Oleh ARSHAD KHANpengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 21 Okt. – Umum mengetahui harga minyak petrol pada kadar RM1.80 seliter di mana-mana jua tempat di negara ini. Namun, Jabatan Audit Negara menemui bukti pembelian minyak petrol sehingga RM300 seliter oleh pihak tertentu di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang.
Hasil penemuan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati berlaku pembelian minyak tersebut pada harga dan kuantiti yang meragukan iaitu antara RM100 hingga RM300 seliter. Lebih pelik lagi, semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian daripada pembekal kepada Pejabat SUK mendapati pembelian bahan api itu bagi tiga buah kenderaan berlaku pada jarak waktu yang amat singkat antara tiga hingga lapan minit pada tarikh yang sama.
‘‘Adalah didapati pembelian minyak petrol oleh pejabat SUK pada harga dan kuantiti yang meragukan iaitu antara RM100 hingga RM300 seliter,” kata laporan itu lagi.S emakan audit terhadap Jabatan Perkhidmatan Veterinar pula mendapati sebanyak 12 kes pembelian minyak Super ULG dari aspek kuantiti dan harga yang tidak munasabah pada tahun 2007 dan 2008. ‘‘Pembelian meragukan ini adalah di antara RM75 hingga RM80 seliter bagi bulan Februari, April, Mei, Ogos, September serta Disember 2007.
‘‘Sementara itu, bagi tahun 2008, pembelian yang meragukan adalah bulan Mac, April, Mei, Jun, Ogos dan Oktober iaitu pada harga di antara RM76 hingga RM125 seliter,” katanya. Penilaian Jabatan Audit Negara mendapati ketiadaan kawalan terhadap penggunaan kad inden minyak mendedahkan kepada risiko pembelian minyak secara tidak sah. Pihak berkenaan juga mencadangkan agar siasatan dilakukan terhadap kes pembelian minyak pada harga tidak munasabah itu.
Komen Isac;
Samada "penipuan" tersebut dilakukan oleh kakitangan parti Pakatan Rakyaat maupun parti Umno/BN itu soal kedua. Yang jelas duit rakyaat telah disalah-gunakan. Alangkah bagus jika wang tersebut dapat digunakan untuk faedah rakyaat dan negara terutamanya orang-orang yang fakir dan miskin.
Sayang...pemerintahan "Umar Abdul Aziz" DAP pun tidak dapat membendung penyelelewangan-penyelewengan tersebut. Bercakap memang mudah, tetapi untuk mengotakan janji-janji yang dihaburkan memerlukan keazaman dan usaha yang tinggi dan berterusan.
19 Comments:
salam, memang betul bro, jadi pembangkang memang mudah banding jadi pemerintah sebab anak-anak buah dikalangan kakitangan kerajaan ada berbagai-bagai species, macam tu juga anak beranak dalam satu rumah ada berbagai - bagai perangai..
JADI TEMAN CADANGKAN LGE BUKA STESEN MINYAK SENDIRI.
BUAT SIASATAN, KALAU BENAR -BENAR BERSALAH HUKUM. AKU SOKONG 100%. AKU BUKAN MACAM PUAK - PUAK UMNO, WALAUPUN PERASUAH TETAPI TETAP DIBELA KERANA DIA ADA DALAM PUAK YANG SAMA. INI SIKAP KAFIR QURAISY.
Salam bro, kakitangan sebeginilah yang menjadi perosak kerajaan, yang jadi mangsa kerajaan.
Tapi, Anwar al-jub kata kerajaan PR Pulau Piang yang terbest sekali melaksanakan pentadbiran...... macam mana mudahnya dia sodom orang.....
Salam Bro Kuntakinte & Hang Jebat,
Terimakasih kerana sudi singgah.
Melayu Pulau Pinang dah semakin tersepit...Apa cadangan Tuan Jebat untuk mengatasinya?
Sikit lagi, dengan Balik Pulau sekali pun kena jual.....Salleh Man ape cite? Masih menunggu jawatan YDP MAIP ke?
Itulah YG,
Ini mungkin "derebar" punya kerja....Kalau orang yang educated mesti cara dia menipu pun ade kelas sikit....
Tipu pun X mainlah sikit2.... Kurang2 sampai licin macam perbendaharaan negeri Selangor....
Lepas tu boleh jual pulak segala tanah2 milik kerajaan negeri....Buat kondo banyak2 dan jual mahal2...
