Isnin, 1 Mac 2010

WAHAI PAS..APA DAH JADI, UNTUNG SABUT KE UNTUNG BATU..??


 

Anwar tidak jujur dengan Pas

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

azran.rahim@utusan.com.my

BACHOK 27 Feb. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah jujur dalam menjalin hubungan dengan Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar mempunyai agendanya sendiri dalam menjalinkan kerjasama dengan Pas terutama ketika berdepan krisis moral.

Katanya, Anwar hanya mahu mempergunakan Pas semata-mata demi melepaskan diri daripada tuduhan meliwat.

``Bagi saya, istilah kejujuran itu tidak ada pada Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Ia bukan sahaja kes membabitkan Nik Aziz tetapi juga dalam kes lain, kes liwat dan sebagainya.

“Buktinya dalam kes Kelantan, semasa Anwar jadi Menteri Kewangan dulu, dia tidak meluluskan peruntukan yang diminta Nik Aziz ketika itu untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan, Menteri Kewangan selepasnya yang meluluskan perkara itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ezam berkata, bagi memastikan agenda politiknya terus hidup, Anwar menggunakan Pas untuk meraih simpati dan menyelesaikan masalah moral yang dihadapi.

``Anwar memang terdesak sekarang, orang macam Nik Aziz yang dilihat macam tok guru memang diperlukan oleh Anwar kerana dia menghadapi krisis moral, jadi Anwar akan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Beliau berkata, Pas kini dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti untuk menubuhkan negara Islam.

``Kita tengok sekarang, Pas seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya, ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan Pas tersepit.

``Sebagai contoh, DAP bersama Pas bukan kerana Pas tetapi kerana jaminan Anwar bahawa Pas tidak akan membawa negara Islam, sekarang saya hendak tanya adakah betul Pas tidak mahu lagi negara Islam," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pas supaya menyatakan pendiriannya adakah masih mahu menubuhkan negara Islam ataupun hanya mencari kuasa politik dengan mengorbankan dasar perjuangannya.

utusan

PAS SEBENARNYA TELAH TERSILAP DI DALAM PERCATURAN POLITIKNYA APABILA JOIN-VENTURE DENGAN PAKATAN RAKYAT. SEPATUTNYA PAS SEGERA MEMPERBETULKAN KESILAPAN MEREKA KETIKA PELUANG MASIH ADA DAN TERBUKA LUAS IAITU SEMASA UNITY GOVERMENT SEDANG HANGAT DIPERKATAKAN DAN CUBA DIRELISASIKAN DAHULU.

TAPI KALAU DAH PERANGAI SOMBONG MODOH..MALU NAK MENGAKU SILAP..MAKA AHKIRNYA TENTU AKAN TERUS TENGELAM.

TAK PERCAYA LIHAT SENDIRI, KUCAR KACIR DALAMAN PAS SENDIRI TELAH DIBUKA OLEH AHLI DAN BLOGGERNYA.

NIK ABDUH MENYELAR PENASIHAT JENIS MEE...

KIKCDEFELLA MENYELAR KEPINCANGAN DALAMAN PMBK DAN KEPIMPINAN PAS KELANTAN.

ADA BLOGGER DENGAN PROJEK LANGGAR HADI..

ADA BLOGGER DENGAN PROJEK LANGGAR NIK AJIS..

ADA BLOGGER DENGAN PROJEK LANGGAR BEBERAPA PEMIMPIN PAS PRO UG..

HISSSHH KALAU BEGINI NAMPAKNYA DAH NAZAK SANGAT DAH.....!!


6 Comments:

Tanpa Nama said...

umno terlalu jujur pada mca . tapi mca tk jujur pada umno . tk percaya apa jadi pru 12?

Tanpa Nama said...

Tapi harus diingat UMNO tidak menjadi kuda tunggangan MCA dan masih menjadi teras dalam BN tidak seperti PAS yang menjadi balaci pada PKR dan DAP

Hashim said...

Bakal PM Malaysia telah diketahui.....tentunya bukan Muhyiddin sila klik disini

kalam said...

PAS sebenarnya cuba beralih angin, tapi tersilap langkah mungkin dulu mulakan dgn kaki kiri sebab itulah pincang.
PAS sebenarnya lebih gagah dan mempunyai identiti yang tersendiri ketika Pas tidak membuat sebarang gabungan dalam pakatan pembangkang.
PAS mempunyai check dan balance yang ada ketika mengecutkan UMNO.
Tapi sekarang PAS tidak ubah seperti kuda tunggangan PKR dan DAP,hilang identiti yang selama ini diperjuangan.
Di Selangor dan Penang PAS langsung tidak dibenarkan bersuara kalau ada pun terlalu sumbang.
Ketika berkuasa diPerak hanya boneka mainan semata2 sedangkan yang memicit punat kuasa ialah DAP.
Tapi diKedah aku tabik dengan Azizan dia mempunyai stail yang tersendiri,UMNO patut mula bekerja dari sekarang jika mahu menawan kembali kedah kerana Azizan adalah FAKTOR kekuatan PAS Kedah dan rakyat Kedah nampaknya selesa dengan gaya kepimpimnan beliau.
Beliau tidak mudah tunduk dengan desakan yang tidak munasabah dari DAP.Azizan adalah pemimpim PAS yang berhemah.
Aku berani bercakap begini sebab aku tinggal di Kedah dan ini sememangnya kenyataan.
Jadi secara umumnya jika PAS tidak mahu kehilangan pengundi atas pagar ikutlah cara kepimpimnan Azizan yang tenang tapi mempunyai aura dalaman yang kuat.
Dan bagi UMNO di Kedah hentikanlah sikap mengigit antara satu sama lain jika tidak mahu kehilangan terus Kedah seperti Kelantan.

Tanpa Nama said...

Ezam pun tak jujur pada diri dia sendiri kerana menipu dan memperdayakan rakyat dahulu...dan dia pun tidak jujur pd PKR apabila keluar parti...adakah keluar parti PKR masuk UMNO boleh dikatakan JUJUR?

JUJUR apa? jujur utk DUIT.....

Kuda Perang said...

UMNO yang sebenar-benarnya menjadi kuda tunggangan kepada 'Tukang2 Sapu' dan 'Pemakan2 Bangkai'...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online