Selasa, 6 April 2010

NIK AJIS MENAFIKAN LAPORAN BLOGGER


KOTA BAHARU 4 April - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menderma kepada kerajaan negeri pimpinan Pas.

Beliau menegaskan, bukan menjadi dasar kerajaan negeri Kelantan meminta mana-mana syarikat berbuat demikian termasuk menderma atau memberi bantuan kepada kerajaan negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco.

Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

Beliau mengatakan, penulis blog terbabit cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan rasa dukacitanya terhadap sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak. – Bernama

UTUSAN

ARTIKEL BERKAITAN

MR KICKDEFELLA..BAIK-BAIK, NANTI TERKENA SUMPAHAN JADI ISLAM PELASTIK LAK..!!

13 Comments:

Mohammad Roslan said...

Salam,
Kick de Fella ini bekas ajk UMNO di salah satu cawangan KL juga. Lari masuk kedalam Pas..ingatkan parti PAS ..parti politik ahli surga....hahaha!. Bila duduk dalam baru tahu Parti Pas ini lebih teruk dari Parti politik yang lain. Mamak dah agak dah, dia ini satu hari nanti, kena kick juga dari Pas. Bagi bekas ahli UMNo kat Pas dan PKR itu..patahlah balik ke pangkuan UMNO..di UMNO banyak yang anda semua boleh buat untuk perjuangan bangsa Melayu..perlu kita kuatkan Saf Melayu melalui UMNO. Parti lain cuma berebut kuasa. Dalam perebutan kuasa ini kadang-kala mereka sesat..dan susah membezakan mana satu baik dan buruk...wassalam.

Tanpa Nama said...

memang pun Pas no slalunya apa yg merka buat betulllllllllllllll blaka.
Tapi kalau UMNO buat SALAAAAAAAAH,

Mentaliti Pasti Ajaran Sesat . Mreka sesat ........

Tak nampak org lain buat baik....

Tanpa Nama said...

memang betullah tu, apa pas & the gang buat semuanya betul, apa yang orang lain buat semua salah. n ajis pun sama, ulamak apa macam ni, ulamak pilih bulu. bila kena batang hidung sendiri, huh, macam2 alasan dan dalih, tak tahulah, tak pastilah. betullah tu kalau brader cifut kata ulamak trompah. fikirlah sendiri.

tok janggut putih said...

Siapa Kickdefella dalam pentabiran Nik Aziz bermakna dia lebeh tahu apa yang terjadi dalam pentabiran Nik Aziz bukan setakat pentabiran tapi lebeh dari itu Nik Aziz buat apa selepas pejabat pun dia tahu berjumpa dengan siapa dia tahu ini kan derma balak tak akan dia tak tahu jangan salahkan org lain kalau tak buat tak akan org nak cerita kerana betul sebab itu Nik Aziz merapu takut Rakyat kelantan tahu tembelang nya pecah jangan tuduh org yg buat cerita kalau buat benda tak baik allah akan tunjuk bukti nya kepada rakyat rakyat kelantan harus sedar Puak Puak pas banyak dah songlap wang rakyat kelantan hanya rakyat saja yg tunggu dan lihat,Allah kirim 1 hamba nya untuk bongkar kegiatan Nik Aziz dan exco exco nya dok songlap wang rakyat dan hasil bumi negeri kelantan banyak lagi akan di bongkar olih hamba Allah ini kita akan tunggu pembongkaran nya lagi.

Tanpa Nama said...

Engkorang dah baca belum rencana kat blog tu???...Ulas rencana la, jangan off topik..Ini ulasan aku...derma tu adalah untuk PASTI, bukan untuk Kerajaan Negeri atau Parti PAS...penafian dia tu betul..tapi kalau derma tu sebenarnya rasuah, SPRM perlu ambil tindakan...tapi korang jangan melatah dulu...tunggu SPRM buat tindakan dulu..lepas tu hentamlah apa yang patut..

Mohammad Roslan said...

Salam,

Saudara tanpa nama, derma itu ada banyak jenis. Ada juga mintak derma letak muncung AK47..kononya mintak derma untuk Pertubuhan Memerdekakan @#%&...ada juga takrif derma dia betul itu. Ada pulak dapat konsesi kawasan balak beri derma naik haji kelas business untuk keluarga dan setiausha..derma itu..ada juga dapat projek beratus ribu bagi derma untuk kemajuan Islam...derma itu...ada juga Tahun baru Cina dapat hangpau, limau mandrin berkotak-kotak dan hamper...hadiah itu...ada juga kat pejabat dapat rokok 20 btg... saja member tolong member itu...ada bentang kain putih di depan surau atau mesjid masa ceramah...mintak dua tiga ringgit campak itu derma ikhlas...tapi akaunnya tak ada....derma itu. hahahaha!. Derma apa itu?.Duit derma tak payah akaun kah?...hahaha semuanya pakai lesen derma. Kalau orang Cina lagi banyak derma hahahaha!.Wassalam.

