Sabtu, 10 Julai 2010

BLOGGER JANGAN JADI TIKUS REPAIR LABU...

 REPAIR MAT REPAIR..!!

SUDAHLAH DIHENTAM CUKUP-CUKUP OLEH BLOGGER PEMBANGKANG, BLOGGER SENDIRI HENTAM LAGI!!! - BLOGGER PENYOKONG KERAJAAN HARUS TAHU LETAK DIRI

TEMAN INGIN MENYUARAKAN BEBERAPA PANDANGAN DAN TERKILAN YANG TEMAN TERIMA DARI ORANG UMNO/BN DAN PEMIMPIN - PEMIMPIN KECIL DI PERINGKAT CAWANGAN DAN BAHAGIAN SEMASA SIBUK UMNO MENGADAKAN MESYUARAT PERWAKILAN DI SERATA TEMPAT, INI LAH LUAHAN KEKECEWAAN YANG TEMAN TERIMA "SUDAH LAH BLOG PEMBANGKANG MENGHENTAM KITA CUKUP - CUKUP, BLOG PENYOKONG UMNO PUN LANYAK UMNO, ZAMAN AKU DULU TAK PERNAH JADI MACAM NI, JANGAN KERANA NYAMUK SEEKOR, KITA BAKAR KELAMBU KITA, ITU KERJA BODOH NAMANYA".

TERUSKAN MEMBACA DI SUMBER ASAL

KOMENTAR PENULIS.

PENULIS SETUJU SANGAT DENGAN APA YANG DIUTARAKAN OLEH SAHABAT KITA DDINBUNGGA.

SEMENJAK DUA MENJAK NI DILIHAT MEMANG ADA BEBERAPA KERAT BLOGGER YANG MENGAKU PRO UMNO/KERAJAAN TAPI MENGHERANKAN ACAP KALI PULA BERTINDAK MENGHENTAM UMNO/BN.

WELL, MUNGKIN TUJUAN MEREKA INGIN MEMBERIKAN TEGURAN BAGI MELIHAT ADA PENAMBAHBAIKAN DALAM UMNO/BN.

ITU SATU NIAT YANG MURNI LAGI TERPUJI…

SUNGGUH PUN BEGITU KITA PERLULAH DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA TEGURAN DAN MENGHENTAM.

PADA KEFAHAMAN PENULIS TEGURAN…IALAH SATU BENTUK PANDANGAN ATAU NASIHAT UNTUK KEBAIKAN. PADA KEBIASAANNYA IANYA DILAKUKAN DENGAN CARA BERHEMAH LAGI BERAKAL, SESUAI DENGAN CARA ORANG TIMUR APABILA INGIN MENGUSULKAN PENDAPAT PADA KETUA ATAU JEMAAH AGAR TIDAK ADA YANG JAUH HATI.

TEGURAN JUGA PERLU DILAKUKAN DENGAN PENUH BERHATI-HATI DAN LEBIH BAIK DILAKUKAN MENGIKUT TATACARA DAN SALURAN YANG BETUL BAGI MENGELAKKAN IANYA DI JADIKAN SENJATA OLEH PIHAK LAWAN PULA.

MENGHENTAM PULA IALAH SATU BENTUK SERANGAN YANG KASAR LAGI TAK BERADAT. PADA KEBIASAANNYA IANYA DILAKUKAN TANPA MEMIKIRKAN RASIONAL, BURUKBAIK ATAU SALAHBENARNYA SESUATU PERKARA ATAU ISU TERSEBUT.

ITU SEBAB TIMBULNYA RANGKAP POPULAR SEBEGINI…

‘HENTAM KEROMO AJELAH MAT’

..DAN

AKU BUKAN FAHAM SANGAT…AKU MAIN HENTAM AJE NI’

LEBIH KRITIS LAGI, TINDAKAN SUKA-SUKA MENGHENTAM INI BIASANYA AKAN MENDATANGKAN AKIBAT BURUK PADA YANG DIHENTAM IAITU KECEDERAAN IMEJ DAN SETERUSNYA AKAN MELEMAH DAN MENJATUHKAN MEREKA.

OLEH ITU, PESANAN PADA BLOGGER PRO UMNO/KERAJAAN DAN SETIAP AHLI UMNO/BN….

