PENJIMATAN WANG RAKYAT DAN KETERUSAN PEMBANGUNAN.
YA ITU YANG PENTING SEKALI DIDALAM MEMBUAT APA-APA KEPUTUSAN BERKAITAN DI NEGERI PERAK.
SEKIRANYA DUN DI BUBARKAN DAN PILIHAN RAYA DI ADAKAN SEMULA MAKA CUBALAH KITA SEKELIAN BAYANGKAN BERAPA BANYAK WANG RAKYAT YANG AKAN HANGUS SERTA IANYA AKAN MEMBANTUTKAN PROSES PEMBANGUNAN NEGERI TERSEBUT.
PEMBANGUNAN NEGERI PERAK TENTUNYA AKAN TERJEJAS KERANA TAK HABIS-HABIS DENGAN ISU POLITIK, PILIHAN RAYA..DAN PEMILIHAN PEMIMPIN…MAKA SETAHUN LAGI
BUKAN RIBUAN RINGGIT…BUKAN JUTAAN RINGGIT…MALAH ANGKA TERSEBUT BOLEH MENCECAH SEHINGGA PULUHAN MALAH JUTAAN RINGGIT UNTUK MENGADAKAN PILIHAN RAYA SEKALI LAGI.
SUDAH TENTUNYA KITA SEBAGAI RAKYAT YANG MEMBAYAR CUKAI TIDAK MAHU WANG TERSEBUT DIBELANJAKAN BEGITU SAHAJA HANYA KERANA KEINGINAN SEORANG MB BERSERTA EXCONYA YANG BERMINAT SANGAT KEPADA PILIHANRAYA SEMULA.
BUKANKAH SELAMA INI YANG DILAUNG-LAUNGKAN OLEH PAKATAN RAKYAT…"USAH DI BAZIRKAN WANG RAKYAT"…"WANG PEMBAYAR CUKAI HAK RAKYAT"…JADI SEKIRA JUJUR APAYANG DILAUNGKAN SELAMA INI MAKA ELOKLAH PEMBUBARAN DUN TIDAK DIPERKENANKAN OLEH KEBAWAH DULI TUANKU SULTAN PERAK
PADA PANDANGAN PENULIS, KEPUTUSAN TERSEBUT ADALAH SATU KEPUTUSAN YANG AMAT TEPAT KERANA IANYA BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PERAK PERUNTUKAN 16 (6)).
IANYA KEPUTUSAN YANG MENGIKUT LUNAS UNDANG-UNDANG. MB PERAK SERTA KESEMUA EXCONYA PERLULAH MENERIMA HAKIKAT SERTA MELETAKAN JAWATAN SERTA MERTA UNTUK DIGANTIKAN DENGAN BARISAN KEPIMPINANAN DARI PIHAK BARISAN NASIONAL YANG LEBIH BERKELAYAKAN DAN TELAH MEMPUNYAI CUKUP BILANGAN ADUN MELEBIHI PAKATAN RAKYAT.
HMM..HMM..MAHU TUNGGU APA LAGI...NANTI KENA HALAU PULAK...
DAN
JANGAN PULA NAK JADI PENDERHAKA...KERANA BANGSA MELAYU MENOLAK PENDERHAKAAN!!!
11 Comments:
Hang nak tau, aku ingatkan Majlis peguam nak sokong Nizar, oh tidak sama sekali. kesian kat dia no?
Majlis peguam selalunya dia akan buat kenyataan berdasarkan Udang-undang dan Perlembagaan. Sebabtu dia orang tak sokong Nizar kerna depa tengok Nizar ni tak faham undang-undang. Dah la tak faham tak mau pulak dengaq nasihat Mr. Karpal Singh pakar undang-undang DAP. Tu yang jadi macam tu.
Alhamdullilah UMNO berjaya tubuh kerajaan Perak !!!by hook or by crook pon berjaya jugak.Lantak la korang org perak undi sape pon...janji UMNO menang.wakakakaka.Padan muka wat penat ja kempen masa pilihanraya tahun lepas.Last2 Perak UMNO nyer gak.PRU-13 tayah masuk bertanding dah sbb nanti kalu mng pon UMNO amik balik..wakakakaka
Undang2 Perak: PASAL 16(6):
JIKA MENTERI BESAR TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI DARI AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDANGAN, KEMUDIAN, MELAINKAN ATAS PERMINTAAN BELIAU KEPADA YAM SULTAN UNTUK MEMANSUHKAN DEWAN PERUNDANGAN, BELIAU AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ESKO MAJLIS
--------------------------------
nih maksud die aper ek?aku tak paham la apa jadi kat perak.sapa2 leh terangkan???
saya nak tanya, bersetujukah anda kalau saya katakan perbuatan Sultan Perak mengizinkan penubuhan kerajaan baru Perak dengan sokongan dua orang yang menghadapi tuduhan rasuah adalah perbuatan memihak kepada kerajaan baru yang akan hidup atas sokongan dua orang yang menghadapi tuduhan rasuah?
