Khamis, 22 April 2010

PKR - MEREKA DAH SELAMAT DAN KEMBALI KE PANGKAL JALAN.

RAMAI DIANTARA KITA YAKIN MENGATAKAN KITA ORANG YANG BERPENDIRIAN. MASING-MASING DIANTARA KITA PERCAYA PENDAPAT DAN PENDIRIAN KITA ADALAH BENAR BELAKA..TAPI HAKIKATNYA HANYA ORANG LAIN YANG DAPAT MELIHAT KESILAPAN KITA KERANA DIRI SENDIRI TAK MUNGKIN DAPAT MELIHAT KESILAPAN SENDIRI .

ZAID CALON PKR P54 HULU SELANGOR DIBANGGAKAN OLEH PIHAK PEMBANGKANG KERANA DIANGGAP SEBAGAI ORANG YANG BERPENDIRIAN KERANA KELUAR DARI UMNO DAN SETERUSNYA MENINGGALKAN JAWATAN SEBAGAI MENTERI KABINET UNTUK MENYERTAI PAKATAN PEMBANGKANG BAGI MENCARI SUATU KEBENARAN..KUNONNYA..!!

TETAPI DAPATKAH DIKATAKAN ZAID BERDIRI DIATAS PENDIRIAN YANG BENAR.? TIDAK KETERLALUAN JIKA DIKATAKAN KEBENARAN PENDIRIAN ZAID MASIH BOLEH DIPERTIKAIKAN. KETIKA INI HANYA DUA TIGA ORANG TERMASUK ZAID DAN CHUA JUI MENG SAHAJA PEMIMPIN YANG MENINGGALKAN UMNO/MCA/BN UNTUK MENYERTAI PAKATAN PEMBANGKANG BERBANDING SERAMAI 34 ORANG YANG MENINGGALKAN PKR..

PENULIS INGIN BERTANYA KEPADA PIHAK PAKATAN PEMBANGKANG KHASNYA PKR, APAKAH SERAMAI 34 ORANG YANG KESEMUANYA TERDIRI DARI PEMIMPIN-PEMIMPIN KANAN PARTI TERSILAP LANGKAH, PENDAPAT DAN PENDIRIAN MENINGGALKAN PKR ?

APAKAH PENDAPAT MEREKA MENGATAKAN ANUAR DAN PARTAI PKR MEMANG TAK BOLEH PAKAI DAPAT DIPERTIKAIKAN LAGI ?

JUGA APAKAH KESEMUA 34 ORANG MENINGGALKAN PKR KERANA MENGEJAR WANG DAN KEDUDUKAN.?

TENTULAH SECARA LOGIKALNYA KEBENARAN LEBIH BERPIHAK KEPADA SUARA MAJORITI KERANA PENDIRIAN DAN PENDAPAT GOLONGAN MAJORITI TENTULAH LEBIH TEPAT…BUKAN BEGITU..?

JADI UNTUK RENUNGAN DAN UNTUK DIFIKIR-FIKIRKAN, DISINI PENULIS SERTAKAN SENARAI PEMIMPIN PKR YANG TELAH SELAMAT MENINGGALKAN PEMIMPIN DAN PARTAI YANG TAK BOLEH PAKAI.

1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,

2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,

3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim

4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria

5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.

6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff

7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir

8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari

9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam

10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip

11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.

12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim

13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili

14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali

15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman

16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak

17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,

18. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew

19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan

20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman

21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin

22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat

23. Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak Soraya Sulaiman

24. Timbalan Ketua PKR Bagan Serai Roshanita Mohd Basir

Kerusi Parlimen

1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed

2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng

3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri

4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin

Kerusi DUN

1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi

2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu

3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong

4. Adun Lunas, Md Radzi Salle

7 Comments:

Tanpa Nama said...

kita akan kalahkan BN dengan sebatang pensil

Tanpa Nama said...

anon 02.08. kau ni masih bermimpi ke? kau ada kat mana sekarang ni. london? amarika? israil?

Tanpa Nama said...

Kalo nak keluar parti pun, keluarlah..sapa nak halang...TAR pun keluar parti, Mahathir pun keluar parti, Ku Li pun keluar parti, Rais Yatim pun keluar parti, dan ramai lg...dan sapa2 pun boleh..apa mslhnya ?

pada anon 02:40...lu jgn takbur dan sombong !! sebelum hari mengundi jgn ckp besar, kok nanti terbalik keputusannya....harap2 PKR akan menang besar...insyaallah!

Unknown said...

Musim Jualan Maruah Melayu.

Apakah kita ingin melihat anak-anak Melayu merempat di Bumi sendiri!!

Tolak MIC: Melayu selamat!!

Mohammad Roslan said...

Salam saudara Hashim,

Saudara ini parti pembangkang atau pun orang yang baru dapat kerakyatan Malaysia?. Tidak tahu senorio politik negara ini. Dalam politik negara ini tak ada parti yang tidak ada India atau pun Cina. MIC itu adalah parti komponen BN..BN itu diterajui oleh UMNO. Sama juga Pakatan Rakyat ada DAP.DAP itu parti sapa?. Kalau calon DAP bagaimana pulak?. Parti Pas itu Islam pun pernah letakan calon dari orang India di Johor pada PR2008. Apalah ko ini tak faham politik atau pun sengaja nak racunkan idea bodoh kau...bodoh kalau diajar boleh pandai..kamu ini jenis bebal.Sukar diajar.

Tanpa Nama said...

Korang tau ke brapa banyak hutang piutang mereka?

Tanpa Nama said...

Tanpa Nama said...

pemimpin umno pun kuat berjudi dan menjadi CEO dlm syarikat judi lagi...sila baca


Senarai Individu Melayu Yang Di Dakwa Mempunyai Kepentingan Dalam Syarikat Judi

Berikut adalah senarai pembabitan pemimpin Umno dulu dan Imbang Penuhsekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini:

Saham dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj memiliki 1,900,000.

Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari memiliki saham sebanyak 40,843 dan 6,666 saham dalam Magnum 4D.

Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman memiliki 1,666,666 saham.

Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib memiliki 680,334 saham.



Saham dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.

Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Saham dalam Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir MohamadPengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport TotoDatuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor adalah Pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto.

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online