SEDARLAH…SEKARANG NI KITA DI DALAM SITUASI PEPERANGAN POLITIK SEBENAR. DALAM SESUATU PEPERANGAN MAKLUMAT DAN KELEMAHAN DALAMAN PASUKAN SECARA LANGSUNG MAU PUN TIDAK LANGSUNG TIDAK PERLU DIDEDAHKAN PADA DUNIA LEBIH-LEBIH LAGI PADA PIHAK LAWAN.

DI DALAM SITUASI PEPERANGAN MATLAMAT KITA ADALAH 'KEMENANGAN' DAN TIDAK ADA LAIN MATLAMAT SELAIN ITU.

PERPATAH MODEN HARI INI..

BLOGGER DAN AHLI UMNO/BN….

'JANGAN JADI IBARAT TIKUS REPAIR LABU…'

11 Comments:

Tanpa Nama said...

SLM BRO..MMG TEGUR MENEGUR TU SATU TINDAKAN UTK MEMPERBTULKAN KEADAAN. LEBIH2 LG TERHADAP ORG YG DH MELAKUKAN KEKHILAFAN. SUDAH TNTU ORG YG DI TEGUR TU HARUSLAH LEKAS2 MEMIKIRKAN SEMULA APAKAH TINDAKAN YG X BTUL TU. JGN DI SIMPAN LAMA2 KELAK MENDTGKAN KEKALUTAN YG BERPANJANGAN MALAH AKAN MELARAT DI TAKUTI AKAN MENJADI BAHAN KUTUKAN PULAK..ADOIYAII

C L J said...

Kaedah melayan teman kongsi yang kebetulan berbeza pendapat manalah boleh serupa dengan melayan musuh.

http://melayurayadaily.blogspot.com said...

Abang Tuah,

saya tertarik dengan pandangan abang yang senior dalam bloggers kita. Sepatutnya kita halakan muncung senapang kita pada penentang, bukan sesama askar kita. Kerana komunis akan gunakan peluru kita tembak kita balik.

2. Tetapi memang ada sarjan2, lefternan, malah jeneral kita yangpoyo sangat. Kalau poyo tak apa juga bebal dan degil. Tak faham bahasa. Bila tegor cara tertutup dia menjawab macam-macam kilas. Dia sahaja yang betul. Kalau rapu dalam blog baru ada perubahan. Moyok dan lemah sikit itu pun masih buat hal lagi.

3. Abang tuah, kalau manusia tak boleh diajar cara manusia kena ajar cara binatang. Macam kita dalam hentam Anwar, Kit Siang, Nik Aziz, Tian Chua, mereka ini kalau cara manusia makin hebat mereka, Jadi kita kena pakai cara binatang.Tetapi binatang tetap binatang, kerana mereka dilahirkan oleh tuhan sebagai binatang merupa manusia.

4. Namun demikian tidak dinafikan, ada pihak yang mengambil kesempatan bagi menggunakan kemudahan ini sebagai alat merosak bangsa sendiri. Itulah masalah bolggers sekarang. Jika dahulu boleh dibentuk, sekarang terlalu ramai sudah tidak boleh sekata lagi. Persatuan pun mula dimasuki kebendaan, masing sudah mencari tuan untuk mencari makan. Kalau tuan A tak suka tuan B akan berlakulah belasah membelasah. Sebarang bentuk perjuangan jika melibatkan perut pemikiran pun datang dari perut.

Jadi, Abang Tuah, Panglima Perang Siber, Waadat kena fikirlah caranya agar kita terus bersatu dan mempunyai satu gol sahaja dalam serba kompleks ini.

Tanpa Nama said...

Salam Abang Tuah. UMPP amat bersetuju dengan kata Abang Tuah bahawa blogger harus tahu membezakan teguran dengan hentaman.

Ada juga segelintir blogger yang berniat menegur UMNO tapi tanpa disedari mereka sebenarnya sedang menghentam UMNO itu sendiri dengan ayat2 kasar dan biadap.

Jika kita lihat, UMNO itu sendiri adalah wadah orang melayu, tetapi dihentam oleh orang melayu sendiri.

Pembangkang memang kerjanya hentam UMNO, orang UMNO pun hentam UMNO dan kaum bukan melayu pun hentam UMNO. Kalau kita fikirkan secara rasional, bolehkah UMNO itu kukuh kalau ini semua berterusan?

