GAMBAR SEKADAR HIASAN.
Presiden PAS Perlu Meminta Maaf Dengan DAP Dan PKR – Karpal
PULAU PINANG, 12 JUN (BERNAMA) -- PRESIDEN PAS DATUK SERI ABDUL HADI AWANG PERLU MEMINTA MAAF KEPADA DAP DAN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) KERANA MENCADANGKAN PERBINCANGAN ISU KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO KERANA JELAS IA TIDAK JUJUR, KATA PENGERUSI DAP KARPAL SINGH.
"HADI AWANG TELAH MEMALUKAN PAKATAN PEMBANGKANG DAN SELEPAS INI BELIAU KENA BERFIKIR DUA KALI SEBELUM BERCAKAP," KATANYA DALAM SATU KENYATAAN DI SINI, JUMAAT.
KATANYA MENTERI BESAR KELANTAN DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT YANG JUGA MURSYIDUL AM PAS DALAM NADA PENUH EMOSI DAN MARAH DIPETIK SEBAGAI BERKATA BAHAWA PEMIMPIN INI (PEMIMPIN PAS) MAHU MEROSAKKAN PARTI ITU.
"MALAH NIK AZIZ SECARA TERBUKA MENGKRITIK RAKANNYA DALAM PAS KERANA MENYOKONG AGENDA PERBINCANGAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO," KATANYA.
KATANYA DAP JUGA TIDAK MEMBIARKAN WALAUPUN ABDUL HADI YANG MENCADANGKAN PERBINCANGAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO BARU-BARU INI.
KOMEN PENULIS –
ISH..ISHH..ISHHH..KESIAN HJ HADI..BERSAORANGAN TERPAKSA MENGHARUNG BADAI BAGI MEREALISASIKAN KERAJAAN PERPADUAN YANG DICITAKAN RAMAI PIHAK.
TAPI YANG PROBLEM SIKIT KITA NAK BACK- UP IALAH KERANA HJ HADI NI NAMPAK MACAM DAH MULA TAKUT. LAGI PUN BANYAK PULA SONGELNYA DENGAN BERBAGAI TUNTUTAN YANG DIJADIKAN PRA SYARAT SEBELUM SANGGUP BERBINCANG DENGAN UMNO.
HAJI..BE REALISTIKLAH..USAH TAKUT-TAKUT…REMPUH AJE..HARUNG AJE…JANGANLAH CEPAT SANGAT MELATAH DAN MENGAKU KALAH…!!!
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=417682
PULAU PINANG, 12 JUN (BERNAMA) -- PRESIDEN PAS DATUK SERI ABDUL HADI AWANG PERLU MEMINTA MAAF KEPADA DAP DAN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) KERANA MENCADANGKAN PERBINCANGAN ISU KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO KERANA JELAS IA TIDAK JUJUR, KATA PENGERUSI DAP KARPAL SINGH.
"HADI AWANG TELAH MEMALUKAN PAKATAN PEMBANGKANG DAN SELEPAS INI BELIAU KENA BERFIKIR DUA KALI SEBELUM BERCAKAP," KATANYA DALAM SATU KENYATAAN DI SINI, JUMAAT.
KATANYA MENTERI BESAR KELANTAN DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT YANG JUGA MURSYIDUL AM PAS DALAM NADA PENUH EMOSI DAN MARAH DIPETIK SEBAGAI BERKATA BAHAWA PEMIMPIN INI (PEMIMPIN PAS) MAHU MEROSAKKAN PARTI ITU.
"MALAH NIK AZIZ SECARA TERBUKA MENGKRITIK RAKANNYA DALAM PAS KERANA MENYOKONG AGENDA PERBINCANGAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO," KATANYA.
KATANYA DAP JUGA TIDAK MEMBIARKAN WALAUPUN ABDUL HADI YANG MENCADANGKAN PERBINCANGAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO BARU-BARU INI.
KOMEN PENULIS –
ISH..ISHH..ISHHH..KESIAN HJ HADI..BERSAORANGAN TERPAKSA MENGHARUNG BADAI BAGI MEREALISASIKAN KERAJAAN PERPADUAN YANG DICITAKAN RAMAI PIHAK.
TAPI YANG PROBLEM SIKIT KITA NAK BACK- UP IALAH KERANA HJ HADI NI NAMPAK MACAM DAH MULA TAKUT. LAGI PUN BANYAK PULA SONGELNYA DENGAN BERBAGAI TUNTUTAN YANG DIJADIKAN PRA SYARAT SEBELUM SANGGUP BERBINCANG DENGAN UMNO.
