Khamis, 9 April 2009

BIAR BERPUTIH TULANG JANGAN BERPUTIH MATA.

SEBENARNYA UMNO BOLEH MENDAPAT SOKONGAN MENDADAK DAN AKAN MEMPEROLEHI KEMENANGAN SEKIRANYA SEMASA BERKEMPEN UMNO MENAWARKAH DAN MENJANJIKAN SESUATU YANG BERKAITAN DENGAN AGAMA DAN HAK-HAK BANGSA MELAYU. TETAPI OLEH KERANA SEMANGAT PERJUANGAN DAN KESEDARAN YANG TINGGI DAN KENTAL DI DALAM KEPIMPINAN DAN AHLI UMNO SEDIKIT PUN HAK-HAK BANGSA INI TIDAK DIJADI BARANGAN DAGANGAN UNTUK DITAWAR MENAWAR ATAU UNTUK DIGADAIKAN DEMI MEMPEROLEHI KUASA. TIDAK SESEKALI, UMNO AKAN MENGADAI AGAMA DAN HAK BANGSANYA HANYA UNTUK TUJUAN MENDAPATKAN KUASA...PERPATAH MENGATAKAN BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA.

SEBAGAI CONTOH UMNO PASTI MEMPEROLEHI KEMENANGAN BESAR SEKIRANYA MENAWARKAN BEBERAPA PERKARA BERIKUT.

1. MENAWARKAN JAWATAN TPM KEPADA BUKAN MELAYU
2. MEMANSUHKAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
3. MEREPUBLIKAN PEMERINTAHAN NEGARA
4. MEMBENARKAN NAMA ALLAH DIKONGSI GUNA DENGAN AGAMA LAIN
5. MENDEFINASIKAN NAMA ALLAH JUGA ADALAH TUHAN DALAM KITAB AGAMA LAIN
6. MENGHAPUSKAN DEB.
7. DAN BEBERAPA PERKARA LAGI.

SATU PERTANYAAN YANG TIMBUL DIFIKIRAN PENULIS..APAKAH PIHAK PAS DAN PKR ADA MENAWARKAN PERKARA-PERKARA YANG TERSEBUT DI ATAS DEMI UNTUK MEMPEROLEHI SOKONGAN DAN UNTUK MENJATUHKAN UMNO.?

OH YE...HARI INI PENULIS ADA MEMBACA SATU ARTIKEL MENARIK DI DALAM RUANG FORUM UTUSAN MALAYSIA. JADI SESIAPA YANG TIDAK BERPELUANG MEMBACANYA PENULIS PAPARKAN SEMULA DI BAWAH:

Gadai agama untuk menang

Pertama sekali tahniah saya ucapkan di atas kemenangan pakatan pembangkang di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah. Juga tidak lupa tahniah kepada BN atas kemenangan di Batang Air, Sarawak.

Sebagai seorang Melayu yang prihatin dengan situasi politik terkini, saya berasa amat risau. Risau melihatkan betapa Melayu kini tidak lagi segan silu menggadai maruah bangsa dan agama semata-mata untuk beroleh kemenangan. Melihatkan ADUN Pantai Remis membaca surah yang menurut beliau Surah Aura, yang tidak pernah wujud pun di dalam al-Quran, dan dengan bacaan yang sama sekali salah dan memalukan dalam satu majlis kempen di Bukit Gantang, begitu memilukan hati. Pilu apabila tiada seorang pun ahli Pas yang tampil untuk membetulkan kesalahan ADUN DAP itu sebaliknya bertepuk tangan tanda gembira kalam Allah dipermainkan.

Pemimpin pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula ketika berkempen di Batang Air tanpa segan silu 'membenarkan' nama Allah digunakan oleh penganut agama lain selain agama Islam. Beliau menegaskan, selama ini larangan wujud kerana UMNO. Sedarkah beliau implikasi yang bakal berlaku? Sedarkah beliau agenda tersembunyi puak Nasrani terhadap penganut Islam di negara ini? Ingin saya bertanya kepada pemimpin Pas dan Anwar Ibrahim, berbaloikah kemenangan dengan menggadaikan agama?

