Jumaat, 29 Mei 2009

THE BLOODY HISTORY OF COMMUNISM


Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA’S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berkaku di Turkestan Timur?

Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan samarata dan samarasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep samarata dan samarasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawa Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.
Thanks to Penulis tanpa nama.
Juga..betapa mewahnya rakyat Malayisa tanpa mengira kaum di pautan berikut;
Baca juga Nik Aziz nyayok kata ape..ishh..ishhh..orang tua nihh:

27 Comments:

kuntakinte said...

salam, PAIH sanggup dan sampai hati mengambil isu Chin Peng untuk mengaut sokongan dari kaum cina, matlamat menghalal kan cara.

Tapi PAih jangan silap bukan semua cina yang simpati atas nama bangsanya tetapi apa perbuatan yang dilakunya, kerana ramai waris mereka juga terkorban dan anggota keselamatan bangsa mereka terkorban kerana kekejaman Chin Peng dan Rashid maidin.

Phuiii punya PAih

ISAC said...

Itu lah org politik pembangkang...Asal ade chance nak bedal UMNO....Pasti sokong...

X fikir lain dah...Matlamat perjuangan bukanya nak tegakkan Negara Islam ataupun Perjuangan untuk Rakyaat....

Matlamat perjuangan yg satu hanyalah nak menjatuhkan Umno!!!

Yang Melayu2 lagi Islam ni pun terikut sekali...Orang lain memalu gendang awak menari2...

Lihatlah bagaimana bersatunya orang lain? Satu dalam Barisan..Satu dalam Pakatan pun leh seia & sekata....Sedarlah bangsaku....

Tanpa Nama said...

PERNAH DENGAR JAWAPAN PEMIMPIN PATI ISLAM MALAYSIA APABULA DITANYA KENAPA BERTANDING PILIHANRAYA?
JAWAPANNYA NAK JATUHKAN / KUBURKAN UMNO. BUKAN NAK MENEGAKKAN ISLAM ATAU BELA NASIB RAKYAT.

Tanpa Nama said...

BN perlu dijatuhkan dulu sebelum dapat laksanakan syiar Islam.

selagi org Islam sendiri (UMNO) yg tolak Islam, sampai bila pon org kafir xtahu Islam tu camne. BN adalah penghalang utama...

org2 kafir memang suka bila ada rakan2 Islam yg menolak Islam disitulah point diorg untuk besar kepala!!!

mrL

AbgTuah said...

MRL..

SEDARLAH SIKIT..KAU SUNGGUH YAKIN KE PAS MAMPU LAKSANAKAN HUDUD..

KALAU AKU YAKIN PAS MAMPU ATAU SEMUA ORANG ISLAM YAKIN PAS MAMPU DAH LAMA SOKONGAN DI BERIKAN PADA PAS.

PAS HANYA KUAT BERPUTAR-PUTAR SAHAJA ITU SAHAJA.

KAU TAHU APA NAK BUAT PADA BENDA YG BERPUTAR-PUTAR SEPERTI ULAR...BENDA TU PERLULAH DILONTAR JAUH-JAUH SEBELUM IANYA MEMUDARATKAN..

INGATLAH PAS SEKARANG DAH SESAT.NAWAITU DAH TERPESONG..INSHALLAH KAU LIHAT LAH NANTI BUKAN UMNO YG AKAN TERJUN..PAS YANG AKAN HANCUR..SEPERTI DI PERAK..

Tanpa Nama said...

bro tuah,

tp, PAS blm diberikan kuasa. knp bro dah cakap PAS x mampu? walaupun PAS x mampu, tp PAS ada menyatakan hendak melaksanakan hudud berbanding umno langsung tidak menyebut pasal hudud.

PAS umpama harapan umat Islam dimalaysia untuk melihat negara diterajui oleh golongan ulama'. kalau Islam meningkat sedikit demi sedikit itu sudah dikira 1 pencapaiaan yg baik bro. nak dibandingkan dgn umno yg langsung tidak amik peduli tentang agama Islam di negara kita.

xkan nak biarkan umat Islam terus hanyut cam sekarang ni??? setidak-tidaknya kita perlu berusaha untuk menegakkan syiar Islam. usaha yg mudah adalah dengan mengundi!!! lain la kalau bro memang tidak suka negara kita jd negara Islam, memang patut bro tentang perjuangan Islam yg di bawa oleh PAS.

memang la kehidupan yg bebas suatu yg seronok, maksiat memang perkara yg menyeronokkan. bro x rasa ke skrg ni maksiat berleluasa??? yg sedihnya golongan melayu Islam yg semakin hanyut...

mrL

Tg N. ajis said...

