Sabtu, 15 Mei 2010

BERITA TERHANGAT DARI KEDAH...TUMBANG..??

WAHH..INI BERITA SEMEMANGNYA HANGAT. DALAM KESIBUKKAN KITA BERKEMPEN DI SIBU SERAWAK KINI HEBOH DIPERKATAKAN BAHAWA PAS KEDAH SEMACAMNYA AKAN TUMBANG MENYEMBAH BUMI..

------------------------------------------------

Pilihan raya negeri Kedah tak dapat dielakan?

Barisan Nasional bergembira apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak baru-baru ini dilaporkan berkata Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan jika seorang lagi ahli ADUN meninggalkan Pakatan Rakyat.


Ini kerana BN begitu yakin mereka mampu merampas semula negeri itu sejak mereka ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008.

Menurut beberapa pemimpin Kedah BN, pilihan raya negeri mungkin diadakan pada bila-bila masa kerana Pakatan kini menghadapi masalah berikutan pergeseran dalaman di kalangan parti-partinya.

Ketua Pemuda Umno Alor Star, Zubir Zabidi berkata "mood rakyat sekrang bersedia untuk satu lagi pilihan raya kerana kebanyakan mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan negeri sekarang”.

Zubir bagaimanapun menafikan sebarang usaha daripada BN untuk 'merasuah' ahli parlimen dan adun Pakatan.

Sebaliknya, menurut beliau, pemimpin Pakatan berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan parti mereka.

"Persoalan merasuah tidak timbul kerana mereka bukan menyertai BN atau Umno, tetapi menjadi ahli Bebas dan ia tidak kena mengena dengan kami,” kata Zubir ketika diwawancara melalui telefon.

Azizan pada 19 April lalu, memberi amaran bahawa beliau akan membubarkan dewan undangan negeri Kedah jika lebih ramai ADUNnya, khususnya dari PKR berpaling tadah.

Setakat ini, PKR masih mempunyai tiga perwakilan - Tan Joo Long @ Tan Chow Kang (Sidam), S Manikumar (Bukit Selambau) dan Lim Soo Nee (Kulim), semua mereka juga adalah exco kerajaan negeri.

Bagi Zubir, beliau yakin rakyat Kedah akan memilih BN berbanding Pakatan dan meletakkan kekalahan pada pilihan raya 2008 di atas bahu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa lemah.

"Tetapi kali ini, di bawah kepemimpinan baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita sudah bersedia bagi mendapatkan kemenangan untuk BN,” katanya.

Sehingga kini kerajaan yang dipimpin Pakatan Rakyat itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.

Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.

Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi.

Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.

http://www.malaysiakini.com/news/131760

MUNGKIN PAS AKAN TUMBANG DAN MENYEMBAH BUMI DI KEDAH AKAN MENJADI KENYATAAN KERANA DAH SEMAKIN RAMAI YANG DAH MUAK-MUAI DAN BERTINDAK KELUAR DARI PAS...

INI BERITA BEBERAPA HARI LEPAS...

SERAMAI 61 AHLI PAS BAHAGIAN ALOR SETAR BERTINDAK KELUAR DARIPADA PARTI ITU DAN MEMOHON MENYERTAI UMNO SELEPAS HILANG KEYAKINAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI YANG DITERAJUI PAKATAN RAKYAT.


KUMPULAN ITU DIKETUAI TIMBALAN KETUA PAS CAWANGAN AKAR PENYENGAT, ABU BAKAR HUSSAIN, 62. MEREKA MENYERAHKAN BORANG PERMOHONAN MENYERTAI UMNO KEPADA TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH, DATUK PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH PADA SATU MAJLIS DI TAMAN WIRA, MERGONG, ALOR STAR .

KIH..KIH..KIH WOI HAMPAS..APALAGI...AKAN MAKAN TANAH LA LU ORANG...!!!

TAPI SEMEMANGNYA PATUT KALAU HAMPAS TUMBANG PUN...KERANA DOSA TAK MENEPATI JANJI..INGAT TAK JANJI DULU SELEPAS PRU 12, KONON NAK JADIKAN KEDAH BELANDA MALAYSIA..??

TAPI RUPA-RUPANYA LU ORANG YANG BUAT JANJI ALA-ALA BELANDA...!!

OOO..YEAA...!! ADA..ADA..MEMANG ADA, MEMANG HAMPAS BIJAK MENYUBORKAN TANAMAN..POKOK-POKOK DAN SEMAK-SEMAK DI TEPI-TEPI JALANRAYA SEMAKIN SUBOR..MERIMBUN...MEMBESAR...SEHINGGA KABEL TALIPON DAN TIANG LETRIK PUN DAH TAK NAMPAK..!!!

5 Comments:

Esperalzi said...

Vive le Kedah Libre! Viva La Kedah Liberte! Long Live a Free Kedah! Hidup Kedah Yang Bebas!

Bebas dari PASkafir dan Pakatan Rosak! I just love this great home state of mine. Bangga aku sebagai anak kelahiran Kedah!

tamingsari said...

Biar jatuh tersungkur tapi tanah tak masuk mulut. kah kah kah. Begitulah nasib Pas di Kedah. Tanah tak masuk tapi bibir penuh debu. Nak bubar dewan boleh kalau istana setuju. Jangan jadi macam Perak sampai ada yg bergolek2 tengah jalan.

Umno tak kisah.Bubar boleh tak bubar lagi boleh.

life is not a fairy tale dude said...

Akhirnya jatuh juga Kedah.

sparqzx. said...

kah kah kah.....

wooiii... mimpi lagi wooii...

dah siang niee..

bangun bangun...

tu laa... sebelum tidur tu basuh kaki dulu...

kah kah kah...

Tanpa Nama said...

UMNO sang MUNAFIK.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online