Jumaat, 3 April 2009

“Double Standard” Anwar Dalam Kes Elly, Arumugam Terbongkar

Bekas Setiausaha Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lokman Noor Adam mendakwa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini tidak mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong melepaskan jawatan disebabkan peranan penting Elizabeth kepada parti itu.

Lokman yang kini Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seterusnya mendedahkan pada tahun 2003, Anwar telah menghantar pimpinan kanan PKR ke Washington DC untuk mendapatkan dana daripada George Soros bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-11 ketika itu.

Menurutnya, pertemuan itu telah diatur Tian Chua dan pimpinan PKR yang menghadap George Soros ketika itu ialah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.

“Bagaimanapun Tian Chua tidak ada pada pertemuan itu sebaliknya beliau menghantar Elizabeth Wong untuk menguruskan pertemuan berkenaan.

“Pertemuan mereka terbongkar apabila berlaku pertengkaran di antara Azmin Ali dan Elizabeth setelah Azmin tidak membenarkan Elizabeth memasuki perbincangan tersebut kerana khuatir ada pihak luar yang mengetahui tindakan mereka menagih dana dari Soros”, katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika berceramah ‘Kenapa Harus Tolak Pas’ di sini, Isnin malam.

Kata beliau lagi, perkara tersebut dimaklumkan oleh Ezam semasa mesyuarat ‘inner circle’ mereka.

Tegas beliau hakikat berkenaan jelas membuktikan “double standard” Anwar dalam berdepan dengan krisis dalaman parti tersebut.

“Saya katakan begitu kerana apabila bekas ADUN Bukit Selambau terlibat dengan masalah moral (perempuan simpanan) beliau segera desak agar ADUN tersebut meletakkan jawatan.

“Namun bila berdepan dengan kes Elly, Anwar mempertahankan Elizabeth habis-habisan sungguhpun ADUN berkenaan didakwa menghadapi masalah ketagihan rokok, arak dan yang terkini masalah gambar bogel serta hubungan dengan pemuda Islam (Helmi)”, katanya.

Lokman seterusnya menambah Anwar masih tidak mahu Elizabeth meletakkan jawatan kerana Elizabeth adalah ‘jambatan’ kepada dana yang diberikan kepada PKR dari pihak asing yang mahu mengkucar-kacirkan negara.

Pada 1997, George Soros dilabel sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan ekonomi negara merundum dan ekonomi Asia juga turut tergugat.

Artikel asal dari;
http://pemudaenggang.wordpress.com/

2 Comments:

ddinbunga said...

salam, satu lagi bukti keluar dari orang yang pernah jadi orang kuat PKR, memang kita tahu Anwar dan PKR pengkianat negara dan bangsa. bukan itu saja terbaru YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau dihantar oleh AnWar belajar dan menjadi jentera Obama semasa pilihanraya Presiden US tempohari.

Ini lah dia yang dikatakan musang berbulu ayam, rupa macam pejuang bangsa tetapi pengkhianat.

Bravo sdr lokman.

Sedingin Salju said...

Eh, tapi apa pasai orang mau sokong ini sial lagi?

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online