IKUTI PERTEMBUNGAN YANG POWER ANTARA JEBAT DAN TUAH…
jatiseterus berkata...
Kenapa Jebat tewas?
Kembali kepada persoalan kenapa Jebat tewas, tentulah jawapannya kerana Jebat menyanggah sudut pandangan majoriti, daulat dan kemuliaan sultan.
Biarpun sultan yang bersalah tetapi dari sudut psikik orang Melayu, lebih baik mengikut daripada menentang arus.
Hikayat ini memberitahu, dalam pemikiran sesetengah orang Melayu, mereka menolak kelantangan, kritikan dan apa saja daripada orang yang tidak ada kuasa seperti Jebat.
Jebat hanya ada tanggungjawab dan kesedaran tetapi tidak ada kuasa.
Biarpun ada sesetengah pandangan melihat kesetiaan Tuah bukan kepada sultan tetapi simbol pemerintah tetapi Tuah bermain “politik selamat” apabila dia berada dalam kelompok majoriti atau pandangan arus perdana.
Tuah tidak berani menegur sultan walaupun sultan melakukan kesalahan. Jebat bukan saja berani menegur malah menyuruh sultan meninggalkan istana kerana dia percaya dia lebih layak menjadi sultan.
Malangnya orang Melayu kerana mempunyai Tuah, wira yang tidak berani membetulkan sultan.
Maka yang menewaskan Jebat bukanlah keris Taming Sari saja.Jebat ditewaskan oleh sikap rakyat yang tidak berani untuk memberi pandangan berbeza.
Pada beberapa zaman akan datang, psikik orang Melayu susah untuk berubah kalau “Jebat” mahu terus dibunuh.
Yang tinggal hanyalah tukang angguk seperti Tuah. Orang Melayu memerlukan “Jebat” yang berani melontarkan pandangan tidak popular.
Oleh itu orang Melayu tidak boleh melihat Jebat dengan sudut pandangan lama sebagai penderhaka dan biadab kepada Sultan Melaka. Itu silap.
PANDANGAN TUAH;
HANG JEBAT ZAMAN MELAKA DIA PUNYA HAL LAH KALAU DIA NAK MENDERHAKA PADA SULTAN...SULTAN ZALIM SULTAN DISANGGAH..!!
DALAM KONTEK POLITIK TERKINI..KERAJAAN DAN SULTAN TIDAK PULA NYATA KEZALIMAN DAN KETIDAK ADILANNYA. JADI KENAPA MASIH DISANGGAH..?
MUNGKIN JEBAT DAHULU ADALAH JEBAT DURHAKA MENENTANG SULTAN YANG ZALIM..
TETAPI JEBAT SEKARANG ADALAH JEBAT GILER YANG MENENTANG KERAJAAN DAN SULTAN YANG BAIK DAN ADIL.
DI KETIKA INI KEZALIMAN DAN KETIDAK ADILANNYA KERAJAAN DAN SULTAN HANYALAH DI REKA-REKA...HANYA DI GAMBAR-GAMBARKAN OLEH PAKAR PUISI BERDURI PENCIPTA PERSEPSI PUAK PUAK YANG BERKEPENTINGAN POLITIK ALA YAHUDI..!!
SATU KESALAHAN YANG TERAMAT BESAR JEBAT MELAKA YANG PEMBANGKANG LUPA NAK CERITA..IALAH DENDAM NYA YANG AMAT MEMBARA SEHINGGA MEMBUNUH BEGITU RAMAI RAKYAT JELATA YANG TAK BERDOSA.
JADI ITULAH INTERPRETASI WAJAH JEBAT MELAKA YANG PEMBANGKANG PUJA-PUJA...DAN KINI PULA NAK TERIKUT-IKUT SEHINGGA MENJADI SI JEBAT GILER..
PADA PANDANGAN TUAH…JEBAT GILER LEBIH MERBAHAYA DARI JEBAT DURHAKA KERANA KEGILAANNYA BOLEH MEMBAWA BALA BENCANA YANG TAK TERHINGGA KEPADA AGAMA..BANGSA..NEGARA…!! WAJIB DI TENTANG...KAUM SI JEBAT GILER NI..!!
