Sabtu, 19 Jun 2010

BERSATU TU TEGUH, BERCERAI TETAP ROBOH...


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pemimpin parti komponen menghentikan pertelagahan secara terbuka dan sebaliknya menumpukan tenaga untuk berdepan dengan pembangkang bagi mendapatkan keyakinan rakyat.

Perdana Menteri memberi amaran bahawa perkara seumpama itu hanya akan melemahkan parti gabungan itu sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk bersatu dan kelihatan bersatu pada kaca mata rakyat.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat.

"Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh.. para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat...mari kita bertelagah dengan pembangkang. Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN...beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?.

"Musuh kita ada di luar...musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan..(mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri. Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah.

"Tidak perlu kerana pada akhirnya apa yang penting ialah BN berkhidmat kepada rakyat dan rakyat yakin kepada BN," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari Sabtu.

Najib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur.

Beliau berkata pembangkang mempunyai banyak masalah tetapi mereka sangat pandai menutupnya….

Baca seterusnya di

—BERNAMA


HARAPAN PENULIS AGAR SEMUA AHLI DAN KEPIMPINAN PARTI KOMPONEN BN MENERIMA BAIK SARANAN DS NAJIB KERANA APA YANG DIPERKATAKAN OLEH YAB PM KITA SEMUANYA BENAR DAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.

PENDAPAT PENULIS PULA, RUGI BESAR KITA BERTELAGAH SESAMA SENDIRI KERANA AKIBAT DARI KEBEBALAN TERSEBUT AKAN MEMBUAT PIHAK MUSUH BERTAMBAH KUAT DAN KITA AKAN BERTAMBAH LEMAH LALU TERSUNGKUR.

YANG PALING MENYEDIHKAN LAGI MEMENINGKAN, KENAPA DI DALAM KEADAAN UMNO/BN BERUSAHA MELAKUKAN PEMULIHKAN KEKUATAN MAKA KETIKA ITU JUGALAH TAK HABIS-HABIS PULA ADA PEMIMPIN-PEMIMPIN DALAM PARTI KOMPONEN BN TERUS BERTELAGAH SESAMA SENDIRI. YANG MENYAKITKAN HATI IALAH PADAM SATU KRISIS MAKA TIMBUL PULA KRISIS BARU…BERSAMBUNG-SAMBING MACAM TAK ADA REDANYA.

JADI JANGAN BIKIN MALU DAN KECEWAKAN PENULIS DAN JUTAAN LAGI PENYOKONG-PENYOKONG SETIA BN…TOLONG JANGAN JADIKAN BERTELAGAH TU SEBAGAI SATU HOBI ATAU BAHASA KRITISNYA SEBAGAI DARAH DAGING.

OLEH ITU, BESARLAH HARAPAN PENULIS AGAR SARANAN DARI PM KITA DISAMBUT BAIK DEMI KEBAIKAN BERSAMA. AYUH SEMUA DALAM BN SEGERA BERSATU DAN GERAKKAN SELURUH KEKUATAN JENTERA PARTI MASING-MASING UNTUK MENGHADAPI PRU 13 YANG MUNGKIN TAK LAMA LAGI. SO..HOPE NO MORE WASTAGE OF ENERGY FIGHTING EACH OTHER…MUSUH KITA IAITU PAKATAN RANAP YANG PERLU KITA KASI HANTAM..KITA KASI TENYEH CUKUP-CUKUP.

INILAH HARAPAN PENULIS DAN PERCAYA INI JUGA HARAPAN JUTAAN LAGI YANG YAKIN TERHADAP KEWIBAWAAN BN BAGI MENERUSKAN LEGASI TERHEBAT INI DAN JUGA BAGI MENERUSKAN KESINAMBUNGAN KEHARMONIAN, KEDAMAIAN DAN KEMAKMURAN YANG KITA KECAPI SEKIAN LAMA.


POINT TO PONDER…,

‘BERSATU TU TEGUH, BERCERAI TETAP ROBOH.’

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online