Ahad, 20 Jun 2010

BN HERO RAKYAT TERHEBAT..KITA KASI PR KNOCK-OUT

 YUP THAT'S THE WAY...KASI KO TERUS..!!

Tiba Masa Serang Balas Pembangkang

BAGAN DATOH, 20 Jun – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit menyerang balas pembohongan pembangkang.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya untuk menyerang balas kerana seperti permainan bola sepak Piala Dunia, UMNO dan BN tidak boleh bertahan semata-mata, akhirnya benteng pertahanan ‘bocor’ juga.

Beliau menegaskan, pakatan pembangkang memang pandai berbohong dan putar alam bagi mempengaruhi rakyat supaya memandang buruk kepada UMNO dan BN.

“Pihak satu lagi (pembangkang) memang pakar pusing cerita, hanya 10% ceritanya betul, malah kadang kala 2% saja ceritanya, tetapi dihebahkan seolah-olah cerita itu besar.

“Mereka (pembangkang) gunakan permainan persepsi untuk kepentingan politik mereka, bukan kerana UMNO tidak baik, bukan kerana BN tidak baik, bukan UMNO dan BN tidak banyak berjasa kepada negara, tetapi memburukkan persepsi adalah mainan politik mereka.

“Suasana politik kini berbeza, janganlah guna cara lama, orang lain guna cyberspace, kita kena buktikan kita lebih cekap daripada mereka kerana kita benar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian Bagan Datoh, di sini, hari ini.

UMNO Online

KOMENTAR PENULIS.

SYABAS DATOK SERI…SARANAN SEUMPAMA INI LAMA KAMI TUNGGU-TUNGGU. SARANAN INI AKAN MEMBUAT KAMI LEBIH BERTENAGA UNTUK BANGKIT DENGAN SEGALA KEKUATAN DAN KUDRAT BAGI MENGATUR SEMULA SERANGAN BALAS DENGAN LEBIH JITU, BERSEPADU LAGI BERTUBI-TUBI.

YA SEBENARNYA KAMI DIPIHAK BLOGGER PRO UMNO/BN/KERAJAAN TELAH PUN LAMA BANGKIT DAN MENYERANG PIHAK PEMBANGKANG. RAMAI DIANTARA KAMI YANG BANGKIT SEJURUS BEBERAPA NEGERI KECUNDANG DITANGAN PEMBANGKANG DI PRU 12 YANG LALU.

KAMI TIDAK MUNGKIN AKAN BERDIAM DIRI DENGAN FITNAH DAN PUTAR BELIT PEMBANGKANG TERHADAP BN/KERAJAAN DAN YANG PASTINYA KAMI AKAN SEGERA TANGKIS SEMAMPUNYA UNTUK MEMBERSIHKAN IMEJ UMNO/BN/KERAJAAN.

KINI KELIHATAN BLOGGER PUAK JUAK PEMBANGKANG SEMAKIN GOYAH BAGAI HILANG ARAH DENGAN SERANGAN-SERANGAN BALAS DARI PIHAK KAMI.

BENAR KITA TIDAK BOLEH GUNA CARA LAMA MENGUNAKAN TAKTIK TRADISI IAITU HANYA MELIHAT DAN BERTAHAN SAHAJA LALU BERKATA BIAK PI LAH DENGAN MEREKA. SEBENARNYA GAJAH PUN BOLEH TERGOLEK JIKA KENA BEDAL HARI-HARI.

KITA KENA LEBIH GARANG, LEBIH BERANI, LEBIH LANTANG, LEBIH BIJAK, MALAH LEBIH HERO DARI PEMBANGKANG. ANAK MUDA SEKARANG NI LEBIH TERPIKAT PADA YANG LEBIH AGGRESIF DAN YANG LEBIH POWERRRR…!!

PENDEK KATA, SEKARANG KITA KENA JADI HERO RAKYAT DAN BIAR RAKYAT SENTIASA MELIHAT UMNO/BN ADALAH SEBENAR-BENAR HERO TERHEBAT.

OLEH ITU PENULIS JUGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA SEBAGAI NASIHAT KEPADA ANAK-ANAK MUDA YANG BELUM MULA BERJUANG….

SAHUTLAH SARANAN YAB PM KITA..

“Suasana politik kini berbeza, janganlah guna cara lama, orang lain guna cyberspace, kita kena buktikan kita lebih cekap daripada mereka kerana kita benar,”

AYUH KITA BUKTIKAN….!!!

4 Comments:

Ular Menyusur Akar said...

DS kenalah ajar wakil rakyat kerajaan menulis di blog. Yang tua-tua tu asyik bercakap di majlis perasmian berjam-jam lamanya. Hadirin pun dah buka cerita lain. Waktu kempen minta kita perbetulkan persepsi rakyat. Macam mana nak buat. Budak-budak muda bukan datang dalam majlis rasmi saperti ini. Kerajaan Johor menyediakan ruang untuk mereka mengunakan blog sejak Jun 2009. Satu perkataan pun tidak ada di tulis dalam blog itu. Agendadaily ada menyediakan link ke blog wakil rakyat seluruh negara. Cuba periksa sendiri betapa hebatnya mereka.

Sebok mereka mengatasi anuar ibrahim, DS Najib dan Tun Mahathir.

agbr47: Memang patut kena tukar.

Ali Abdullah said...

hahaha, orang guna lembing kita guna tombak.. orang guna parang kita guna pedang... bukti pro-pr hanya memperbesar2kan keadaan paling senang nak tengok masa mereka buat himpunan rakyat.. yang datang 300-400 orang tapi dikatakan 30-40 ribu...

Tanpa Nama said...

SLM BRO..SKANG AL JUBOREE DH ANTAR 'ANJING2 GILER' YG MENGGIGIT, TP DUN WORI BRO..KITA ADE 'PENEMBAK2 TPAT' YG HEBAT2..TAIM TO GO 4 OFFENSIVE BROO HUHUHU

Ular Menyusur Akar said...

Jeffry,
OK kita sahut seruan DS Najib. Yang kecil-kecil berhubung bn kita hubungi mereka secara terus. Pakatan haram kita serang. Selagi abang Tuah buka gelanggang saya akan masuk gelanggang. UMNO online ada blog yang di tutup komen.

agbr47: Tutup mata, tutup telinga. Alamat diri masuk telaga.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online