WAJAH JEBAT GILER;
http://ddinbunga.blogspot.com/2009/05/nizar-tiga-suku.html
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
20 Comments:
Salam kanda Tuah, jebat hari ni hanyalah Jebat yang akan menentang kepada siapa yang tidak taat dan derhaka pada Sultannya..Jebat yang dulu mungkin tersilap hitung tetapi Jebat yang ada hari ni telah banyak belajar dari kesilapan apabila tidak taat kepada Sultannya..Ayuh rakyat Perak janganlah kita ulangi kesilapan Jebat yang lalu..
SALAM, abgtuah, jebat sekarang banyak harapkan bantuan karmawijaya saudagar botol cuka..he..he....sebab mak dia pun bekas saudagar botol cuka..he..he..
Salam,
kenapa Tuah membunuh jebat?.Inilah Falsafah Melayu yang teragung sekali.Adat melayu tak derhaka pada Rajanya...Jebat adalah orang yang disayangi Tuah tetapi apa yang jebat tunjukkan adalah nak hapuskan Sebuah kerajaan kesultanan maka "Biar mati Anak Tapi jangan mati Adat Melayu tak derhaka pada Rajanya..inilah Nijar Tiga Bintang itu perlu tahu.Apabila lawan kehendak YAM Sultan Perak supaya dia meletakan jawatan dengan terhormat beliau membantah inilah dikatakan derhaka pada Rajanya.YAM Sultan Perak adalah seorang raja yang amat kasihi rakyat jelatanya.Jika tidak Nizar boleh dibuang dari "Tanah jajahan Duli Yang Amat Mulia baginda Sultan yang memerintah dengan segala kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan".kalau gerombolan Komunis atau pun Bandit ini PR ...tak percaya juga tanya kat Rakyat Johor!.
Memang betul kita kena setia, tetapi bertempat. Orang Melayu dahulu walupun beragama Islam, tetapi unsur kehinduan masih ada. Contoh, sembah sultan, takut kena tulah dan lain-lain.
Macam mana pun, kedaulatan Raja harus dipertahankan.
salam abg tuah,
yang menderhaka di Perak tu bukan Hang Jebat, tapi seorang pemandu je, tak layak di gelar hang apa2 pun. Hang Jebat yang tak sekolah pun tahu bila nak menderhaka. Ini seorang jurutera yang belajar tinggi2 tapi pemikirannya lebih rendah dari pembantu am rendah.
Masa jadi MB di KUDA oleh Ngeh dan Hj Nga, dia menderhaka juga kerana di cucuk buntut nya oleh dua saudara tuh. Memang Ngeh dan Hj Nga bijak, bagi sikit kuasa kat Nizar, dah boleh suruh Nizar menari macam beruk sarkas. Lepas menari kasik upah pisang. nyet nyet
KEPADA ICON 2008,
HANG MEMANG DAH CHINESE SO, TAK DAPAT TIDAK HANG AKAN LEBIH MEMIHAK KEPADA PAKATAN RAKYAT YANG SKRG BYK MEMBERI UNTUNG KEPADA SUKU -SAKAT HANG.
HANG FAHAM TAK APA YANG ABG TUAH TU TULIS....
KALAU HANG PAHAM HANG SENARAIKAN APA KESALAHAN / KEZALIMAN SULTAN PERAK DLM KES DI PERAK SKRG.
HANG PANDAI LA BERPURA2 KONONNYA KEDAULATAN SULTAN DIPERTAHANKAN. TAPI HANG LAGI SUKA KALAU MALAYSIA NI JADI REPUBLIK....MACAM KAT SINGAPORE TU.
KEPADA BANGSAKU MELAYU-ISLAM, KENAPA KITA PERLU BERALAH MEMBERI BERMACAM2 KEPADA PUAK2 DAP NI, SEDANGKAN IA ADALAH HAK KITA. FIKIRKAN APA YANG TELAH PUAK2 (CINA DAP) NI TELAH BERIKAN KEPADA KITA DARI KEKUATAN EKONOMI YANG DI KUASAI MEREKA....