TUGU / TOKONG TUHAN-DEWA CHINPENG

Aku yakin dia nak buat satu tokong supaya penjuangan nya HIDUP lepas dia mampus.

Pastinya orang2 gila dlm Gerakan & DAP (mungkin juga orang gila dlm PAS & PKR) akan menyembah Chinpeng syaitan ini.

Kalau babi Chin Peng ni mampus & di maqamkan di Malaysia.

Bersiap sedialah "malaysia akan berperang tanpa penghujungnya"- sehingga US halau semua komunis masuk laut Cihna selatan.

Dendam pewaris komunis & mangsa masih berbara. Jgnlah bodoh & gila krn seekor makhluk Babi yg berisia 83 tahun ini.

AbgTuah said...

BRO MRL..

BUKAN KAWAN MENOLAK HUKUM ISLAM..

UMNO PUN ISLAM FAHAM HAK-HAK ALLAH.DAN TAK PERNAH DENGAR UMNO SECARA TERBUKA MENOLAKNYA..

TAPI BRO MRL NIAT TU OK, KAMI PUN BERNIAT KERANA FAHAM KAMI BELUM MAMPU. TAPI KALAU LAUNG-LAUNG KUAT-KUAT AJE UNTUK MENCUKUPKAN SYARAT SAHAJA TAK CUKUP..TAK GUNA

KEMAMPUAN KENA ADA..PERSEDIAAN KENA ADA..KAJIAN KENA CUKUP.

SEBAGAI CONTOH UNTUK RENUNGAN..

CUBA PAS DECLARE HARI NI BAHAWA PAS AKAN LAKSANAKAN HUKUM ISLAM SEKIRANYA PR MEMERINTAH..

PASTI BESOK PAS AKAN KESEJUKAN SENDIRIAN..DAP AKAN MELEPASKAN PELUKAN MEREKA..(INI DAH TERBUKTI BILA HUSSAAM ISTIHAR..TAK TIDOR HUSSAM DIBUATNYA. MENGAMOK SI LIM DAN KAPAL..BETUL KAN ?)

BEGITU JUGA SEKIRANYA UMNO DECLARE HARI NI..BESOK JUGA BN AKAN TUMBANG..SERIOS..TAK BOHONG..

APA AKAN JADI SEKIRANYA BESOK BN TUMBANG..MADSUD YG LEBIH SPESIFIK..UMNO AKAN TERKUBOR..

SUDAH TENTU PAS/PR AKAN MEMERINTAH..

THEN KAWAN NAK TANYA BRO MRL..PAS AKAN BUAT MACAM UMNO BUAT KE..ISTIHAR NAK UJUDKAN NEGARA ISLAM..

KAWAN PASTI PAS TENTU AKAN BERKATA PULA INSHALLAH KAMI AKAN BERNIAT AKAN LAKSANAKAN 100 TAHUN LAGI BILA NEGARA MEMBANGUN DAN RAKYAT BETUL-BETUL FAHAM. MAKA DAP ..MCA..MIC..PPP..SUPP..DAN LAIN-LAIN AKAN COOL SEKEJAP..HEHE

BUKAN NYA TAKUT BRO MRL..TAPI DUGAAN NYA AMAT BERAT..INGAT BELUM BERIMAN SESAORANG SEBELUM TERUJI..

APAKAH BRO YAKIN BRO SANGGUP..ATAU PAS YAKIN SANGAT SANGGUP...

HAHAHA..JANGAN JADI SEPERTI DI SULAWESI ATAU AMBUN..

ATAU JANGAN JADI SEPERTI TALIBAN..ATAU HAMAS..

BRO MRL..YG KAWAN NAMPAK IALAH HUKUM ISLAM HANYA AKAN TERLAKSANA SEKIRANYA SEMUA PAS DAN UMNO BERSATU..BARULAH SUARA KUAT..

