Jumaat, 6 Februari 2009

NIZAR TIADA PILIHAN.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin perlu menerima hakikat yang beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak kerana beliau tidak lagi mempunyai sebarang pilihan lain kecuali akur dengan titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pakar undang-undang perlembagaan menegaskan, atas apa alasan sekalipun, keputusan Sultan Azlan itu tidak lagi boleh dicabar kerana ia jelas dilakukan menurut undang-undang dan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

PERUNTUKAN 16(6) UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK MEMPERUNTUKAN:

JIKA MENTERI BESAR TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI DARI AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDANGAN, KEMUDIAN, MELAINKAN ATAS PERMINTAAN BELIAU KEPADA YAM SULTAN UNTUK MEMANSUHKAN DEWAN PERUNDANGAN, BELIAU AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ESCO MAJLIS.

Pandangan penulis peruntukan tersebut jelas menyatakan bahawa Menteri Besar layak meminta untuk memansuhkan dewan perundangan. Akan tetapi disini juga amat jelas dan difahami bahawa DYMM Sultan berhak untuk menimbangkan dahulu permintaan tersebut dan mempunyai kuasa exsekutif sama ada memperkenankan atau menolak.

Pandangan penulis DYMM Sultan Perak tentunya boleh memperkenankan permintaan tersebut sekiranya mendapati ianya akan membawa lebih kebaikan kepada rakyat jelata. Akan tetapi baginda juga berhak menolak permintaan tersebut sekiranya mendapati ianya gagal mematuhi syarat-syarat tertentu.

Dengan majoriti BN telah melebihi PR makanya baginda tentunya ada pilihan selain bersetuju membubarkan dewan demi kebaikan rakyat Negeri Perak. Mungkin baginda mepunyai alasannya tersendiri iaitu tidak memilih jalan yang akan mendatangkan pembaziran (pilihan raya), membantutkan pembangunan atau segala perkara yang menyebabkan kesulitan kepada rakyat dizaman kemelesetan ekonomi ini.

Menurut Pensyarah Undang-undang Perlembagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, biarpun boleh mendakwa wujud keraguan terhadap cara penyingkirannya termasuk tidak dilakukan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), namun keputusan itu tetap sah.

Kata beliau, ini berdasarkan peruntukan undang-undang iaitu baginda perlu berpuas hati yang Menteri Besar sedia ada sudah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti ahli ADUN.

‘‘Seperti mana pelantikan Menteri Besar, begitulah juga dengan kaedah pelucutan seseorang daripada jawatan tersebut. ADUN yang menyokong Barisan Nasional (BN) telah dibawa menghadap baginda,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz berkata, situasi di Perak adalah jelas kerana Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Katanya, apabila itu berlaku walaupun di luar DUN, maka apa sahaja keputusan Sultan Perak sama ada memutuskan pelantikan Menteri Besar baru atau dibubarkan DUN untuk satu pilihan raya baru, ia adalah pada budi bicara baginda.

‘‘Apabila baginda memilih untuk tidak membubarkan DUN maka kita kena hormat dan akur. Sekarang ini bukan sekadar soal tidak menghormati raja, tetapi ia juga satu pelanggaran undang-undang kalau ingkar.

‘‘Jadi atas alasan apa baginda tidak memilih untuk membubarkan DUN, itu adalah hak mutlak budi bicara Sultan yang tentunya mempunyai sebab tersendiri.

‘‘Lagi pun jika ada pilihan raya baru, tiada jaminan juga akan ada parti yang boleh bentuk kerajaan dengan majoriti yang kuat selain keutamaan negara adalah untuk berdepan cabaran ekonomi bukan lagi soal politik,’’ jelasnya.

Pendapat penulis disini elok juga kita ambil perbandingan terdekat iaitu dengan merujuk kepada beberapa peristiwa yang berlaku sejurus pru 12 yang lepas. DYMM Sultan Kedah dan DYMM Sultan Terengganu telah menolak perlantikan Menteri Besar yang telah diberikan mandat oleh BN. Maka disini juga jelas menunjukkan bahawa Sultan mempunyai kuasa mutlak untuk memperkenankan atau menolak perlantikan sesaorang Menteri Besar dan ianya bergantung kepada kebijasanaan dan budi bicara Sultan. Cuma bezanya disini UMNO/BN telah mengambil jalan penyelesaian yang baik dan pendekatan yang berhemah iaitu setia dan akor dengan titah Sultan dan jauh sekali tergamak untuk menderhaka.


