PENDEKAR-PENDEKAR GAGAH BERANI BERDIRI MENJADI BENTENG MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN KEBENARAN.
PENDEKAR-PENDEKAR BERKATA:
“MUNDUR KAMU WAHAI PENGKIANAT BANGSA…”
“AKAN TETAP KAMI HALANG NIAT DAN HASRAT BUSUK KAMU….”
“TAK MUNGKIN KAMI BERUNDUR WALAU SELANGKAH …”
“DAN TIDAK KAMI BENARKAN WALAU SEINCI TANAH PUSAKA ZAMAN INI DIROSAKAN OLEH KAMU WAHAI PENGKIANAT NAN DURHAKA….”
HEI KERSANI..MENGALIRLAH DIKAU..MENJADI RAKSA MENGISI BELIKAT TUBOH KAMI..AGAR BISA KAMI BERDIRI..GAGAH BAGAIKAN LAKSAMANA MELAYU..AGAR BISA KAMI MENGHALANG SEKELIAN PENGKIANAT NAN PENDURHAKA…
PATAH SAYAP..PARUH BERTONGKAT PARUH..TETAP KAMI PERTAHANKAN JUA RAJA-RAJA MELAYU…
ITU SUMPAH PENDEKAR KAMI.!!!!
Penafian:
Penulisan dan illustrasi adalah hasil imaginasi penulis sahaja dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati.
PENDEKAR-PENDEKAR BERKATA:
“MUNDUR KAMU WAHAI PENGKIANAT BANGSA…”
“AKAN TETAP KAMI HALANG NIAT DAN HASRAT BUSUK KAMU….”
“TAK MUNGKIN KAMI BERUNDUR WALAU SELANGKAH …”
“DAN TIDAK KAMI BENARKAN WALAU SEINCI TANAH PUSAKA ZAMAN INI DIROSAKAN OLEH KAMU WAHAI PENGKIANAT NAN DURHAKA….”
HEI KERSANI..MENGALIRLAH DIKAU..MENJADI RAKSA MENGISI BELIKAT TUBOH KAMI..AGAR BISA KAMI BERDIRI..GAGAH BAGAIKAN LAKSAMANA MELAYU..AGAR BISA KAMI MENGHALANG SEKELIAN PENGKIANAT NAN PENDURHAKA…
PATAH SAYAP..PARUH BERTONGKAT PARUH..TETAP KAMI PERTAHANKAN JUA RAJA-RAJA MELAYU…
ITU SUMPAH PENDEKAR KAMI.!!!!
Penafian:
Penulisan dan illustrasi adalah hasil imaginasi penulis sahaja dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati.
23 Comments:
heeeeiii..tuah lebeh baik ko turun..kalo ko tak turun aku jebat yang turun..ciisss..pendikar konon..pendikar kucarkacir..
kalo ko nak tahu tanah orang2 melayu memang banyak yang tergadai sejak dari 50 tahun umno perintah.
woitt Jebat..kenapa pula aku yg kena turun pulak..
kau nih langsung tak ikut script ..buta sejarah..
kau nak turun kemana lagi..6 kaki bawah tanah ke .?? kahkahkah
kau nih betul-betul naivelah..mana ada tanah yang berstatus rezab melayu tergadai..
tanah yg tergadai tu tanah kepunyaan sendiri..mungkin ahlil PR yg tarak wang..jual tanah..
kahkahkah
HIDUP ABANG TUAH!!!
MARI KITA MUSNAHKAN FUCKATAN RIOT YANG MENJILAT KUNYIT SIAN DAN MALAM NI...
SALAM PARPUKARI...
TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN...BEGITULAH HENDAKNYA..KITA TETAP BERIKAN SOKONGAN JITU PADA SESIAPA JUA YANG BERANI MENJADI WIRA PEMBELA AGAMA BANGSA DAN NEGARA..
melayu pr cuma berani dengan sesama melayu saja.
dengan bukan melayu, depa takut. sanggup gadai marua
kononnya umno yang gadai tanah sejak 50 tahun. tapi depa gadai, tak apa ka?
tak kanlah kalau umno dah gadai (kalau betullah), depa pun nak gadai juga.
depa punya argument selalunya suka tuding jari pada orang lain. haprak betul.
depa biar melayu bn ke depan pertahankan agama dan bangsa. depa duduk di belakang saja, jadi parasit.
apa-apa kejayaan melayu, depa juga tumpang sekaki.
Kita bertanggungjawab terhadap bumi Malaysia ini kerana ia adalah Tanah Melayu. Kita bersatu menantang fitnah Dajjal PKR & PAS yg berselindung dibalik Islam yang suci dan demokrasi ala DAP laknatullah.
View Profile: Rantong™
SALAM..RANTUNG
SHABAS..YE.USAH KITA BIARKAN MEREKA BERMARAJALELA..JANGAN BIARKAN TINDAKAN BIADAP DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MEREKA MEROSAKAN APA YANG TELAH TERBINA..
Teruskan Tuah. pengkhianat harus dibanteras. Virus, spyware dan trogen horse ini, harus dibasmi dengan anti virus dan juga anti spyware yang berkesan.
Tuah...gambor ni bestla....selempang merah, macam RSM aku masa latihan kedet, garang woi, tapi perot slim tak boroi macam ayahanda tu..teringat lagi aku akan pesan dia...DALAM PADANG KAWAD INI, KAMU SAYA PUNYA...MAK BAPAK KAMU PON TAK BOLEH CLAIM KAMU ANAK DIA DALAM SQUARE INI...PAHAM TU SKOT??? PAHAM SETAP....