BILA SEMUA ISLAM BERSATU BARU ADA 55 KE 60 PERATUS KEKUATAN BERBANDING BUKAN ISLAM..

MAKA AKAN UJUDLAH DUA PARTI..SATU PARTI ISLAM SATU PARTI BUKAN ISLAM..

SEKIRANYA SEMUA BERJALAN LANCAR MAKA AKAN OKLAH NEGARA..

SEKIRANYA TIDAK MAKA BERTEMPURLAH KITA..

KATAKANLAH SEMUA OK..SETIAP PILIHAN RAYA AKAN MENANGLAH ORANG ISLAM..

TAPI BERAPA LAMA..KERANA ORANG BUKAN ISLAM AKAN MELANCARKAN KEMPEN BERANAK RAMAI-RAMAI..1 FAMILY 20 CHILDREN..

GENAP 30 TAHUN KEMUDIAN MAKA TAK MUNSTAHIL KEKUATAN ISLAM DAN BUKAN ISLAM AKAN SEIMBANG..

MASA TU...

KEMAMPUAN BUKAN SAHAJA DARI SEGI KEKUATAN..

KEMAMPUAN BUKAN SAHAJA DARI PERSEDIAAN..

KEMAPUAN BUKAN SAHAJA DARI SEGI PENGETAHUAN DAN KEPAKARAN..

KEMAMPUAN JUGA DARI PERSEDIAAN KITA MENGEKALKAN KEAMANAN..

JADI BRO MRL..DOAKAN SAHAJA PAS DAN UMNO BERSATU..KALAU MASIH JUGA TAK MAMPU NAK TEGAKAN HUKUM2 ISLAM SEPENUHNYA MAKA TEGAKAN DULU CABANG-CABAGNNYA YG LAIN DULU.

ISHALLAH BRO..SEKIRANYA KITA TAK MAMPU UNTUK BERJUANG DENGAN KEKUATAN..MAKA BERJUANGLAH DENGAN TANGAN..SEKIRANYA KITA TAK MAMPU BERJUANG DENGAN TANGAN MAKA BERJUANGLAH DENGAN MULUT..SEKIRA KITA TAK MAMPU BERJUANG DENGAN MULUT MAKA BERJUANGLAH DENGAN HATI..

BRO FAHAM KE KENAPA PAS BERSATU DENGAN DAP DAN PKR..NAK TAHU..SEBABNYA IALAH MEREKA PUN TELAH MENYEDARI BAHAWA PAS TAK AKAN MAMPU MELAKSANAKN HUKUM ISLAM DINEGARA INI TANPA MENYEBABKAN PERTUMPAHAN DARAH..

JADI THE BEST WAY UNTUK PAS IALAH BERSATU DENGAN DAP DAN BERJUANG LAH PULA UNTUK KEADILAN DAN KEBAJIKAN..HAHAHA..

TAPI SILAP BESAR PAS IALAH UMNO SANGGUP BERTOLAK ANSOR DAN BERSEDIA BERUNDING UNTUK BERSATU...TAPI LAIN PULA YG DIPILIH OLEH PAS..

TAHU KENAPA PAS PILIH YG DAP..SEBABNYA IALAH MEREKA DAH MALU...TAK BANYAK TERLEPAS KATA..ITU SAHAJA..HEHEHE

Tanpa Nama said...

bro tuah,

cam tepu permasalahan ni...

cam xde jln penyelasaiaan, hanya blh berdoa je la... bro tuah.

secara peribadi memang aku x setuju pas bekerjasama dgn dap. sebab ia akan membuatkan pas sama cam umno gak.

atas dasar keperibadian pemimpin2 pas membuatkan aku sokong perjuangan pas.

pas mempunyai dasar yang nyata iaitu berpandukan Al-Quran dan Hadith. disamping memiliki pemimpin2 yg berkemampuan dan kesungguhan berkaitan agama Islam dilihat ada peluang untuk membangunkan Islam.

aku xnak doakan umno dan pas bersatu tp aku akan doakan penyokong2 umno akan sertai pas...

mrL

AbgTuah said...

