Jumaat, 23 April 2010

20 PAS DIJANGKITI VIRUS HILANG KEPERCAYAAN.

20 Ahli Penaja PAS Sertai UMNO


KUALA KUBU BARU: Kurang 48 jam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini, Pakatan Rakyat terus menerima tamparan apabila 20 ahli penaja PAS Cawangan Bandar Kuala Kubu Baru hari ini mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Umno.

Kumpulan berkenaan diketuai Ketua Penaja PAS cawangan itu, Mohamad Arif Kamaruddin.

"Saya adalah bekas ahli Umno sebelum ini, kemudian masuk PAS.

"Tapi sebenarnya baru sekarang saya sedar Umno adalah parti yang baik untuk perjuangan agama, bangsa dan negara... saya dengan ini kuar parti kerana sudah tak percaya dengan kepimpinan parti itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada sidang media itu juga, Mohamad Arif menyerahkan borang permohonan keahlian Umno kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Menurutnya, beliau yang menyertai PAS pada Jun 2008 pada mulanya ditawar untuk menjadi Ketua Cawangan Bandar Kuala Kubu Baru yang akan ditubuhkan.

Bagaimanapun beliau dan 24 lagi ahli yang lain diserapkan ke Cawangan Kampung Kelapa.

Dalam pada itu Ahmad berkata, beliau begitu terkejut dengan keinginan Mohamad Arif dan rakan-rakannya untuk kembali menyertai Umno.

"Biasanya kita dengar ahli PKR ramai keluar parti dan masuk Umno, tapi ini situasi yang pelik sedikit kerana ahli PAS keluar parti masuk Umno.

"Baguslah mereka akhirnya sedar dan mahu meneruskan perjuangan bersama Umno," katanya -

mstar

ITULAH, KAN DAH DIJANGKITI WABAK PENYAKIT ‘HILANG KEPERCAYAAN’ DARI PKR.

PAS PERLU SEGERA CARI VAKSIN VIRUS MERBAHAYA YANG TELAH MULAI MENJANGKITI PARTI MEREKA.

HARI INI 20, BESOK LUSA SIAPA TAHU MUNGKIN 200…2000…20,000…AND SO ON JIKA PENAWARNYA TIDAK DITEMUI SEGERA.

INGAT VIRUS TERSEBUT HANYA MINAT PADA PKR DAN PAS AJE.

KEH..KEHHH..KEHHHHH…!!!

2 Comments:

Mohammad Roslan said...

Salam, Dalam Dewan pemuda mahu pun dalam mukatamar yang lepas, desakan telah bergema Parti Pas perlu menjadi parti dominan atau tulang belakang kepada Pakatan Rakyat dan bukan menjadi Pak Turut Anawar atau LKS. Tetapi masalah besar Parti yang kononnya memperjuangkan Islam bolehkah mereka menyakinkan Parti PKR dan DAP untuk menerima konsep Islam yang diperjuangkan oleh PAS?. Bolehkah Pas memperkukuhkan keadaan untuk meneraju Pakatan Rakyat untuk memimpin Negara ini?.

dari segi politik negara ini, jika Pas ingin menjadi Dominan dalam Pakatan Rakyat, mereka perlu terlebih dulu mempunyai kerusi Parlimen yang mencukupi. Pada masa ini Pas cuma punyai 23 kerusi Parlimen. Parti Pas perlu mencontohi UMNO dalam BN yang sekurang-kurangnya perlu 78 kerusi di Parlimen. Jika ini tidak dilakukan Parti Pas cuma Mat Jenin yang rindukan Tuan Puteri.

Apakah DAP dan PKR akam memenuhi tuntutan kerusi oleh PAS di PR13 termasuk di kawasan Parlimen majoriti pengundi bukan Melayu?. Pejuang nasionalis Melayu Aminudin baki pernah berkata orang Melayu sekarang seperti "AYAM DIKEPUK MATI KELAPARAN, ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN....ANAK DIKENDONG MATI KEHAUSAN, KERA DIHUTAN PULA DISUSUSKAN".

Awanama said...

H.Metro -BUKIT BERUNTUNG: Penantian berbelas tahun penduduk Kampung Sungai Buaya dan Bandar Baru Sungai Buaya berhubung isu pembayaran tanah Felda dan permohonan kemudahan persimpangan bertingkat, berakhir semalam, dua hari sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor diadakan, esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata hasil usaha Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Nor Omar dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Azeez Abdul Rahim, syarikat swasta, Idiqa Holding Sdn Bhd bersetuju membayar kepada 363 pemilik tanah di Sungai Buaya dan mereka menerima bayaran pendahuluan RM50,000 seorang.

Beliau berkata, seramai 100 bekas peneroka Felda Sungai Buaya menerima bayaran pendahuluan membabitkan RM1,000 wang tunai dan RM49,000 ....


Ini lah jasa-jasa BN....berbelas tahun....nasib baikla ada PRK...kalau tidak...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online