Situasi politik di negara ini pada hemat saya semakin buruk dan membimbangkan. Bukan Melayu semakin berani mempersoalkan hak keistimewaan bangsa Melayu, sesuatu yang jarang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. Malahan kedudukan Islam sebagai agama rasmi juga berani diganyang oleh pihak-pihak tertentu. Malang sekali apabila tindakan ini turut didalangi bangsa Melayu beragama Islam.

Soalan saya, adakah bangsa Melayu Islam sudah bersedia untuk kehilangan hak dan keistimewaan? Isu ini amat membimbangkan saya, apatah lagi melihat rakan pakatan DAP, iaitu Pas, sebagai Parti Islam menikus apabila berhadapan dengan DAP mengenai isu Islam dan hak Melayu.

Kebimbangan saya semakin terbukti apabila melihat kesediaan Datuk Seri Nizar Jamaludin dipergunakan oleh DAP untuk menderhakai Sultan Perak dalam peristiwa hitam baru lalu. Nizar bukan saja dipuji oleh ahli Pas, malah dianggap hero yang memperjuangkan keadilan oleh rakan sekutu mereka, DAP.
Drama di Perak memperlihatkan 'ketaksuban sehingga membutakan mata' orang Melayu yang menyokong pembangkang, sehingga tidak mampu lagi berfikir secara waras, malah hingga sanggup berbaring di tengah jalan.

Saya tertanya-tanya, tidak mampukah mereka mengira berapa ramaikah Exco DAP yang menguasai pentadbiran Perak,dan berapa ramaikah exco Pas? Ternyata, minda mereka tidak mampu lagi berfikir siapa sebenarnya yang menguasai Perak semasa pemerintahan pakatan pembangkang sebelum BN mengambil alih kuasa di Perak dua bulan lalu.

Kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebenarnya menggambarkan bahawa undi bukan Melayu sentiasa bersatu, kerana mereka jelas dengan matlamat dan agenda mereka. Undi Melayu pula dipecahkan oleh emosi dan kedangkalan pemikiran sesetengah Melayu yang gagal menafsir agenda tersembunyi parti serpihan PAP dari Singapura, DAP, yang sentiasa membayangi Pas dalam kempen di Bukit Gantang.

Pesanan saya, ingatlah Singapura yang sudah tergadai dan nasib yang menimpa warga Melayu Singapura. Fikirlah untung nasib anak-anak kita di kemudian hari. Jangan pula mereka yang menjadi mangsa kesilapan kita yang gagal berfikir.

PIAN

Tapah, Perak

6 Comments:

Tanpa Nama said...

DSAI & KUNCO2NYA MEMANG PANDAI/HEBAT! MANA TIDAKNYA MEREKA INI DULUNYA ADALAH PEMAIN2 PROPAGANDA UMNO YANG HANDAL DI ZAMAN DSAI MASIH BERADA DI DALAM UMNO. KITA TAK BOLEH NAK MEMANDANG RENDAH MEREKA INI...LIHAT SAHAJA MACAMANA DSAI MENANGI KERUSI PEMUDA MENGALAHKAN DATO' SUHAIMI KAMARUDDIN, MENYEBABKAN KEJATUHAN DATO' RAHIM THAMBY CHIK, MUNGKIN JUGA DATO' MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB DAN TUN GHAFAR. TUN MAHATHIR JUGA NYARIS TIDAK AKAN DAPAT PENCALONAN UNTUK MENGEKALKAN KERUSI PRESIDEN UMNO JIKA PERANCANGAN DSAI BERJAYA DIJALANKAN. TETAPI TUN MAHATHIR TELAH TERLEBIH DULU MENGHIDU TEKTIK BELIAU.

MELIHATKAN POPULARITINYA DI PENTAS DUNIA TIAK MUSTAHIL JIKA AKHBAR2 LUAR NEGARA YANG CUBA MENGAITKAN DATO' SERI NAJIB DENGAN KES ALANTUYA JUGA ADA KAITAN DENGAN BELIAU.