Kamu bengong juga ye tuah...kamu pergi ke JB, cek berapa banyak tanah rezab melayu kg. majidee dah kena komersil-yang paling jelas pasaraya extra...dulu tu tanah rezab melayu la.., kamu pi cek pejabat UMNO jb yang asal tepi sungai seget, dah pindah sebab muhyidin dah jual tanah itu. Busuk busuk aku pon, aku berjaya beli rumah kat pasir putih ipoh,dari nyonya cina...itu sumbangan aku untuk mantapkan harta melayu perak....aku bangga beli dari cina bukan pasal aku kuat kederat tapi aku ada sikit ilmu yang memampukan aku beli dari cina.
Dari muka ayahanda tu itu terpancar kecetekan ilmu (maaf jika aku salah. boleh kasi curriculum vitae?) Percayalah...kekuatan bangsa hanya akan datang dari penguasaan ilmu bukan kudrat, cukupla dengan nostalgia silam tu tuah, aku tak pernah terbaca pun tuah ke, jebat ke menobatkan ilmu kecuali ilmu silat untuk gasak orang saja...tu pasal kerajaan melaka tak hidup lama....kerajaan melayu seterusnya pon banyak kena tipu dengan orang putih...sebab bodoh tak berilmu....dah baca camna pulau pinang dapat kat francis light? dah baca camna pulau temasek diduduki oleh raffles, dah baca camna pulau tekong tergadai oleh anak raja johor sebab kalah sabong ayam? sekarang pulau tekong jadi tempat simpanan kereta kebal singapura, radar girrafe pon boleh dilihat dari pantai tanjong pengelih. dah baca sejarah perjanjian pangkor? aku malu jadi melayu,,,tapi aku dah beranak sebagai melayu...baikla aku cari jalan tegakkan bangsa melayu...tapi aku dah sokong umno 50 tahun, macam tu jugak....camna ekkk...lepas ni umno lagi ok ke KO?
Navy pencen
yelah..mungkin UMNO tu tak baik..
tapi..kau yakin sangat ke PR tu lebih bagus..
10 bulan memerintah prestasi PR bukan aje sangat BAGUS tapi dah melonjak ke peringkat BOGUS..
Umno bukan mungkin tak baik tapi memang nyata tak baik.Tengok gambar ni semua samsing-samsing upahan umno yang meniupkan api perkauman. Dimasa PR cuba memnyatukan perpaduan diantara kaum diMalaysia. Umno cuma nak mencecuskan pergaduhan dengan samsing-samsing yang diupah. Tidak heranlah Karpal Sing kata PEMUDA UMNO CELAKA!!!
10 bulan memerintah di negeri-negeri pakatan penuh dengan ganguan, dengki, khianat dan berbagai fitnah yang dilakukan oleh pehak umno yang tidak dapat menerima kenyataan kekalahan mereka. Ingatlah rakyat sudah tidak menerima umno. Umno telah gagal menyerpurnakan segala janjinya kepada rakyat. umno gagal menunaikan tanggungjawabnyaa. Khusus kepada orang melayu.Topeng Melayu yang dipakai umno telah terbuka dan nampak wajah sebenar Umno buruk dan hina sekali wajah di selalik parti melayu itu.
Pemansuhan tulisan jawi yang menjadi warisan Melayu telah dilupakan.Kini bahasa Melayu sebagai benteng akhir warisan Melayu yang tinggal. Hang Tuah sanggup menyerahkan Tun Teja yang amat menyintainya kepada sultan untuk dijadikan gundiknya... Setia orang bangang .....
mARI RENUNGKAN........
Pada satu ketika dahulu hampir kesemua manusia Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu ini telah meletakkan taat setia mereka kepada Raja dan Sultan. Ini pada satu ketika dimana manusia Melayu bergantung hidup dengan bercucuk tanam. Sistem feudal – yang bertaat setia kepada raja dan sultan - hanya berakar umbi dengar subur dalam dunia pertanian.
Hari ini Malaysia kita telah berubah menuju ke arah negara perindustrian. Mata pencarian warga tidak lagi hanya bergantung dengan bercucuk tanam. Dari angka bancian, ekonomi negara kita kini terbahagi dua – 50/50 – untuk peratus pertanian dan industri. Kebergantugan kepada sawah dan ladang makin berkurangan.
Justeru semakin kukuh dan meluas ekonomi perindustrian maka semakin longgar dan kurang taat setia warga kepada Sultan dan Raja. Ini hukum alam yang tidak ada sesiapa yang dapat mengubahnya.
Manusia Melayu tradisional sama seperti bangsa-bangsa pertanian yang lain dalam dunia ini akan menunjukkan taat setia kepada sesiapa sahaja yang dinobat dan dirajakan. Kesetiaan kaum tani Melayu tradisonal terhadap Raja dan Sultan bukan tidak bersebab – ada sebab musababnya. Taat dan setia ini muncul kerana punca ekonomi. Keperluan ekonomilah yang menjadikan manusia Melayu setia kepada Raja dan Sultan.
Manusia Melayu setia kepada Undang, Raja atau Sultan kerana susuk-susuk yang telah dinobatkan ini dapat menjamin keselamatan mereka untuk bercucuk tanam. Susuk-susuk ini memiliki juak, pendekar, balaci dan ghurkha yang mengikut arahan. Balaci-balaci ini juga setia kepada Raja atau Sultan kerana kepentingan ekonomi. Taat setia timbul kerana mereka mendapat habuan dan diberi makan oleh Undang, Raja atau Sultan.