OKLAH BRO MRL..

BIARLAH..KITA BERJUANG SEKADAR KEMAMPUAN KITA..

BRO MRL DENGAN PERJUNGAN BRO..

KAWAN DENGAN PERJUANGAN KAWAN..

KAWAN PERCAYA NIAT KITA SAMA, NAKKAN BAHAGIAN DIDUNIA JUGA CINTAKAN KEMENANGAN DIAKHIRAT..

OH YA..KAWAN ADA VIDEO BERKAITAN HUKUM HUDUD POTONG TANGAN DAN KAKI..DIJALANKAN DI IRAK. PERLAKSANAAN HUKUM TU OK..TAPI PEMBICARAAN ALLAHUALAMLAM..TAK TAHU PULA.

SEMASA HUKUMAN DIJALANKAN TU ADA AHLI PERUBATAN MEMASTIKAN PROSEDUR BAGI MENGHENTIKAN PENGALIRAN DARAH DAN JANGKITAN KUMAN.

TAPI YG MASIH JADI TANDA TANYA IALAH SEKIRANYA KEDUA BELAH TANGAN DAN KAKI DAH DIPOTONG MACAMMANA PULA SI PESALAH NAK CARI MAKAN UNTUK MENERUSKAN PENGHIDUPAN..? NIAT SEKADAR BERTANYA BUKAN HENDAK MEMPERTIKAIKAN HUKUM ALLAH..

KAWAN TAK MAHU PUBLISH VIDEO TU KERANA DITAKUTI AKAN MENIMBULKAN SALAH FAHAM ORANG BUKAN ISLAM KELAK, KERANA PADA MEREKA IANYA KELIHATAN KEJAM..KERANA MEREKA TAK FAHAM.

WASSALAM..

Tanpa Nama said...

http://tvpas.com/v1/index.php?option=com_tvpas&task=view&id=451

link untuk isu chin peng.

masalah dia nak buat kerja bukan 1 masalah yg besar. yg lebih penting kesan pada masyarakat bro tuah.

susah2 kalau dia x mampu bt keje, krjaan blh tanggung...

insyallah kalau ikut ape yg Allah suruh aman dunia ni. Allah yg buat manusia, DIA lebih tahu tentang permasalahan manusia...

mrL

AbgTuah said...

ITU SEBAB PAS KENA RENTIKAN CERAMAH POLITIK MEMBURUKAN SANA-SINI.

YANG PENTING PAS KENA BUAT IALAH CERAMAH AGAMA KEPADA ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM..APA ITU HUKUM HUDUD

HARAKAH KENA BERHENTI MEMBUAT CERITA BUKAN-BUKAN SEBALIKNYA BUAT CERITA BAGAIMANA NAK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD..

TV PAS PUN KENA SIARKAN VIDEO BAGAIMANA NAK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD..BIAR SEMUA ORANG DAPAT LIHAT DAN PAHAM..KALAU TAK ADA MODEL SEBENAR..BUAT SECARA LAKONAN..SUPAYA ORANG FAHAM..JADI TV PAS BOLEH BERHENTI BUAT PROGRAM BUKAN BUKAN.

TERANGKAN APA ITU HUKUM ALLAH SEBENARNYA JIKA BENAR-BENAR JUJUR HENDAK MELAKSANAKAN...

Tanpa Nama said...

hudud tanggungjawab semua org Islam, bukan tnggungjwb pas shja. apakah pas sahaja yg Islam? knp nak harapkan pas yg buat sedangkan umno adalah krjaan yg memerintah? umno ada kuasa, ada kemudahan, jabatan2 agama semua dibawah kawalan umno.

jgn cakap pasal hudud dulu. hudud suatu yg besar, perlaksanaannya memerlukan perancangan yg rapi. buat perkara yg mudah2 dulu, buat slow2. cth sistem riba', judi, hiburan dsb.

memang ada cerita2 pasal hudud dalam harakah. mcm2 citer tentang keagamaan ada dalam harakah.

tuding jari pada pas, tp umno buat perkara yg lebih teruk.

setidak-tidaknya aku tak bersama2 parti yg teruk...

mrL

ISAC said...