HAJI..BE REALISTIKLAH..USAH TAKUT-TAKUT…REMPUH AJE..HARUNG AJE…JANGANLAH CEPAT SANGAT MELATAH DAN MENGAKU KALAH…!!!
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=417682
12 Comments:
Salam abgtuah,
Tuan guru Hadi bukan berseorangan. Ustaz Nasrudin pun kena anyam sekali dengan tuan guru, bro..
Buat apa nak minta maaf kat DAP dan PKR tu? minta ampun lah..... Susah-susah jer nak terangkan macam-macam kat diorang nih. Salah cakap sikit dah kena bagi penjelasan dan tunjuk sebab pasal apa nak buat hudud, pasal apa nak buat unity government...
Orang UMNO sendiri pun ada yang menentang Unity Government cadangan Tuan guru ni... Tak juga diminta penjelasan sebab tahu itu cuma cadangan dan idea saja. Bukan keputusan parti.
Kalau umno terima pun banyak masalah lain daripada penyelesaian.. PAS nak buat shortcut.. dengan cara ni senang dia nak letak wakil ke kedudukan penting dalam kerajaan pasal diorang dah nampak, mustahil nak jadi ketua dalam Pakatan Rakyat...
Masa karpal cabar PAS tentang idea pentadbiran hukum hudud dan kisas dan nak saman sultan perak dulu tak berani juga PAS nak minta penjelasan dia. Betul sangat ke OKU ni?
Karpal bukan apa... takut kalau dibuat unity government, DAP akan hilang punca nak carik makan... mana nak letak wakil-wakil yang bergaji besar dalam parti?? Tu suma sapa yang nak tanggung, PAS ker?
Abgtuah, memang dulu betul sangkaan kita, ia akan jadi macam ni. Sumber kita dulu hampir tepat... dah ada nampak kebenarannya. Cuma masa yang akan menentukan. Just WET in SEA....
Salam,
Sebab itu lah TG Hj. Hadi terpaksa meletakkan syarat2...yg begitu kerana beliau terpaksa bermain "taichi"
Beliau sebenarnya tersepit...
Pada hemat saya TG Hj. Hadi dan geng pro "Kerajaan Perpaduan" nampak kepentingannya dan perluannya untuk umat Melayu/Islam untuk bersatu, tetapi mejoriti di dalam Pas yang diketuai oleh TG NA seakan-akan "buta" ataupun bak "lembu dicucuk hidung" yang begitu patuh kepada DAP & PKR.
Bagi saya jika TG Hj. Hadi benar2 ikhlas beliau boleh menyusun strategi dari sekarang....
Perbincangan perlu diteruskan walaupun dengan secara sembunyi2...Ataupun memberitahu akan persetujuan tersebut kepada Umno secara sulit.
Seperti yang saya katakan terdahulu saya X fikir TG NA boleh memimpin Pas melalui PRU 13 nanti...Bila beliau telah tiada dalam pimpinan Pas, mudahlah TG Hj Hadi hendak merelisasikan cita2 murni beliau itu.
Bayangkan jika ianya dapat dilakukan. Tentu begitu besar sekali impaknya kepada dunia Melayu/Islam di Malaysia ini.
Para sahabat pun X mampu untuk menyatukan puak yang menyokong Saidina Ali r.a. dan juga puak yang menyokong Saidina Muawiyyah r.a....
Bayangkan kedua2nya adalah sahabat Rasullullah s.a.w dan mereka ada di antara mereka adalah sahabat yang dijamin syurga oleh Allah s.w.t. Penyokong kedua2 puak ini pula ada di antara mereka juga samada dari golongan sahabat maupun anak2 para sahabat. Yang Tok2 Seikh dan Tok2 guru yang menyokong mereka ini jangan cakap lah dia punya ramai...
Maksud saya ialah, hendak membuat sesuatu yang baik memang bukan mudah....Apatah lagi bila ia melibatkan berbagai2 pihak dan masing2 mempunyai kepentingan peribadi. Alangkan di kalangan sahabat juga pernah gagal....
Tapi itulah perjuangan....Jika setakat bagi cadangan semua pakat2 sokong. Semua orang boleh menjadi pemimpin.
Dalam keadaan sekarang usaha perlu diteruskan, perlukan strategi yang baik, X boleh berputus asa, berdoa kepada Allah dan jangan berhenti berharap....Bertawakal lah. Selagi masih ada nafas selagi itu masih ada harapan.
Wassallam...
