ALOR GAJAH 4 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa menyiasat dakwaan salah laku Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung tindakannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya berhak berbuat demikian kerana beliau termasuk dalam kategori penjawat awam.
“Sivakumar tidak kebal daripada tindakan undang-undang jika dibuktikan melakukan sesuatu di luar amalan biasa tugas rasmi beliau,” tegasnya.
rujuk utusan online.
PENULIS PELIK APA YANG BERLAKU KEPADA PIHAK FUCKATAN RAKYAT PERAK. MEREKA KELIHATANNYA BETUL-BETUL ENGGAN MENERIMA SECARA POSITIF ATAU DALAM ISTILAH ISLAMNYA KADA DAN KADAR SESUATU KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT DYMM SULTAN YANG TELAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TUBUH DAN PERLEMBAGAAN.
DALAM USAHA MEMBANTAH KELIHATANNYA BERBAGAI-BAGAI TINGKAH LAKU PELIK-PELIK YANG DILAKUKAN, SEBAGAI CONTOH:
MEMOHON DERHAKA BAGI MEMBUBARKAN DUN YANG SEOLAH-OLAH ENGGAN MENERIMA KEPUTUSAN YANG DI BUAT OLEH DYMM SULTAN PERAK.
MEMBANTAH PERLANTIKAN MB BARU DENGAN MEMBUAT PERARAKAN KEISTANA DAN CUBA PULA MENGHALANG KENDERAAN RAJA MUDA KEISTANA BAGI MAJLIS PERLANTIKAN DAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH MB BARU.
ENGGAN PULA KELUAR DARI KEDIAMAN RESMI DAN MEMULANGKAN KEENDERAAN RESMI.
TETAP CUBA HADIR BANGUNAN SUK NEGERI DAN PEJABAT MENTERI BESAR WALAU PUN SUDAH TERPECAT.
MENGADAKAN MESYUARAT DILUAR DUN BAGI TUJUAN MENGANTUNG DATO DR ZAMBRI MB YANG SAH BERSERTA EXCONYA.
TIDAK MEMBENARKAN MB BARU DAN EXCO MASUK MENGHADIRI APA-APA SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI.
MEMECAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI YANG MENJALANKAN TUGAS DENGAN MENGIKUT PERATURAN.
CUBA MEREMPUH SEKATAN PIHAK BERKUASA UNTUK MEMASUKI BANGUNAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI MENJALANKAN SIDANG TERGEMPAR YANG TIDAK MENDAPAT PERKENAN BAGINDA SULTAN PERAK.
KELIHATAN MENGADAKAN SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI DIBAWAH PERPOHON KAYU DAN MENGIKUT PANDANGAN BEBERAPA PIHAK IANYA TIDAKLAH SAH.
BEKAS MB PERAK NIZAR AKAN CUBA MEMOHON BAGI MENGADAP SULTAN PERAK BAGI MENYAMPAIKAN KEPUTUSAN SIDANG DIBAWAH PERPOHON KAYU YANG TIDAK SAH TERSEBUT.
APA LAGI YANG AKAN DILAKUKAN OLEH MEREKA-MEREKA NI. TAK HABIS-HABIS MEREKA DENGAN TINGKAH LAKU YANG MENYAKITKAN MATA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERETIKA, BERPERATURAN DAN CINTAKAN KEDAMAIAN. SEBENARNYA RAKYAT NAMPAK APA YANG MEREKA LAKUKAN HANYA BERMAIN POLITIK DENGAN MENGUJUDKAN SEGALA DALIL DAN ALASAN HANYA BAGI MENGHALALKAN CARA DAN DEMI KEPENTINGAN POLITIK SAHAJA.
