Selasa, 7 April 2009

WAHAI PENGUNDI BUKIT GANTANG, ANDA MEMBANTU MENYELAMATKAN NEGARA JIKA MENGUNDI UMNO/BN

TUN TELAH KEMBALI KE DALAM UMNO. BERSYUKORLAH KITA..SEORANG NEGARAWAN TERNAMA TELAH KEMBALI MEMBANTU DIDALAM KEMPEN PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG DAN SELAMBAU. KETIKA TUN TURUN KE BUKIT GANTANG BAGI MEMBERIKAN UCAPANNYA PADA 6 HB APRIL, PENULIS AMAT TERHARU KERANA SAMBUTAN YANG DIBERIKAN KEPADA TUN SUNGGUH TIDAK TERHINGGA. KEADAAN LALULINTAS SESAK SEHINGGA BERKILO METER JAUHNYA DAN BERIBU-RIBU YANG HADIR BAGI MENYAKSIKAN DAN MENDENGAR UCAPAN TERSEBUT.

DENGAN KEMBALINYA TUN KE DALAM UMNO DAN BERSAMA-SAMA TURUN BERKEMPEN MEMBANTU UMNO/BN DI DALAM USAHA MEMENANGI PRK BUKIT GANTANG MEMBUKTIKAN BELIAU PERCAYA BAHAWA UMNO TELAH KEMBALI KEPADA LANDASAN PERJUANGANNYA DAN INSHALLAH AKAN BERTAMBAH KUAT.

JADI KEPADA PENGUNDI DI BUKIT GANTANG TERUTAMA YANG MASIH RAGU-RAGU...DENGARLAH SARANAN BAPA KEMAJUAN MALAYSIA IAITU TUN MAHATHIR DAN SETERUSNYA KELUARLAH BERAMAI-RAMAI, BERIKAN LAH UNDI ANDA KEPADA CALON BARISAN NASIONAL IAITU EN. ISMAIL SAFIAN.

PERCAYALAH...ANDA MEMBANTU MENYELAMATKAN NEGARA JIKA MENGUNDI UMNO/BN

5 Comments:

Gukita said...

Sejarah berulang.. Bilamana Tun di buang oleh Tunku Abd Rahman, beliau tidaklah sepopular mana, cuma bukunya Malay Dilemma menjadi pembuka mata generasi muda. Lepas dia dibuang popularitinya mendadak.

Begitu juga diakhir pemerintahan beliau, beliau dicemuh kerana kononnya mengamalkan pemerintahan kuku besi.. label yang sehingga sekarang diguna oleh pembangkang.

Bilamana beliau keluar dan Pak Lah naik, rakyat mula kehilangan ketokohan seorang pemimpin yang tahu arah tuju dan tidak takut untuk membedah oran-organ yang kanser untuk menyelamatkan nyawa (beliau seorang doktor).

Sekarang popularitinya melonjak kembali..

Cheguman said...

Abang Tuah,
Sejak Jumaat lepas lagi saya rasa begitu tenang dan senang hati. Banyak perkara yg berlaku dlm negara memberi isyarat bahawa persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan sedang berubah. Apabila Tun berkempen dlm PRK ini, sy melihat seolah-olah PR hanya hadir dlm mimpi.

Alhamdulillah.

Tanpa Nama said...

sebenarnya yg boleh dibanggakan masa perintah chedet hanyalah kemajuan dan pembangunan tapi sayang ianya tak diiringi ngan keislaman sebab tu malaysia jadi cam ni,anak2 muda kita hanyut didunia masing2 ulama2 umno tak berani nak tegur dan pemimpin2 hanya angguk walaupun tak setuju.SOKONG MEMBAWA REBAH

AbgTuah said...

HABIS ANAK-ANAK ORANG PAS TU LEBIH ISLAM KE DARI ANAK-ANAK ORANG UMNO...

YANG AKU PERHATI ANAK-ANAK ORANG PAS NI LEBIH TOTOKNYA DARI TOTOK BAPANYA..

Tanpa Nama said...

Teman dah pangkah PAS di Bukit Gantang....

Ikut suka teman le ....teman bukan bodoh macam bangtuah....raja suruh masuk dalam telaga tahi pun sanggup... tak percaya baca dlm hikayat HT..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online