Tuan mrL 2009 Mei 29 21:23

Assallammualaikum...
Nampaknya sekurang2nya selain kita semua memang hendak kan Islam. Mahukan Melayu Bersatu....Kita juga serupa kerana X bersetuju Pas bekerja-sama ngn DAP. Paling tidak kita sebenarnya ada titik pertemuan sebagai permulaan.

Satu lagi...Walaupu Pas ade ramai Ulamak...Nasihat2 kan lah mereka tu supaya menjaga tutur-kata...Contohi sifat Rasullullah s.a.w.

Harakah juga perlu berimej lebih Islamik...

Adakah Tuan MRL masih ingat bagaimana Rasullullah menyuap se orang pengemis perempuan tua Yahudi yang buta dipasar ? Dia dilayan dengan begitu lemah lembut walaupun diantara setiap suapan yang dihulurkan dipenuhi dengan kata2 nista kepada Rasullullah...

Masih ingatkah bagaimana Rasullullah membiarkan seorang Badwi membuang air kecil didalam masjid? Bagai mana layanan Rasullullah s.a.w kepadanya?

Jika pun orang2 UMNO menolak hukum hudud tak boleh kah mereka ini di datangi dengan hemah dan perjelaskan isu ini kepada mereka?

Mungkin Ilmu mereka X setinggi Tuan MRL...

Adakah dakwah ini pernah dicuba kepada setiap individu Umno? Adakah jika Pas cuba mendekati orang2 Umno untuk menerangkan isu Hudud, mereka kan ditangkap? Dimasukkan kedalam penjara? Masuk ISA?

Tidak bukan? Dekati lah mereka jangan cerita pasal politik...Pasti kedatangan anda diterima dengan baik...

Adakah berjuang untuk Islam perlu kena ade parti? Kena ada jawatan? Peluang berdakwah terbuka luas...Adakah ruang ini telah digunakan sepenuhnya?

Tolonglah Tuan mrl fikir2kan dengan dada yang terbuka...Bukan untuk siapa pun...Demi masa depan anak-cucu kita....Insyallah Melayu akan bersatu...

ISAC said...

Tuan mrL 2009 Mei 29 23:52

Walaupun Rasullullah s.a.w dilayan begitu teruk di dalam perjanjian hudaybiah, baginda tetap tenang dan menerimanya dengan bijak...

Asalkan objektif utama tercapai...
"bismillah" X leh letak....Muhammad Rasullullah X leh letak....Dah pakai ihram...kena balik...

Sampai ketahap itupun baginda masih boleh bertolenransi....Kenapa Ulamak2 Pas X boleh belajar hikmah dari sunah2 Rasullullah s.a.w ?

Pelik bukan? Ada diantara mereka bercakap penuh dengan makian...kata nista...

Ingatlah Tuan, bahawa salah satu tanda Kiamat juga adalah Ulamak yang menyesatkan, waliyazubillah...Nauzubillah...
Semuga saudara2 Pas ku terselamat...Amin..

Dalam kes pelacuran & pergaulan bebas Kelantan juga X terkecuali mrl...

Tanpa Nama said...

insyallah... sama2 kita berdoa semoga negara malaysia aman dan makmur, Islam dapat dimartabatkan!!! itu yg paling penting...

Alhamdulillah... disamping berpolitik, pas tidak lupa pada majlis2 ilmu ni.

ayah saya blh dikatakan aktif dalam mengadakan usrah dirumah kami. panggil org kampung datang dengar kuliah agama. langsung tidak menyentuh pasal politik. xde cakap umno/pas tp kadang2 apa yg diterangkan akan terkena pada umno.

cth kalau cakap tentang hukum arak, barangsiapa yg terlibat dengan penghasilan arak akan mendapat saham dosa gak, x kira la yg keluar lesen ke, hatta yg mesin rumput kat kilang arak pun dapat saham gak...terserah pada pendengar untuk mentafsirkan apa yg diperkatakan.

yg sy sedih bila buat usrah kat umah, mesti ada SB(mata2 gelap) yg datang umah kami. ini menyebabkan org2 kampung berasa takut untuk datang.

ape pun kita cuba yg terbaik dalam menyebar Islam. sy x ckp ilmu tinggi, byk lg yg kene blaja...

mrL

ISAC said...

