Teng dibidas cadang DUN Perak dibubar
PENGERUSI GERAKAN PULAU PINANG DATUK DR TENG HOCK NAN HARI INI DIBIDAS KERANA MENCADANGKAN AGAR DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DIBUBARKAN, SATU KENYATAAN YANG DIANGGAP BOLEH MENIMBULKAN PERGESERAN DALAM BARISAN NASIONAL.
“SEPATUTNYA, DALAM KEADAAN INI, BELIAU MEMBERI PERANGSANG DAN MENYOKONG KITA,” KATA ANGGOTA DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK KAWASAN KUBU GAJAH DATUK SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN RAJA OMAR KEPADA BERNAMA HARI INI.
BELIAU BERKATA TENG SEHARUSNYA MENUMPUKAN PERHATIANNYA KEPADA USAHA PEMULIHAN GERAKAN DI PULAU PINANG.
“APAKAH TENG TIDAK TAHU BN MEMPUNYAI SUARA MAJORITI DI PERAK. ADAKAH DIA TIDAK TAHU KRISIS YANG BERLAKU INI BERPUNCA DARI PAKATAN RAKYAT YANG ENGGAN MENERIMA HAKIKAT YANG MEREKA TELAH HILANG SUARA MAJORITI,” KATANYA.
DALAM SIDANG AKHBARNYA DI PULAU PINANG SEMALAM, TENG BERKATA LANGKAH MEMBUBARKAN DUN AKAN MEMBOLEHKAN RAKYAT PERAK MEMUTUSKAN PARTI MANA YANG SEPATUTNYA MENTADBIR NEGERI ITU.- UTUSAN ON LINE.
PANDANGAN PENULIS-
PENULIS SETUJU DENGAN PENDAPAT ANGGOTA DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK KAWASAN KUBU GAJAH. PARTI KOMPONEN BN SEPATUTNYA MEMBERIKAN PERANGSANG DAN MEMPERTAHANKAN RAKAN DI ATAS SEMANGAT SETIAKAWAN. LAGI PUN BN PERAK HANYA MEMPERTAHANKAN HAK MEREKA KERANA MEMPUNYAI KELEBIHAN MAJORITI UNTUK MEMERINTAH...ITU SAHAJA..BUKANNYA MERAMPAS HAK SESIAPA..!!
BEBERAPA HARI LEPAS TERDAPAT JUGA SEORANG MELAYU UMNO YANG TERIKUT-IKUT SARANAN PAKATAN RAKYAT DAN DENGAN BEGITU SELAMBA MENYARANKAN AGAR DUN DI BUBARKAN.
APA MEREKA NI TAK TAHU KE SEKIRANYA UMNO/BN MENYERAH BEGITU SAHAJA BERMAKNA MEMBIARKAN HAK MELALUI KELEBIHAN MAJORITI DIRAMPAS DENGAN BEGITU MUDAH DAN BUKANKAH DAYUS NAMANYA. AKAN TETAPI SEKIRANYA DUN DIBUBARKAN OLEH SULTAN..HA..ITU LAIN CERITA..!
SO INGAT JANGAN SAMPAI PIHAK PAKATAN RAKYAT TERGELAK BESAR KERANA SPIN POLITIK MEREKA TERNYATA AMAT BERKESAN SEKALI !!
IKUTI ARTIKEL-ARTIKEL POWER DARI PAUTAN BERIKUT;
http://jeffrydamien09.blogspot.com/2009/05/hamidah-buat-laporan-polis-terhadap.html
http://malaysian-2day.blogspot.com/2009/05/mari-belajar-matematik-mudah.html
DAN..BERIKUT PESANAN DARI DATO HAMDI (IHSAN PARPUKARI)
Pesanan dari Dato Hamdi untuk rakyat negeri Perak!
Selepas PRU12 8 Mac 2008. Atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Dato Tajol Rosli telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan. Baginda menolaknya, kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti! Tuanku Sultan Perak telah menolak!
Maka Dato Tajol berkata adalah tidak adil jika Tuanku Sultan membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang mempunyai hanya 28 kerusi sahaja, sedangkan kita semua tahu BN + Bebas = 31 kerusi(Majoriti mudah)
Maka YB Dato Dr Zambry berkata adalah menjadi tanggungjawab BN untuk mempertahankan hak majoriti rakyat melalui persidangan Dewan! BN tidak gentar menghadapi pilihanraya. Persoalannya sekarang kenapa kita harus memohon dewan dibubarkan pada ketika BN mempunyai majoriti?
Lagipun pilihanraya akan hanya membazirkan wang rakyat dan menyusahkan kehidupan rakyat sahaja.
Kembalilah Kepada Rakyat. Pertahankan Hak Majoriti Rakyat di Dewan Undangan Negeri Perak!
Sekian. Dato Hamdi Abu Bakar
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
1 Comment:
Walau apa pun pencacai UMNO hendak kata kan, BN/UMNO tetap akan terkubur pada PRU13 se lewat2 nya.
Kaum melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan - UMNO, PAS dan PKR.
UMNO sudah keseorangan, kaum india dan cina sudah hampir semua tinggal kan BN, kami sudah bersatu dalam DAP.
DAP pula di bantu kuat kan pula oleh PAS dan PKR - "Pakatan Rakyat"
Kekuatan kami sudah terbukti pada PRU12 yang lalu - BN kalah teruk, cuma 'talian hayat' dari Sabah dan Sarawak yang selamatkan BN/UMNO dari berkubur.
Empat PRK BN/UMNO telah tewas dengan teruk - P Pauh, K Terengganu, B Gantang dan B Selambau. Kini BN/UMNO sedang ketar lutut menghadapi PRK N12 Penanti.
Di Perak - BN/UMNO sedang bermati matian mengelak PRU negeri di adakan. Kalau di adakan juga, BN/UMNO pasti tumbang terkangkang.
Post a Comment