Kuala Krai terima RM125.9 juta
KUALA KRAI 12 Julai – Sebanyak RM125.9 juta diperuntukkan Kerajaan Pusat khusus untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat di jajahan ini sekali gus membuktikan keprihatinannya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM1.7 bilion yang disalurkan ke negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi tujuan yang sama.
Beliau berkata, di jajahan ini, ia dibelanjakan untuk membiayai 75 projek pembangunan termasuk pembinaan 13 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah di samping projek naik taraf dan pembinaan rumah guru serta asrama.
“Justeru tohmahan yang mengatakan Kerajaan Persekutuan mengabaikan Kelantan khususnya Kuala Krai adalah tidak berasas sama sekali.
“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak pernah mengabaikan mana-mana golongan masyarakat di negara kita, lebih-lebih lagi anak-anak yang memerlukan ilmu pengetahuan,” katanya.
KOMEN PENULIS
WAHAI RAKYAT MANEK URAI..USAH LAGI TERPEDAYA DENGAN CERITA DAN RETORIK LAMA PAS. UNDILAH BN…DAN PERCAYALAH HANYA BN SAHAJA YANG TERBAIK DI NEGARA INI, YANG MAMPU UNTUK MEMBANTU DAN MEMBELA NASIB RAKYAT TANPA MENGIRA KAUM. SELAIN BN…YANG ADA HANYALAH HAMPEH..
BN JATUH KE LAUT MENJADI PULAU..MAKA MENJADILAH IA TEMPAT BERLINDUNG PARA NELAYAN. JATUH PULA KE DARAT MAKA MENJADILAH IA PEPOHON YANG RENDANG…MAKA DAPATLAH PARA PETANI BERTEDUH DARI TERIK MENTARI.
BUKAN SEPERTI PEMIMPIN PARTAI SONGSANG TU…JATUH KE LAUT MENJADI JERUNG..JATUH KE SUNGAI MENJADI BUAYA DAN JATUH KE DARAT PULA MENJADI ULAR SAWA.. .SEMUA JENIS NAK MENELAN RAKYAT …HEHEHE..!!!
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
2 Comments:
Assalamualaikum...
blh caye ke figure2 yg diberi ni? jangan2 peruntukan 1.7bil yg btl2 disalurkan 1bil je, 0.7 bil entah kemana, tercicir kot???
xpercaya? blh tgk laporan audit. banyak duit yg hilang. dah la banyak yg hilang, pastu harga kontak lak x masuk akal. sepatutnya pilih kontrak yg murah dan berkualiti, ini tidak pilih kontrak yg mahal2, kontrak yg paling mahal for sure akan dapat.
bukan nak memfitnah, cuma ada keraguan dihati ini. apakah benar sebagaimana yg diperkatakan org... bukan nak blame sesiapa, cuma mahukan yg terbaik untuk negara kita yg tercinta ini.
kan elok kalau dapat pemimpin yg telus, kenal dosa pahala tahu haram halal, menggeruni azab api neraka. duit rakyat jgn dibuat macam duit sendiri. x logik dek akal seorg MB mampu bina rumah rega belasan juta!!! tu la, kalau diri jauh dari yg maha Esa dah x fikir balasan di sana nanti...
mrL
W'salam MRL, daftarlah google lain kali X payah nak guna "anon/tanpa nama".
Komen mcm tu kan sedap dibaca...Cuma kita x baik bersangka buruk. Sama-samalah pantau selagi terdaya.
Selama mana kita nak dengar cakap orang...Kalau nak ikut cerita orang, pemberian kawasan balak di Kelantan pun ada cacat celanya....
Lihat sahaja apa yang berlaku di "Lojing", Kelantan. Begitulah juga halnya di suatu ketika, kawasan2 balak di Kelantan dimonopoli oleh seorang "Cina" warga Singapura.
Itukah caranya pengurusan yang telus, bersih dan betul?
Wassallam
Post a Comment