Jumaat, 4 September 2009

RUBBISH..TRUE RUBBISH..!!


TRUE RABBISH LA LU MAMAT..!!

Sidang’ DUN Perak di hotel lulus tiga usul

Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada pakatan pembangkang hari ini mengadakan satu mesyuarat menyerupai persidangan dewan itu di Hotel Heritage di sini dan “meluluskan tiga usul.”

Usul-usul itu ialah untuk mengesahkan laporan ‘Jawatankuasa Hak dan Kebebasan’ yang bertarikh 27 Julai 2009 dan 12 Ogos 2009; pelantikan anggota bagi tiga jawatankuasa bagi penggal yang baru iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam dan Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap; dan usul tergempar mengutuk tindakan polis yang didakwa menggunakan kekerasan bagi menghalang anggota dewan daripada pakatan pembangkang daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan persidangan itu.

Mesyuarat itu, yang berlangsung selama dua jam mulai 11.45 pagi, dihadiri kesemua 24 Adun pakatan pembangkang kecuali tiga orang Adun yang ditahan polis pagi tadi dan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, yang sedang mengerjakan ibadah umrah.

Persidangan itu turut menyediakan susunan tempat duduk Adun Barisan Nasional di sebelah kiri ‘Speaker’ manakala Adun DAP, Pas dan PKR duduk di “pihak kerajaan yang memerintah” di kanan ‘Speaker’.

Persidangan yang dipengerusikan oleh Adun Tronoh, S.Sivakumar, membincangkan usul pertama yang dibawa oleh Adun Changkat Jong, Mohd Anuar Sudin, usul kedua oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala usul tergempar dibawa oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming. Mesyuarat itu kemudiannya ditangguhkan pada 1.37 petang.

Usul pertama yang dibawa Mohd Anuar mahu persidangan itu meluluskan laporan ‘Jawatankuasa Hak dan Kebebasan’ yang dilantik oleh pakatan pembangkang itu yang telah membuat ketetapan antaranya menggantung Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selama tiga bulan daripada menghadiri sidang DUN dan didenda RM250,000 dengan alasan Zambry telah menghadiri sidang DUN pada 7 Mei lepas walaupun telah digantung sebelum itu.

Selain Zambry, jawatankuasa itu turut menggantung Exco Kanan Datuk Hamidah Osman yang juga Adun Sungai Rapat bagi tempoh yang sama serta didenda dengan nilai yang sama. Timbalan Speaker Hee Yit Foong pula dicadang untuk dipenjarakan selama enam bulan dan didenda RM500,000.

Pada 27 Julai 2009, jawatankuasa itu mengesyorkan supaya Speaker DUN, Datuk R.Ganesan dihukum penjara enam bulan atau didenda RM500,000 kerana memegang jawatan Speaker secara tidak sah sewaktu persidangan DUN Perak pada 7 Mei lepas.

Usul yang dibawa oleh Mohammad Nizar diluluskan tanpa dibahas manakala usul tergempar oleh Nga dibahas oleh empat orang Adun sebelum diluluskan.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 26 Adun pembangkang daripada memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi Rabu.

Pada sidang akhbar kemudian, Mohammad Nizar yang ditanya sama ada Adun pembangkang akan hadir pada persidangan yang dipanggil oleh Speaker Datuk R.Ganesan kelak, berkata Ganesan tidak mempunyai hak untuk memanggil persidangan itu.

“Jadi notis memanggil sidang DUN itu adalah tidak sah,” katanya. BERNAMA

nota:

sebenarnya sidang HARAM ini adalah utk membuat usul dendam…Adakah Nizar ini benar2 seorang yang mengamalkan ajaran ISLAM….Dendam kesumat beliau amat menebal sedangkan dalam ISLAM kita harus bersikap tolak ansur.

http://pemudaenggang.wordpress.com/

APALAH YANG DIBUAT OLEH SI NIJAR AND THE GENG NI. TAK ADA AKAI BETUL..DEII APA YANG KECOH-KECOH LAGI NI...BUDAK 10 TAHUN PUN BOLEH FAHAM PAKATAN RAKYAT TERLEPAS KUASA SECARA SAH DI PERAK. APA PUNYA HAPRAKLAH..HARI-HARI ADA AJE KELAKUAN RUBBISH PAKATAN RIOT YANG KITA DENGAR.

10 Comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Komunis, beegitulah yang layak bagi mereka yang lebih suka kepada undang-undang 'etnik rimba'...

Tanpa Nama said...

SLM BRO..DIA NAK TUBUHKAN REPUBLIK PERAK SDN BHD KOT KEHKEHKEH

bungaraya said...

Besok mereka akan buat HUKUM ISLAM baru dimana didalamnya salah satu daripada hukum tersebut ialah "menghalalkan untuk orang islam memakan babi". Arak itu pada mereka halal dan berzina adalah salah satu yang dituntut oleh islam. Perkara ini tidak mustahil kerana boss mereka menghalalkan juga perbuatan meliwat buntut.