Salam Anun..
Ok undang2 tubuh 16 (6) seperti yg awak sertakan.
JIKA MENTERI BESAR TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI DARI AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDANGAN, KEMUDIAN, MELAINKAN ATAS PERMINTAAN BELIAU KEPADA YAM SULTAN UNTUK MEMANSUHKAN DEWAN PERUNDANGAN, BELIAU AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ESKO MAJLIS
Awak nampak tak perkataan ATAS PERMINTAAN...Permitaan tersebut juga memerlukan perkenan (kuasa mutlak)kebawah Dulu Tuanku. Baginda berhak menolak permintaan tersebut sekiranya mendapati ianya gagal memenuhi syarat-syarat tertentu. Tetapi dengan majoriti BN telah melebihi PR makanya baginda tentulah berhak dan ada pilihan untuk memilih jalan yang terbaik demi kebaikan negeri Perak daripada memilih jalan yg akan mendatangkan pembaziran (pilihan raya) atau segala perkara yang menyebabkan kesusahan kepada rakyat.
Memang kedua-dua adun sedang menghadapi tuduhan rasuah. Tetapi pembicaraan belum bermula atau tamat..dan selagi itulah kedua yang tertuduh belum didapati bersalah. Perkara serupa juga di amalkan oleh PR..kenapa sebelumnya PR bermati-matian tetap mempertahankan dan mengekalkan kedua Adun tersebut didalam dewan undangan negeri setelah mengetahui keduanya menghadapi tuduhan rasuah.
Saya juga ingin bertanya kepada awak..dimanakan keadilan kepada pihak DAP selepas PRU 12. Bukankah DAP memenangi lebih banyak kerusi dari PAS tidak dapat menjadi MB. Kenapa org yg pelari yg dapat nombor 4 pula yang mendapat hadiah pertama? Tentu awak akan berkata kerana undang-undang tubuh negeri Perak.
Sebenarnya dari apa yang saya lihat...PR akan mencari perbagai alasan dan putar-belit, untuk memperolehi keuntungan politik sahaja.
Untuk penjelasan yang lebih jelas lagi awak juga sepatutnya bertanya juga kepada Majlis Peguam.
abangtuah..
no need to ask back la bro.hehe.just wonder why Kuli menentang sgt.
try tgk http://razaleigh.com/2009/02/05/shameful-scene/
check jugak posting die yg ini http://razaleigh.com/2009/02/05/the-longer-term/
btw betul ke Sultan Azlan Shah penah tulis ni:-
Sultan Azlan Shah has written in Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance in 2004 that no sultan or agung had withheld consent to dissolve legislative body, except in Kelantan in 1977.
"Under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di-Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for dissolution of parliament. His role is purely formal"
ker fitnah gak??
Anon..
Saya amat hairan kenapa selepas PRU 12 sepatutnya wakil DAP yang lebih layak menjadi Menteri Besar tetapi oleh kerana mengikut undang2 tubuh negeri Perak makanya PAS yang telah di perkenankan oleh Sultan untuk memerintah. Kenapa yang itu boleh akur apakah kerana ianya lebih memihak kepada PAS.
Kenapa pula selepas pru 12 UMNO/BN boleh akur dengan Titah Sultan Kedah dan Terenganu untuk menidakkan menteri besar pilihan UMNO/BN yang telah diberikan mandat.
Ini ini menunjukan UMNO/BN TIDAK MENDURHAKA....
abangtuah
Jawapan die simple "kerana mengikut undang2 tubuh negeri Perak".You already said that.
Bukan masalah menderhaka atau tidak tapi masalah perlembagaan.KULI pon UMNO gak siap anak raja lagi.Asal die tulis camtuh?.Kita kene tentang die sbb die menderhaka pada diri sendiri.hahaha
Post a Comment