Selasa, 3 November 2009

MASIH ADA LAGI ALASAN KE..?


PERPADUAN..OH...PERPADUAN..!!


Umno sedia runding k'jaan perpaduan

Umno sanggup bekerjasama dengan PAS ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan PAS.

"Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.

"Kita hendak cari sesuatu yang baik... sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lepas bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan Umno "tidak lagi wujud dalam kamus" PAS.

Abdul Hadi juga berkata cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang beliau tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Najib berkata pendirian Umno jelas iaitu jika sesuatu perkara itu memberi kebaikan, ia sanggup mengadakan rundingan dengan PAS.

"Saya tidak tahu apa pendirian PAS sebenar. Kalau nak jelas (mengenai perkara itu), kena tanya mereka (pemimpin PAS)," kata perdana menteri.

BERNAMA

CATATAN PENULIS:

WELL SEKARANG DAH JELAS SIKAP DAN PENDIRIAN DS NAJIB BERKAITAN KERAJAAN PERPADUAN. SEBAGAIMANA TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DS NAJIB JUGA HENDAKAN YANG TERBAIK UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

APA LAGI HJ HADI…CABARAN DAH BERSAHUT…MASIH ADA LAGI ALASAN KE..? HEHEHE....!!!

5 Comments:

C L J said...

Bukan alasan tapi untung bagi aku dan puak puak aku. Itulah yang kena diPAStikan.

ISAC said...

Salam,


Betul Che Leh Jangok, budaya buat sesuatu demi perpaduan dan kesajahteraan agama, bangsa & negara telah dimuziumkan,

Semua berteraskan kepada kepentingan peribadi

Tanpa Nama said...

SLM BRO..PERPADUAN KE PERADUAN KE PERPONDAN KE JGN HARAP LA PAS NAK SAMBUT!. PAS LEBIH RELA 'MATI' DI TGN KAFIRUN DRP MENERIMA PERPADUAN BROO. OTAK PAK AJIS DAH BERPUSING 360 DARJAH MELINTANG!..KEHKEHKEH HARKK PTUIH!!

kuntakinte said...

salam tak kira Pak Lah ke DS Najib ke Presiden UMNO, pendirian Parti UMNO jelas ingi kan Perpaduan, Presiden hanya mewakili suara Parti, pemimpin datang dan pergi, Parti tetap disitu, maka tak timbul Pak Lah ke atau sesiapa...

Kalau teman jadi Hadi teman tunjuk kejantanan dan telor teman pada ahli Pas dan Rakyat bahawa saya Presiden dan mewakil majoriti ahli PAS dan rakyat melayu yang berkehendakkan Perpaduan, maka apa keputusan untuk kebaikan dan tuntutan Islam teman tetap pertahankan..baru le bertelor!!! yeop.

Ding.... Dong, ding.... dong macam tarian singa dan wil wil buat apa yeop..

Tai said...

Dia kata nak berpadu, tapi dia tuduh orang kata. Macammana tu? Demi kerana kapiak celaka, sanggup dia tak mau.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online