Selasa, 14 April 2009

MELAYU PERLU BERSATU



Dalam gema laung Laksamana Hang Tuah” TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”. Betulkah kata-kata ini atau ianya sekadar Hang Tuah ingin memberi pesan kepada keturunannya supaya jangan leka kalau ingin terus berkuasa. Hang Tuah seorang yang perkasa lagi bijaksana, dan kita mesti bijak mentafsir kata-katanya dan jangan hanya sekadar mengambil bulat-bulat kata-kata hikmatnya itu sebagai azimat.

Mungkinkah satu hari nanti orang Melayu akan mengigit jari apabila Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak perduli terhadap Melayu lagi?

Tidak keterlaluan jika saya katakan, sudah tiba masanya untuk semua pemimpin politik Melayu bersama-sama memikirkan mengenai survival orang Melayu dengan mengambil pendekatan merentasi sempadan politik yang selama ini telah menjadi pemisah kepada penyatuan bangsa.

Hari ini sebagai anak bangsa melayu yang hidup di bumi bertuah Malaysia ini kita harus berani untuk terus membela nasib Orang Melayu. Biar ditentang apa jua jangan sesekali kita berpatah arah, ingatlah jangan kerana kita disergah kita terus melatah. Mereka disekeliling kita mahu melihat dimana letaknya jati diri anak melayu.

Bersatu bukanlah perkara karut marut. Ia telah diterima secara universal dan sejak sekian lama dulu. Sebab itulah kita dengar ada perkataan United States, UAE, United Nations dan sebagainya. Kenapa? Kerana manusia secara umumnya percaya hanya dengan bersatu maka SURVIVAL manusia atas muka bumi dapat dipertahankan.

Manusia perlukan kekuatan bagi menghadapi pelbagai ancaman bencana alam dan lain-lain. Manusia sukar untuk hidup sempurna kalau berpecah-belah dan membawa diri masing-masing.

Ingatlah bahawa, konsep bekerjasama adalah faktor penting dalam menentukan jaya atau gagalnya pembinaan sebuah tamadun. Malah, manusia di zaman gua batu juga faham bahawa dengan bersatu mereka boleh mendapatkan lebih banyak bekalan makanan untuk meneruskan kehidupan.

Rambut manusia sama hitam tetapi hati lain-lain. Hati yang hitam akan sentiasa ada dalam kalangan manusia. Namun seperti juga dengan rambut yang boleh berubah warnanya, hati manusia bukanlah kekal sifatnya. Hati yang hitam mampu bertukar menjadi putih dan begitu juga sebaliknya.

Harus diingatkan bahawa perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara.

Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu serta budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.

Perpaduan wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja.

Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita mempastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca.

Untuk tidak kehilangan arah, dan supaya tidak kehilangan punca, makanya perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa "hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah".

JUSTERU ITU BANGKITLAH BANGSAKU.... KITA TIDAK PERNAH LUPA PADA ASAL USUL KEHEBATAN BANGSA MELAYU!!! MELAYU PERLU BERSATU!!! BERSATU DALAM MEMPERKASAKAN BANGSA MELAYU!!!

Salam Perjuangan

Bro Jinggo

12 Comments:

aNAK mELAYU said...

bOLEHKAH UMNO dan PAS akan bersatu demi perpaduan Melayu dan Agama Islam ?

Tanpa Nama said...

DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, sanggup terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahbelahkan undi orang Melayu pada PRU-12 yang lepas. Dan apabila melihat Islam ditindas oleh barat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia dan melihat orang Melayu Islam sedang berpecah dan kerajaan semakin lemah, ada pula dari pihak Gereja mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan untuk menggunakan perkataan Allah di dalam bulletin mereka.

PEJUANG CYBER said...