SUDAH-SUDAHLAH…APA YANG HENDAK DIKECOH-KECOHKAN LAGI, BUAT MALU COMPANY AJE…JADILAH RAKYAT YANG BERFIKIRAN POSITIF SERTA BERETIKA.. LAGI PUN BUKANKAH KES INI DAH JADI KES MAHKAMAH MAKA TUNGGU SAHAJALAH KEPUTUSAN DARI MAHKAMAH TERSEBUT.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
5 Comments:
Memorundum Untuk YB Datuk Mukhriz
Tidak tahu bagaimana mahu saya luahkan perasaan yang bermain di dalam jiwa saya ketika ini dan tidak dapat saya terjemahan betapa maruah diri sebagai Pemuda Melayu UMNO yang sememangnya menyokong YB Datuk sebelum ini merasa kecewa , saban hari sokongan saya terhadap YB Datuk terhakis sedikit demi sedikit , walaupun saya mencuba untuk memujuk hati saya yang sering berkata apakah benar ini cara kepimpinan YB Datuk . Saya sukar mempercayai apabila kelemahan YB Datuk kian ketara dan kali ini saya tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan saya dan maafkan saya YB Datuk kerana saya terpaksa berterus terang membantah dan menyifatkan YB Datuk adalah lemah dan tidak langsung patriotik.Komen YB Datuk baru-baru ini meletupkan segala yang terbuku di dalam hati dan saya tidak lagi mempu untuk menjadi hipokrit dan terpaksa saya luahkan kepada YB Datuk.
YB Datuk
YB Datuk mahu BN berkomompromi dengan kerajaan PR, Apakah giilanya cadangan ini. Kita bukan bacul dan kita bukan penakut. BN berkompromi dengan kerajaan PR adalah sesuatu yang terakhir dan yang tidak mungkin terlintas di mana-mana pemikiran manusia yang mengakui diri mereka sebagai Pemuda UMNO yang bermaruah. ,Tahu kah YB Datuk , Inilah sebenarnya yang mereka tunggu kenyataan dari seorang pemimpin UMNO yang memberikan mereka ruang dalam melebarkan kemelut yang sepatutnya sudah berakhir . Bagaikan orang batuk di sorong bantal , Datuk telah memberikan mereka nafas , Datuk telah menghalalkan perbuatan mereka melanggar titah Sultan Perak. Datuk seolah-olah membenarkan dan merestui perbuatan salah mereka.
Sebenarnya YB Datuk, Tiada kompromi kepada titah Sultan. Tiada kompromi dalam perlembagaan. Ini hak sultan . Tiada siapa yang berhak mempersoalkan . Titah Sultan patut dipatuhi dan tiada alasan lain melainkan akur kepada titah Sultan. Kerajaan BN juga terpaksa akur dengan hak yang ada pada Sultan apabila 3 Menteri Besar negeri adalah pilihan Sultan , Negeri Johor , Terengganu dan Perlis, Jika BN sebagai kerajaan akur dengan titah Sultan , tiada kata dua bagi mana-mana negeri untuk mencari alternatif lain seperti enggan akur kepada titah Sultan. Tiada istilah kompromi dalam menentukan undang-undang dan perlembagaan .
Cadangan Datuk ini membayangkan kelemahan kita, sebenarnya adalah cadangan yang tidak masuk akal dan seolah-olah YB Datuk juga menghalalkan mereka dan menghina Sultan.. Sebagai Calon Ketua Pemuda cadangan YB Datuk ini terlalu dengkel dan tidak langsung mencerminkan suara Pemuda UMNO. Pemuda UMNO tidak lemah dan dengkel.
Apa yang dilakukan oleh Nizar dan kerajaan PAS adalah sesuatu yang salah dan BN sememangnya hak BN menjadi kerajaan apabila mempunyai majoriti lebih dari PR. Kenapa perlu kerajaan BN berkompromi dengan PR? Apa yang sebenarnya di katakan oleh YB Datuk bahawa tidak adil kepada rakyat? Majoriti berpihak kepada BN , ini adalah terjemahan rakyat dan majoriti berhak menjadi kerajaan , apa yang tidak adil kepada rakyat, apakah dengan parti yang tidak mempunyai majoriti menjadi kerajaan dikatakan adil… Ketika PR menjadi kerajaan dengan majoriti yg tipis , mengapa YB Datuk langsung tidak mempersoalkan hal-hal ini. Alasan ini terlalu lemah , terlalu lemah untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.