AHHH INI AJIS BYK SGT MKN NAJIS ANWAR SAMPAI JADI BODOH LALOK!!..AKU INGT MAKIN TUA MAKIN BAGUS AMALAN DIA TP MAKIN TERUK BROO!!..KLU DH TAK TAU NAK JADI MANUSIA, BAIK JADI MONYET AJE!!..SENANG SKET AKU BALING BATU HALAU MASUK UTAN!..KEHKEHKEH
hafszack said
Buat Abg tuah...
di sini kita nak berhujah secara ilmiah atau sembang merapu2..???
Selaku org yg berilmu serta bertamadun kita kena berhujah serta membalas dan membidas semula apa yang pihak lawan nyatakan secara ilmiah berdasarkan dalil serta fakta2 yang nyata.. bukannya berhujah tanpa fakta serta penuh emosi dan merepek2..
Tempoh hari aku pergi forum 'CONVERSATION' UMNO MENEMPUH ARUS. dan yg menjadi salah seorang Ahli panelnya adalah Syed Hamid Alba..
Semasa sidang media forum tersebut Hamid Albar menyatakan bahawa semua blogger Politik merupa lidah2 parti politik yg terdapat dalam negara kita beliau juga memberitahu bahawa semenjak tidak memegang apa2 jawatan dalam kabinet beliau sering membaca blog2 politik dlm negara kita baik blog kerajaan mahu pun blog dari pembangkang.
Beliau dgn rendah diri mengakui bahawa hampir semua blog pembangkang dipersembahkan dgn begitu menarik dan menggunakan bahasa yang beradab.. cuma ada satu dua sahaja yg mengedit ( super impose ) gambar peminpin2 kerajaan - tetapi dgn cara yg tidak keterlaluan dan masih boleh diterima..
Tetapi bila beliau mbuka blog penulis2 pecisan yg menyokong kjaan rata2nya mereka menghina serta memaki hamun pemimpin2 pembangkang dgn begitu keterlaluan sehinggakan menyamakan pemimpin pembangkang seperti babi dan anjing, mengedit gambar pemimpin pembangkang dgn begitu jelek,ada yg meletakkan gambar ulamak PAS memakai serban duduk disebelah anjing yang juga memakai serban ( ini bukan sahaja cubaan utk menghina pemimpin pembangkang tetapi secara tak langsung menghina sunnah Rasulullah ) apa yang kita dapat dgn berbuat begitu..? dulu kita merentangkan kain dgn gambar pemimpin PAS memakai serban sambil menunggang babi sudahnyerr kita kalah teruk dalam kesemua pilihanraya kecil. kerana rakyat melihat itulah perangai serta keperibadian ahli2 UMNO / BN.
Rata2 penulis Blog yg menyokong kjaan menulis mengikut hawa nafsu kerana kecewa serta marah tanpa fakta yg kukuh lagi sohih terus menabur fitnah..
Imej UMNO bukan sahaja teruk dan buruk dihadapan mata masyarakat kita secara nyata tetapi juga secara maya di dalam blog2.. setiap kali saya buka blog pecisan ini saya menjadi loya dgn gambar2 dipaparkan serta pening dgn tulisan2 yg berbelit2 tanpa sebarang hujah dan fakta..
Pada sidang media itu juga Syed hamid albar menasihatkan penulis2 blog percisan yg menyokong UMNO dan kerajaan agar lebih bersopan dan beradab dgn bahasa yg digunakan kerana ketika ini rakyat sudah cerdik dan berilmu. setiap kenyataan haruslah disertakan dgn bukti dan fakta.. setiap hujah yg diberikan oleh pihak lawan hendaklah dibalas dgn fakta yg kukuh bukannya merapu2.. sebenarnya saya sedih bila membaca blog penyokong umno/BN ni.. usaha dan niat mereka murni utk memperjuangkan bangsa tetapi kerasa emosi dan kecetekan pemikiran serta kekuarangan ilmu mereka tidak mampu berhujah dgn baik - ujar syed hamid albar.
Umno sebenarnya bernasib malang kerana selama ini tiada budaya ilmu di dalamnya..cuba lihat pada kesemua pemimpin2 muda dalam PAS dan PKR semuanya berkelulusan tinggi. bekas ketua2 pelajar di universiti dalam dan luar negara sudah tentulah mereka ini hebat serta penuh dgn ciri2 kepimpinan dan berkarisma serta mempunyai pandangan yg jauh kehadapan serta berkemampuan mengerakkan parti dgn jayanya berbanding dgn UMNO.. kerani di pejabat MB Selangor sahaja sudah mempunyai ijazah kerani di pejabat2 umno cuma setakat SPM gred 2.. rata2 golongan muda yg terpelajar tidak mahu berama2 dgn UMNO..- ujar yed Hamid Albar dgn sinis..
