Edisi Khas : Resolusi BPN Video Palsu Mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia
1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak.
2. Ini kerana jelas ucapan yang diubah dan dicantum menzahirkan satu gambaran palsu yang berbeza sama sekali dengan ucapan sebenar YAB PM dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan rakyat yang pasti akan marah dengan tindakan tersebut.
3. BPN merasakan perbuatan ini sangat kotor, jijik dan tidak berbudi pekerti yang mulia kerana ia melibatkan maruah seorang Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia.
4. Perbuatan sebegini perlu dihentikan dengan segera sebelum ia merebak atau menjadi perbalahan antara ahli parti politik pro atau anti kerajaan demi memastikan keamanan dan ketenangan rakyat Malaysia berkekalan sampai bila bila.
5. BPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu yang terlibat mencipta atau menyebarkannya, untuk menjadi pengajaran dan iktibar agar tidak lagi berulang pada masa masa akan datang.
Video tersebut ada di bawah ini ( link asal klik sini )
Resolusi BPN di petik dari blog Panglima Perang cyber:
http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/04/edisi-khas-resolusi-bpn-video-palsu.html
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
6 Comments:
apalah nak jadi dengan suasana politik malaysia kini.ungkapan dan perkataan yang biadap dan kurang ajar menjadi makanan lazat pada mereka yang tidak mempunyai akhlak.janganlah kerana ketamakan untuk mengangkat individu yang lupa daratan, membuat kita sebagai orang islam lupa diri, dan peranan kita sebagai warga malaysia, membantu menjadikan negara kita ini makmur,harmoni,berdaya saing, aman dan damai.ini tidak,,,dik kerana tamak haloba, sanggup kita gadaikan maruah dan harga diri sampaikan kehidupan yang selama ini selesa sudah menjadi haru biru. ingatlah,,,,apa akan terjadi pada anak cucu kita akan datang andainya negara kita yang tercinta ini dalam kemunduran dan kemiskinan. kitalah yang mencorakkan kehidupan mereka dimasa akan datang.sama-samalah kita berganding bahu menjaga kedaulatan negara kita ini.
sakit sungguh hati bile melihat video tu...macam kaca jatuh ke lantai...alangkah sedihnya kalau video tu di edit oleh anak melayu sendiri...
tak sanggup lagi nak komen...haih...
ISA saje lah tempat yang layak untuk orang yang menghasilkan clip ini. itu pun menghabiskan duit rakyat beri dia makan kat dalam ISA tu nanti. tangkap jangan tak tangkap.
SEMAKIN KURANG HAJARR!!! JGN KOMPROMI DGN ORG YG MCM TU. TINDAKAN KERAS WAJAR DI AMBIL KE ATAS INDIVIDU TERSEBUT. GUNAKAN AKTA ISA!!!!
APA KATA BPN BILA MEDIA PERDANA MEMUTARBELIT FAKTA?
TAK RASA KECEWA KE?
JADI SIAPA SEBENARNYA YANG KURANG AJAR?
SIAPA PULA YANG PERLU DI ISAKAN?
KALAU BENAR MEDIA ARUS PERDANA MEMUTAR BELITKAN FAKTA..KENAPA RAMAI AHLIL PAS SUKA SANGAT MEMBACA ATAU MENONTON BAGI MENDAPATKAN BERITA DAN MAKLUMAT MUTAKHIR DARI NYA...
BUKTI MEDIA PEMBANGKANG LAH YANG KERAP MENYEBARKAN BERITA HASUTAN, PUTAR BELIT VDAN MENREVOLUSIKAN MENTAL..IALAH PENYOKONG BN AMAT BENCI MEMBACANYA.
TUDUHAN MEDIA ARUS PERDANA MEMUTARKAN FAKTA ADALAH SENJATA DAN RETORIK PIHAK PEMBANGKANG SAHAJA SEJAK ZAMAN-BERZAMAN...
Post a Comment