PROPAGANDA PEMBANGKANG MUDAH
1) POLIS - GANAS/TAK ADIL/PRO BN
2) MAHKAMAH - PRO BN
3) SPRM - - PRO BN
4 SPR/HANYA TANGKAP IKAN KECIL
5) UMNO - RASUAH/MAKAN DUIT RAAKYAAT/UTAMAKAN KETUANAN MELAYU/TERALU DOMINAN/TINDAS PARTI KOMPONEN/TIPU RAKYAAT
6) KOMPONEN BN - KENA BULI DENGAN UMNO/PAK TURUT
7) MEDIA ARUS PERDANA - PRO BN/TAK TELUS/PENIPU

BAYANGKAN SEMUA DI ATAS MENYEBABKAN PENGUNDI2 MUDA BERUMUR 21 - 40TAHUN YANG MEWAKILI 25-35% RAKYAAT MALAYSIA TELAH DISALUTI DENGAN SATU PERSEPSI YANG "TOTOK" YANG PAYAH UNTUK DIUBAH DAN AMAT PAYAH UNTUK DI "TURNOVER" KERANA "MENTAL BLOCK". BENDA INI TELAH DISEMAI AGAK LAMA SEJAK TAHUN 1998 HINGGA KINI 2009 DAN JESTRU ITU AGAK PAYAH UNTUK DIUBAH DALAM SEKELIP MATA. MEREKA MENUNJUKKAN SEOLAH2 PEMBANGKANG MENGHARGAI KEINTELEKTUAL GOLONGAN MUDA INI DAN KEBIJAKAN MEREKA TELAH DIINJAK2 OLEH UMNO/BN YANG SELAMA INI MENIPU MEREKA. PADAHAL PEMBANGKANGLAH YANG TELAH MENGGUNAKAN "REVERSE PYSICOLOGY" MELAYAN MEREKA INI DENGAN KONONNYA MEREKA BIJAK, ATAS SEMANGAT LIBERALISASI, KEADILAN DAN LAIN2. DALAM MASA YANG SAMA MEREKA INI SEBENARNYA DIPERBODOH2KAN OLEH PEMBANGKANG DEMI MENCAPAI MATLAMAT MEREKA. APA TIDAKNYA SEMUA YANG PEMBANGKANG CAKAP SEMUA BETUL2 DAN BETUL BELAKA.

KERAJAN BN PERLU BERKERJA KERAS UNTUK MEMBUKTIKAN KEPADA RAKYAAT BAHAWA APA YANG DIKATAKAN PEMBANGKANG ITU TIDAK BENAR DAN DALAM MASA YANG SAMA MEREKA PERLU MENGENAL PASTI APAKAH KAEDAH/MEDIUM YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BERINTERAKSI/BERKOMUNIKASI DENGAN GOLONGAN MUDA INI AGAR "MESSAGE" YANG HENDAK DISAMPAIKAN DILIHAT DAN DITERIMA OLEH MEREKA.

MUNGKIN UMNO KINI PERLU LEBIH KELIHATAN LIBERAL. MUNGKIN UMNO PATUT MENCONTOHI PAS,
1)JIKA DULU UMNO "KAFIR" KERANA BEKERJASAMA DENGAN MCA, MIC, GERAKAN DAN LAIN2 PARTI KOMPONEN BN, KINI PAS JUGA TELAH "KAFIR" KERANA MEREKA TELAH BERGABUNG DENGAN DAP DAN PKR (SOSIALIS).
2)JIKA DULU UMNO "KAFIR" KERANA TIDAK PERNAH MENGGARISKAN UNTUK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM DALAM PIAGAMNYA, KINI PAS JUGA TELAH "KAFIR" KERANA HUKUM HUDUD JUGA TIDAK ADA DALAM PIAGAM MEREKA ATAUPUN HUKUM HUDUD BOLEH DIJALANKAN 30 TAHUN LAGI.

UMNO/BN PERLU MENGKAJI KENAPA APA YANG PEMBANGKANG KATAKAN DAPAT DITERIMA TETAPI APA YANG DIKATA OLEH MEREKA DITOLAK MENTAH2 OLEH RAKYAAT.