Sumber rujukan utusan online.

15 Comments:

Panglima Perang Cyber said...

Apa hukuman kepada penderhaka ?

Buang negeri dan cabut semua darjah kebesaran....

Kita kena pertahankan Raja tidak kira warna kulit dan bangsa atau agama..

Daulat Tuanku !!!

PAPA GOMO said...

SAH MEMANG PAKATAN RAKYAT NI BANGSAT.
PENDERHAKA. KURANG AJAR.

SULTAN TARIK BALIK PENGANUGERAHAN YANG DIBERIKAN.

REMBAT JE BERAMAI-RAMAI.

NIZAR MENGAMOK PADA BANG NUAR NYA...
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/kau-tipu-aku-anwar.html

Tanpa Nama said...

Remember,remember 5th February.Coop d'etat malaysian style!Rakyat will blind no more

Vendetta!

Tanpa Nama said...

An SMS poll on ntv7 over its prime time 8.00pm news in English asked whether the Perak crisis would affect the BN’s performance negatively in the next general election.

A whopping 96 per cent of respondents said it would.

Tanpa Nama said...

Tanpa nama kata ....An SMS poll on ntv7 over its prime time 8.00pm news in English asked whether the Perak crisis would affect the BN’s performance negatively in the next general election.
A whopping 96 per cent of respondents said it would.
---> tak payahlah nak letak kat sini poll tu. Berapa orang yg dia tanya. Kalau sekadar 10 orang aje. Elok tak payah. Dalam blog2, byk juga poll yg dibuat. Ada byk result(ada majoriti menyokong dan sebaliknya) . So semua tak boleh pakai.

Nia said...

Salam,..tumpang lalu dan tumpang tanya..kalau ade bloggers pro-PR kata dia pun pembela negara, dia pun boleh jadi BPN jugak ke?

Tanpa Nama said...

SALAM UNLISTED_ONE..

PADA HEMAT SAYA TAK MENJADI MASALAH..KERANA AHLI BPN JUGA TERDIRI DARI UMNO, PAS, PR DAN TAK BERPATI PUN ADA...MALAH TERDAPAT JUGA SEORANG BUKAN MELAYU.

SEBAGAI INDIVIDU AHLI BPN BERHAK MEMPERTAHANKAN IDEOLOGI MASING2.

TETAPI APABILA KAMI BERSATU DIDALAM BPN OBJEKTIF UTAMA KAMI ADALAH MEMBELA NEGARA DAN SEMUA RESOLUSI YG KAMI KELUARKAN ADALAH BEBAS DARI UNSUR2 KEPARTIAN.

SEKIRANYA BERMINAT SILA HUBUNGI YDP BPN IAITU PANGLIMAPERANGCYBER

Tanpa Nama said...

SALAM..LUPA LETAK NAMA...

SAYA ABANGTUAH...

Tanpa Nama said...

pondan kah UMNO?kah kah kah

Tanpa Nama said...

Tanpa nama kata ....An SMS poll on ntv7 over its prime time 8.00pm news in English asked whether the Perak crisis would affect the BN’s performance negatively in the next general election.
A whopping 96 per cent of respondents said it would.
---> tak payahlah nak letak kat sini poll tu. Berapa orang yg dia tanya. Kalau sekadar 10 orang aje. Elok tak payah. Dalam blog2, byk juga poll yg dibuat. Ada byk result(ada majoriti menyokong dan sebaliknya) . So semua tak boleh pakai.
---->nih SMS la bang..bukan tanya org.baca la sampai abes dulu

Tanpa Nama said...