Pas bertambah lemah dalam Pakatan Rakyat
Pas sebenarnya kerugian apabila bergabung dengan PKR kerana yang menjadi bertambah kuat adalah PKR dan juga DAP sedangkan Pas berada di takuk yang lama dan sedikit pun tidak mendapat sebarang keuntungan dari gabungan ini malahan mengundang bahana apabila parti ini kian lemah dimana pangaruh Anwar telah mula menular di dalam Pas. Setiakawan dalam Pas tidak lagi sesetia dahulu. Pas tidak kental seperti sebelum bergabung dengan Pakatan Rakyat.

Malaysian-2Day said...

kita semua nampak betapa pentingnya perpaduan orang2 melayu ini, tapi hairan para fanatik PR tak boleh nampak atau saja2 buat tak nampak bende nih. Budak2 melayu PR dah tak mengenang pengorbanan tok nenek derang dulu.

Megat Panji Alam said...

allahuakbar allahuakbar allahuakbar

aku cukup bengang ada anak melayu yang masih dungu, bebal dan mudah dimanipulasi oleh bangsa asing. Sebut saja Melayu perlu bersatu, dalam hati ada saja kemuskilan, takut-takut, tiada keyakinan. Kenapa?
Ingatlah anak bangsa, bangsa Melayu kita sekrang mudah diperkotakkatikan. Orang-orang diluar sana tidak langsung menghormati kita terutama Cina-Cina lahanat DAP. Bangunlah sebelum kita bangun keesokkan hari yang tinggal hanya sisa-sisa hasil yang tidak boleh kita kembalikan semula.

Bron said...

NILAI PENGORBANAN PAS UNTUK PR
——————————————————

Memang betul ada seramai lebih 17000 Melayu yang telah mula sedar akan realiti sebenar permainan politik antara Pas dan DAP di Bukit Gantang tetapi perlu diingat ada seramai lebih 9000 lagi Melayu yang masih dilamun mimpi indah dan tidak menyedari perkiraan untung rugi hasil daripada jalinan kerjasama antara Pas dan DAP.

Sokongan DAP kepada Pas adalah dalam kerangka politik Pakatan Rakyat (PR) tetapi bukan kerana nilai individu mahupun nilai ideologi sejagat yang di tawarkan oleh Pas. Begitu juga sokongan Pas kepada DAP terhad dalam ruang lingkup kerjasama yang di anggap teramat baru antara dua buah parti yang berlainan pembawaan dan yang belum begitu memahami tentang hati budi masing-masing.

Ini adalah jelas dan seperti yang semua sudah tahu iaitu selama 50 tahun DAP hanya melihat Pas dengan sebelah mata dan begitu juga sebaliknya Pas memandang DAP dengan dua mata tertutup. Ini bermakna kalau wakil Pas masuk DAP, ia tidak mungkin menduduki carta kuasa dalam DAP walaupun setinggi mana ia dijulang oleh Pas.

Begitu juga sebaliknya kalau wakil DAP bertandang masuk Pas, ia tidak akan menduduki kerusi kuasa dalam Pas meskipun setinggi mana DAP menjulangnya. Justeru, pandangan DAP terhadap Pas dan pandangan Pas terhadap DAP akan terus kekal seperti 50 tahun yang lalu, cumanya dari segi strategi berpolitik ternyata DAP nampak bagaimana Pas dapat memberi keuntungan kepada mereka dan Pas nampak bagaimana DAP boleh memberikan sedikit keuntungan duniawi kepada mereka (Pas).

Semua ini muncul di sebalik kerjasama antara DAP dan Pas yang tidaklah berlaku menerusi “cinta pandang pertama” atau dalam konteks suka-sama-suka tetapi sebaliknya setelah melihat peluang yang lebih baik seandainya kedua-duanya duduk di bawah satu bumbung. Ini menuntut perlakuan tolak ansur dan tawar menawar antara mereka. Oleh itu timbul pertanyaan berapa banyak yang telah Pas atau DAP korbankan demi mencapai persefahaman dan kesepakatan dengan rakan dalam PR?