BAGI KAUM BUMIPUTERA, HARAPAN SAYA BERSATULAH SEBELUM TERLAMBAT. BOLEHKAH ORANG MELAYU/BUMIPUTERA DI SINGAPURA MENUNTUT HAK UNTUK MEMPUNYAI TIMBALAN PERDANA MENTERI KEDUA DI SANA? NAK JADI JURUTERBANG PESAWAT PEJUANG PUN TAK BOLEH KERANA DITAKUTI MEREKA TIDAK AKAN TERGAMAK MENGEBOM NEGARA-NEGARA JIRAN YANG MEMPUNYAI TALIAN KEKELUARGAAN DENGAN MEREKA, APA LAGI HENDAK MENJADI JENERAL ANGKATAN TENTERA. FIKIRLAH APA AKAN JADI PADA ANAK2 CUCU KITA NANTI....BAGI AHLI2 POLITIK, PENSYARAH2, PEGUAM2, AHLI2 KOPERAT, GRADUAN2 DAN AHLI2 PROFESIONAL2 YANG MENYERTAAI/MENYOKONG PEMBANGKANG....SOALAN SAYA JIKA ANDA HIDUP DI ZAMAN PENJAJAH DULU DAPAT KAH ANDA SAMPAI KE TAHAP INI? SAYA BUKAN AHLI UMNO TAPI SAYA BERASA AMAT TERHUTANG BUDI KEPADA UMNO........YANG SUDAH TU SUDAH LAH.........JANGAN KERANA MARAHKAN NYAMUK KELAMBU KITA BAKAR! PKR PUN ADALAH SERPIHAN UMNO...JIKA UMNO JAHAT MAKA MEREKA DULUPUN JAHAT, JIKA UMNO RASUAH MAKA MEREKA DULUPUN RASUAH! KALAU UMNO MAKAN DUIT RAKYAAT MEREKA DULUPUN MAKAN DUIT RAKYAAT. KITA PERLU BERSATU...JANGAN BIARKAN ADA ANASIR2 LUAR YANG BERJAYA MEMECAH-BELAHKAN KITA! DULUPUN BRITISH TIDAK YAKIN KITA AKAN BERJAYA SEJAUH INI....ANASIR2 LUAR PASTI SAHAJA RAMAI YANG DENGKI DENGAN KEJAYAAN KITA....LIHAT LAH IRAQ, RASANYA ZAMAN SADDAM JAUH LEBIH BAIK.....JANGAN PULA NANTI KITA MEREMPAT DI TANAH AIR SENDIRI HANYA KERANA UNTUK KELIHATAN LIBERAL! BUMI DI PIJAK MILIK ORANG.....

ISAC

Tanpa Nama said...

TAK DINAFIKAN UMNO/BN PERLU DISEDARKAN...KERANA PADA SATU KETIKA ADA DIANTARA PEMIMPIN MEREKA YANG SEOLAH2 LUPA DIRI SERTA BONGKAK. TETAPI PADA HEMAT SAYA HUKUMAN YANG TELAH DIBERIKAN OLEH ORANG MELAYU KEPADA UMNO/BN AGAK "TERLEBIH SUDAH".

ADA BANYAK PERKARA BAIK YANG UMNO/BN BUAT TETAPI TAK DAPAT DIWAR-WARKAN SECARA BEGITU BERLELUASA KERANA KAUM LAIN AKAN MEMBUKA MATA & UNTUK MEMELIHARA SENTIMEN NASIONAL. SEBAGAI CONTOHNYA BILANGAN PELAJAR MELAYU/BUMIPUTERA DI IPTA, DI LUAR NEGARA, BAGAIMANA CEO2 MELAYU BERPELUANG MENGETUAI GLC2, BAGAIMANA GRADUAN-GRADUAN BUMIPUTERA BERPELUANG BEKERJA DI FIRMA2 BUKAN MELAYU ATAS ALASAN KEPERLUAN PROFESIONAL & KUOTA, SEKOLAH2 BERASRAMA PENUH, BISISWA UNTUK PELAJAR MISKIN, BANTUAN UNTUK MEMBINA SURAU, MASJID, SEKOLAH2 AGAMA DAN LAIN2...

DANA YANG DIGUNAKAN ADALAH DARIPADA HASIL MAHSUL NEGARA DAN SEBAHAGIANNYA ADALAH DARI CUKAI YANG DIKUTIP DARIPADA GOLONGAN BUKAN BUMIPUTERA. KESAN DARIPADA DASAR ITU DAPAT KITA LIHAT SEKARANG WALAUPUN KAUM MELAYU/BUMIPUTERA MASIH BELUM MENCAPAI SASARAN 30% EKUITI NEGARA TETAPI SETIDAK2NYA KITA TELAH MENCAPAI SEKITAR 20%. INI JAUH LEBIH BAIK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN TAHUN 1969 DIMANA KITA HANYA MENGUASAI KURANG 5%.

