1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.
2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.
3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.
4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.
5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.
6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.
7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.
8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.
9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!
10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.
* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
11 Comments:
Salam,
Mamak amat setuju dengan pendapat penulis.Tun Dr.M adalah seorang Negarawan dan bukannya seorang Ahli politik.Sebagai negarawan beliau perlu menghabiskan sisa-sisa hidupnya demi kepentingan Dunia Islam yang semakin lama semakin tidak tahu hala tujunya.Selama 21 tahunbeliau terlah berkorban hidupnya untuk memartabatkan orang Melayu dan Majukan Negara ini.Kita tak sangkal kenyataan.Beliau yang dikenali sebagai 'Ultra Melayu'dalam tahun 70an telah merimaskan oarang bukan Melayu semasa mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri.Tetapi oleh kerana beliau telah memajukan ekonomi negara dan memperbesarkan peluang ekonomi dia masih disanjung lagi oleh rakyat bukan Melayu.Tetapi selepas persaraan beliau kembali menjadi ahli politik kelas ketiga dengan banyak mengungkit isu-isu perkauman,menyerang secara peribadi ahli-ahli Umno dan pemipin-pemimpin parti komponen BN di halaman blognya sedikit sebanyak telah mengaibkan ketokohannya sebagai negarawan semakin pudar.Apakah faktor "kenyayokan" orang-orang asia telah menjadi ikutannya...apa pun Kita rakyat malaysia khasnya kaum bumiputera masih menghormati beliau sebagai Negarawan Yang Ulung untuk negara ini.Wassalam.
benar ! kita kena bersatu..atau kita akan gagal..
contoh di Palestin sudah cukup memberi isyarat kepada kita bagaimana Israel boleh menyerang HAMAS kerana rakyat mereka sudah tidak ada perpaduan dan membiarkan perpecahan.
Perpecahan disukai syaitan dan wali wali syaitan dan perpaduan disukai Allah dan juga wali wali Allah.
Moga kita akan terus berusaha menyatukan melayu dengan berkat kasih kita kepada Rasulullah sebagai ikon perpaduan manusia ketika hijrah di Madinah sehingga mereka nyata berkasih sayang atas nama ukhwah islam merentasi sempadan negara dan juga bangsa.
Itulah matlamat BPN kita dan kita akan terus berjuang ke arahnya.
Terima kasih atas sokongan saudara dan artikel tersebut moga menjadi wadah mencetuskan gerakan mengembalikan perpaduan sesama Islam....
Salam hormat.
Tun........Tolong UMNO segera......Kalau tidak Tun hanya melihat mayat UMNO sahja.
Bola sebenarnya berada di gelanggang Pak Lah. Dia adalah Perdana Menteri, seperti katanya, I am the PM.
Bukan Tun tak hendak memberi nasihat dan tunjuk ajar. Tetapi pandangannya tidak dikehendaki. Pak Lah sendiri kata Tun is irrelevant.
Sebab itu bila Tun bersuara, dia terus diherdik oleh orang-orang disekeliling Pak Lah yang rata-ratanya adalah anak buahnya (Tun) dahulu.
Pemerhati.
Singamaraja berkata
Kalo UMNO mahu menang jangan rasuah bung!
Salam Khasnya pada Semua Bloggers BPN,
BPN PERLU MANTAP!.
Sekian lama Mamak sentiasa mengikuti perkembangan BPN dan blog-blog yang menjadi ahli BPN.Pujian perlu diberikan pada Pang5 perang Cyber yang sentiasa berusaha untuk membela Bangsa melayu dan Tanah air yang kita cintai melalui blogging.Namun dalam inspirasi BPN yang murni dan bersemangat tinggi Mamak rasa sedikit nasihat diperlukan untuk BPN mampan dalam perjuangannya didalam alam blogging.Blogging adalah menjadi amat penting dalam dunia politik sekarang apabila calon presiden Obama telah berjaya menjejakan kaki di rumah putih sebagai warga kulit hitm yang pertama.Kejayaan politik Obama adalah kejayaan blogers yang sokong dan meraih undi untuk beliau dari awal pilihan calon parti demokrat.Sebahagian media utama Amerika sekarang telah akur dengan peranan utama blog-blog politik dalam "Blogging untuk meraih Undi"(Blogging for Votes).Untuk menjamin kedudukan istimewa Bangsa melayu atau kuasa Politik orang Melayu adalah amat penting untuk memenangi pilihanraya.Tanpa kemenangan di pilihanraya yang diadakan didalam sesebuah negara Demokratik seperti Malaysia adalah sukar untuk meramalkan kejayaan perjuangan untuk hak dan kedudukan bangsanya.Maka kemenangan pilihan rayalah yang akan menetukan pola kedudukan kuasa tersebut.Apa yang didapati BPN secara sedar atau tidak sedar tidak memainkan peranan utama dalam mewujudkan blog-blognya meraih undi di Pilihan raya kecil parlimen di Kuala Trengganu.Blog-blog politik BPN seharusnya menjadi pemangkin dalam informasi,penyelidikan,mengumpul dan menyusun,mengkaji, dan sumber penyumbang maklumat (Informants,investigators,collators,compliers and revisers and extenders of political information)untuk para pengunjung blog-blog BPN terutamanya penggundi di Kuala Terangganu.Adalah amat kecewa blog-blog BPN telah lalai untuk mengenal pasti keistimewaan yang blogers yang ada dalam kumpulam BPN itu sendiri.Apa yang ketara adalah kebanyakan "Post-Post diblog ahli-ahli BPN semasa pilihan raya ini cuma seperti atikel- atikel yang terdapat di "Utusan Malaysia atau Berita Harian".Di negara- negara barat blog-blog politik adalah sumber inspirasi dan penyampai berita dan pendapat yang berlainan dimensi bagi wartawan elit,kerajaan dan juga peraih undi parti politik.Tetapi malangnya keadaan blog politik di negara ini hanya berperanan menjadi lidah penyambung untuk MSM (Ambil berita dari Malaysiakini dan patchkan diblognya).