FIKIR2 KAN LAH
Hasmawi,
Pertama, komen saya yang pertama merujuk kepada peristiwa Hang Jebat menderhaka kepada Sultan Mansur Syah.
Bukan pasal krisis negeri Perak.
Kedua, kenapa suruh saya senaraikan kesalahan dan kezaliman Sultan Azlan Shah sedangkan saya tidak sebut pasal baginda pun?
Ketiga, anda kata saya berpura-pura dan suka negara ini jadi republik macam Singapura. Mana anda tahu? Anda ni ulat dalam perut sayakah? Ataupun anda ni Maha Mengetahui (Tuhan)?
Jangan cuba memfitnah saya.
Anda tanya saya sama ada saya faham atau tidak tentang artikel yang ditulis.
Sekarang saya tanya balik pada anda. Anda fahamkah tidak tentang komen pertama yang saya itu?
Salam, patut Jebat ni belasah Uthayakumar & H1N1draf ja
INILAH YANG TERTULIS DI UTUSAN MALAYSIA (Akhbar milik PAS KOT)
ARKIB : 24/03/2008 UTUSAN MALAYSIA
Kenapa Jebat tewas?
DALAM Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat yang menjadi watak kedua paling menonjol dalam mitos itu telah tewas di tangan Hang Tuah. Sebenarnya mitos Tuah dan Jebat ini sudah menjadi milik rakyat dan semua lapisan tahu galur cerita dari kecil hingga membawa kepada pembunuhan Jebat.
Mitos ini adalah yang paling popular dalam kalangan rakyat khususnya orang-orang Melayu. Semua orang boleh bercerita dengan baik secara kronologi kisah tragis orang Melayu ini. Banyak tafsiran dibuat terutama dengan mengaitkan psikik orang-orang Melayu dengan watak-watak yang ada dalam Hikayat Hang Tuah. Ada yang melihat Tuah sebagai wira kerana setianya kepada Sultan Melaka. Tetapi Sasterawan Negara Usman Awang melihat Jebat sebagai wira dalam naskhah teater Matinya Seorang Pahlawan.
Jadi, mitos ini bukanlah statik malah ia berkembang selepas diberi tafsiran demi tafsiran dan sebenarnya ia tidak terlepas atau terpisah dengan pemikiran politik orang Melayu. Kisah Tuah dan Jebat adalah manifestasi politik Melayu.
Lihatlah, Sultan Melaka telah menganiaya Tuah dengan menjatuhkan hukuman mati. Tetapi apabila Jebat mengamuk kerana kezaliman sultan, rakyat bukan menyalahkan sultan tetapi Jebat. Ini kerana Jebat bukan berada dalam kelompok arus perdana.
Kembali kepada persoalan kenapa Jebat tewas, tentulah jawapannya kerana Jebat menyanggah sudut pandangan majoriti, daulat dan kemuliaan sultan. Biarpun sultan yang bersalah tetapi dari sudut psikik orang Melayu, lebih baik mengikut daripada menentang arus. Hikayat ini memberitahu, dalam pemikiran sesetengah orang Melayu, mereka menolak kelantangan, kritikan dan apa saja daripada orang yang tidak ada kuasa seperti Jebat. Jebat hanya ada tanggungjawab dan kesedaran tetapi tidak ada kuasa.
Biarpun ada sesetengah pandangan melihat kesetiaan Tuah bukan kepada sultan tetapi simbol pemerintah tetapi Tuah bermain “politik selamat” apabila dia berada dalam kelompok majoriti atau pandangan arus perdana. Tuah tidak berani menegur sultan walaupun sultan melakukan kesalahan. Jebat bukan saja berani menegur malah menyuruh sultan meninggalkan istana kerana dia percaya dia lebih layak menjadi sultan. Malangnya orang Melayu kerana mempunyai Tuah, wira yang tidak berani membetulkan sultan.
Maka yang menewaskan Jebat bukanlah keris Taming Sari saja.