JIKA LIBERALISASI DIJALANKAN SEPENUHNYA ADAKAH ORANG MELAYU/BUMIPUTERA DAPAT BERSAING DENGAN KAUM BUKAN BUMIPUTERA YANG RATA2 LEBIH KAYA DARIPADA KITA? WAIMA ORANG INDIA YANG MENDAKWA DIRI MEREKA DITINDAS/DIANAKTIRIKAN DI NEGARA INI MEMPUNYAI PENDAPATAN PERKAPITA YANG LEBIH TINGGI DARIPADA KAUM MELAYU! LIHAT SAHAJA PROFESYEN PEGUAM WALAUPUN ANAK2 MELAYU MEWAH DENGAN BIASISWA/PINJAMAN SERTA PELUANG BELAJAR DI IPTA BERBANDING KAUM LAIN, YANG TERKENAL DALAM BIDANG TERSEBUT ADALAH MEREKA DARI KALANGAN KAUM INDIA.

SEHINGGA KINI JIKA TIADA ARAHAN KUOTA BUMIPUTERA DI SESEBUAH SYARIKAT MILIK BUKAN BUMIPUTERA ADALAH SANGAT PAYAH UNTUK GRADUAN MELAYU/BUMIPUTERA MENDAPATKAN PEKERJAAN DI SANA, SESETENGAH MEREKA TANPA BERSELINDUNG MENGIKLANKAN CALON2 YANG BOLEH BERBAHASA “CANTONIS/MANDRIN” ADALAH DIUTAMAKAN.

TANPA GLC MILIK KERAJAAN, KITA BOLEH BILANG DENGAN JARI BERAPA BANYAK BANGUNAN PENCAKAR LANGIT MILIK “KITA” DI IBUNEGARA KUALA LUMPUR. PERLU DIINGATKAN BAHAWA GLC BUKAN MILIK MELAYU/BUMIPUTERA SECARA TOTAL! PILIHANRAYA 2008 TELAH MENYADARKAN ORANG CINA DAN INDIA BAHAWA MEREKA LEBIH BERUNTUNG JIKA MEMILIH PEMBANGKANG….DALAM BN PEMIMPIN2 CINA & INDIA DIKAWAL OLEH PARTI UMNO YANG LEBIH DOMINAN, TUNTUTAN MEREKA LEBIH TERKAWAL.

DI DALAM NEGERI2 DI BAWAH PAKATAN RAKYAAT, DI SETENGAH2 NEGERI INI PARTI DAP LEBIH KUAT DARI PKR & PAS, JADI SUDAH TENTU “TAWAR-MENAWAR” MEREKA LEBIH BESAR. DITAKUTI LEBIH BANYAK HAK ORANG MELAYU/BUMIPUTERA YANG AKAN TERGADAI. KALAU DULU JAWATAN YDP SETIAUSAHA MAJLIS ADALAH HAK MUTLAK KAUM MELAYU/BUMIPUTERA KINI TIDAK LAGI.

KELAK ATAS DASAR LIBERALISASI SEMUA RAKYAAT MALAYSIA AKAN MEMPUNYAI HAK TERHADAPNYA TETAPI AKAN TIADA LAGI ORANG2 MELAYU YANG AKAN MENJADI CEO2NYA. AKAN TIADA LAGI ORANG SEPERTI TAN SRI KHALID IBRAHIM (BEKAS CEO PNB & CEO GUTHRIE)....AKAN TIADA LAGI ORANG2 SEPERTI DATO’ SRI NIZAR (BEKAS SENIOR PENGURUS KANAN UDA)


ISAC

Tanpa Nama said...

SEPANJANG 52 TAHUN MEMERINTAH...UMNO WALAUPUN MEMBERIKAN SEDIKIT KELEBIHAN KEPADA KAUM MELAYU/BUMIPUTERA TETAPI DALAM MASA YANG SAMA TIDAK PERNAH MENGENEPIKAN KAUM2 LAIN....WALAUPUN PROJEK2 KERAJAAN DIBERIKAN KEPADA KONTRAKTOR BUMIPUTERA TETAPI KAUM LAIN TETAP MENDAPAT REZEKI DARIPADANYA.

