Sabtu, 26 Jun 2010

PKR APA NAK JADI NIE..??

Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau, Eddy Berhan Ruslan hari ini mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Umno.

Eddy Berhan, 51, mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam PKR di hadapan Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, sempena program Juara Rakyat 'Bulan Belia dan Sukan' anjuran Umno Bahagian Tawau di Kampung Apas di sini.

Beliau yang juga bekas calon PKR bagi kerusi Parlimen Tawau pada pilihan raya umum lalu, berkata kemasukannya ke dalam Umno didorong keinginannya berjuang bersama parti pemerintah untuk membela nasib rakyat.

"Kita sudah ada platform yang baik, bermula dari kemerdekaan, perjuangan Umno diteruskan dengan menekankan perpaduan rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru, diikuti oleh Wawasan 2020 dan sekarang 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata keputusannya meninggalkan PKR dan menyertai Umno tidak dipengaruhi sesiapa tetapi atas kemahuan dan kerelaannya sendiri.

Mengenai perjuangan PKR, Eddy Berhan berkata parti itu sudah kehabisan idea untuk membela rakyat dan jika adapun ia cuma meniru parti Umno.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua anggota PKR agar keluar daripada parti itu dan menyahut gagasan 1Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat.

-- BERNAMA

WOII PARTAI PKR..KAU ORANG NAK JADI APA NI..

HARI-HARI ADA AJE PEMIMPIN YANG KELUAR PARTAI. KAU ORANG TAHU KE BAGAIMANA NAK TADBIR PARTAI..KALAU TAK TAHU USAH BERANGAN NAK TAWAN PUTRAJAYALAH...

KALAU DAH SUSAH-SUSAH SANGAT BIAR AKU ADVISE,

LEBIH BAIK KASI BUBAR AJE PARTAI YANG BERTAHAP HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU KAU ORANG NIE DARI TERUS MENKUCAR-KACIR DAN MENYUSAHKAN KEADAAN.

6 Comments:

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Biarkan dia keluar, dia dah tak laku dalam PKR Tawau, dia ke Tawau p kacau daun sahaja, Sekarang zaman kita cuci Orang dalam PKR Sabah, siapa yang tak tahan dalam perjuangan PKR, silakan cabut awal awal.

Ali Abdullah said...

nak mati pun segan bro... hehehehe

Tanpa Nama said...

nanti hanya tinggal hantu dan jembalang jer dalm PKR...kita tunggu..

jebat said...

Salam.

Biarkanlah dia keluar. Buat apa nak simpan orang yang tak setia pada perjuangan. jangan jadi macam umno, semua boleh masuk termasuklah WAHABI. Biar semua orang-orang ini berkumpul dalam umno.lagi senang nak tawan Putrajaya. berbalik tentang WAHABI tu aku dah komen pendapat abg tuah. silalah baca komen ku itu. Hamba ni suka benar bergurau dengan tuan hamba. sekian hamba nak beradu.

Tanpa Nama said...

PKR sebenar nya sudah hancur tapi puak puak tu masih bertahan lagi kerana ada masa lagi untuk menipu rakyat tapi rakyat semua sudah tahu org kampong juga sudah tahu PKR parti penipu apa lagi nak diharapkan pada parti tiada hala tuju YB Zul kata terlalu cepat masa mereka nak melingkup angaran bulan 1/11 dan ramai lagi yg akan keluar masa terdekat itu YB Zul kata MP akan jadi Bebas Adun jadi bebas yg tinggal tu pandai pandai lah bawa diri.

kuntakinte said...

SALAM, PKR AKAN FOLLOW JEJAK LANGKAH SEMANGAT 46, SELEPAS TU ANWAR AKAN SERU UMAT PKR MASUK RAMAI2 DAP....

HARI INI DALAM SEJARAH SEBUAH PARTI YANG BEREBUT2 AHLI NYA NAK KELUAR BANDING NAK MASUK!!!!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online