Dalam masyarakat Melayu tradisional ekonomi mereka hanya berhuma dan bercucuk tanam secukup hidup. Tidak wujud nilai ringgit, dinar dan dolar. Ekonomi yang bersandar dengan duit dan dinar hanya muncul kemudian apabila datangnya kapal dan jong peniaga-peniaga dari negari Atas Angin.
Apabila kuasa kolonial British sampai maka muncul satu lagi kuasa yang memiliki kudrat yang lebih besar dari kuasa Raja-Raja Melayu. Dalam sekelip mata struktur feudal Melayu berubah. Kuasa kolonial British memperkenalkan sistem ekonomi yang menggunakan nilai ringgit dengan lebih meluas. Ini terus membunuh dan mengalih asas ekonomi sistem pertanian feudal kepada sistem ekonomi kapitalis.
Hukum dan syarat ekonomi kapitalis menjadikan Raja atau Sultan Melayu berrela hati untuk bertaat setia kepada Baginda Queen. Taat setia ini samalah seperti manusia Melayu bertaat setia kepada Raja Melayu – kerana ekonomi. British memberi duit makan kepada Raja-Raja Melayu. Keselamatan Raja dan Sultan dijaga oleh senapang dan meriam British yang kuasa ledaknya beribu kali lebih hebat dari lembing dan keris juak-juak istana.
Apabila British berundur struktur ekonomi kapitalis telah berkembang luas. Buruh dari Cina dan India telah menetap di Tanah Melayu. Mereka datang untuk memburuh. Kaum imigran ini telah terputus dari sistem feudal tanah tumpah darah mereka. Kesetiaan mereka pastilah kepada tuan empunya ladang getah atau towkay lombong. Jika tuan empunya ladang atau lombong gagal menjaga ekonomi mereka maka taat setia mereka akan beralih kepada kesatuan buruh yang akan mempertahankan hak-hak mereka. Kepimpinan kesatuan buruh ini dipilih oleh mereka mereka sendiri. Sultan atau Raja tidak wujud malah bagitu asing dalam budaya kaum buruh imigran.
Perkembangan sistem ekonomi kapitalis di Tanah Melayu telah juga memaksa manusia Melayu menjual tenaga mereka untuk mencari makan. Mereka berbondong-bondong meninggalkan kampong kerana tarikan peluang untuk bekerja yang wujud di bandar. Budaya bandar bukan lagi bersetia kepada Undang, Raja atau Sultan. Di bandar sesiapa membayar upah maka dialah yang akan mendapat kesetiaan itu.
Perubahan budaya Melayu ini berlaku juga di semua rancangan Felda. Mungkin ada yang silap faham kerana di Felda kelihatan ekonominya masih menggarap bumi dengan bercucuk tanam. Betul, memang peneroka Felda menggarap bercucuk tanam tetapi bercucuk tanam untuk barangan expot bukan untuk ditanam dan makan sendiri. Justeru manusia Melayu di Felda kini telah menjadi buruh petanian – sama seperti buruh India di estate pada satu ketika dahulu. Peneroka Felda kini telah terikat dalam sistem ekonomi kapitalis global.
Dalam masa yang sama manusia-manusia Melayu di Felda telah tercabut dari akar umbi budaya kampongnya. Peneroka didatangkan dari pelbagai wilayah dan negeri ertinya mereka terputus kesetiaan kepada struktur kepimpinan kampong tradisional. Akhirnya di kawasan Felda muncul struktur kepimpinan baru – kepimpinan yang akan muncul bukan kerana derajat atau keturunan tetapi dipilih dan diundi.
Datuk Undang, Raja atau Sultan semakin tidak memainkan peranan ekonomi untuk manusia Melayu. Malah kaum feudal sendiri mula bergantung dengan kaum pemodal kapitalis. Kerana ini kita selalu mendengar cerita-cerita lawak bagaimana Raja atau Sultan Melayu untuk mencari makan terpaksa menjual gelaran Datuk kepada towkay-towkay. Lihatlah betapa merosotnya nilai kaum feudal Melayu.
Harus di sedari bahawa peranan Raja-Raja Melayu menjaga agama dan adat istiadat Melayu ini hanya di wujud dan di lembagakan oleh British. Peranan ini dilembagakan untuk memastikan kepentingan ekonomi kolonial tidak diganggu gugat.
Jika kita membaca kitab dan menyelidiki sejarah Melayu lama, kita akan dapat melihat bahawa peranan Sultan atau Raja ini amat minimal dalam budaya Melayu. Peranan sebagai ‘pelindung agama’ tidak wujud langsung. Dalam Islam pemimpin agama dipilih bukan melalui darah keturunan tetapi dari mereka yang bertakwa. Malah manusia Melayu telah melihat gaya hidup Raja atau Sultan Melayu ini amat bertentangan dengan falsafah agama Islam itu sendiri.
Semenjak tahun 1957 manusia Melayu telah mula berkumpul dalam badan politik moden. Organisasi politik ini telah berjaya dan di yakini untuk menjadi punca ekonomi manusia Melayu. Justeru manusia Melayu telah berkampong di bawah United Malays National Organisation. Ini kerana mereka dapat mencari makan. Sekali lagi terbukti kesetiaan muncul kerana keperluan ekonomi.