MAIN CONTRAKTOR ORANG MELAYU, KADANG2 PUN JV DENGAN ORANG CINA/INDIA SAMADA TERANG2AN ATAU GELAP, SUB CONTRAKTORS/SUPPLIERS ORANG CINA, SUB-KONTRAKTOR JALAN ORANG INDIA, BURUH ORANG ASING, ENGINEER SEPARUH ORANG MELAYU...LAIN2 ORANG CINA/INDIA, KAKITANGAN KERAJAAN MEJORITI ORANG MELAYU...TETAPI BILA MEREKA INI HENDAK BERBELANJA UNTUK KEGUNAAN HARIAN SUPERMARKET CINA PUNYA, BELI PERABUT CINA PUNYA, PERGI PASAR PEMBORONG ORANG CINA, BELI RUMAH CINA PUNYA ADA KES MAKAMAH LAWYER ORANG INDIA DAN BERMACAM-MACAM LAGI....TAKKAN LAH MACAM INI PUN DIKIRA TAK ADIL....

KALAU NAK HARAPKAN ORANG MELAYU NAK DAPAT KONTRAK DENGAN SYARIKAT2 CINA/INDIA....BOLEH DAPAT KE? NAK MINTAK KERJA DENGAN DEPA PUN SUSAH....KECUALI JADI SALES GIRL/BOY KAT KEDAI2 MEREKA. ITUPUN ATAS STRATEGI PEMASARAAN....KERANA ORANG MELAYU YANG AKAN DATANG BELI PRODUK MEREKA.

TAK PAYAH PERGI PALESTINE, KITA TENGOK AJE JIRAN2 KITA....ORANG MELAYU MORO DI SELATAN FILIPINE, ORANG MELAYU DI SELATAN THAI, ORANG MELAYU DI SINGAPORE! ATAS NAMA DEMOKRASI, MERITOKRASI, LIBERALISASI MEREKA DI ANAKTIRIKAN....DI SESETENGAH NEGARA NAK BERANAK LEBIH DARI DUA ORANG PUN DIHALANG! INI SEMUA ADALAH KAEDAH PENGAWALAN....NAK MASUK UNIVERSITI TAK ADA DUIT...SO SELAMA2NYA LAH BODOH DAN TAK TERBELA.....MACAM KAT SINGAPURA...SETAKAT BANGGA AJELAH NEGARA MEREKA MAJU...JADI SEPERTI PAK KADOK "AYAM MENANG, KAMPONG TERGADAI"

KALAU NAK CUBA RASA APA YANG MEREKA RASA UNDILAH PEMBANGKANG....BIAR SEHINGGA MEREKA MENGAMBIL ALIH NEGARA INI...JIKA DULU PAS BEGITU MARAH APABILA CALON2 BUKAN MELAYU DILETAKKAN DI KAWASAN MEJORITI MELAYU OLEH BN KINI MEREKA PUN SAMA 2 X 5. KALAU DULU MEREKA KATA UMNO BANYAK BERALAH KEPADA MEREKA...TETAPI KINI PKR & PAS AKAN LEBIH BANYAK BERALAH KERANA MEREKA TIDAK DOMINAN.....

TUNGGU SAHAJA LAH....HARI ITU KIAN HAMPIR....JANGAN BILAH DAH TERSEPIT NANTI BARU MASA TULAH NAK MENGAMUK MACAM ORANG INDONESIA SEKITAR KEJATUHAN SOEHARTO DULU....MEMBUNUH, MEROGOL, MEROSAKKAN HARTA KAUM PENDATANG...."MINTAK DIJAUHKAN ALLAH, AMIN".....SALAH KAH KITA SUBA UNTUK MEMBERIKAN SEDIKIT BANTUAN KEPADA ORANG MELAYU/BUMIPUTERA YANG LEBIH MISKIN DAN PENDUDUK ASAL NEGARA INI?

ISAC

Wong Pencen said...

Abang Tuah

Saya tidak dapat bersetuju bahawa dengan tawaran yang Abang Tuah senaraikan, UMNO pasti memperolehi kemenangan besar. Saya kira sebahagian dari andaian ini memperkecil-kecilkan hak dan pertimbangan pengundi yang walaupun tidak semua bijak, tidak juga semua tidak bijak.