Jebat ditewaskan oleh sikap rakyat yang tidak berani untuk memberi pandangan berbeza. Pada beberapa zaman akan datang, psikik orang Melayu susah untuk berubah kalau “Jebat” mahu terus dibunuh. Yang tinggal hanyalah tukang angguk seperti Tuah. Orang Melayu memerlukan “Jebat” yang berani melontarkan pandangan tidak popular. Oleh itu orang Melayu tidak boleh melihat Jebat dengan sudut pandangan lama sebagai penderhaka dan biadab kepada Sultan Melaka. Itu silap.
E-mel: kuseman@pc.jaring.my atau cp@galaxystudio.tv
ASSSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJASTERA SEMUA..
TO ICON 2008..THANKS FOR VISITING MY BLOG..I AM HONOURED..
I VISITED YOURS TOO..A GOOD BLOG PACKED WITH GOOD ARTICLES.
FROM YOUR WRITTING WE BELIEVE YOU ARE A GOOD CITIZEN OF MALAYSIA..AND FORGIVE US IF WE MIS TOOK YOU WRONGLY.
KEPADA JATISETERUS..TAK MENGAPA KAMI FAHAM..ITU ADALAH DARI PETIKAN UTUSAN..
WALAU PUN BEGITU...TAK SEMUA YANG TERDAPAT DIDALAM UTUSAN TERSEBUT KAMI SETUJU..
HANG JEBAT PAHLAWAN MELAYU YANG TERSILAP LANGKAH KERANA TERLALU MENGIKUT NAFSU AMARAH DAN DENDAM YANG TERAMAT SANGAT.
SIKAP KETERLALUAN HANG JEBAT TIDAK PATUT DI CONTOHI DIMASA SEKARANG KERANA KITA MEMPUNYAI SULTAN DAN KERAJAAN YANG BAIK JAUH DARI MENZALIMI RAKYAT.
WALAU PUN BEGITU KITA TIDAK LAH DISEKAT DARI MEMBERIKAN PENDAPAT WALAU PUN IANYA BERTENTANGAN DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN. PARLIMEN ADALAH PENTAS TERBAIK MENYUARAKAN SAGALA PENDAPAT DAN KETIDAK PUASAN HATI RAKYAT.
SEKIRANYA KITA TERLALU MENGIKUT SIKAP JEBAT YANG KETERLALUAN MAKA JADILAH KITA SEPERTI NEGARA JIRAN IAITU THAILAND..YANG TIDAK AKAN BERTEMU KEAMANAN.
Jebat memang derhaka, waima apa sakli pun tanggapan orang kepada jebat, dia tetap penderhaka kepada Sultan.
Kalau Jebat benar-benar pahlawan, pembela kezaliman, Jebat juga perlu berfikir, beliau telah dipilih Sultan menggantikan Hang Tuah. Sepatutnya beliau adalah penasihat Sultan dan Jebat patutnya mencari seterusnya membongkar pengkhinat-pengkhianat yang mempengaruhi Sultan sehingga Tuah dihukum.
Tapi Hang Jebat ini terlalu bernafsu, tamak dan gopoh dalam mengambil tindakan disamping tidak memikirkan akan kesusahan rakyat jelata dengan tindakan yang dia ambil.
Akhir cerita, adakah Hang Jebat dianggap wira ? No.... no....no, sebab :
1. setelah Jebat ditikam oleh Tuan, jebat mengamuk membunuh rakyat tidak berdosa.......
2. Kalau Jebat manusia menentang kezaliman, mengapa dia berzina dengan dayang Sultan sehingga bunting tanpa nikah ?
Bagi kawan Jebat, ni hanya penderhaka yang hanya ini menurut nafsu serakah, macam yang sekor tu ada kat Perak.......
SALAM..
YA BENAR YANG GAMBI..
DI CERITAKAN BERIBU-RIBU YANG MENJADI MENGSA SI JEBAT..
KELUARGA DAN KETURUNAN MEREKA YANG JADI MANGSA SI JEBAT MERASAKAN MEREKA JUGA BERHAK MENUNTUT BELA DIATAS KEMATIAN BAPA,ANAK,ADIK,ABANG,SAUDARA MEREKA..