Justeru apabila United Malays National Organisation melupuskan kekebalan Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 tidak banyak tentangan dan rintangan datang dari manusia Melayu. Kekebalan Raja ini dilupuskan kerana kuam feudal ini dilihat sedang menjadi penghalang untuk perkembangan kepentingan ekonomi kapitalis.
Manusia Melayu melihat punca ekonomi mereka akan lebih terjaga di bawah payung United Malays National Organisation dan bukan dari kaum feudal Melayu. Ini membuktikan bahawa kepentingan ekonomi manusia Melayu telah melintasi mitos cinta setia tidak derhaka kepada Raja atau Sultan.
Kebelakangan ini `tiba tiba kita mendengar kembali suara-suara untuk mengembalikan kekebalan Raja-Raja Melayu. Ini tidak menghairankan – pada satu ketika dahulu orang yang sama juga telah berkempen untuk melupuskan kekebalan ini. Hari ini mereka ini mengembalikan kekebalan Raja Melayu. Kenapa?
Jawabnya bukan kerana mereka cinta buta kepada Raja dan Sultan tetapi kerana punca ekonomi mereka semakin mengecil dan ada yang telah hilang dapor mencari makan. Mereka berharap Sultan dan Raja ( yang mereka tongengkan dahulu ) akan menjadi benteng untuk mempertahankan kepentingan ekonomi mereka.
Ekonomilah yang melahirkan budaya bangsa. Punca ekonomi orang Melayu telah berubah justeru kesetiaan mereka juga akan berubah sama. Manusia Melayu tidak mungkin lagi akan menyembah buta Raja atau Sultan. Zaman itu telah berakhir. Mengundurkan manusia Melayu kembali ke zaman feudal adalah mustahil.
Mewarta dan mengAktakan pelbagai bentuk undang-undang agar manusia Melayu kembali setia kepada Raja dan Sultan juga amat mustahil. Tetapi perangai dan tingkah laku Raja dan Sultan boleh berubah jika mereka memiliki kesediaan untuk mempertahan dan menyebelahi kepentingan orang ramai
Navy pencen
ANON 10.20..
KAU JANGAN NAK TEMBERANGLAG MENGATAKAN PAS..PR..MENYATU PADUKAN SEMUA KAUM..
TU YG BERTUMBUK DI ADUN PKR DAN DAP ISU PENDIRIAN SURAU TU PERPADUAN KE?
YANG OSMAN DAN JAMALUDDIN TERASA HATI DEK ADUN DAP TU APA KE HALNYA..
YANG AKU NAMPAK BNLAH YANG PALING TEGUH PENYATUAN KAUMNYA.
SEBENRANYA NAK AKU TEGASKAN DISINI..PAS HANYA CUBA MEMPERGUNAKAN DAP..TAPI PAS TAK TERDAYA..
DAP PULA CUBA JUGA MEMPERGUNAKAN PAS..CUBA KAU FIKIR KALAU TIDAK KERANA INGIN MEMERINTAH HENDAK KE DAP TU BERSEKUTU DENGAN PAS YANG MEUAR-UARKAN HUKUM HUDUD DAN PKR..
PKR MEMPERGUNAKAN KEDUANYA SEKALI..
DAP MEMPERGUNAKAN PAS DAN PKR
PKR MEMPERGUNAKAN DAP DAN PAS
YANG PALING TONGGONG SEKALI IALAH PAS..DIPERGUNAKAN OLEH KEDUA-DUA..
Navy pencen..
Sia-sia kau menjadi bekas tentera..pegawai pula tu..
Kelihatan penulisan kau benar-benar penulisan pendurhaka..hanyir betul sikap kau ni..
Kau ni tak layak jadi warga Malaysia..kau tak faham rukun Negara dan perlembagaan..
Kalau kau pertikaikan UMNO/BN aku tak kisah..itu hak kau nak memilih parti mana pun..
Tapi perbuatan kau ni dah melampau..
Kau mempertikaikan Raja-Raja Melayu itu itu BAPA MELAYU
Kau sebenranya buta sejarah..kau tak kenal asal usul BAPA MELAYU..
Kau tak faham langsung pertalian dan kesinambungan BAPA MELAYU dengan penyebaran Islam di nusantara ini..
Kau tak faham TALKIN amanat yang sanggup diterima dan ditanggung oleh BAPA MELAYU..
AKU SERTAIKAN RUKUN NEGARA AGAR ENGKAU INSAF..
1. KERPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANANAN DAN KESUSILAAN.
CIRI-CIRI TERSEBUT ADA KE PADA KAU WAHAI NAVY PENCEN..?
Dia boleh insafkah? Dia dah sesat tu. Disesatkan oleh partinya.
Tuah, cepatnya ko mengkafirkan aku ekkk....RUKUNEGARA ye?
Yang nombor satu tu tak sanggop le aku gadaikan apa jadi sekalipon...itu aku dengan Dia....ko mana tau apa aku cakap ka Dia kan?
Yang nombor 2 tu ada variable, 1 boleh ubah satu lagi tetap la pendirian aku, Setia pada negara wajib, setia pada Raja? nanti aku tanya kavita kaur, kena setia ke...
Yang nombor 3 tu, wajib, tapi benda ni dah banyak kena rogol, aku belum rogol lagi aarr..antara yang kena rogol adalah bahasa, dah tu parti kaum aku tak guna bahasa aku dia guna bahasa london...United Malays National Org...ini macam manchester united.
No. 4?....pon aku belum rogol lagi...Correct, koreck, korek...yes u are correct...kalau tak mau tanya sama hud-hud, tanya sama VK lingam.