Biarkan Melayu merempat di nagara sendiri...
abg tuah, bukan ke tahun yang menunjukkan penyelewengan tu adalah tahun BN memerintah? Masatu PR belum lagi amik alih? sepatutnya abg tuah jangan post tajuk ni takut nanti memalukan kita sendiri
Salam 1 Malaysia,
‘‘Sementara itu, bagi tahun 2008, pembelian yang meragukan adalah bulan Mac, April, Mei, Jun, Ogos dan Oktober iaitu pada harga di antara RM76 hingga RM125 seliter,”
Masa BN ada masa Pakatan pun ade, 1 Malaysia....
Ini untuk pedoman semua... Isac, Bumiyang kat sini http://bumiyang.blogspot.com/ Kawan tumpang posting kat sini.
APA FAKTA DAN BUKTI YANG SAH TUDUHAN TUAN ISAC MENGATAKAN BAHAWA ORANG MELAYU DAH SEMAKIN TERSEBUT. SIAPA YANG MEMBUAT KAJIAN TENTANG INI. ADAKAH INI SATU TANGGAPAN ATAU DIBUKTIKAN DENGAN KESAHAN. ZAMAN BN MEMERINTAH DI PULAU PINANG.ADAKAH ORANG MELAYU TERBELA DI PULAU PINANG SEHINNGA BEGITU SENSITINYA TUAN HAMBA TENTANG P. PINANG SEKARANG INI. TAK PAYAHLAH NAK PERBODOHKAN ORANG RAMAI, MASYARAKAT KINI SUDAH PANDAI BERFIKIR SENDIRI YANG MANA BAIK DAN BURUK. JANGAN MEMPERLEKEH DAN MEMPERBODOHKAN KAMI KERANA KAMI BUKANNYA BODOH. AUTA - AUTA NI JUGA BERLAKU DI KELANTAN BERKURUNG - KURUNG LAMANYA KERANA BUKAN DIPERINTAH OLEH SEKUTU TETAPI HANYA RAKYAT KELANTAN YANG TAHU DAN MERASAINYA. RAKYAT KELANTAN BUKANNYA BODOH MENILAI. SEBAB ITULAH WALAU PUN PERBAGAI TUDUHAN, BN MASIH GAGAL MENAWAN KELANTAN. TOLONG KOMEN ULASAN AKU.
YELAH..RAKYAT KELANTAN MEMANG BIJAK..
BALIK KAMPUNG KELANTAN SESEKALI DENGAN KERETA BESAR STARREX LAH...UNSERLAH...STREAMLAH..MERC DAN HONDA..THEN CAKAP TAK PAYAH BN PERINTAH KELANTAN KAMI PUN KAMI BOLEH MEWAH CARI HARTA..
TAPI HAKIKATNYA MEREMPAT DI NEGERI BN..KERANA APA..
KERANA KELANTAN MUNDUR DARI SEGALA SEGI..
HANYA TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA RENDANG DAN REDUP SESUAI UNTUK MEMBIAKKAN LEBAI SESAT PAS YANG KERJANYA HANYA MENABOR BUNGA DAN BATANG FITNAH KEPADA KERAJAAN
TAK GUNA PUNYA PUAK AUTAH..
SALAM SBAB TU KELANTAN TAK MAJU2 SEBAB ADA RAKYAT MACAM H.J RASA DAH MEWAH SANGAT DUDUK DI KELANTAN, SEBAB TU MELAYU MUNDUR DI PENANG PUN RASA DAH PUAS HATI.BUTA MATA HATI.
ABG TUAH KE YANG BERKATA BEGITU, TAK SEPADAN NAMANYA DAN JAWATANNYA DALAM BLOG INI. TAK ADA ISI LANSUNG SEMUA AUTA DAN PRASANGKA BURUK. KALAU NAK DIJADIKAN HUJAH DALAM KAJIAN AKU, LANGSUNG TAK BOLEH PAKAI.BILA MENYOKONG MEMBABI BUTA INILAH JADI. TERKIAL - KIAL MENCARI ALASAN UNTUK MEMPERBETULKAN KESILAPAN.
Salam....
Baru sampai umah...Hari ni pergi KL...
Postingkan blog kawan tu semuanya "schedule posting".
Betullah Bri Tuan & Kunta Kinte...Saya setuju... Nak tambah sikit...Kalau pergi mana2 pejabat2 Kerajaan kebanyakkannya orang dari Kelantan...
Guru2 pun sama...Clerk dan pekerja2 kilang pun ramai...