Setakat ini adalah sukar untuk membuat perkiraan yang tepat berhubung banyak mana yang Pas telah korbankan kerana hanya mereka saja yang dapat memberikan nilai yang tepat dan jujur. Tetapi apabila telah berada dalam kalangan PR (parti-parti yang dijangkiti sindrom penafian), kalau persepsi pengorbanan Pas adalah katakan bernilai A, mereka (Pas) boleh kata ia bukan A tetapi adalah B atau lain-lain nilai.

Ini berbeza dengan Pas jumud iaitu parti yang satu ketika dulu faham makna dan akibat kalau melakukan putar belit. Kalau dulu Pas lebih banyak bercakap soal halal dan haram tetapi sekarang Pas hanya membuka mulut pada waktu dan ketika yang strategik iaitu kalau-kalau umum membuat persepsi yang PR melakukan perkara ‘haram’. Tetapi oleh kerana sindrom penafian tadi, Pas terdorong untuk menidakkan persepsi berkenaan.

Tidak dinafikan Pas menjadi Pas kerana adanya beberapa nilai positif yang bersirkulasi dalam jasad parti itu. Begitu juga adalah menjadi hak mereka untuk menoreh jasad sendiri dan seterusnya mengalirkan keluar beberapa nilai yang menjadi sinonim dengan Pas kalau sekiranya dengan berbuat demikian itu mereka lebih sesuai dan secocok dengan kehendak penggabungan dengan rakan-rakan dalam PR. Politik, Politik!!!

Tanpa Nama said...

melayu makan melayu dah 51thn dah, ayuh bangkit lah melayu singkirkan melayu yang hanprak, kaki rasuah, kaki judi, melayu yang pandai bercakap. Ayuh melayu bersatu utk berubah, merubah ketidakadilan oleh sebangsa n seagama yg tidak adil yg melacurkan nasib melayu selama ini. Ayuh melayu cuba tgk semenjak merdeka sape jatuh pusat serenti, melayu. Bangsa ape yang banyak buang anak, Melayu jugak.Mat Rempit, bangsa anak melayu kite jugak. Juara dalam dunia hiburan - artis2 jaguhnya bangsa melayu jugak.....hidup melayu jangan jadik layu

Tanpa Nama said...

Hari ini tersebar di dada akhbar tentang masalah perlantikan dua menteri besar di Terengganu dan Perlis.

Lebih malang, di Perlis, Ketua Penerangan Umno Negerinya, Datuk Hashim Suboh mengatakan MB Perlis sekarang iaitu Mat Isa Sabu adalah MB Haram.


rajaperlis1
Sedar atau tidak, luahan kata Hashim itu secara langsung menyatakan bahawa perlantikan MB yang dibuat oleh Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail adalah ‘haram’ hukumnya dalam ‘kitab’ Umno.

Perbuatan ini seolah tidak merestui atau menghormati perkenan Raja Perlis, walhal sudah setahun berlalu, dan juga meludah ke muka sendiri apabila dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, isu derhaka pada kedaulatan sultan, berapi-api dimainkan oleh orang Umno sendiri.

Di Terengganu, boikot dilakukan dalam hari kedua sidang dewan negeri.10 Adun BN enggan menghadiri sidang kerana mereka mendakwa diugut oleh pegawai kerajaan negeri. Ugutan melampau sehingga nyawa disebut itu membuatkan keadaan politik Terengganu menjadi hangat kembali sejak pilihanraya kecil Parlimen K.Terengganu.

Boikot dan perasaan kurang senang beberapa adun BN terhadap MB Terengganu Ahmad Said yang menggantikan Idris Jusoh itu nampaknya semakin membara.Apakah tindak-tanduk mereka ini merupakan maklum balas mereka terhadap Sultan Mizan yang tidak perkenan calon pilihan mereka?

Jangan sampai sepanduk ‘Natang’ dinaikkan semula di Terengganu.