ITULAH SEBAB DI CERITAKAN BAHAWA KUBOR HANG JEBAT DIJADIKAN TEMPAT MEMBUANG SAMPAH SEHINGGA LAH DI TEMUI DAN DI PULIHARAKAN SEMULA..
Sudah lah korang jangan mengarut. Bila orang dah tak sokong, kamu buat isu durhaka. dulu siapa yang derhaka pada sultan dan beria-ia sangat nak jatuhkan sultan. hapuskan kekebalan raja. sanjung jebat. sekarang apa dah jadi. bahasa melayu di TV pun dah mula kurang. Cina dah minta bahasa cina diiktirah sebagai bahasa utama. mana perginya bangsat yang menggelar diri WARISAN?????. Sampai nak tergadai bahasa pun masih diam. MAMAK pun disanjung nak jadi Panglima. Jangan jadi Laksamana Mandaliar sudahlah. Tapi mamak panglima suka jadi Gandhi atau Mandella sebab kulit dia sama tapi melayu yang takde maruah ni sanjung dia jadi panglima. TERJUN LOMBONG JE LE
ARKIB : 23/03/2008UTUSAN MALAYSIA
Ahmad Said boleh dikenakan tindakan disiplin
Oleh:NORLIZA ABD. RAHMAN
PUTRAJAYA 22 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh parti UMNO jika menerima jawatan tersebut.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana pelantikan Ahmad yang dipilih oleh istana itu jelas mengingkari arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.
Katanya, berbeza dengan prosedur pelantikan Menteri Besar Perlis, pelantikan Ahmad tidak mendapat sokongan daripada 23 ADUN Terengganu yang sebulat suara memberikan sokongan kepada Idris.
''Pelantikan Menteri Besar Perlis Datuk Dr. Mohd. Isa Sabu mendapat sokongan daripada sembilan ADUN berbanding beberapa ahli yang memberi sokongan kepada Shahidan.
''Jadi, jika Ahmad masih tetap dengan pendirian menerima jawatan ini, tindakan tatatertib parti akan dikenakan terhadapnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tengku Adnan memberikan reaksi demikian ketika diminta mengulas pengumuman pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu mengenai pelantikan Ahmad.
Tegas beliau, sebagai ahli parti, ADUN Kijal itu perlu tahu apakah akibat yang bakal diterima olehnya jika melanggar keputusan presiden.
''Sebagai ahli UMNO dan BN, kita kena akur pada keputusan presiden parti, kita kena sayang parti, negara dan bangsa melebihi kepentingan peribadi tanpa mengira etnik kita," katanya.
Ditanya mengenai tindakan kesemua 23 ADUN yang akan memulaukan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar esok sebagai tanda protes, beliau berkata, Ahmad akan bersendirian kerana tidak disokong oleh sesiapa.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ''Dia (Ahmad) sepatutnya ikut arahan yang diberikan oleh presiden kerana surat tauliah sudah diberikan kepada Idris untuk angkat sumpah, jadi apa yang orang lain nak cuba lobi."
Ditanya mengenai terdapat campur tangan istana dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu, beliau memberitahu: ''Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa."
Tengku Adnan menjelaskan, walaupun istana berhak melantik Menteri Besar, tetapi presiden parti yang menang majoriti boleh menamakan Menteri Besar untuk sesebuah negeri.
ARKIB : 24/03/2008UTUSAN MALAYSIA
Hormat keputusan istana
KUALA LUMPUR 23 Mac – Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dan tidak seharusnya menolak pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar secara terbuka.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.
‘‘Kalau kita ada masalah kita kena duduk berbincang, sultan adalah kedaulatan orang Melayu, saya khuatir rakyat hilang kepercayaan.
‘‘Bukan dengan cara macam ini (bantah), kurang ajar dengan Sultan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, MPPR mengeluarkan kenyataan yang menamakan Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
Pelantikan tersebut mengenepikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang mendapat watikah pelantikan sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.
Ekoran kenyataan daripada Pejabat Sultan Terengganu itu, 23 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan itu dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris.