Abg tuah sila buka youtube dan masuk ke FORUM 'CONVERSATION' UMNO MENEMPUH ARUS. dengar dan hayatilah komen2 serta pandangan ikhlas dari syed hamid Albar, dengar apa komen syed hamid Albar tentang pemimpin2 muda dalam pembangkan terutama dalam PAS dan PKR.. juga dengarkan apa komen ahli penel lain tentang kedaulatan raja2 melayu dan siapa sebenarnya yg manghapuskan kuasa raja2 melayu dan meyokong penghapusan tersebut pada tahun 90an dulu..
Hafszack
SALAM TUAH...CUBA TUAH LIHAT http://abangtuah.blogspot.com/2009/06/perang-cyber-memerlukan-wira-wira-power.html
IANYA TIDAK BOLEH DILAYARI....
SALAM KAMAL..
MAAF KERANA ARTIKEL TU DAH KAWAN DELETE..
KAWAN RASA IANYA TAK BERAPA SESUAI UNTUK POSTING, HANYA BERSIFAT PERIBADI DAN TERLALU PANJANG..
MULANYA KAWAN HENDAK JADIKAN KOMEN DI BLOG TUAH..TETAPI MENGHADAPI MASAALAH TAK BOLEK PUBLISH KOMEN..
AKHIRNYA KAWAN PUBLISH KAN PADA POSTING..
SEGALA KESULITAN PADA PELAYAR SEMUA AMAT DIKESALI
GO HAJI HADI!!! JANGAN TAKUT2! KITAORG REMPIT NGAN AKSI KONA2 BAGAI ~ X TAKUT POWN! NGEH~
HAJI HADI, JADILAH WIRA YG AKAN DIKENANG DLM SEJARAH SBGAI INSAN YG BERJASA MENAYTUKAN DUA PUAK MELAYU YG SEKIAN LAMA BERSENGKETA!
XDER SEBAB NAK MINTAK MAHAP NGAN DAP, DULU MEKA KUTUK PAS, ADA PAS MINTAK MEKA MINTAK MAAF KAT PAS? ZERO!!!
AKU MAHU SEMUA MELAYU BERSATU!!!
Salam, dipetik dari Minda Tajdid Dr. Maza (Bekas Mufti Perlis)
"Kerajaan Perpaduan Dan Persaudaraan Islam"
Disiarkan pada Jun 14, 2009 dalam kategori Politik
Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat.
Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya)
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).
Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya. Nabi s.a.w bersabda:
“…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim).
Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda:
“Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud).
Salam, dipetik dari Minda Tajdid Dr. Maza (Bekas Mufti Perlis)
"Kerajaan Perpaduan Dan Persaudaraan Islam"
Disiarkan pada Jun 14, 2009 dalam kategori Politik (sambungan 1)
Penyakit ‘asabiyyah bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya.
Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.
Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu’awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan. Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin `Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari). Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu`awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina `Ali. Mu`awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba`ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr). Di samping itu, Mu`awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:”Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)” (Riwayat al-Bukhari). Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu `tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan. Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).
Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan PAS dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi. Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan PAS boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut:
Salam, dipetik dari Minda Tajdid Dr. Maza (Bekas Mufti Perlis)
"Kerajaan Perpaduan Dan Persaudaraan Islam"
Disiarkan pada Jun 14, 2009 dalam kategori Politik (sambungan 2)
“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan PAS berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.
Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama muslim. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).
Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?. Saya fikir jika muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri.
Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya `Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak…(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.
Salam kesimpulannya,
Saya harap dengan penjelasan di atas kita semua akan lebih jelas siapa yang bersifat "Asabiyyah" sebenarnya!!!
"Asabiyyah" bukan sahaja mereka yang memperjuangkan kepentingan bangsa mereka dengan menindas hak2 bangsa2 lain tetapi yang lebih dahsyat adalah pejuang2 doktrin Pas yang menghalalkan kerjasama dengan puak anti Islam tetapi memusuhi saudara yang seagama dengan mereka.
“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).
Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya.
Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya)
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).
Sebagai seorang Islam dan sedikit sebanyak kita mempunyai asas agama untuk menimbang mana yang baik & mana yg buruk, bukalah minda kita. Apalah guna "title" "ulamak" ataupun "Tok Guru" jika "mereka" menjurus kepada kemusnahan umat!!!!
Ingatlah diantara tanda2 kiamat ialah "ulamak" yang menyesatkan!!!!
Sedarlah sebelum terlambat!
salam, teman telek dalam mangkuk puteh teman, Hj hadi akan minta ampun dan maaf complete dengan sujud sekali..he..he..
Sdr Anom sejak bila sdr menerima pandangan pemimpin UMNO macam Syed hamid, buang tabiat ke he..he..
Post a Comment