Tanpa Nama said...

selama ni bukankah bn/umno yg menghalalkan judi, arak dan zina???

TAAVEEKUN PERAK said...

salam ziarah,
rubbish tu dalam kata melayu adalah sampah.mmg betul lah deme PR Perak ini sampah dalam bakul.Laknatullah PR perak.

Tanpa Nama said...

Amik le Perak tu.Dapat merintah pun dengan cara lanun bukan dengan pilihan rakyat.Tak lama nanti tumbang jugak le.
Tganu korang pun dah nak tumbang tu tak sedar.

harimau malaya said...

salam buat semua
ini beberapa petikan buat bangsaku seagamaku dan setanahairku yang mata ikan kering......kepada nizar....sudah sudah la tu wat apa hang yang dok salak lagi tu......jangan jadi bodo dek kena permain dengan bangsa lain......benar hangpa memang pandaijawab soal agama.....tapi pasaipa tauladan hangpa tak tunjukkan.....kan cantik kalu adat dan agama kita saling gunakan pasai bangsa kita memang bangsa berlemah lembut.....kepada dato nizar bersama saudara seagamaku.....ini ungkapkan dalam ungkapan melayu supaya hangpa berlapang dada ......ungkapan melayu berkata.....tuah ayam pada pada sisiknya tuahmanusia pada baiknya.....tuah kain pada tenunnya,tuah pemimpin pada santunnya.....tuahkayu elok buahnya ,tuah melayu pada elok maruahnya.....elok kain elok raginya,elok pemimpin elok negerinya....elok kain elok coraknya, elok corak sedap dipakai....elok pemimpin elok akhlaknya....elok akhlak mimimpin sesuai.....jadi bila sudah koyak...bila dipakai aib tersingkap.....bila pemimpin sudah rosak....bila di pakai umat menghidap.....bila kain sudah lapuk,bila dipakai tentula koyak.....bila pemimpin akhlaknya buruk....aib terburai umat bergasak.....wat apa lagi kita nak sama sama bergasak cukup la sudah apa lagi nak loba kuasa.....hang nazar apa hang tak leh terima segala ketentuan dari ilahi qadak qadar yang hang tu dah takdak kuasa lagi......aku saran hang cari kisah abdullah hudai ahli sufi dari turki.......banyak tauladan yang di kisahkan.......gua malas cerita nanti panjang pulak tulisan ni......SAPA NAK JAGA NEGARA MALAYSIA......SAPA LAGI KALU BUKAN KITA.......JANGAN SAMPAI DAJAL DAH MASUK BARU HANGPA NAK GUNA AKAI.....PENGKHINAT ANAK DAJAL DAH MASUK.....KITA MASIH NAK BERSETERU SAMA SAMA KITA......SAPA NAK JAGA NEGARA BERDAULAT NIIIIIII.....SAPA LAGI......KITA UMAT ISLAM......WASALAM,

Kuda Perang said...

YA UNDANG ETNIK RIMBA TELAH LAMA DIPRAKTIKKAN DI MALINGSIA YANG TERCINTA INI..

Tanpa Nama said...

Utk. bungaraya... Istghafar byk... Jgn disebabkan tulisan @ kata-kata kita yang beremosi + suka-suka akan memesongkan aqidah kita... Nauzubillah..

Hukum tetap hukum jgn kita perkotak katikkannya, w'pun sekadar sindiran..

Diam itu adalah lebih baik jika kita tidak berilmu...

Mohammad Roslan said...

Sebenarnya apa yang nijar ini nak buktikan dalam bulan ramadan yang suci ini.Inikah caranya parti Islam pas memperjuangkan haknya.Kalau rakyat Perak sebenar-benarnya suka pada dia ini mereka lama telah kembalikan jawatan Menteri Besarnya. yang suka kat dia ini siapa?.Kekuatan seorang ahli poltik adalah rakyat bukan mahkamah atau pun gerombolan yang ada kepentingan yang selalu duduk dibelakang. Nijar perlu memahami hakikat ini. Cara-cara Nijar dan sivakumar sudah lebih dari seorang pemimpin masyarakat. Maka fahamilah rakyat tidak menyukai kamu berdua atau pun kerjaan kamu berdua itu.Terimalah hakikat ini.Nijar bertaubat dan terima keputusan dari Allah yang kamu ni sebenarnya bukanlah seorang pemimpin yang disukai rakyat. Yang suka kamu adalah gerombolan yang dibelakang kamu yang nak sesuatu.maka benarlah abg Tuah kata kamu sebenarnya sampah yang perlu dibersihkan demi kepentingan rakyat negeri perak.bacalah sejarah napoleon bonaparte, perancis yang pernah menjadi general dan maharaja dan dibuang seperti sampah di Pulau Halena."Reverse psikologi" yang kamu cuba lakukan itu telah tersalah sasaran.Rakyat Perak bukan kesiankan kamu semua tapi meluat perangai kamu semua yang gila bayang itu.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online