Syed Ali memberitahu, tindakan UMNO Terengganu itu sendiri tidak seiring dengan apa yang diperjuangkan oleh parti tersebut selama ini terhadap kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Malah katanya, perbuatan menentang keputusan yang dibuat oleh MPPR oleh UMNO Terengganu seperti ‘meludah ke langit, terkena muka sendiri’.
‘‘Kita marah apabila DAP memulaukan keputusan Istana Perak, malah, kita memaki-hamun DAP kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Terengganu keadaan terbalik pula, UMNO Terengganu sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong secara terbuka,’’ tegasnya.
Beliau memberitahu, UMNO Terengganu perlu mengambil iktibar dengan situasi yang berlaku pada ketika ini dan bukannya memalukan orang Melayu sebegini rupa.
‘‘Saya minta mereka hentikan perkara mengarut ini, jangan sampai rakyat hilang keyakinan,’’ ujarnya.
Syed Ali turut menggesa UMNO Terengganu agar menyelesaikan perbalahan mengenai jawatan Menteri Besar Terengganu mengikut saluran yang betul dan menanganinya dengan cara yang berhemah.
ARKIB : 24/03/2008UTUSAN MALAYSIA
Menghayati maksud raja berperlembagaan
Oleh ADAM KADIR
DALAM tahun 1980, Sultan Azlan Shah, ketika itu Ketua Hakim Negara, telah mengingatkan bahawa ‘mahkota’ akan hanya mendapat tempat di muzium kalau institusi raja terkandas dalam menjalankan tugasnya yang sebenar. Seri Paduka Baginda melunaskan pendapat itu dalam titah ucapan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Baru-baru ini Raja Dr. Nazrin Shah, putera baginda yang juga Raja Muda Perak, sekali lagi menekankan dalam nada yang seakan-akan sama, bahawa banyak berlaku dalam sejarah, institusi raja tumpas apabila ia tidak direstui oleh rakyat.
Dalam senario tindakan rakyat, tidak ada yang lebih penting daripada melakukan pemilihan wakil rakyat dan kerajaan rakyat dalam pilihan raya.
Inilah aktiviti kemuncak dalam amalan demokrasi. Apabila rakyat telah membuat pilihan, maka pilihan itulah yang menjadi restu rakyat. Tidak ada pihak sewajarnya menafikan restu mereka.
Memandangkan institusi raja di Malaysia kini diasaskan pada institusi Raja Berperlembagaan seperti yang diamalkan di Wesminster, London, maka apa yang berlaku kepada institusi ini di United Kingdom (UK) adalah amat relevan untuk dihayati.
Dalam sejarah Raja Berperlembagaan di UK, tidak pernah berlaku sebarang pelantikan yang dibuat oleh parti yang menang dalam pilihan raya dinafikan oleh raja, baik bergelar king mahupun queen. Raja Berperlembagaan di UK telah banyak melalui pengalaman yang luas dalam sejarah.
Antara episod terpenting dalam sejarah institusi raja UK berlaku pada tahun 1587 apabila Queen Mary dihukum pancung kepala dan tahun 1649 apabila Oliver Cromwell menjadi Lord Protector setelah King Charles I juga mengalami nasib yang sama.
Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Cromwell yang disokong oleh 15,000 orang soldadu ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan King Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang akan terjejasnya kuasa.
Republik
Kemangkatan Charles I menamatkan institusi raja untuk satu jangka waktu. Sungguhpun Lord Protector Oliver Cromwell pada hakikatnya merupakan seorang presiden yang mengetuai sebuah republik bernama Britain, namun konsep republik ketika itu belum benar-benar timbul dan dihayati, apalagi untuk diamalkan secara menyeluruh.
Oleh itu, keberkesanan pemerintahan Cromwell hanya bergantung semata-mata pada kekuatan peribadinya. Justeru pemerintahan baru yang dikemukakannya tidak menjadi satu alternatif teguh dan berkekalan.
Dalam keadaan begitu, ketika fizikalnya menjadi lemah akibat usia, timbul penentangan sehingga akhirnya beliau terbunuh.
