Ahad, 14 Jun 2009

Anwar tidak hargai pengorbanan ATM pertahankan negara - Mukhriz



KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana tidak menghargai pengorbanan anggota tentera demi mempertahankan rakyat dan negara daripada kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) apabila meminta bekas setiausaha agung PKM Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata kenyataan ketua pembangkang itu jelas menunjukkan sikapnya yang tidak menghargai dan memperlekehkan pengorbanan anggota tentera yang terkorban dan ada yang cacat seumur hidup angkara kekejaman PKM.

Mukhriz berkata kenyataan Anwar yang menyamakan PKM dan pengganas Chin Peng dengan Kerajaan China serta Parti Komunis China tidak masuk akal selain tidak bertanggungjawab.

"Chin Peng seorang yang rasis, tidak berperikemanusiaan dan tidak berjuang untuk idealisme komunis yang sebenarnya," katanya dalam satu kenyataan Sabtu.

Mukriz mengulas kenyataan Anwar hari ini bahawa Chin Peng seharusnya dibenarkan pulang ke tanah air untuk menghabiskan sisa hidupnya demi pertimbangan kemanusiaan.

Anwar berkata ia adalah konsisten dengan dasar negara yang mengadakan perjanjian damai dengan PKM malah telah pun membawa beberapa bekas tokoh parti itu pulang ke tanah air sebelum ini.

Menurut Mukhriz sejarah telah merakamkan pembunuhan rakyat Malaya yang dilakukan oleh PKM pimpinan Chin Peng dan bukannya atas arahan kerajaan China pada waktu itu.
"Saya cabar Anwar untuk mendapatkan seorang anggota ATM yang setuju dengan pandangan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali AlHabshee memberitahu Bernama bahawa Chin Peng telah banyak menimbulkan masalah dan sekiranya dia kembali, banyak lagi masalah akan berlaku.

"Orang dulu kena kerat, kena bom, kena seksa, kena tembak atas arahan dia (Chin Peng) lepas tu nak bagi dia balik. Tidak adil untuk Anwar mengeluarkan kenyataan seperti itu," tegas Syed Ali.

Beliau berkata Anwar hanya inginkan populariti dan mengeluarkan kenyataan sebegini untuk meraih sokongan orang Cina. BERNAMA

Komen Penulis;

Dengan DSAI apapun boleh ditawarkan kepada sesiapa sahaja asalkan beliau mendapat sokongan yang diharapkan. Inikah dia pemimpin yang rakyaat Malaysia mahukan? Inikah dia kononya pembela agama, bangsa dan negara? Pejuang Islam tulin?

Usha TG Hj. Hadi nak berbincang dengan Umno ditentang habis2an...Bekas pengkhinat bangsa hendak diampun dan dibenarkan pulang dengan mudah.

Ye lah mungkin dari satu segi DSAI tiada bezanya dengan pengkhianat2 negara yang lain. Kerana dalam negara menghanrungi badai kemelesetan ekonomi 1998/99 beliau hanya membiarkan penyokong2nya merusuh, berdemonstrasi dan berusaha untuk menjatuhkan kewibawaan Malaysia di mata dunia.

Bukan kah itu juga salah satu cara menjahanamkan negara?

8 Comments:

Tanpa Nama said...

wahhh..kalau dah nuar minat sangat dengan chin peng then tukar aje PKR jadi Partai Komunis Rakyat

Mohammad Roslan said...

Salam,

Siapa pun tahu Chin Peng ini menentang British kerana mahu jadikan negara ini Komunis.Dia adalah seorang rasis yang nyata...dan ingin menjadi pemimpin negara ini. Maka anda semua bayangkanlah corak pemerintahan yang dilakukannya sekranya dia ini berjaya...orang Melayu negara ini akan menjadi seperti orang Melayu Singapura..cuma akan dapat satu atau dua menteri yang tidak ada fungsi.Parti Komunis terang-terang ditolak oleh orang Melayu pada masa itu. Sama juga parti Ultra Melayu KMM di tolak oleh kaum Cina.Kalau nak dikatakan jasa KMM adalah terlalu banyak untuk orang Melayu pada masa darurat dan menentang anasir komunis ini dari Parti komunis Chin Peng. UMNO dan MCA yang mewakili rakyat majoriti pada masa itu telah pun bersetuju sekian lama dengan perkara ini.Kenapa timbulkan kembali tentang Pemimpin Parti komunis yang telah diharamkan ini?. Yang anih ialah kenapa pemimpin Melayu PKR yang terlalu ghairah dengan perkara ini...Apakah Datuk Anwar telah hilang pedoman dan fikirannya meracau kerana kes "Sodomi Part Two" tidak lama lagi akan didengar di Mahkamah...pihak polis dan pendakwa-raya tak akan jadikan kes ini sebagai "Pokok Pisang berbuah Dua kali"..kes yang lama telah cukup memalukan mereka kerana perkara teknikal tidak diambil kira dalam penyiasatan...kali ini pasti yang bersalah tidak akan loloskan diri lagi...he..he!

Alizul said...

Mungkin saya boleh rumuskan seperti berikut:

1. Rayuan mengembalikan Chin Peng ke Malaysia adalah disebabkan kepentingan pihak-pihak tertentu (DAP, MCA, Anwar dll.), termasuk saki-baki komunis di negara ini. Semuanya mempunyai muslihat mereka tersendiri.