Keseluruhan sistem ekonomi juga perlu diubah...Demi untuk menghapuskan riba...

Pendekatan baru juga perlu dikaji sebagai contoh apa yang dimaksudkan dengan riba?

Boleh Tuan mrl nyatakan...Kita boleh berbincang disini....

Bagi saya Kalau setakat letak nama "Bank Islam" atau pun namakan kaedah "murabahah" atau "murahabah" pun belum tentu ianya selari dengan Islam....

ISAC said...

Macam juga meletakkan perkataan "Islam" pada Pas...X terbukti mereka benar2 mahu menegakkan Islam....

Apa lagi jika melihat kepada cara orang2 Pas, waima ustaz mereka berbicara....Mengata org To...ruut.... Dato' Dr Maza gila...Bapak saitan...(Walaupun Dr Badrul Amin yang kata tapi dia mengata di atas pentas Pas jadi Pas perlu bertanggung jawab)

http://www.youtube.com/watch?v=SBvnYcLmCtM&feature=related (sila rujuk)

Rasullullah s.a.w. ada buat mcm tu ke Tuan mrl ? Kalau Rasullullah s.a.w X pernah buat....Dalam Al Quran & hadis X ade yang kita pandai2 buat tu kenapa?

Islam ni senang aje...Rasullullah pun dah sebut "Jika kamu berpegang kepada kedua2nya Al-Quran & Al-Sunnah, engkau akan selamat"

Ade yang nak jadi "Nabi" Melayu lagi ke?

Riba' perlukan penelitian...Pemahaman...dan sudah tentu dengan Ilmu ia bukan mudah...

Saya pun sebenarnya tercari2 org2 yg berilmu dalam riba' ni nak berhujah untuk tambah ilmu....

Tanpa Nama said...

aku x tahu sangat pasal kewangan nih, pasal riba'. nak komen lebih2 pun x blh. ape pun kita pilih yg terbaik la...

mrL

ISAC said...

Tuan mrl,

Ini pandangan saya...Kalau sesiapa yang ada ilmu atau dalil tolong tegur saya jika pandangan saya ini tersilap.

Riba' bermaksud berlaku penindasan...yang saya faham...Dalam jual-beli pun jika berlaku penindasan maka hukumnya juga haram. Berunsur riba'.

Walaupun suatu sistem itu disebut "murabahah" lengkap dengan "akad jual beli" sekiranya interest/charge nye lebih tinggi dari sistem konvensional bagi saya itu juga wujud satu bentuk penindasan. Ini berlaku pada masa permulaan sistem "murabahah" diperkenalkan. Bahkan saya kena buat "fixed diposit" untuk 6 bulan ansuran. Tidak kah ini menindas? Tapi sekarang dah X perlu.

Islam mengharamkan riba' sebaliknya menghalalkan jual-beli...

Jika dalam jual-beli kita boleh meletakkan 30% (contohnya)sebagai keuntungan (sesetengah ulamak mengatakan X boleh lebih dari 100% - keuntungan bersih).

Mengapa pihak bank X boleh mengenakan suatu kadar terhadap wang mereka? Bukan kah mereka juga berniaga & matawang adalah komoditi mereka?

Kadar pihak bank juga saya kira X melampau? sekitar 7-8%. Masih terlalu kurang jika dibandingkan dengan keuntungan golongan peniaga yang selalunya mengambil sehingga 50% keuntungan?

Mungkin Ilmu saya ni X tinggi...Kalau mrl berkesempatan bolehlah panjang2 kan kemuskilan saya ini pada sesiapa yang lebih arif...

Kalu mcm Along jelas...
Interest seminggu 10%, sebulan 40%, setahun 480%, campur pokok 580%. Itu X termasuk bunga atas bunga!Confirm X boleh bayar...

Kecuali jika kita mendapat ganjaran dari Allah S.W.T seperti hadis nabi s.a.w, berbuat baik akan mendapat balasan 7 tangkai gandum yang setiap satunya mempunyai seratus butir gandum....

Dan itulah yang telah dipraktikkan oleh Saidina Othman semasa zaman kegawatan ekonomi di mana para peniaga telah mengambil keuntungan sehingga 300%...Baginda bagi free aje kat rakyaat untuk menstabilkan harga...

