KUALA KRAI: KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA KRAI, TUAN AZIZ TUAN MAT, 39, DIPILIH SEBAGAI CALON BARISAN NASIONAL (BN) PADA PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) MANEK URAI, 14 JULAI INI.
PEMILIHAN TUAN AZIZ YANG JUGA PENGURUS PEMANTAUAN DAN PENYELARASAN LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR), DIUMUMKAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DI HADAPAN KIRA-KIRA 5,000 PENYOKONG BN DI PUSAT OPERASI BN MANEK URAI, SUNGAI SOK LUAR DI SINI, JAM 5.15 PETANG SEMALAM.
TIMBALAN PERDANA MENTERI BERKATA, TUAN AZIZ DIPILIH BERDASARKAN KEMAMPUAN, PENGALAMAN, KELULUSAN TINGGI SERTA HUBUNGAN ERATNYA DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT, TERUTAMA SEKITAR MANEK URAI YANG SELAMA INI DIDAMPINGI SELAKU PEGAWAI KESEDAR.
OH YE..DENGAR KISAHNYA CALON PAS ADALAH SEORANG PENIAGA IKAN. HMM…MEMANG BERNIAGA IKAN TU KERJA YANG MULIA. TAPI ISUNYA SEKARANG IALAH SOAL MEMILIH PEMIMPIN..MEMILIH WAKIL. TAK CUKUP SEORANG WAKIL YANG PAKAR MEMBERIKAN NASIHAT TENTANG IKAN MANA YANG BAIK DAN MURAH, ATAU YANG BOLEH MEMBERIKAN DISKAUN HARGA IKAN.
APA YANG KITA PERLUKAN SEKARANG ADALAH SEORANG PEMIMPIN YANG BERKEMAMPUAN, BERPENGALAMAN, BERKELULUSAN TINGGI SERTA MEMPUNYAI HUBUNGAN ERATNYA DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT. PEMIMPIN SEPERTI INILAH YANG MAMPU MEMBERIKAN PANCING BUKANNYA IKAN. PEMIMPIN INILAH YANG AKAN MEMBAWA KEMAJUAN KEKAWASANNYA AGAR RAKYAT YANG DIWAKILINYA DAPAT KELUAR DARI KEPOMPONG KEMISKINAN ATAU PERMASAALAHAN SECARA BERTERUSAN.
6 Comments:
Peringatan kepada Jentera-Jentera UMNO/BN.
Jangan pandang rendah kepada parti lawan.Kita tak tahu kekuatan seorang pemancing ikan.
Diharapkan jentera2 UMNO/BN bekerja keraslah demi sebuah kemenangan untuk bangsa,agama dan negara.
Semoga kemenangan milik kita UMNO/BN.
salam bro..saye stuju ngan pendapat tebu hitam tu..kite jgn pandang rendah kt lawan dan over confident..walaupun kite tahu lawan kite tu lemah,tapi jgn sesekali kite perlekeh kan..harap2 jentera2 UMNO-BN dapat buat kerja betul2 dan bersungguh2..jgn harapkan imbuhan semate2..buat keje bia ikhlas...dan di harapkan,penyokong2 UMNO/BN berdoa banyak2 supaye dengan izin ALLAH UMNO/BN menang prk ni...
semoga kemenangan bn nanti untuk memberi penunjuk kpd nik ajis supaya pepaduan orang melayu mesti diteruskan.insyallah.
salam, bro silap2 ini lah salah seorang yang naik harga ikan secara gelap di pasar manek urai he..he...
Apa pun teman setuju komen tebuhitam, afdzal bahawa kita kena low profil...sikap orang kampung beza dgn bandar.
Berkempan untuk parti sepatutnya dilakukan setiap masa dan di mana sahaja. Setiap individu yang mewakili parti sepatutnya mendampingi rakyat setempat setiap masa kerana mereka sebenarnya wewakili parti dan sesiapa sahaja di antara mereka ini berkemungkinan menjadi calon parti dalam mana2 pilihanraya.
Dalam sesuatu pilihanraya umum/kecil cuma ada 3 golongan sahaja. Penyokong "tegar" BN, penyokong "tegar" PR dan golongan atas pagar.
Ketiga2 kumpulan penyokong ini perlukan pendekatan yang berlainan. Cuma apa yang saya nak tekankan disini, usah buang masa untuk menarik penyokong "tegar" PR dalam PRK di Manik Urai ini. Tumpukan sahaja perhatian jentera kita kepada penyokong "tegar" BN dan juga golongan di atas pagar dan ini lah yang akan menentukan menang atau kalahn ya calon BN.
Untuk menarik penyokong "tegar" PR masa yang lama diperlukan yntuk menyedarkan mereka. Pendekatan kena sesuai, penerangan berterusan perlu, langkah2 yang diambil Kerajaan BN kena tapat dan untuk kepentingan rakyaat, menangi isu2 dengan baik dan jangan biarkan isu2 yang ditimbulkan oleh pembangkang dilihat memenagkan mereka. Kerajaan BN bukan sahaja perlu memenangkan kepentingan rakyaat tetapi juga perlu dilihat sebagai kerajan mesra rakyaat, telus, tanpa rasuah, bekerja keras, bijak dan boleh diharap.
Itulah yang diwar2kan oleh pembangkan, dalam kempen2 mereka mereka menggambarkan wakil2 mereka adlah yang terbaik dalam segala segi dan kerajaan BN adalah sebaliknya.
4 buah kerajaan negeri di bawah PR telah memperlihatkan pekong mereka dan siapakah mereka yang sebenarnya. Bercakap memang mudah...Mengata orang memang senang tetapi hakikatnya mereka X kurang buruk jika hendak dibandingkan dengan wakil2 BN. Jestru itu jentera BN kena melawan propaganda2 PR dengan lebih sistematik, pragmatik dan berterusan untuk memberikan gambaran sebenar kepada rakyaat dan dalam masa yang sama untuk menyedarkan penyokong2 "tegar" PR.
Selamat Berjaya!!!!
nk tgk gambar time umum calon BN leh x?
dengar citer ramai yang datang....
hahahahahahhaa
Post a Comment