Rabu, 24 Jun 2009

Ustaz Nasharudin…luka yang tak berdarah


Dipetik dari Agenda Daily, June 24, 2009 : 07.39 AM--->

Link;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f6962b70-7f000010-96478e00-d58d75fb

Para wartawan yang bertugas di Parlimen tertunggu-tunggu sepanjang hari Selasa.Ada yang kelihatan mengintai di sana sini.Namum kelibat Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa tidak kelihatan. Jarang Ahli Parlimen Bachok itu tidak hadir sidang Parlimen selama ini kalau tidak ada urusan rasmi atau parti di luar.Beliau tidak hadir di Parlimen sejak Khamis sehari selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat ‘ meletup’ menghentamnya.

Nasharudin dikira antara Ahli Parlimen pembangkang yang disenangi oleh wartawan kerana mudah diminta komen sesuatu isu dan sebagainya. Beliau juga tidak emosional dan sentiasa cool sekalipun dilontar soalan-soalan yang kritikal dan mencabar. Sebab itu ada kalangan wartawan yang kata mereka terperanjat melihat cara Nik Aziz dan kalangan pimpinan parti membelasahnya semata-mata kerana terbuka memberi komen mengenai isu idea rundingan perpaduan dengan UMNO yang dibawa oleh Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Sebagai ahli politik dan orang nombor dua dalam sebuah parti politik Nasharudin pasti tidak dapat lari bila para wartawan sudah set untuk mengejarnya bagi mendapat ulasan mengenai sesuatu isu. Sejak beliau kelihatan bersalaman dan mencium tangan Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam pertemuan dengan Musyridul Am PAS yang turut disertai oleh pimpinan PAS lain di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur petang Isnin ,ulasannya sendiri mengenai ‘ perdamaian ‘ itu belum diperolehi. Ini kerana sidang akhbar itu diadakan tanpa sesi soal jawab.Nik Aziz hanya baca kenyataan ringkas.Itu saja.

Beliau pulang sejurus pertemuan itu selesai dan juga tidak hadir semasa mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat yang diadakan malam itu. Bukan saja wartawan tetapi juga kalangan pemerhati politik merasa tindak tanduk Menteri Besar Kelantan membelasahnya sampai suruh letak jawatan Ahli Parlimen dan masuk UMNO agak terlalu ‘ over ’. Kalangan penyokong Nasharuddin yang baru saja mempertahankan jawatan Timbalan Presidennya menewaskan orang kanan Nik Aziz iaitu Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu hanya memendam rasa kerana dikatakan malas nak berlaga dengan Tok Guru.

Puak Erdogan dalam parti itu yang menyokong Husam pula dikatakan senyap-senyap bertepuk tangan dan senyum sendiri bila mereka dapat menikmati ‘ balas dendam’ menerusi Nik Aziz. Semua orang tahu Haji Hadi terpaksa buat seolah beliau tidak pernah cakap soal idea rundingan perpaduan dan sebaliknya tuduh UMNO punya angkara nak pecahkan pakatan pembangkang kerana tekanan hebat dari Nik Aziz,Erdogan dan pimpinan PKR dan DAP. Media tidak tersilap petik cakap Haji Hadi maupun Nasharuddin.Mereka berdua sendiri tidak pernah kata PAS nak bergabung dengan UMNO dan begitu juga pemimpin UMNO tidak pernah kata bergabung dengan PAS.

Matlamat rundingan perpaduan itu hanya nak cari titik temu hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan Melayu. Kebimbangan nampaknya begitu menghantui pihak-pihak yang tidak mahu melihat Melayu bersatu langsung. Tindak tanduk politik mereka untuk memintas idea Presiden PAS itu seuatu yang dijangka.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali secara terbuka kata jika Melayu berpadu maka impian Datuk Seri Anwar Ibrahim nak jadi Perdana Menteri pasti berkecai. Ini kerana PAS menjadi sandarannya untuk sokongan Melayu. Beliau melihat PAS kini berpolitik bukan lagi berlandaskan agama yang sentiasa dilaungkan di sana sini sebaliknya berpolitik untuk kuasa.

Nasharudin mungkin boleh ‘ menutup ’ fiasco yang dihadapinya dengan orang dalam partinya dan dengan pimpinan PKR dan DAP bila para wartawan mengepungnya kelak namun dari sudut politik sekalipun - luka tidak berdarah - tapi parut polimek itu pasti akan terlihat diraut wajahnya. -24/6/2009


Komen Penulis;

Walau apapun alasan TGNA, tindakannya menyelar Ustaz Nasha secara terbuka dengan begitu keras adalah keterlaluan.
Kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku selepas ini. Adakah Pas akan berpecah seperti tahun 1978 selepas Pas keluar dari BN? Terpecah kepada Pas & Berjasa


2 Comments:

kuntakinte said...

salam, Nasharuddin ke sawan BRO, sebab tu dia tak hadir parlimen....dia terkejut besar boleh bos dia macam baru bangun dari kenan demam selsema babi, bila sihat macam tak pernah berlaku apa2 je, kata org perak mamai....

Teman punya ingat PAih mesti bergabung jadi satu parti dengan AN War sebabnya kumpulan erdogen dan Ni A Jis dah merasa sedap main belakang... maklum lah selalu kita dengan I LOVE YOU, ini terbalik dah belakang bawa ke depan YOU LOVE I he..he...

Tanpa Nama said...

sian.ustad nasha jadi kambing hitam

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online