Patut Abang Tuah ingat bahawa bilangan pengundi Melayu lebih ramai. Ada antara mereka mengundi BN dan ada juga mengundi PR.

Ada pengundi BN yang mengundi BN kerana BN sebagaimana ada pengundi PR mengundi PR kerana PR.

Dalam masa yang sama ada yang mengundi BN kerana ISU dan TAWARAN sebagaimana ada mengundi PR kerana ISU dan TAWARAN.

Kelompok yang mengundi kerana parti tidak dapat diasingkan dari kelompok yang mengundi kerana isu. Ini bermaksud, sampai bila-bilapun kita tidak boleh mengenalpasti berapa ramai yang mengundi kerana parti dan berapa ramai pula yang mengundi kerana isu.

Jika kita ambil kira faktor lain seperti calon, jentera kempen, kepimpinan dan sebagainya, lebih sukar lagi kita mahu menentukan apa yang pengundi undi.

Kembali kepada tawaran yang Abang Tuah senaraikan, yang mana satu boleh menarik pengundi Melayu. Bolehkah tawaran-tawaran itu menarik pengundi Melayu untuk mengundi UMNO.

Pada pandangan saya tawaran-tawaran tersebut akan menyebabkan pengundi Melayu lebih jauh dari UMNO. Ada kemungkinan, sekiranya ia benar-benar ditawarkan, pengundi Melayu yang biasanya mengundi UMNO pun akan beralih cara penilaiannya. Mungkin juga akan beralih undiannya.

Saya menyatakan begini kerana berapa orang Melayu yang suka TPM bukan Melayu. Berapa kerat Melayu yang suka hak keistimewaan Melayu dimansuhkan. Berapa ramai Melayu yang suka Malaysia jadi republik.

Berapa ramai Melayu yang suka nama ALLAH dikongsi guna oleh penganut ugama lain. Berapa ramai Melayu yang mahu definasi ALLAH di samakan dengan tuhan ugama lain. Saya juga pasti tidak ramai Melayu yang suka DEB dihapuskan walaupun ramai pengundi sendiri tidak faham apa itu DEB sebenarnya.

Dipandang dari sudut memenangi undi bukan Melayu, mungkin tawaran itu akan berkesan. Namun sebaik sahaja tawaran itu diumumkan, UMNO mungkin akan kehilangan lebih banyak undi.

Untuk UMNO mengembalikan kemenangan di masa akan datang, berhentilah menyalahkan pihak lawan. Bina kekuatan UMNO sendiri supaya kepercayaan orang ramai terhadap UMNO akan kembali.

Bina kekuatan dalaman UMNO supaya di masa-masa akan datang UMNO boleh memenangi pilihanraya hanya dengan berdiri di atas kekuatan tanpa perlu memijak dan merendahkan lawan.

Pada masa itu barulah UMNO boleh benar-benar menang kerana kuat dan bukan menang kerana lawan yang lemah. Perbezaan antara kedua-dua jenis kemenangan ini sebenarnya sangat jauh.

Saya percaya UMNO tidak akan mahu disamakan dengan seorang lelaki yang menang bertumbuk dengan seorang wanita. UMNO sudah pasti tidak mahu dipandang remeh sebagaimana seorang dewasa yang menang bertumbuk dengan seorang kanak-kanak.

PARPUKARI said...

BRO TUAH, PERBINCANAGAN HARI TU HARUS DITERUSKAN LAGI....KITA KENA MULA DARI SEKARANG OK!

AbgTuah said...

SALAM DAN SELAMAT SEJASTERA...

TERIMA KASIH ISAC DAN WONG PENCEN BLOG TUAH KELIHATAN LEBIH MERIAH DENGAN KEHADIRAN SAUDARA SEMUA...TIDAK DAPAT DINAFIKAN SEMEMANGNYA BERNAS DAN BERFAKTA KOMENTAR ANDA.

YE BENAR PENDAPAT BRO PARPU..PERTEMUAN SUSULAN PERLU DIADAKAN BAGI MENYELARAS DAN MENYUSUN BARISAN KITA.INSALLAH..KITA AKAN USAHAKAN.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online