Sebagai contohnya pilhan-raya Kecil Kuala Trengganu,lapuran-lapuran khas dari K.T langgsung tidak ada.lapuran-lapuranitu sentiasa perlu dipaparkan melalui Ahli blogger BPN yang tinggal di Kuala Trengganu.Lapuran-Lapuran seperti"Saya berada di Kuala Trengganu dan Inilah lapuran saya,yang ingin dikongsikan bersama dengan bloger BPN yang lain".Cntoh lapuran seperti ini akan memberi impak dan sensasi yang baik untuk para pengunjung blog-blog BPN.Khidmat "You Tube" perlu digunakan meluas untuk lebih menarik.Cetusan idea Gabungan Blogger oleh Pang5 adalah sangat baik tapi kemampuan gabungan ini telah dipergunakan.BPN juga boleh berkongsi dengan Blogger luar negera seperti melapurkan "Serangan Zionis Israel" terhadap puak Hamas.Lapuran terus dari ahli atau sahabat blogger di Gaza akan menarik ramai lagi pengunjung ke Blog-blog BPN.BPN perlu kearah mencari dan membawa ahli gabungan luar negara dengan ahli bloger. Paparan-paparan atikel asli (orginal Content)dalam blog adalah amat dihormati.Cari nukilan-nukilan asli dari sumber-sumber bloger yang bertaburan di Alam Maya ini.Menggunakan punca "Google Search" tidak akan membawa BPN kemana-mana.
BPN juga perlu adakan forum cadangan terbuka unuk ahli-ahli BPN untuk post-motemkan kekalahan BN di Kuala Trengganu.Jangan asyik ucapkan Syabas kepada lawan dengan sendiri mengaku kekalahan.Peranan BPN perlu dibincangkan dalam konteks yang lebih berani untuk menghadapi PR13 dari sekarang.Mamak paling kecewa dengan sikap segelintir ahli politik parti kerajaan yang masih memandang rendah peranan blogger dalam meraih undi dalam politik Tanah Air.
Akhir sekali Mamak secara peribadi mohon maaf sekiranya komen mamak tentang BPN ini melukakan hati sahabat-sahabat Mamak yang akrab Abang Tuah dan Apai ngelai dan seluruh ahli bloggers BPN.Komen ini adalah secara jujur dari hati.Wassalam.
Salam,conggak2 teman, zaman Pak Lah PM TDM tak akan rujuk kembali pada UMNO, InsyaAllah dalam mangkuk puteh teman zaman DS Najib Mahathir akan kembali kedalam UMNO dan akan dilantik sebagai Penasihat Negara.
Salam Mamak, bro kuntakinte...dan semua pengunjung.
Begitulah harapan kita semua agar Negarawan ulung ini akan kembali kepangkuan UMNO dan membantu Negara mengharungi permasalahan ini.
BN masih releven..
Tapi perlu pembaharuan :-)
Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com
Salamz
Apa kah dengan menyokong UMNO bermakna kita benar2 mempertabatkan bangsa melayu dan agama islam?sebelum ni pemimpin dari parti mana yang menghancurkan melayu dan memainkan isu agama?oooooo TIDAKKKKKKKKK
Tun M jenis pemimpin yg buat apa dia cakap.PM dahlah tak pandai cakap, apa dia buat kita pun tak tahu.
PM lagak alim tapi ......... entahlah! Tun M is what he is and at least we can understand him,unfortunately we cannot say the same for the PM.
Banyak contoh di zaman Tun dimana dia bersedia utk menjadi tidak popular jika itu keperluan dan tanggungjawab. Tapi PM terlalu banyak mengambil pendekatan populist.
Ramai yg berpendapat bukan Tun yg mulakan perang ini tapi PM. Naturally a man of strong character like Tun will fight back!
PM hentikan projek double tracking kemudian sambung semula,berapa dah rugi dan siapa yg nak tanggung kerugian itu.Bukan juta tapi bilion.Terlalu banyak contoh tindakan PM yg kurang bijaksana.
Kalu PM bolih merendah diri kpd pembangkang, mengapa tidak kpd Tun.
Jangan terpengaruh dakyah pembangkang, mereka benci Tun kerana beliau penghalang kpd cita-cita mereka.
Jika PM menganggap dirinya alim,orang ugama,moderate,liberal maka wajar beliau menghulur tangan kpd Tun.
Tun telah menyerahkan jawatannya kpd PM dan percayalah tangan yg memberi itu lebih baik dari tangan yg menerima.
Wallahualam.
Post a Comment