Kerana apa? Kerana Janji Allah s.w.t

ISAC said...

Assallammualaikum... Abg Tuah...

Tukar lah artikel baru...

Nak naik kan rating top commenter... :)

Wassalam..

Tanpa Nama said...

saya sokong chin peng dibawa balik ke malaysia, tapi bukan untuk berehat atau bersenang lenang. chin peng mesti dihdapkan ke mahkamah diatas jenayah perang nya.

ISAC said...

Anon 2009 Mei 30 10:30,

X payah lah buang2 duit nak buat perbicaraan...

Dah lah kita banyak habiskan duit untuk PRK...

Selain membazir ianya hanya akan menyebabkan luka lama berdarah kembali...


Pasti pembangkang akan kate, Ching Peng pun ade hak, dia X bersalah selagi X didapati bersalah...

Dia pejuang kemerdekaan, memperjuangkan negara dari penjajahan tentera Jepun...

Kalau dia didapati bersalah pun kang ade yang mengate mahkamah X adil....

Biorlah dia dok kat Thailand...
Kebanyakkan kaum cina yang menganggotai parti komunis di Malaysia berketurunan Hakka...

2 Perdana Menteri Thai pun (seorang mantan) kebetulan berketurunan Cina "Hakka"

Sila rujuk link2 berikut...

http://en.wikipedia.org/wiki/Thaksin_Shinawatra#Family_background

http://en.wikipedia.org/wiki/Abhisit_Vejjajiva#Early_life_and_education

ISAC said...

Thaksin Shinawatra (ทักษิณ ชินวัตร)

Family background
Thaksin's great-grandfather Seng Sae Khu was a Hakka Chinese immigrant from Meizhou, Guangdong who arrived in Siam in the 1860s and settled in Chiang Mai in 1908. His eldest son, Chiang Sae Khu, was born in 1890 and married a Thai woman, Saeng Somna. Chiang's eldest son, Sak, adopted the Thai surname Shinawatra ("does good routinely") in 1938, and the rest of the family followed suit.
Thaksin's father, Lert, was born in Chiang Mai in 1919 and married Yindi Ramingwong. In 1968, Lert Shinawatra entered politics and became an MP for Chiang Mai.
Seng Sae Khu made his fortune through tax farming. The Khu/Shinawatra family later founded Shinawatra Silks and then moved into finance, construction and property development. Lert Shinawatra opened a coffee shop and several businesses, and grew oranges and flowers in Chiang Mai's San Kamphaeng district. By the time Thaksin was born, the Shinawatra family was one of the richest and most influential in Chiang Mai.

http://en.wikipedia.org/wiki/Thaksin_Shinawatra#Family_background

ISAC said...

Abhisit Vejjajiva (อภิสิทธิ์ เวชชาชีวะ)

Mr Abhisit's support is drawn mainly from southern Thailand and from Bangkok's educated middle-classes. He has had less success in attracting the support of working class and rural Abhisit married Dr Pimpen Sakuntabhai, a former dentist and now a lecturer at the Department of Mathematics at Chulalongkorn University. They have two children.
The Vejjajivas are a prominent family of Thai Chinese (Hakka) origin who maintained good relationships with the Thai ruling elite from as early as the late 18th century.[16][17][18] The family's Chinese surname is Yuan (Chinese: 袁; pinyin: Yuán).[19][20] In the reign of Rama VI, Yuan-clan Lopburi provincial physician Sub-Lieutenant Dr. Long (Thai: หลง) was given the bestowed the surname "Vejjajiva."[21] Abhisit has two sisters: child psychiatrist Alisa Wacharasindhu and author Ngarmpun Vejjajiva.[22]

http://en.wikipedia.org/wiki/Abhisit_Vejjajiva#Early_life_and_education

AbgTuah said...

ALSO MY APPREACIATE TO ALL VISITORS AND COMMENTATORS..

THANKS..

AbgTuah said...

WAALAIKUM SALAM RANTUNG..

THANKS FOR THE VISIT AND COMPLIMENT. DO FEEL FREE TO COME BY AGAIN..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online