Jumaat, 25 Jun 2010

ALHAMDULLILAH 40 ULAMA MASUK UMNO.

KUALA LUMPUR 25 Jun – Seramai 40 ulama dari seluruh negara menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan Galeri UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini. --Utusan.



40 ulama muda sertai UMNO

KUALA LUMPUR: seramai 40 ulama muda profesional mengesahkan menyertai UMNO malam tadi, bertujuan membantu dan menyemarakkan kerja dakwah dalam parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata dijangka lebih ramai lagi ulama akan menyertai parti dalam masa terdekat. Katanya, mereka diterima sebagai ahli UMNO cawangan Dataran Merdeka secara automatik. Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi --Berita Harian

KOMENTAR PENULIS.
 
PENULIS BERSYUKOR KERANA AKHIRNYA PARTI MELAYU UMNO DITERIMA OLEH ULAMA DARI SELURUH NEGARA.
 
YANG PASTINYA GOLONGAN ULAMA INI TENTU AKAN DIBERIKAN PERANAN PENTING UNTUK SAMA-SAMA MENENTUKAN HALATUJU UMNO DIMASA HADAPAN. NASIHAT DAN PANDANGAN DARI PARA ULAMA INI PASTI AKAN DIGUNAPAKAI BAGI MENAMBAHBAIK LAGI PERJUANGAN TERHADAP AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
 
PANDANGAN PENULIS, INI ADALAH SEBENAR-BENARNYA PETUNJUK ALLAH SWT YANG NYATA. INILAH PETUNJUK BAHAWA PERJUANGAN PARTI UMNO ADALAH PERJUANGAN YANG BENAR DAN TAK TERSASAR DARI BERLANDASKAN AGAMA.
 
AYUH...KAWAN-KAWAN YANG MASIH KABOR DALAM KEKELIRUAN IKUTLAH DAN TAULADANILAH 40 PARA ILMUAN DAN ULAMA ISLAM INI.
 
AYUHHHHH..KITA PERJUANGKAN ISLAM ...ALLAH HU AKBAR..!!!

15 Comments:

Tanpa Nama said...

Lepas ni bakal mur'shit'dul am Pakatan Rakyat Anwar kata ulama tu dah dapat 2juta sorang...

AbgTuah said...

KIH..KIH..KIH..MEMANG TU PERANGAI DIA DARI AZALI..KATA AZMIN ANUAR MEMANG BEGITU..PUSING-PUSING

Tanpa Nama said...

celako celako celako....umno isle plastik.....he..he...

Tanpa Nama said...

Ulamak ulamak ini ada sedikit condong kepada parti pas sebelum masuk umno setelah melihat parti pas tidak lagi mengamalkan parti perjuangkan islam mereka ini ambil jalan mencari perti benar benar berada dilandasan yg betul untuk mmenegakkan islam dan tidak mahu menanggong dosa kering kerana menyokong parti yg tak tetap pendirian dan menyokong parti yg menyokong Anuar meliwat lepas ini muking ada ulamak dari pas akan keluar dan terus berjuang bersama umno untuk islam dimalaysia yg tercinta ini allah telah membuka hati hati mereka untuk memilih perjuangan yg tiada flip plop.

Tanpa Nama said...

Jangan terlalu ghairah menerima, fikir dan kaji dahulu. Pertama: siapakah mereka mereka ini yang kebanyakan muda muda berkelayakan tinggi (haruskah digelar ulama?sekadar Ustaz mungkin) tanpa dikenali dan ketahui akan kepakaran agama atau jurusan/aliran apakah yang mereka anuti. Kedua: mereka ini dibawa oleh Shahidan Kassim sahabat baik Dr Asri yang mana kedua-dua mereka diketahui sebagai pengikut/aliran WAHABBI. Awaslah jangan suatu hari nanti UMNO akan menjadi platform untuk gerakan Wahabbi di Malaysis kelak.

Tanpa Nama said...

kepada TANPA NAMA

Jangan lupa Nik Aziz bukannya seorang mursyid dalam agama pun dulu. Ustaz tadika dan sekolah kerajaan jgak. Gelaran Tuan Guru dya dapat dari pejabat menteri besar sendiri.

Kini, lihatlah sekarng, PAS sudah hancur dengan 'kewibawaan' TGNA berjwatan Mursyidul AM.

Jebat said...

Salam.

Apa ulama sudah masuk umno?. Ini satu kejutan besar ni. Siapa hendaknya golongan tersebut abg Tuah agaknya ye.... . Bertuahlah 40 orang ni, sebabnya :

(mereka telah dapat ganjaran yang pertama kerana bila jadi ahlinya terus dapt pangkat ULAMAK bukannya ALAMAK ye. )

TAPI .........