Tanpa Nama said...

mamat Mr.Kick ni mesti spesis yg xdpt projek.... frust beb!! modal dah banyak kluar...

nape x jumpa bang Brahim...
bang Brahim, tulun bang Brahimm...
TGNA x nak rasuah.... nak buat lagu mano niee...

tulun bang Brahimmm....

p/s- kita tengok sape yang kenaa.... hahahaha...

penjejak awan said...

Ha ha ha Nik Aziz tengah sakit kepala itu sebab buat pi umrah.

Tanpa Nama said...

hahaha.... mamak penang ni pun racis gakkk....kah kah kah kah....

Mohammad Roslan said...

Salam,
Tanpa Nama, Islam tidak menganjurkan rasisma. Allah, Nabi kita Mohammad s.a.w dan Islam benci Rasisma.
Firman Allah Dalam Al-Quran: MaksudNya "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana Agama (Islam) dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil". (Al-Mumtahanah:8).

Apakah itu Rasisma?.
Rasisma adalah satu Ideologi yang memberi keterangan berkenaan etnik-etnik dengan menilaikan rendah terhadap kumpulan etnik yang lain dengan menganggap diri mereka lebih inferior (tinggi martabatnya) dari kumpulan etnik yang lain dengan alsan sejarah, kedudukan sosial, kebudayaan dan kuasa yang tidak sama di dlam sosio-politik. Maka kaedah mendiskriminasikan etnik lain akan wujud.

Bila rasullulah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah baginda daati penduduk di Madinah berbilang ugama dan Kabilah. Rasullulah s.a.w bukan saja menerima penduduk berbilang kaum ini tetapi membuat perjanjian dengan Kumpulan Agama asing dan kabilah-kabilah lain yang amat terkenal dalam sejarah politik ia itu "Misqal Medina". Orang Islam dan bukan Islam mempunyai hak dan tinggal aman dan damai dari bahaya dalaman dan luar.

Di negara kita tidak ada rasisma.Kita Berganding bahu atau bergabung dengan bukan Islam dalam memerintah negara ini mengikut" tahaluf Siasi" bersama parti-parti politik bukan Islam tanpa mengadai prinsip-prinsip asal Islam itu sendiri. UMNO dan Parti Bukan Melayu bergabung negara ini. Maka yang bertanding dalam pilihanraya bukanlah parti yang berasaskan rasis. Barisan Nasional bukan parti Politik Rasis.

p/s: Mamak Penang ini bukan Rasis. Mamak Penang cintakan Keamanan dan Pembangunan Negara.Cintakan UMNO kerana dasar Ideologi perkongsian kuasa yang terang dan parti yang boleh satukan orang Melayu bangsa tulanga tunjang negara dan Makmurkan negara. Apa yang Mamak Penang mahu ialah orang melayu bersatu dibawah UMNO parti yang telah diuji dan diterima oleh rakyat negara ini. Mamak pinang bukan taksub kepada pemimpin Parti tetapi taksub kepada Ideologi Parti UMNO.Parti-Parti politik yang lain tidak jelas Ideologi mereka. Hari mereka kata ini esok cerita lain pulak. Terutamanya yang mengaku parti yang mahu menegakan syiar tetapi ideologi politiknya HAMPAS!. DAP parti Politik Rasisma dalam bahasa Cina dipanggil "Parti Kiasu". PKR parti kencing rakyat tidak ada ideologi politik yang satu.Pemimpin Parti klon UMNO yang keciwa kerana tamak haloba dan ingin berebut kuasa dan dipenuhi dengan orang-orang yang suka tikam kawan dari belakang.Tinggalkanlah parti-parti ini.Pepatah Inggeris berkata "If you cannot win your enemy, joint them". Maknanya kalau kamu tak boleh mengalahkan musuh, bersekutulah dengan mereka. Tanpa Nama fikirkan nasihat Mamak Penang ini secara fikiran terbuka tanpa taksub pada pemimpin parti politik.

Tanpa Nama said...

tapi hang kena ingat, bukan semua yang sokong UMNO pun...

UMNO parti memperjuangkan Islam?

hang ngan kuncu2 yang seangkatan hang ja ya kata...

la ni parti paling haprak kalau nak tau... parti yang hang sanjung2 tu la...

Tanpa Nama said...

salam bhai mamak penang,

dah brapa lama lu campur ini puak UMNO?

wa dah 29 thn campur ngan dia olang...

Masaloedh said...

Pada keseluruhanya sama ada di peringkat tertinggi hingga ke bawah mentaliti orang begitulah. Sebelum wujud blogger pro kerajaan, blogger pembangkang duduk di nombor wahid menjadi kedai kedai kopi bergerak ataupun pasantren bergerak, ataupun ceramah bergerak. Sekarang giliran blogger pro kerajaan pula. Jangan marah nanti cepat......

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online