Situasi sekarang ini menunjukkan masalah dalam UMNO di dua negeri tersebut kucar-kacir dan meruncing.Ianya didiamkan sepanjang pilihanraya dan semasa Paklah masih menjadi PM.Tetapi pentadbiran kerajaan pusat sudah berubah tangan dan golongan ini mula menunjukkan taring masing-masing, mungkin dengan izin PM baru iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Mungkinkah pertelagahan ini antara kem Paklah dan Najib? Tapi yang pastinya rakyat kini boleh menilai, Umno yang kuat berapi melaungkan kedaulatan raja dan sultan kini umpama ‘Mohon Derhaka’ pada dua Raja yang disanjungi rakyat.

Anak Pas said...

Orang melayu sifat yang sukar dibuang walaupun mengaku Ulamak/Ustaz ke.. ialah PHD. kalu orang naik cakar supaya turun..kalau kaya usahakan supaya miskin..kalu nampak aman bagi kucar kacirkan..
tidak seperti bangsa cina..tolong menolong tak kira apa patike..asal cina..
Boleh satu suara..
orang Melayu boleh dimasukan didalam ketegeri LEMBAB..
jangan marah ye..dah ditakdirkan begitu...

Taminsari said...

Salam BJ..

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya- jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya" (Surah An-Nissa’-Ayat 59)

Demi Melayu dan demi Islam, tanganilah segera perpecahan yang sedang melanda umat Melayu hari ini. Memang segala yang telah berlaku ke atas orang Melayu ini mempunyai sebab-musababnya. Tetapi, perlu diingat bahawa memang sudah menjadi hukum alam ini bahawa sebab-sebab itu sebenarnya telah diatur oleh Allah Ázza Wa Jalla.

Begitulah hakikatnya di sisi Islam. Kalau Islam menuntut setiap umatnya supaya hanya Allah sahajalah yang kita sembah, Islam juga menuntut supaya kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan. Oleh itu, usahakanlah perdamaian antara Melayu dan Islam di negara ini. Ikhtiarkanlah. Segala daya usaha itu dijalankan seiringan dengan restu dan hidayat yang dipohonkan dari Allah yang maha besar lagi maha sempurna.

Waspadalah, dalam sesuatu pertelingkahan, setiap pihak yang terbabit akan mengatakan bahawa dia berada di pihak yang benar, sedangkan kebenaran itu hanya satu. Bukannya dua atau tiga. Dan kebenaran itu pula datangnya dari Allah SWT jua. Beginilah seharusnya perlawanan Melayu sesama Melayu hari ini berakhir. Kembalilah ke pangkal jalan. Berdamailah pemimpin Melayu dan selesaikanlah masalah perpaduan Melayu dan ketuanan Melayu ini dengan penuh bijaksana.

Berwaspadalah, kalau menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah. Berhati-hatilah, kalau membunuh ular, kayu pemukul janganlah sampai patah, ular dipukul biarlah mati, tanah terpukul usahlah pula sampai lekuk.

Melayu harus berpadu. Melayu mesti bersatu.Melayu harus bersatu dan berpadu dalam politik dan seluruh aspek kehidupan yang sewajarnya. Perlu diingat bahawa hanya UMNO dan BN sahaja yang menjamin kesejahteraan masa depan.

Salam perjuangan

Tanpa Nama said...

TAPI MCM MANA UMNO TERENGGANU LEH BERGOLAK PULAK. DUN2 DAH X SEHATI. KENA BETULKAN SHAF.

ISAC

MAWAR BERDURI said...

salam kepada pemilik dan penulis?

he he he mcm ko ni bj telah melebarkan sayap ko tau..ada juga ko d blog org dulu2 ni @ tuah! he he

apa2 pun aku tatap menyokong ko oh...walaupun aku trep ja keturunan portugis..tapi Melayu harus bersatu untuk kepentingan Agama dan negara.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online