJUANG2 BEWAK SESAT LAGI MENYESATKAN........salam mentekedarah taik seropa ngan salam 1 malaysia.
MEMANG DAH JADI TABIAT PARTI BEWAK BILA SAJA NEGERI TERLEPAIH KAT TANGAN DEPA AKAN SIBUK MENUBUHKAN YAYASAN KEMISKINAN. DI KELANTAN SEBEIK SAJA KALAH TERUK, DEPA TUBUH YAYASAN KEMISKINAN KELANTAN. FUNGSI TADAK LEIN BUAT DEPA BERIMPUN SAMBIL SANTAI DOK BAGI BASIKAL DAN BEG SEKOLAH BUDAK2.
JATUH SAJA MANA NEGERI KAT PEMBANGKANG.....NEGERI TU PON KIGHA JATUH MISKIN LA. MASA DEPA MERINTAH, TAK TAU LA KAYA LAGU MANA. TERLAJAK KAYA PARTI BEWAK NI TERPAKSA MENEIKKAN REGA MINYAK, GULA DAN BERANG LEIN YANG ADA KEITAN NGAN MENDE TU AKAN NEIK. SAMPAI GHEGA JUBUQ PELACUQ PON NEIK JUGA BARANGKALI.
KALU PARTI BEWAK BULIH MENGUASAI SEMUA NEGERI DI MALAYSIA.... DEPA TAKKAN NEIKKAN GHEGA MINYAK SABIK
SUMA GHAKYAT AKAN JADI KAYA. JADI SAPA2 NAK KAYA KENA LA SOKONG PARTI BEWAK SABIK LORONG KAYA ADA PADA DEPA.
HERAN JUGAK LAGU MANA NEGERI SELANGOQ TU DALAM SEKELIP MATA DAH JADI MISKIN. DULU MAMAT BIN MAMAT TAIB REMBAT PITIH SAMPAI 22 JOTA PON.....SELANGOQ MASIH LAGI KAYA.
BARANGKALI KALU MENTERI BESAQ BANYAK PITIH......NEGERI TU DIIKTIRAF SEBAGAI KAYA. KALU KHALID NI MISKIN, NEGERI PON MISKIN JUGAK.
he he he
atau pon puak2 bewak ni nak bagi roti cicah kaya...
Post a Comment