Maka, tanpa pilihan lain, King Charles II diangkat ke takhta. Dengan itu kembalilah institusi raja di UK.
Dunia mengetahui hanya kira-kira 100 tahun kemudian barulah konsep republik dihayati secara mendalam dan menyeluruh apabila anak jajahan UK di Amerika bangkit berperang dengan tentera King George III hingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1776, dengan George Washington menjadi Presiden pertamanya.
Tiga belas tahun kemudian, Perancis mengikut jejak langkah Amerika setelah King Louis XVI dipenggal kepala di bawah gallow. Kini sistem republik menjadi satu alternatif kepada sistem beraja. Jumlah negara republik di dunia adalah lebih banyak daripada jumlah negara beraja.
Kemangkatan Charles I dan pulihnya institusi raja di bawah Charles II setelah Cromwell meninggal merupakan satu titik-tolak ke arah wujudnya institusi Raja Berperlembagaan seperti yang diamalkan dengan baik oleh Queen Elizabeth II sekarang ini.
Menurut pakar undang-undang perlembagaan, institusi raja dan Parlimen UK (yang dirujuk sebagai induk kepada segala Parlimen dunia) merupakan sistem Raja Berperlembagaan yang ‘ideal’ dan ‘realistik’ yang harus diikuti sebagai contoh oleh dunia.
Institusi raja di Jepun, Belanda, Sweden, Sepanyol, Norway dan Belgium adalah di kalangan yang mengamalkan sistem institusi raja UK.
Dalam undang-undang perlembagaan European Union, apa yang dipentingkan dalam peruntukannya ialah ‘teleological’ atau maksud asal di sebalik sebarang peruntukan. Apabila timbul keraguan dalam interpretasi sesuatu peruntukan, maka interpretasi akan dibuat menurut apa yang sebenarnya menjadi sebab mengapa peruntukan itu dibuat pada asalnya.
Di UK, peruntukan mengatakan raja berhak melantik Perdana Menteri, sebagai contoh. Namun hak itu bergantung (‘subjected to’) kepada parti politik yang menang dalam pilihan raya.
Di sinilah letaknya ‘semantics’ (atau ‘pemerian’) bahawa Perdana Menteri hendaklah terdiri daripada ahli (Parlimen atau badan perundangan yang serupa) yang mendapat keyakinan ‘majoriti’ ahli-ahli Parlimen atau badan demikian.
Di peringkat negeri di Malaysia, istilah ‘Perdana Menteri’ dalam ungkapan di atas boleh digantikan dengan ‘Menteri Besar’ atau ‘Ketua Menteri’.
Pada realiti amalan politik, ketua parti relevan yang menang dalam pilihan raya berhak menamakan siapa menjadi Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Menghayati dan menghormati segalanya itu membuatkan ‘constitutional monarchies’ di Jepun dan beberapa buah negara di Eropah itu menjadi begitu stabil dan amat tinggi estemnya. Raja Berperlembagaan di Malaysia tentunya mampu selaras kalaupun tidak melebihi daripada itu.
ARKIB : 25/03/2008 UTUSAN MALAYSIA
Ahmad Said boleh jatuh seperti ‘nangka masak’ – Rais
Oleh HAMDEN RAMLI
PUTRAJAYA 24 Mac - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Rais Yatim mengingatkan Datuk Ahmad Said bahawa dia boleh jatuh seperti ‘nangka masak’ jika meneruskan hasrat menjadi Menteri Besar Terengganu.
Menteri Luar itu berkata, hasrat itu jika diteruskan akan mendedahkan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal itu kepada undi tidak percaya pada sidang DUN nanti.
‘‘Bila dia (Ahmad) buat jemputan bersidang tentu 23 ahli DUN ini akan menzahirkan undi tidak percaya. Jika ini berlaku, jatuhlah beliau seperti ‘nangka masak’.
‘‘Itu proses dia. Ikut mana pun tidak mungkin bagi beliau meneruskan jawatan itu tanpa ada sokongan majoriti,” katanya.
Beliau ditemui pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan pertama dengan kakitangan Kementerian Luar sejak dilantik menerajui kementerian itu di Wisma Putra di sini hari ini.