No. 5...aku kurang paham sebab dari kecik bapak aku selalu besit aku kalau tak sopan atau tak susila....mungkin yang ini aku kena ngaku aku tak sure la Tuah
Percaya ke kita pada Tuhan? Ko tentu percaya, aku pon, kita sama tapi kenapa apa yang Tuhan suroh kita buat, tapi kita dok beri alasan....hudud...dah pergi Banda Acheh tengok hukum hudud dilaksanakan? Dah dua kali aku pergi sejak tsunami...satu masa tsunami hantar bantuan, satu baru 4 bulan lepas, jarang aku nampak pak polisi kat bandar, tak macam kl..takde pulak aku tengok orang kudung kena potong tangan, cuma aku ada tengok filem la, beberapa pesalah lepas yang kena rotan 70 das...tak la kojol, depan public pulak tu...jadi kalau ko rasa raja tu khalifah, maka tulisan aku yang dia atas betul lah. Maaf la Tuah, aku tak percaya mereka , moyang aku nak percaya nak buat camna, walaupun aku tak suka umno, aku sanjung mahathir kerana bogelkan mereka. Kalau tidak, sultan johore masih dok menampor orang lagi la ni, nabi yang darjatnya terlalu tinggi pun tak nampor orang...
Sejenak ekk...kita hayati kisah raja raja...
Cerita Satu : Permaisuri sedang duduk dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampong sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda di sebat untuk memacut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan. Kaum tani datang mengepong kereta kuda.
Cerita Dua : Bomoh berjanggut tebal telah mati di tembak dalam perigi. Di luar rakyat makin berpusu-pusu. Salju semakin turun dengan lebat. Dalam bilik peraduan Baginda dan Permaisuri sedang memasukan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam peti besi. Rakyat diluar sedang bersedia menunggu dalam kesejukan salju.
Cerita Tiga : Bila malam mula gelap Baginda pun dinaikkan ke atas kapal menuju ke Itali. Beberapa orang juak juak datang mengekor. Kaki kaki bodek datang untuk mencium tangan. Tidak ramai yang hadir di perlabuhan. Bila kapal bergerak peluit pun tidak di bunyikan. Semuanya senyap.
Cerita Ke Empat : Talipon berwarna merah berdering. Pembantu President mengangkat. Presiden menggeleng-menggeleng kepala tidak mahu bercakap. Di hunjung talian Raja Segala Raja-Raja sedar saatnya akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang injin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang hanya menunggu untuk terbang.
Cerita Satu adalah hari-hari akhir untuk Maria Antoinette Permaisuri Peranchis yang hingga ke hari ini masih di ingati kerana ayat-ayat bodohnya. Apabila kaum tani Peranchis kebuluran tanpa makanan dan bangun meminta roti – Pemaisuri Bangang ini telah bekata " Kalau tak ada roti makanlah kueh'. Setelah ditangkap kerna cuba hendak melarikan diri, Si Bangang ini telah di bicarakan. Keputusan rakyat lehernya di penggal dengan guillotine oleh Revolusi Peranchis pada tahun 1793. Sistem feudal beraja di hapus. Peranchis menjadi Republik.
Cerita Dua adalah saat saat akhir apabila Rasputin bomoh kesayangan Czarina Russin telah di bunuh. Rakyat Russia telah bangun memberontak menentang sistem feudal Czar di Russia. Keluarga Ramanov yang korup telah cuba lari and menyorok. Mereka ditawan dan akhirkan di hukum mati oleh Revolusi Bolshevik pada 17 Julai 1918. Sistem feudal di hapuskan. Russia menjadi Republik.
Cerita Ketiga adalah dimalam akhir Al-Malik Fārūq al-Awwal – Raja Mesir yang di naikan ke atas kapal oleh Presiden Gammal Abdel Naseer. Raja Faruq telah di hantar ke Rom oleh Revolusi Rakyat Mesir pada tahun 1952. Sistem feudal di hapuskan. Mesir menjadi Republik.
Cerita Ke Empat ialah hari-hari akhir Shah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja. Ahmad Reza telah cuba meminta bantuan dan pertolongan dari Presiden Jimmy Carter. Jimmy Carter telah enggan bercakap dengan Ahmad Reza. Pembantu Jimmy Carter telah mengatakan kepada Ahmad Reza bahawa Presiden sedang berehat di Camp David dan tidak mahu di ganggu. Pada 11 Febuari 1979 Raja Segala Raja yang agung lagi gagah perkasa ini di tendang keluar oleh Rakyat Iran. Sistem feudal dihapuskan. Iran menjadi sebuah Republik.
Ini adalah contoh berakhirnya sistem feudal dimana Raja, Al-Malik, Shah , Emperor dan Czar di tendang keluar oleh rakyat. Ada yang di bunuh, di penggal leher dan ada juga yang dihalau meninggalkan negara.
Sistem feudal adalah sistem ekonomi yang muncul di zaman peralihan tamadun manusia - zaman peralihan dari Zaman Liar ke Zaman Feudal. Sistem feudal ini muncul di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Malah semua tamadun anak semua bangsa dalam dunia ini telah melalui sistem feudal ini.
Feudal ialah satu sistem ekonomi dimana yang kuat di jadikan Raja dan di sembah. Sistem feudal ini bergantung kuat kepada tanah dan hasil ekonomi pertanian. Susuk yang kuat dan mengakui dirinya sebagai Raja telah mengambil, merampas dan merompak tanah-tanah dan hasil tanamam titik peloh kaum tani.
