Ahad, 28 Februari 2010

HATI KU LI MASIH PADA UMNO..??

 

Ku Li akui masih setia pada perjuangan Umno


Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengakui dirinya masih setia kepada perjuangan Umno walaupun terus menyuarakan hak Kelantan dalam tuntutan royalti minyak.

Beliau menolak dakwaan pelbagai pihak yang menyatakan beliau tidak setia kepada perjuangan Umno berikutan tindakannya memperjuangkan hak Kelantan untuk mendapat bayaran royalti minyak.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang memberitahu pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Umno bahagian itu di Bukit Chekati dekat Gua Musang bahawa beliau masih setia kepada perjuangan parti itu.

Pada 28 Jan lalu, Tengku Razaleigh turut berceramah di program solat hajat dan ceramah perdana Isu Royalti Minyak Kelantan anjuran badan bukan kerajaan di Stadium Sultan Mohammed IV yang turut dihadiri oleh pemimpin PAS.

Beliau pada ceramah itu menegaskan bahawa Kelantan layak menerima wang royalti minyak sebanyak lima peratus, dan selepas itu terus mempertahankan pandangannya itu.

- Bernama

HE..HE..HE..BAGUSLAH TU JIKA MASIH SETIA...TAPI KALAU BOLEH JANGANLAH DI BERI TERLALU BANYAK RUANG PADA PEMBANGKANG UNTUK MEMBANTAI KITA..!!

8 Comments:

ISAC said...

Walaupun Kelantan sememangnya perlukan dana tetapi yang hak tetap hak. Tak termasuk dalam Akta Minyak/Gas sebab lebih 3 batu Nautika dari pantan Kelantan. Itu Jelas...

Wang ikhsan pun wang ikhsan lah...Janji dapat duit....

Mengapa tak tekankan agar peruntukkan tersebut supaya melalui kerajaan negeri sahaja? Itu yang Pas mahukan sebenarnya...Samada "Wang Ikhsan" ke? "Royalti Minyak? ke? Yang penting dapat duit!!!! Jumlah tetap jugak 5%.....

Mengapa nak pusing2 ?????

AbgTuah said...

SALAM..

YE BENAR ISAC..

JUMLAHNYA TETAP 5%..SAMAADA WANG IKHSAN ATAU ROYALTI..

JADI APA YANG KU LI NI TAK PUAS HATI LAGI..??

PaKMie said...

Salam 1M...

Ku Li cuba utk menarik perhatian kepimpinan DS Najib, tetapi sayangnya DS Najib sudah dapat membacanya.

TS Muhyiddin membuat kenyataan menyuruh Ku Li menetap hala tuju perjuangannya lebih jelas bersabit dgn isu royalti minyak. Ku Li membisu tiba2 keluar kenyataan menyatakan hatinya masih pada Umno...

Pakmie yakin kalau pakatan pembangkang kuat Ku Li akan membuat kenyataan HATINYA TIDAK ADA LAGI BERSAMA UMNO...

So fikir2lah sdri...

Asalamualaikum dan salam perjuangan...

Kuda Perang said...

Buat Abg. Tuah n ISAC jangan nak bodohkan ataupun bangangkan orang lain dengan fakta bodoh antara wang ehsan dan wang royalti tu.....

Wang royalti pemberian wajib yang diaudit... wang ehsan pula pemborosan wang negara untuk kpentingan politik yang tidak diaudit... piiirahhh!!!!!

Tanpa Nama said...

salam..
duit tu hak kerajaan negeri...kenapa nak bagi pada pihak lain???

umpamanya saya berhutang dengan Isac...tapi saya membayar hutang tersebut kepada Abg Tuah....boleh ke???

Kalau benar kerajaan kelantan tak layak...buat apa nak bagi duit ihksan?...baiknya kerajaan pusat....

Tanpa Nama said...

Kalau dah banyak sangat songe, tak yah beri lagi baik

Tanpa Nama said...

Kenapa UMNO takut nak ambil tindakan pd Ku Li??? kalau lah Ku Li ni jenis AJK Bahagian jer, dah lama kena rebus!!! tapi pd ku li cam ner??? double standard dan hipokrit UMNO....

Tanpa Nama said...

Ya..wang ehsan...soalnya kenapa tak bagi pd Kerajaan Negeri ? tapi dibagi plak pd JPP dan diurus olh UMNO ??? tak ke gila namanya tu...!! ITU PERSOALANNYA....minyak yg Allah kurniakan pd Kelantan itu adakah hak milik UMNO?????

Royalti ke, wang ihsan ke...,mesti lah diberi pd kerajaan negeri..bukan pd JPP (pertubuhan HARAM)...ini terang2 menunjukkan UMNO melakukan peyalahgunaan kuasa...

Dan yg penting sekali adalah :
1. UMNO akan gunakan wang itu utk "pelaburan" utk PRU 13 atau sbrg PRK di kelantan.
2. UMNO akan mentedarah duit itu sendiri drpd melepas begitu saja kpd kerajaan negeri...pilihan raya mesti kalah punya..so tak kan kedua2nya MELEPAS jugak..tak kan dah kalah pilihan raya, duit ehsan pun melepas...gigit jari lah ko UMNO ....jadi biar lah satu melepas dan satu lagi aku (UMNO) dapat iaitu wang ehsan...ha..ha...very simple argument...betul tak UMNO?
engko (Pas) ambik negeri dan aku (UMNO) ambik wang ehsan...mcm cerita PRmlee plak....good idea tu...pada kan melepas ye tak....


ye.ye..ye..aku pun nak gak duit tu...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online