Rais mengulas kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu yang menyaksikan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) menamakan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
Pelantikan tersebut mengetepikan Datuk Idris Jusoh selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang mendapat watikah pelantikan sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Keputusan itu mendapat bantahan 23 ahli DUN negeri itu yang berikrar akan memboikot majlis angkat sumpah Ahmad sebagai Menteri Besar baru Terengganu.
Rais berkata, sentimen majoriti adalah penting diambil kira dalam soal pelantikan Menteri Besar.
Ini kerana, kata beliau, bahasa yang digunakan di dalam Perlembagaan dengan jelas menyebut ‘orang yang mendapat sokongan majoriti’.
‘‘Kalau di Terengganu sudah jelas 23 orang menyokong Datuk Idris. Hal itu harus diterjemahkan oleh MPPR Terengganu.
‘‘Di Terengganu ada dua Perlembagaan. Perlembagaan 1911 dan satu lagi Perlembagaan 1948. Jadi kedua-kedua itu tentulah dibaca sekali oleh mereka yang arif berkaitan perundangan negeri-negeri itu,” katanya.
ARKIB : 28/03/2008UTUSAN MALAYSIA
Individu pamer kain rentang hina raja dikenal pasti
28/03/2008 9:46pm
KUALA TERENGGANU 28 Mac – Polis mengenal pasti tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja, semasa satu perhimpunan di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob berkata, kes itu kini di peringkat akhir siasatan.
Beliau yang dihubungi Bernama di sini hari ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kes tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Ayub menasihatkan orang ramai yang ingin menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pagi esok supaya tidak membawa kain rentang yang mengandungi perkataan-perkataan sensitif.
“Kita minta semua yang hadir supaya mengawal perasaan, jaga kelakuan dan jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan,” katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran lalu-lintas. — BERNAMA.
ARKIB : 28/03/2008 UTUSAN MALAYSIA
Polis terima 26 aduan berhubung pelantikan MB
KUALA TERENGGANU 27 Mac – Polis negeri menerima 26 laporan berkaitan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu termasuk yang didakwa menghina institusi raja di negeri ini dalam tempoh lapan hari lepas.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakub berkata, laporan tersebut melibatkan 19 kegiatan mempamerkan sepanduk tanpa lesen serta memiliki bahan-bahan penerbitan serta pelekat yang berbaur hasutan.
Menurutnya, daripada kesemua laporan itu, empat telah dibuka siasatan dan tiga didapati tidak membabitkan sebarang kesalahan setelah disiasat.
‘‘Hasil daripada laporan tersebut, sejumlah 19 helai kain rentang dirampas dan empat tangkapan telah dilakukan di Jalan Padang Hiliran di sini pada 20 Mac lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis serah dan terima tugas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.
Dalam majlis berkenaan, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Supritendan Abdul Manan Alwi yang akan bersara mulai esok, menyerahkan tugas berkenaan kepada penggantinya, Supritendan Abdul Halim Mohd. Ishak.
Ayub berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah yang boleh dipenjara dua tahun dan denda atau keduanya.
Katanya, siasatan juga melibatkan Seksyen 11 (2) Akta Mesin Cetak 1984 kerana kesalahan mencetak dokumen tanpa mengandungi nama pencetak dan penerbit.
Jelasnya, keempat-empat kes berkenaan kini berada di peringkat akhir siasatan dan akan di serahkan ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, pihaknya juga menerima laporan membabitkan kenyataan akhbar serta penggunaan kain rentang yang berunsur penghinaan kepada institusi raja semasa satu perhimpunan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman pada 25 Mac lalu.
icon 2008, aku setuju dgn apa yg ko cakap tu.. puak puak dia org cakap memang pandai, sastrawan negara pun kalah..tapi sebenar nya kosong..macam tin la..ketuk bunyi kuat tapi dalam isi tada ..kosong..
biar kan dia org dgn keangkuhan dia org..org macam ni la yang lari dulu dalam mempertahan kan negara..
jebat ker tuah ker, tu semua mitos jer la ..yang betul nya islam..
Post a Comment