Kami tidak mahu menjadi Pemuda yang lemah, kami tidak mahu di katakan bacul, hak dan hakiki telah nyata dan terang bahawa BN layak menjadi kerajaan. Sultan telah perkenankan dan itu sebenarnya noktah kepada semua, YB Datuk jangan pertikaikan dan jangan bawa Pemuda menentang Raja Melayu pula , Cukup dengan bangsa Melayu dalam PR menentang Raja , Kami enggan menjadi Melayu bacul. Saya berharap YB Datuk menarik balik komen YB, Kami menjunjung perentah ke bawah Raja-Raja Melayu, Daulat Tuanku...... Daulat Tuanku ... Daulat Tuanku.....
Inilah Komen yang saya maksudkan.
Sementara itu, Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno berpendapat kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya “tidak adil” kepada rakyat negeri itu.Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.
“Buat masa ini seolah olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat,” katanya ketika di temubual dalam program “Kerusi Panas” di Radio 24 petang ini.Mukhriz, calon Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir bulan ini, mengulas soalan SMS yang diutarakan pengendali program itu, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai tindakan sesetengah calon menggunakan isu Perak untuk menjadi popular.
Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat “sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan” untuk mentadbir negara dengan berkesan.
“Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak,” katanya.Mukhriz berkata memandangkan kedua dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah
Daripada Pemuda kecewa
Tuan Pemuda Kecewa,
Mukhriz cuba memberi option. Itu pun tak boleh? Ini parti demokrasi ke atau kuku besi? Masalahnya projek najib ni seharusnya dibuat macam kata bidalan "tarik rambut dalam tepung, tepung jangan bersepah" ini bukan saja tepung bersepah, rambut pun tak tau dok kat mana. Otai otai umno dulu kalau buat projek cukup licik, bawak balik musa ahmad dari peking, operasi ambil alih guthrie, selesaikan tebusan tentera merah jepun, tambat ringgit tahun 98...WOW- kata p.ramlee...memang pandai. Ini najib buat..macam macam kecoh la"maksud 70% rakyat perak muak dengan politik tu" adalah muak dengan kekecohan, bukan suka zamry atau nizar. Lu ni nak tafsir laporan pun hura hara, camna nak tafsir between the lines? Oh...lupa, ku cuma pemuda yang tahu mesamseng sajer. Yang aku perati...udah la keputusan sekat speaker buat jam 4 petang, sidang jam 10 pagi, lepas tu tak mintak injunksi batalkan keputusan sidang, malah keluar arahan lepas ni tak boleh sidang...sampai bila? tak de tarikh akhir...sampai kiamat la tak boleh sidang, tak kira BN ke atau Fuckatan Riot (PR). Last sekali cek punya cek, hakim pulak dah expired masa penghakiman...ini lagi bebal..... Korang ni sibuk nak meeting MT je ke sampai tak sempat nak cek detail details yang kecik ni tapi ada kesan besar? Atau sibuk politik wang?
Navy pencen
Oh ada jugak anak bapak kat sini.
Itu sultan tamil sudah berkuasa. BANGGA MEREKA dapat menyaingi perintah sultan. Tetapi sultan tamil itu lupa bahawa dia sebenarnya cuma penjawat awam. Tapi hendak menunjuk kuasa sebagai sultan. Pigi dah!
Pemuda UMNO dituduh mengugut dengan peluru dan dibilang ‘celaka’.
Mana-mana Pemuda, kiranya bertembung dengan Karpal, pasti menuntut kenapa tanpa soal-siasat, di Dewan Rakyat di mana semua sebutan dirakam dalam “Hansard”, Pemuda UMNO dituduh bukan-bukan dan digelarnya ‘celaka’.
Mungkinkah ada yang sabar kiranya Karpal di depan mata? Ada. KP2 UMNO Selangor yang berdepan Karpal hari itu MEMOHON penjelasan dengan hormat kepada Karpal sebagai orang tua & Pengerusi DAP.
Namun KP2 ini kini dicela. Tidak lagi. Kita pertahankan nama baik kawan2 di Selangor melalui http://www.thoughtsintangents.blogspot.com dan http://www.lattsharizan.com.
Post a Comment