Di zaman ini punca mata pencarian rakyat hanya dengan bercucuk tanam. Gerombolan yang menamakan diri mereka Raja ini telah merompak dan menyamun tanah dan hasil tanaman kaum tani sebagai cara untuk terus mengumpulkan harta kekayaan. Dengan harta kekayaan mereka mendirikan kota-kota dan istana. Dengan harta kekayaan mereka mendirikan bala tentera, pahlawan dan panglima. Dengan bala tentera mereka dilihat berkuasa.
Untuk memperkukuhkan kuasa , pada awalnya telah di munculkan mitos dan cerita-cerita karut lagi marut untuk menakut-nakutkan rakyat. Ada cerita Pedang Azimat Raja Arthur, cerita rambut dibelah tujuh helai, cerita keris berasap, cerita geliga naga disimpan dalam istana dan pelbagai cerita karut untuk memastikan bahawa mereka ini dilihat oleh kaum tani memiliki daulat dan kuasa. Malah Raja Jepun dengan bodohnya mengakui bahawa dirinya sendiri adalah wakil Tuhan di muka bumi.
Sistem feudal menghadapai persaingan apabila struktur agama muncul. Struktur agama menjadi satu kuasa baru mula mengancam kuasa feudal. Dengan licik sistem ekonomi feudal telah bersekongkol dengan kaum agama untuk terus menipu kaum tani. Ini berlaku beratus-ratus tahun di Eropah, Timur Tengah, China dan India.
Dengan kerjasama ini - kaum feudal dan kaum agama - telah berkenduri kendara sama-sama memperbodohkan dan menakut-nakukan kaum tani. Kaum tani dibodoh dan dimiskinkan kerana tanah dan tanamam mereka di rampas. Kaum agama menakut-nakutkan kaum tani dengan api neraka. Kaum agama mengeluarkan fatwa menghalal kan sesiapa sahaja untuk dibunuh jika mereka ingkar terhadap kaum feudal.
Penipuan ini berjalan beratus tahun hingga sampai ke Zaman Pencerahan. Di Zaman Pencerahan telah muncul idea dan pemikiran rasional yang berjejak di atas bumi. Ilmu pengetahuan yang dimunculkan di Zaman Pencerahan telah memberi kekuatan baru kepada pemikir dan ahli falsafah.
Buku-buku dan kitab-kitab falsafah yang membawa idea rasional mula tersebar luas. Idea bahawa manusia ini sama di mata Yang Maha Esa telah mula sampai kepada kaum tani. Melalui pandangan rasional kaum tani tidak lagi merasa gerun apabila melihat muka Raja atau muka kaum agama. Mitos dan cerita karut marut telah di koyak rabakkan oleh pemikiran rasional.
Idea yang di bawa di Zaman Pencerahan bertokok tambah. Ilmu pengetahuan berkembang. Ilmu Sains, Ilmu Alam, Ilmu Bumi dan Bintang maju dari tahun ke tahun. Ilmu pengetahuan ini membawa kemunculan satu kumpulan baru muncul – Kaum Peniaga. Kaum Peniaga membuktikan bahawa harta dan kekayaan bukan hanya datang dari hasil tanah dan bercucuk tanam tetapi dari urusan perniagaan.
Dengan ilmu sains dan pengetahun Kaum Peniaga yang mula mendirikan kilang-kilang. Kilang-kilang ini memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang. Kaum tani mula meninggal tanah untuk bekerja di kilang-kilang. Tetapi Kaum Peniaga juga tidak jauh ganasnya dari kaum feudal dalam hal menindas dan memerah tenaga kaum buruh untuk mendapat harta kekayaan.
Idea dan falsafah di Zaman Pencerahan terus berkembang. Ahli fikir dan ahli falsafah terus mengajukan idea-idea baru yang mendapat sambutan dari kaum buru dan kaum tani. Maka hasilnya berlakulah Revolusi Peranchis pada tahun 1789. Berlaku Revolusi Amerika pada tahun 1776. Berlakulah Revolusi Bolshevik di Rusia pada 1917.
Semua revolusi ini telah menumpaskan sistem feudal dan membawa mara tamadun anak semua bangsa ke pencerahan. Pencerahan berjaya membuka mata kaum tani dan kaum buruh untuk melihat bahawa kekayan kaum feudal, kaum agama dan kaum peniaga adalah hasil dari rompakan tenaga kerja mereka.
Epilog : Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun trup. Faroq di kelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali.
Ini jawapan Al- Malik Fārūq al-Awwal …' akhirnya dalam dunia ini akan tinggal 4 ekor raja sahaja….Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk….
Zaman Gelap – adalah zaman dimana gulungan agamawan telah bersekongkol rapat dengan tuan-tuan tanah dan kaum feudal. Rompakan dan kejahatan kaum feudal telah di 'halalkan' oleh gulungan agamawan. Fatwa dan fatwi telah di keluarkan oleh para agamawan untuk memastikan tuan tanah dan kaum feudal sentiasa menang. Hasilnya dua kumpulan ini berkenduri kendara dalam kemewahan hidup.
Tanah, hasil pertanian, ternakan malah anak isteri kaum tani yang di rampok oleh kaum feudal semua di 'halal 'kan oleh gulungan agamawan. Dalam masa yang sama tenaga kerja kaum tani selalu di perah secara percuma untuk menambahkan lagi kekayaan kaum feudal dan kaum agamawan.