Memberi teguran diiringi dengan pandapat bagi penambah baikkan amatlah dialu-alukan, tetapi Hentaman yang bertopengkan teguran haruslah dihindarkan.

Fikir-fikirkanlah.

azam abd rahman said...

Bosan, teguran apa yg dapat berikan faedah bila pemimpin pekak dan bisu dan dalam masa sama mereka masih lakukan juga perbuatan yang tidak disukai rakyat. Di Pahang apa nk kata bila seorang exco didapati mempunyai tunai RM300,00 dirumahnya yang nyaris disamun?

Bagaimana baik pun blogger memberi teguran, kita hanya sampah ditapak kaki ahli politik.

Kalau ada tikus ysng membaiki labu, sayalah itu.....yang akan hancurkan segala pemilik labu-labu itu..

YANG GAMBI said...

Salam Abang Tuah. setuju amat dengan saranan tuan, blogger pro UMNO harus tahu membezakan teguran dengan hentaman atau membuka pekung di dada...

Kalau teguran berniat ikhlas, bukan dari rasa dendam, benci, irihati, khianat, tiada orang tidak akan menerima....

Andainya teguran tidak dipedulikan sekali pun, keikhlsan tetap terserlah sekali pun lambat menuju sasarannya..... jangan sampai teguran itu menjadi hentaman tanpa disedari telah merugikan parti UMNO itu sendiri....UMNO itu sendiri adalah wadah perjuangan orang melayu, tetapi dihentam oleh orang melayu sendiri......

Kalau difikirkan secara rasional, bolehkah UMNO itu kukuh kalau sikap begini berterusan........

azam abd rahman said...

Pembetulan ~ RM300.000.00 banyak tu...kan?

azam abd rahman said...

Siapa yang membela siapa? Pemimpin membela rakyat atau rakyat yang membela pemimpin?

Jebat said...

PERIBAHASA MELAYU.

BAPA BOREK ANAK RINTIK.
KETAM MENGAJAR ANAKNNYA BERJALAN BETUL.
KALAU GURU KENCING BERDIRI, ANAK MURID KENCING BERLARI.

Ini dah jadi pekong bernanah dalam umno dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Pemimpin di atas begitu, puak juaknya pun samalah. Demi kuasa, pangkat, kekayaan, nama, darjat, kedudukan sanggub makan daging sedari sendiri. DAH MEMANG RESAM HIDUP PUAK JUAK INI.INI BUKANNYA PERKARA BARULAH NAK KECOH - KECOH....DAH LAMA DAH...

Ali Abdullah said...

Jebat,
Elok awak tengok bontot sendiri apa yang dah jadi dengan Kickdefella masa dia serang PAS. Yang upah bagi RM4 Juta tu siapa yang dedahkan? Sekurang-kurangnya biarpun blogger pro-umno belasah pemimpin umno tapi takde sampai londehkan habis macam bab rM4Juta yang dibayar Parti ISLAM untuk buat fitnah....

Tanpa Nama said...

Salam tuan,

Bukan setakat itu sahaja sebenarnya, saya rasa tuan perlu tahu apa dah jadi dengan blogger-blogger lain termasuk sahabat tuan sendiri

Rasanya di negeri kami di Perak darul Redzuan juga, kami kenal pasti blogger-blogger yang begitu lantang serta berani berjuang kini disisihkan dan nampaknya makin ramai lagi kroni-kroni yang mendapat agihan tetapi mereka-mereka ini makin sunyi dan semakin dilupakan.

Dimana harga sebuah perjuangan, apakah tuan-tuan terutama blogger-blogger antara tuan-tuan pernah bertanya khabar tentang mereka? sesuatu perlu dilakukan, tuan-tuan sepatutnya kuatkan akrab dan bersatu.

Bagi kami akan kami teruskan perjuangan menyedarkan pemimpin-pemimpin yg sebenarnya merosak kan parti itu sendiri.

Demi memastikan rakyat tidak kesal di PRU 13, kami akan menerjah mereka, kerana jika benar, rakyat perlu dibangkitkan, pemimpin begini seharusnya disergah.

Terima kasih tuan

kumpulanpemikir@yahoo.com

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online