Abg Tuah dah buat siasatan ke belum, jangan main terima aje KERANA yang hamba risaukan mereka - mereka ni dibawa masuk oleh Sahidan Kassim. setahu aku beliau pun berguru dengan Dr Asri yang puak juak Tuan Hamba labelkan berfahaman WAHABI. Hamba bimbang UMNO akan bersubahat dengan WAHABI pula selepas ISRAEL. Hamba takut nama umno bertukar lagi jadinya begtini : UMNOAPCOWAHABI.

keh.. keh.. semakin hari semakin bodoh aku lihat permainan puak- puak umno ni. Ibarat kata, KATA TERLAU BANYAK IKLAN DI TV, AKHIR ORANG SEMAKIN JEMU DAN MELUAT NAK TENGOK TV.

kah...kah..kah. umno oh umno.

leekubo said...

saya sependapat dengan jebat dan anon 23.52....
apa yang disangsikan adalah syahidan kasim orang yg bertanggungjawab membawa para ulama muda ini...
adakah setelah dilihat pas dimonopoli oleh geng anak wahab, maka mereka mula menular kedalam umno untuk meng anak wahabkan umno pula???
sebarang kemungkinan boleh berlaku...

begitu mudah untuk mendapatkan title ulama pada dekad ini..sedangkan guru pondok yg belajar berpuluh tahun tidak digelar ulama...bilamasa ust2 muda mahu menuju kearah umno, maka terus mendapat oleh mereka akan title ulama...

Tanpa Nama said...

Tanpa Nama berkata...

Syukur alhamdulliah kehadzrat ALLAH SWT.. Niat yang baik datang dari ALLAH jua sementara Niat yang jahat datang dari Iblis laknatullah.

Jebat said...

ALHAMDULLILAH 40 ULAMA MASUK UMNO.

Abg Tuah cepat tukarkan tajuk ini, sebab Pangliama Tuan sudah mengamuk.

Panglima kata.

Tahniah kepada ulama Wahabi yang sudah menjadi ahli parti.

Hang Tuah cukup ternela dengan taatnya membabi buta pada tuannya. Hamba nak lihat pula abg Tuah ni... taatnya membabi butanya bagaimana. Berani kah ia menentang Pangliamanya sendiri. Hamba sudah menjual, silalah tuan hamba beli, itu pun kalau berani, Canggahlah pandangan panglima.

reformasi minda said...

Geng2 Shahidan Pusing Alam memang sentiasa mengintai2 peluang untuk mencucuk jarum-jarum manhaj as-salafiyah gadungan a.k.a alwahbiah dalam pentadbiran negara. Selepas percubaan mereka memegang tampuk pimpinan YADIM gagal, kini mereka berusaha pula untuk menguasai parti UMNO. Kerana dengan menyertai UMNO, peluang untuk mereka memegang jawatan2 pentng dalam institusi kerajaan lebih cerah. Tapi yang paling utama adalah untuk mengangkat Shahidan Pusing Alam ke jawatan naib presiden. Sekaligus menyuntik unsur2 wahbiah dalam UMNO dan kerajaan. Boleh saya katakan mereka ini memakai topeng manhaj salafussoleh sebabnya pandangan imam malik, syafie dan hanafi (salafussoleh original) banyak mereka perlekehkan. Mereka lebih menyakini pandangan caca-marba syaikh ibnu taimiyah, muhammad abd wahab dan ibnu qayyim. dan lebih meyakini albani dalam menentukan status hadith - sbb albani tidak bermazhab seperti imam bukhari, muslim dsb. Cegah sebelum parah.

Tanpa Nama said...

kita memelukan ulamak2 muda yg berpandangan jauh dan mampu melalui zaman yg serba mencabar...bukan ulamak...zaman 60an yg tak mampu bergerak seiring zaman...ulamak Pas ulamak gila kuasa dan penakut..dulu Pas lain sekarang lain

Abu Idris said...

“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” [Hadis Riwayat Baihaqi].

Mohd Idris said...

Ulama-ulama ini elok juga berdakwah kepada ahli-ahli UMNO yang ramai yang jahil agama, engkar kepada ajaran agama seperti tidak menutup aurat contohnya bini TUn Mahathir, Rosmah bini DS Najib dan ramai lagi..............waaa banyak kerja tu...

Tanpa Nama said...

Tak ada 1 pun ulama UMNO yang bersuara mengatakan Chua Soi Lek telah menghina ISlam sewaktu PRK Tenang.

Semuanya tengah lena diulit kemewahan

Jawab esok kat Akhirat


norazam sulaiman

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online