Sampai ke satu ketika kejelekan kaum agamawan telah menjadi lawak bodoh - jika kita lihat dalam konteks hari ini. Fatwa telah dikeluarkan - sesiapa yang melakukan kesalahan mereka pasti akan menerima balasan dan di masukkan ke neraka. Janji neraka ini amat-amat menakutkan kaum tani pada ketika itu.
Janji neraka ini ada tapinya. Yang bersalah tidak semestinya akan di hantar ke ke neraka jika yang di tuduh sanggup membayar harga dosa mereka. Dosa-dosa ini boleh ditimbang tara dengan berat dinar emas dan perak. Jika sanggup membayar emas dan perak maka dosa ini akan di ampunkan dengan serta merta oleh kaum agamawan. Amat jelas disini pengeluaran fatwa dan fatwi pergi ke neraka ini telah menjadi satu industri dimana kaum agamawan telah berjaya mengumpul harta kekayaan.
Tipu helah dan silap mata kaum agamawan, tuan tanah dan kaum feudal ini mula di hambat oleh kaum tani apabila kaum tani mula menerima masuk idea-idea rasional. Idea dan pandangan rasional inilah yang memajukan Eropah sehingga kita melihat Eropah yang wujud pada hari ini.
Harus di sedari bahawa pemecah ruyung membuka jalan pencerahan adalah gulungan agamawan juga. Jangan tersilap, sejarah Zaman Pencerahan di Eropah bukan bermula di Florence atau Venice tetapi berpunca di Kota Baghdad dengan wujudnya Baitul Hikhmah – Gedung Ilmu. Gedung Ilmu ini di dirikan oleh Khalifah Haron Al-Rashid (763 – 809) untuk melakukan kajian ilmu dan menterjemahkan buku dan kitab-kitab kuno Yunani yang telah di tinggalkan oleh warga Eropah yang masih dibaluti oleh Zaman Gelap.
Dari pengaruh Gedung Ilmu ini maka munculah diantaranya Al-Farabi , Ibnu Sinna dan Ibnu Rushd - ahli falsafah, ilmuan dan pemikir Arab, Afghan dan Parsi yang membawa idea rasional untuk pencerahan dunia. Mereka inilah diantara puluhan pemikir falsafah agamawan Islam yang membawa idea pencerahan.
Al-Farabi membuka kembali pandangan dan pemikiran Aristotle. Pandangan Socrates, Plato dan Aristotle inilah yang menjadi induk dan asas falsafah keilmuan di Baitul Hikmah Baghdad. Para falsafah ini menggunakan akal dan fikiran mereka yang rasional untuk memahami ayat-ayat Quran.
Bagitu juga di Tanah Melayu gulungan agamawan telah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pencerahan dan kesedaran jati diri. Dari awal lagi kaum agamawan melalui ajaran agama telah sama-sama bangun menentang penjajah – Belanda, Portugis, Inggeris dan Jepun.
Tetapi, sejarah tamadun manusia bukan satu jalan yang lurus. Kadang kala ianya berulang-ulang. Bagitu juga terjadi di tanah air kita. Pencerahan yang baru bermula tiba-tiba tergendala dengan kemasukan kuasa British pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor.
Di zaman British rakyat di Tanah Melayu, tarafnya sama dengan taraf warga di negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Latin. Zaman Penjajah tidak jauh bezannya dari Zaman Gelap. Warga yang di jajah samalah seperti kaum tani yang harta kekayan mereka di rompak oleh kaum feudal – kini yang merompak ialah kaum penjajah.
Tujuan menjajah ialah untuk mengumpul dan merampas harta kekayaan negara yang di jajah. Justeru British telah mula bersekongkol dan menjalankan kerjasama dengan kaum feudal dan kaum agamawan. Persekongkolan mereka ini dilakukan agar cita-cita penjajah untuk mengambil hasil tanah jajahan tidak di ganggu gugat.
Justeru dimunculkan Raja di Saudi Arabia, Jordan dan Iraq – walhal Raja-Raja ini tidak pernah wujud di zaman Nabi Muhamad. Dalam ajaran Islam tidak wujud konsep raja. Dalam Islam semua manusia sama disisi Yang Maha Esa. Islam pada awalnya dianggap radikal dan revolusiner kerana menentang feudalisma dan penindasan. Malah konsep kesamaan derajat di kaca mata Tuhan inilah yang menjadi daya tarikan untuk membuka Zaman Pencerahan dan meruntuhkan kuku besi kaum feudal dan kaum agamawan di Eropah.
Di Tanah Melayu penjajah Britsish telah memupuk dan membaja kaum feudal agar mereka boleh menjadi orang perantaran di antara rakyat dengan kuasa British. Kaum agamawan juga telah di rekrut sama. Justeru terjadi persekongkolan tiga kumpulan seperti di Zaman Gelap – penjajah, kaum feudal dan kaum agamawan. Kaum agamawan sama seperti kaum agamawan di Eropah di Zaman Gelap akan mengeluarkan fakwa dan fatwi untuk ' menghalal'kan tindakan penjajah dan kaum feudal.
Tetapi idea Pencerahan tidak dapat lagi di padam-padamkan. Satu demi satu kaum feudal di Timur Tengah di hapuskan. Kaum feudal di Timur Tengah yang wujud pada hari ini sedar bahawa mereka diwujudkan kerana mereka menjaga kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika.