Pergilah negeri2 yang banyak kilang mcm Johor, Penang, Selangor...
Masa Tok Pa jadi Menteri kewangan pun dasar dia banyak mengutamakan kontraktor2 Kelas A Kelantan walaupun kerja tu kat negeri lain, bila ditanya dalam sidang parlimen dia kata nak bantu...
Ok lah... Tolong sama2 Melayu & Islam, apa salahnya... Tapi janganlah lepas tu X mengaku "diri" dibantu...
Bila orang cakap pasal Melayu, kata Nasionasil...Ada apa dengan Melayu? Konon "Islam" sangat...
Pasal Melayu Pulau Pinang, memang sejak zaman BN dah tertindas, masuk PR semakin teruk lah...
Aku X payah bagi analisa Tuah, ko baca aje dari blog2 pro BN yang lain...Siasatlah betul ke tidak....
Kelantan BN kalah sebab, Umno X bersatu. Orang Kelantan 50/50. Umno/Pas.
Masalah dengan Umno Kelantan, kalau X tercalon sabotaj orang yang dicalon. Itu satu tabiaat yang X baik orang Kelanta. Kelantan Kg Kedua aku...
Orang Kelantan walaupun selalu solat kat masjid, tapi lembu punya pasalpun boleh berbunuh...
Itu TGNA kena betulkan lah...
Salam,
Sorry Bro Tuah,
Jawapan ditujukan pada Jebat...
Loteh lah.... Hari ni dah jalan lebih 500KM.
Wassallam
HUHUHU..KUNTAKINTE DAN ISAC PUNYA HUJAH TAK TERJAWAB SI HANG JEBAT..
JANGAN PUTUS ASA JEBAT..HEHE..
SALAM ISAC..
FAHAM..
Bro Tuah, Tumpang Advertise,
http://bumiyang.blogspot.com/2009/10/mengapa-pas-tidak-perlu-membina-masjid.html
Petikan ISAC (Kalau pergi mana2 pejabat2 Kerajaan kebanyakkannya orang dari Kelantan...
Guru2 pun sama...Clerk dan pekerja2 kilang pun ramai...
Pergilah negeri2 yang banyak kilang mcm Johor, Penang, Selangor...
Masa Tok Pa jadi Menteri kewangan pun dasar dia banyak mengutamakan kontraktor2 Kelas A Kelantan walaupun kerja tu kat negeri lain, bila ditanya dalam sidang parlimen dia kata nak bantu...
Ini yang nak dijadikan hujah sebagai negerai kelantan dan orang kelantan tak maju dan bijak. Bodohnya engkau , Kau ni memang buta sejarah : Aku tanya engkau Kenapa penjajah Inggeris, Belanda , portugis datang ke tempat kita satu masa dulu kerana mereka adalah golongan yang cerdik dan maju.
petikan ke 2 : Kelantan BN kalah sebab, Umno X bersatu. Orang Kelantan 50/50. Umno/Pas.
ITULAH KEBURUKKAN PUAK - PUAK UMNO, KEBANYAKKANNYA GILA KUASA , PANGKAT, GILA KEKAYAAN.
PS. ABG TUAH, KAU TUAN PUNYA BLOG ASYIK AGUK - AGUK APA CERITA : BODOH KE APA..
PETIKAN 3 :Orang Kelantan walaupun selalu solat kat masjid, tapi lembu punya pasalpun boleh berbunuh...
iNI BUKAN KERJA ORANG PAS KELANTAN TAPI PUAK UMNO KELANTAN KERANA BAB- BAB LEMBU NI ORANG UMNO YANG SUKA. SORRY GURAU JE..
Salam, kebaikan orang2 Bn memang jelas dan nyata, merka mempunyai hati yang berseh sejernih embun pagi.
Mereka memberi peluang kepada saudara seugama dari PAS mencari rezeki ditempat mereka tanpa rasa cemburu da iri hati, kerana mereka sedar dengan rezeki tersebut akan dibawa balek keKelantan untuk menyara anak bini dan membatu keluarga2 yang kesempitan hidup, itulah diantara keluhuran hati orang2 dan kerajaan BN.
Tak pe..walaupun dicemuh, maki hamun dan bermacam2 lagi tuduhan dan kata2 yang tak sedap didengar, tapi orang BN khusunya UMNO terima dengan sabar sebab mereka sedar bahawa orang2 PAS kurang pelajaran Ugama dan kurang bertamadun.
Kesian orang2 Kelantan membiarkan diri mereka ditipu...
Post a Comment