2. Chin Peng, jika dibenarkan kembali, akan dijadikan satu simbol oleh pihak-pihak tersebut, terutama saki-baki komunis, iaitu simbol "hero" atau "pejuang". Maka mereka akan menggunakan simbol ini sebagai landasan pergerakan politik mereka.

3. Jika Chin Peng dibenarkan kembali dan mati di Malaysia, ia akan dijadikan "martyr" oleh pihak-pihak tersebut, maka akan bermula dan tersebarlah "legenda" Chin Ping hinggalah ke cucu-cicit kita dan generasi akan datang.

Adakah ketiga-tiga di atas akan menyumbangkan kepada perpaduan dan kehamonian negara? Tidakkah ia akan membawa ancaman kepada negara? Fikir-fikirlah...

Tentang Anwar, masalahnya ialah apabila Anwar menyuara atau melakukan sesuatu, hampir semua media massa, termasuk blog-blog, melaporkannya. Tidakkah penyebaran laporan seperti inilah yang dikehendaki olehnya untuk terus menjadi relevan atau untuk terus mengalih perhatian kepadanya? Inilah perangkap Anwar yang sentiasa dipasang dari dahulu hinggalah sekarang. Saya rasa perangkap ini memang disedari oleh para blogger, namun hairan mengapa para media dan blogger terus terjerumus dalam perangkap ini. Ingat, isu Chin Ping telah diputuskan oleh Kerajaan dan ia dianggap selesai. Jadi, bukankah lebih baik jika para media dan blogger tidak langsung menyiarkan berita sokongan Anwar kepada Chin Ping, malah lebih berkesan lagi jika tidak langsung menyiarkan apa-apa berita tentang Anwar. Biarlah blog-blog pro-Anwar saja yang menyalak. Dengan itu, mungkin perasaan-perasaan emosi dan taksub pengikut Anwar boleh dibenam atau dipadamkan, supaya orang-orang yang taat dan iklhas kepada negara boleh fokus sepenuhnya kepada usaha pembangunan dan kehamonian negara. Fikir-fikirlah....

ISAC said...

Jika kepulangannya Chin Peng ini dibenarkan, itu bermaksud perjuangan ATM selama ini dari tahun 1948-1989 adalah sia2...

Segala perbelanjaan berbilion Ringgit yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk membasmi pengaruh PKM juga adalah sia2...

Kawasan bandar dan kampung2 yang terabai pembangunannya dan juga penduduk2nya terganggu kehidupan sosial mereka disebabkan oleh aktiviti2 PKM juga hanyalah sia2...

Bagaimana pula dengan mangsa2 keganasan PKM samada terhadap orang rarakyaat jelata, anggota tentera dan keluarga mereka...???

kuntakinte said...

SALAM, Sahabat2 semua, AN War hanya akan bercakap, menyuarakan dan mewujudkan sesuatu isu seperti isu Chin Peng yang hanya menguntungkan dia dan PKR....apa yang di lontarkan tentunya akan menwujudkan suasana tidak senang kaum cina yang akhirnya kalau pemimpin UMNO melatah akan dilihat oleh rakyat dari kaum Cina dan India UMNO ADALAH RECIST.

Bagi teman AN War ini telah rosak otaknya akibat sesuatu virus yang dicarinya sendiri yang memakan kekuatan badan perlahan2 dan sikit- sikit dan bertahun2 akhirnya akan nampak perbezaan badan makin dilihat makin berbeza, kurus dan kering, tenaga yang kurang, rambut yang mula gugur.

Sebab itu apa jadi - jadilah sebab aku bukan nya lama lagi hendak hidup di dunia ini...segala kata2 nya adalah berasaskan otak yang tak mampu lagi berfungsi dengan betul. hati - hati lah.

harimau malaya said...

salam buat saudaraku sekelian,
MENGALIH PERHATIAN.....gua setuju dgn komentar yang di beri oleh bro Alizul.Taktik yang nak lepaskan diri dari tuduhan BOS PKR yang GAY laknat, malaun haram jadah.ORANG CAM NI BOLEH KATA BAIK KE????gamaknya si bahalul ni tak pernah pon nak jaga negera ni ....biasala kan mamber dajal....bendera pon mata Dajal....kalu kita kaji sejarah balik dan berkawan degan bekas tentera (sebab abah gua pon tentera)disamping orang2 kampung bermati matian menjaga keamanan sedih kita dengaq ....mereka berjuang cuma untuk kedaulatan negara supaya generasi anak cucu cicit tak kencing atas kubur depa...Bos PKR senang2 je nak suruh si Babi tu masuk...biasa la Berak dah senang tak payah nak gadai nyawa nak pertahan negara...lupa ke dia (pada zaman dia)kisah perang di Gubir...ada satu pakcik ni cerita nak bawa resyen makanan dan ubatan macam nak terberak nak terkencing pon ada masa di Gubir.....isk aku tak tau nak gambaq Jenis apa manusia la dia ni......

Lambo said...

Salam;

Semalam Ku Bermimpi…

Jika bulan dan matahari datang kepadanya alamat akan beroleh untung dunia dan akhirat. Jika perempuan, nescaya akan diminta orang.

Semoga semuanya bukan hanya mimpi mainan tidur….!!

TAAVEEKUN PERAK said...

Anwar cuma sayang kpd kaum yg leh sedekah jubur kpdnya.Rasanya jubur chin Peng di offer dan masih boleh diguna kot.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online