Yakinlah, apabila kepentingan kuasa imperial ini habis i.e telaga minyak telah kering - maka mereka juga akan terbungkus sama. Ini adalah hukum sejarah yang telah di teroka oleh Pencerahan.
Apa yang berlaku di Perak pada bulan Januari 2009 tidak banyak perbezaan seperti mana ianya pernah berlaku di Eropah di Zaman Gelap. Kaum feudal telah cuba melawan arus Pencerahan. Dari segi sejarah, kaum feudal di tanah Melayu yang di bajai oleh penjajah British ini telah menerima satu pukulan pada tahun 1993. Ini bila dipinda Perlembagaan yang membolehkan kaum feudal di saman. Sebenarnya ini hanyalah langkah kompromi diantara kelas kaum peniaga dengan kaum feudal.
Dalam krisis Perak ini kita juga membaca dan mendengar bagaimana ada gulungan agamawan yang mengeluarkan fatwa untuk 'menghalalkan' tindak tanduk gulungan feudal. Ini tidak menghairankan. Ini telah pernah berlaku di Eropah ketika Zaman Gelap.
Sayugia di ingati idea Pencerahan Al-Farabi, Ibnu Sinna, Ibnu Rushd telah mempengaruhi William Harvey, René Descartes, Spinoza dan mempengaruhi Karl Marx, Bakunin, Lenin yang terus pula menpengaruhi Jean Paul Sartre yang kemudian mempengaruhi Ali Shariati. Idea Pencerahan Ali Shariati telah menumpaskan Raja Segala Raja Ahmad Reza Pahlavi pada tahun 1979.
Sejarah berulang-ulang. Kadangkala ke hadapan. Kandangkala mengundur. Tetapi idea dan falsafah Pencerahan akan terus bersinar. Justeru ketika ini kita juga melihat ada kumpulan dan gulungan agamawan Islam telah muncul secara positif ke hadapan untuk mendirikan benteng menghalang kaum feudal membawa Zaman Gelap datang sekali lagi ke dalam budaya negara kita.
Pencerahan telah menobatkan idea rasional dimana manusia ini adalah sama derajatnya di mata Yang Maha Esa masih lagi relevan dan satu idea yang revolusineer pada ketika ini terutama di Perak
Navy pencen
seko2 muke macam gampang.....yg muka zamri tu apa plak hang arang batu dgn hang arang kayu ke? pastu pegi letak selempang merah. yg padannye tak bebaju macam hang tuah primitif yg nampak ketiak tu..tapi mana bulu ketiak nye dah bcukur...mesti bau hapak mcm punye sial
seko2 muke macam gampang.....yg muka zamri tu apa plak hang arang batu dgn hang arang kayu ke? pastu pegi letak selempang merah. yg padannye tak bebaju macam hang tuah primitif yg nampak ketiak tu..tapi mana bulu ketiak nye dah bcukur...mesti bau hapak mcm punye sial
tuah apasal ko mengkapir kan org lain ko kan seangkatan dgn parameswara ...sapa parameswara tu ...mcm zamri je ... tak payah la nak tunjuk melayu jakun ko tu
barisan pendekar tahi kucing.... yg sbnrnye samseng kampung dusun kepala nye sarip dol....so suruh yg sarip dol ni bukak baju dulu mcm hang tuah ketiak masam tu...kalo pendekar patut ada 6 ketul d perut ni dak ada seketul besar punya
Kawan tak kisah...sama ada dia India ke..Cina ke...sekiranya mereka mempertahankan undang, kedaulatan Negara ini, tidak durhaka, tetap kawan pakaikan selepang dan tanjak merah. Itu bukti kawan dan kaum semertabat kawan ni tidak rasist..
Tak macam PAIh..dengan setan pun sanggup berkawan sekiranya membantu mereka meruntuhkan UMNO..hahahahaha
Itu kemeruk namanya tu abang Tuah.
wahai seudara2 ku yang seagama denganku.janganlah kalian tuduh menuduh sesama sendiri.Jangan dibabitkan aib dan silah2 orang yang sudah tiada .Kini sampai ada mengaku malu dlahirkan sebagai melayu?Rujuklah sejarah sebenar bukan dari sejarah yang sudah diputar belitkan oleh penjajah?Jangan hina bangsa ini?Tahukah kalian kaum melayu ini yang dulunya di tanah jawa telah diislamkan sezaman Nabi kita Muhammad saw?Sedangkan diwaktu itu alquran belum ditulis tapi hanya dibibir?Yang bencikan islam takut kaum ini yang orang arab gelar Bani Jawi?Yang tersurat (tertulis) dan yang tersirat (didalam akal dan hati).Dimana melayu itu dulu yang moyang-moyangnya menghafal alquran?Kita bangga melayu selalu menang dalam pertandingan membaca alquran tapi tahukah kenapa?
Wahai saudara2ku..Kesultanan melaka diaibkan dikalahkan bukan kerana lemah tiada ilmu tiada kepakaran?Tahukah negeri mana mencipta bahan letup bukahkan dari china?Bukankah bapa mentua sultan melaka itu dari maharaja china?Kekalahan kita kerana orang sendiri...Yang satu agama tapi berpuak2..Sekarang pun sama..kenapa nak salahkan orang umno,pas,pkr???tidakkah kalian boleh bergabung bersatu hati?Tidakkah takut negara yang kamu duduki ini tewas lagi kerana sikap kalian.Kembali dan sedarlah.Malulah dengan nenek moyangmu bila kalian dibangkitkan semula walaupun kalian tidak malu dengan tuhanmu..salam
Post a Comment