Ada orang post di tranungkite.net

PostPosted: Sat Feb 07, 2009 4:10 am Post subject: Sudut baru yang perlu dilihat......Semua ini angkara DAP ? Reply with quote
Teman (org Perak ckp Teman = saya) dok follow ler isu dan situasi yang melanda negeri teman yang tercinta. Follow pun dari jauh jer... tapi bila sampai Tuanku tak perkenankan pembubaran dewan, tergerak rasanya teman nak balik ke Ipoh. Lebih lebih lagi bila dengar update tentang apa yang terjadi kat Kuala Kangsar... Ari Jumaat, lepas kerja terus cargasss... sepanjang jalan perasaan tu bercampur campur... sedih, marah , geram.. semua ada.. Teman rasa Datuk Seri Ir Nizar adalah MB terbaik rakyat Perak pernah dapat. Teman cakap terus terang, Teman memang tolak kerajaan BN.. Bukan kerana parti itu, tapi oleh kerana mereka yang kini menerajuinya...
Pendekkan cerita, sampai di Ipoh, sempat juga teman ajak kawan2 di ipoh pekena teh tarik. Salah seorangnya kawan sekolah dulu. Dia ni Cina, bapanya bekas MP yang pernah bertanding atas tiket DAP. Tetapi kini hanya sekadar menjadi ahli sahaja.
Si anak mengatakan dia menyokong penuh kepada pentadbiran PR. Namun, dia berkata tumbangnya PR di Perak adalah kerana perbezaan jumlah kerusi antara parti yang sangat ketara dan sikap Exco2 yang berlagak dan sombong. Si anak ini seperti ayahnya, merupakan penyokong tetap DAP, namun apa yang terjadi memang sudah dijangka jika dilihat akan keadaan dalaman peneraju negeri ini.
Si anak bercerita lagi, isu ini sudah dapat dihidu oleh kebanyakkan penyokong DAP yang rapat dengan Exco2 negeri. Setiap kali mesyuarat Exco, kata-kata seperti :
- Kita ada 18 kerusi... takkan 6 kerusi jadi bos kita ?
- U apa tau ?U belajar tinggi mana ? baik jadik posmen saja. (2 saudara tu Lawyer)
Dsb....
- Kita takkan ikut arahan dari kerusi sikit, kita ada 18 kerusi...
- U better learn how to walk first ?
Setiap keputusan MB dipertikai. “Kita ada 18 kerusi” di ulang –ulang kepada semua exco dan MB sendiri. Setiap keputusan yang bakal dibuat oleh MB, disyaratkan oleh mereka supaya ianya direview dahulu oleh mereka. Kalau raja dahulu kala memberi dikri (mcm tanda serah kuasa), si dia ini dikatakan sering membawa bulu burung (burung hapa ntah la) di mesyuarat exco dan mengatakan bulu burung ini simbolik kepada kuasa yang diberi oleh rakyat dikawasannya. Angkuh sungguh mereka ini. Bukan kata ada exco yang terasa, orang DAP sendiri pun dah mula menyampah. Ada satu exco ni, dari DAP dah menang 2 term, diorang kasik la jadik exco. Tapi 2 bersaudara ini kata apa kat dia; U better stay at home la (kebetulan dia mmg dah agak berumur) anything when we need u, we will call u.... Dia merungut, kalau ini mcm buat apa jadik exco... kulu kilir naik Camry dari umah ke ipoh jadi seperti passanger jer... driver yang tentukan nak pegi mana...
Si anak bercerita lagi, dia sedih kerana MB sebenarnya tidak dapat mengawal 2 bersaudara ini. Apakan tidak, kalau dibantah, hey... kitorang ada 18 kerusi tau... Betapa angkuhnya mereka, sujurus selepas menakluki Perak, seorang dr mereka membuat remark yang mengatakan kakitangan kerajaan negeri Perak lembab, tidak efisien dan sebagainya. Lalu ditegur MB, kata MB.... “These people now is working for us, they are our staff, don’t simply scold them before we try to change whatever need to be change....”
Si anak ini juga mengatakan bahawa, didalam exco, geng dari behrang dgn changkat jering tu la yang selalu diperlekehkan oleh 2 saudara ini.... setiap kali mesyuarat, suara mereka yang kerusi sikit ini, seperti tiada nilai. Walaupun begitu MB sentiasa cuba untuk mencapai keputusan yang paling baik untuk rakyat. Jenuh jugak la dia bertikam lidah dgn 2 saudara ini untuk capai sesuatu keputusan.
Sememangnya pentadbiran Perak didominasi oleh DAP yang dikontrol 2 saudara ini, tetapi mcm mana nak halang mereka ini dari terus menjahanamkan Perak ?? Jadi, oleh disebabkan sukar bekerjasama dan sifat keangkuhan mereka serta asyik diperlekehkan, 2 geng dr behrang dan changkat jering ni tinggalkan PKR. Dari aku terus diperlekehkan dan dihina, ini jer cara untuk mengajar mereka-mereka yang tak sedar diri ini. 2 saudara ini tak sedar, mereka berkuasa disebabkan Pakatan Rakyat. Jadi setiap kerusi adalah penting. Rata-rata Cina di Ipoh merasakan PRU13 PKR akan kurang mendapat sambutan. PAS mungkin dapat mengambil kesempatan keatas keadaan ini.
Lim Kit Siang dan anaknya tahu keadaan ini tetapi bertindak berdiam diri atau hanya menyatakan ini hal kerajaan negeri Perak, jadi tak perlu campur tangan mereka. Teman terpikir, kalau betul apa yg diceritakan, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tinggalkan PKR demi menghalang Perak dr dijahanamkan oleh 2 saudara ini. Itu jer cara yg ada kalau nak halang. ADUN Changkat Jering tu ex-army, asyik kene lekeh jer oleh Cina.. sure naik darah.. ADUN Behrang kalau tak silap, dia yang buka cawangan PKR di Behrang... dgr crita byk gak yang dia dah buat, tapi bila jadik Exco, kene ikut telunjuk 2 mangkuk ayun ni...
Banyak persoalan timbul.... anda nilaikan sendiri, Teman cuma nyampaikan saja... Walla’ Hu’Allam
Esok Teman nak pegi umah uncle teman (dia ni org UMNO)... katanya ada cerita tentang kenapa ADUN Bota buat lawak lompat sana sini...... nanti teman ceritakan kalau ada yang nak tahu....
P/S: dgr cerita ketua bahagian DAP Malim Nawar melayu... hmmmm... boleh ler DAP jadik MB plak lpas ni... itu pun kalau menang lagik laa...

Mohammad Roslan said...

Salam,
Kadangkala Raja kena korban untuk Menjaga Maruah Bangsa ....Ia juga tugas Raja dalam perlembagaan..keadaan sebanrnya Cina dua seperti 'aku redha'perkatakan nak melecehkan Melayu Perak.Nasib melayu Perak memang baik pada kali ini...Sultan Mencemar Duli...!!!.Melayu Perak berhutang budi pada Tuanku menyelamatkan keturunan Melayu Perak..fikir sikit dan memahami kenapa Tuanku Sultan bertindak sebegitu rupa walau pun perkara seperti ini mencemar nama Istana...Melayu ...Melayu Masih tidur lagi...sedih dan pilu rasa "Raja" semulia begini dihina dan dicerca..oleh Melayu Perak..Mamak sedih kerana Pulau Pinang Tidak Beraja!!!.Melayu Perak tak untung diri..bangkit dan tunjukkan kesetiaan Pada Raja dan Negara....keluar dari gunung,dari hutan belantara,dari sawah,dari denak,dari kampung,dari mukim,dari kota..keluar...keluar,NGO..NGO Melayu memimpin mereka dan kumpulkan jutaan Melayu di perkarangan Istana untuk menjunjung kasih Tuanku yang menyelamatkan keturunan Bangsa melayu perak!!!!!tunjukkan Rakyat Melayu perak berdiri teguh belakang Tuanku yang menyelamatkan ketuanan keturunan Melayu!!!!!!Sayangnya Melayu Tidur nyenyak lagi di Perak..yang tempat simpannya "Kris Taming Sari"kepunyaan Hang Tuah..........

Tanpa Nama said...

Buat jek pilihanraya bang..abes cerita

Mohammad Roslan said...

salam,
Niiie..anon yang masih tiduq lagi...apa punya hapraklah kamu...mamak terangkan pada kepala hotak kamu sebenarnya dua ekok ci+bai yang memerintah perak..hang faham tak..MB Melayu cuma proxy saja!.Jadi Istana dapat baca..jadi peluang ini digunakan oleh Tuanku untuk kembalikan kuasa pada Melayu..tak kiralah Melayu UMNO ke?Melayu Bulan...tapi Melayu bulan ini tak ada kuasa..depa dua ekok tak dapat kontrol...hang faham..tak faham lagi tak tahu nak kata..apa jenis kepala hotak hang!

Tanpa Nama said...

Ler konar2 lak...sape citer pasal melayu2 nih.Kate UMNO dapat sokongan rakyat.Wat la pilihanraya.kan senang citer.Kalu UMNO menang kompom Pakatan mampos terus.Lagi la best.

Saya rasa UMNO pondan!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online